Тёмный

RCI Batu Puteh Bagi Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina 

UMNO Online
Подписаться 23 тыс.
Просмотров 16 тыс.
50% 1

KUALA LUMPUR, 27 Feb - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan sebarang isu membabitkan kedaulatan negara dan bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Johor, wajar diberi penjelasan mengenai sebab dan faktor sebenar yang mendorong keputusan untuk tidak meneruskan Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Perkara sebegini tidak patut berulang lagi pada masa hadapan. Rakyat Malaysia berhak tahu perkara sebenar dan alasan di sebalik keputusan ini.
“Ini soal hak dan kedaulatan negara, di mana salah dan silap? Siapa yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah menyebabkan Malaysia kehilangan hak ke atas Batu Puteh? Adakah prosedur and proses perundangan telah dipatuhi,” katanya pada sesi penerangan menteri di Kamar Khas di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata persoalan lain termasuk siapa yang menasihati pihak kerajaan pada waktu itu (2018) memandangkan Peguam Negara ketika itu sedang bercuti.
Azalina turut mempersoal sama ada Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai perkara itu dan keputusan Jemaah Menteri diperoleh serta sama ada Kerajaan Persekutuan ketika itu telah merundingi Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan persetujuan mereka kerana ia adalah isu tanah serta hal ehwal wilayah sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata semua persoalan yang dibangkitkan belum terjawab secara jelas dan nyata sama ada melalui siasatan dalaman atau siasatan oleh Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (PPK) yang ditubuhkan pada 22 Dis 2021.
“Sehubungan itu, jelas bahawa terdapat keperluan bagi siasatan menyeluruh dilaksanakan bagi mengkaji pengendalian semua perkara berkaitan dengan perkara ini, secara khususnya dari aspek perundangan termasuk aspek tort misfeasans sebagai hala tuju ke hadapan agar langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil oleh pihak kerajaan terhadap mana-mana pihak dan individu yang dikenal pasti,” katanya.
Azalina berkata Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang hal ehwal yang membabitkan soal hak, kedaulatan dan maruah negara.
“Perdana Menteri sendiri pernah memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan terus berjuang habis-habisan demi melindungi dan memelihara kepentingan serta kedaulatan Malaysia pada setiap masa,” katanya.
Beliau juga berkata penubuhan RCI adalah sebagai misi mencari fakta bagi pihak Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk membolehkan pelaksanaan siasatan lanjut yang terperinci secara bebas, telus dan profesional susulan hasil laporan akhir oleh PPK yang mengambil masa 10 buIan.
Azalina berkata PPK berdepan pelbagai cabaran antaranya kesukaran dan kelewatan memperoleh dokumen terperingkat yang berada dalam simpanan Kementerian/Jabatan/individu tertentu, kementerian/Jabatan berkepentingan/individu tertentu kurang memberikan input dan pandangan, perintah perlindungan akses terhadap dokumen dan material serta ketiadaan kuasa oleh PPK untuk memanggil saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan.
Beliau berkata ini berbeza dengan RCI yang memiliki beberapa kuasa penting dalam menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendapatkan kebenaran fakta demi keadilan rakyat termasuk boleh menyaman orang untuk memberi keterangan, mengeluarkan waran tangkap bagi yang ingkar dan mendenda individu yang ingkar.
Secara umumnya, Azalina berkata terma rujukan bagi RCI antara lain ialah mendapatkan penemuan keterangan lanjut yang berkaitan dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh PPK serta menyediakan hasil penemuan, menyemak, mengkaji dan menyediakan pandangan jika mana-mana pihak berkaitan melanggar sebarang undang-undang, norma kerja atau pekeliling pentadbiran dalam pelaksanaan tanggungjawab.
Selain itu, ia juga bagi menilai, mengenal pasti serta mencadangkan syor berkenaan dengan tindakan perundangan dan bukan perundangan yang boleh diambil selain menyediakan laporan yang mengandungi hasil kajian, analisis serta syor berkaitan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
“Tempoh masa yang ditetapkan bagi siasatan RCI ini ialah selama satu hingga tiga bulan, dengan tempoh maksimum enam bulan, mengambil kira skop siasatan yang luas serta kompleksiti isu terlibat,” katanya.
umno-online.my/2024/02/27/rci...

Опубликовано:

 

27 фев 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 49   
@mustafaxdongarbutirehothma2644
@mustafaxdongarbutirehothma2644 4 месяца назад
Terbaik Kerajaan Madani sekarang ❤❤❤
@samudinhjmohamad8816
@samudinhjmohamad8816 4 месяца назад
❤❤
@user-de9zo8sl7q
@user-de9zo8sl7q 4 месяца назад
Terbaik datuk seri Azalina Othman dan kerajaan Malaysia madani dan seluruh kepimpinan kerajaan perpaduan
@sul.123
@sul.123 4 месяца назад
Kerajaan Madani kena hormat kerajaan Johor.
@ajannaja3855
@ajannaja3855 4 месяца назад
mudah mudahan semua urusan dipermudahkan Allah demi negara.
@aj17800
@aj17800 4 месяца назад
Salam madani, Going forward 🤜🤛..
@abdmunibzikrin8846
@abdmunibzikrin8846 4 месяца назад
Terbaik kerajaan perpaduan ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
@kulasirisiri1155
@kulasirisiri1155 4 месяца назад
Cari sampai cacing lubang, satu Batu pun jangan tinggal YB🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾💯💯💯💯
@subarislamat3130
@subarislamat3130 4 месяца назад
Betol...lawan tetap lawan kalau boleh tuntut lah dgn negara nya sekali kalau berani😂😂😂😂😂😂😂😂
@kulasirisiri1155
@kulasirisiri1155 4 месяца назад
@@subarislamat3130 klu menang ijc mesti serah kan pada malaysia
@subarislamat3130
@subarislamat3130 4 месяца назад
@@kulasirisiri1155 Slm jumaat, biada nya
@subarislamat3130
@subarislamat3130 4 месяца назад
Biasa nya ICJ favour pada negara kafirin, tapi i slute kalau berjaya
@roymajzub3503
@roymajzub3503 4 месяца назад
Inilah sebaik2 masa pun utk bangkitkan semula isu Batu Putih.
@oliverisabell4072
@oliverisabell4072 4 месяца назад
Ckap pasal hak dan kedaulatan negara....utk pulau seketul batu putih tu....yng nk dketengahkan. Tanah2 terdahulu hak Msia...yng hilang jdi milik negara lain,tlng buat RCI juga...
@aliasahmad796
@aliasahmad796 4 месяца назад
Layak memimpin umno dan negara . Ketegasan dan kesungguhan kerja sebagai menteri cemerlang
@sharuddinzainalabidin4917
@sharuddinzainalabidin4917 4 месяца назад
TUN DET tlh mggadaikan P Batu Puteh kpd Spura
@penkendi8903
@penkendi8903 4 месяца назад
Ramai rakyat Malaysia terlupa bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan kes Batu Putih pada 2008 telah memihak kepada tuntutan Singapura. Dokumen paling kritikal yang diketengahkan oleh pihak Singapura ialah surat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh pada tahun 1953. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menghantar surat kepada British di Singapura memberikan hak Batu Putih kepada British. Lebih-lebih lagi, Johor diperintah oleh Sultan Sir Ibrahim yang mempunyai kuasa mutlak, dan semua urusan negeri di bawah kuasa Baginda Sultan. Jika Sultan sekarang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ pada tahun 2008 yang memberikan hak pemilikan Batu Putih kepada Singapura. Sultan kini boleh menyalahkan Almarhum Sir Sultan Ibrahim dan pentadbirannya kerana gagal mempertahankan wilayahnya. Lebih memburukkan keadaan ialah semua surat-menyurat dan dokumen antara British dan kerajaan Johor yang penting tidak berada dalam akib Johor, Malaysia terpaksa diambil dari arkib Negara British. Akhirnya, adakah ICJ akan menerima penemuan baharu atau surat yang tidak membawa apa2 makna? Semua tahu RCI hanya untuk memuaskan hati orang tertentu dan menyalahkan orang lain. RCI ini merupakan pembaziran wang pembayar cukai di Malaysia.
@zaba3551
@zaba3551 4 месяца назад
Ko bodo ke bengap.. Kalau sultan2 dulu tak cerdik tak kan pm terutamanya kutty kerala lahanat tu pun sama tak cerdik.. Zaman berbeza tapi kutty kerala yg bodo mcm ko jugak. Org lain tambah maju tapi spesis2 mcm tambah mundur dan bangang...
@sharuddinzainalabidin4917
@sharuddinzainalabidin4917 4 месяца назад
TUN DET mmng sorg Pkianat bangsa dan ngr.
@user-ds4eo6rr1z
@user-ds4eo6rr1z 4 месяца назад
Perdana adalah Bendahara. Kerajaan Melaka jatuh kerana dikhianati Bendahara nya.
@penkendi8903
@penkendi8903 4 месяца назад
Sejarah Melaka anda sangat berjerebu hingga tak nampak siapa khianat siapa, "Selepas menerima laporan Kitul maka Raja Mandeiar telah mengoyakkan surat hutang Kitul dan membebaskannya daripada hutang. Lalu Raja Mandeliar telah mengambil satu bahara emas dan merasuah Laksamana Khoja Hasan kerana pada waktu itu keluarga laksamana amat rapat dengan Sultan. Raja Mandeliar telah menhasut Laksamana Khoja Hasan bahawa Tun Mutakhir bersedia untuk melakukan pemberontakan terhadap Sultan. Maka keesokan harinya. Laksamana Khoja Hasan telah melaporkan perkara tersebut kepasa Sultan Mahmud Syah. Berita itu diterima baginda seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Ini kerana baginda telah lama berdendam dengan Tun Mutakhir yang sebelum ini mengahwinkan anaknya Tun Fatimah yang rupawan itu dengan Tun Ali tanpa “menawarkan” terlebih dahulu anaknya itu kepada baginda. Maka Sultan Mahmud Syah telah memerintahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara supaya membunuh Tun Mutakhir. Lalu berangkatlah mereka berdua bersama dengan segala hamba raja. Tun Hasan Temenggung iaitu anak kepada Tun Mutakhir cuba mengangkat senjata untuk melakukan perlawanan namun ditegah oleh Bendahara Tun Mutakhir"
@AjmainEsa-jl7ow
@AjmainEsa-jl7ow 4 месяца назад
Terbaik and mantap
@muhaimemddaud686
@muhaimemddaud686 4 месяца назад
Berani ke berperang dengan Singapore sedangkan kapal perang Malaysia siap tahun 2029 dan kapal selam tak boleh tengelam. Hehehehehe.
@mohdfaizalfaizal4563
@mohdfaizalfaizal4563 4 месяца назад
Klu nak berperang dgn spore, putuskan je bekalan air yg makaysia salurkan ke spore, habis cerita😂
@zaba3551
@zaba3551 4 месяца назад
Kena cari salah kalau berlaku salahguna kuasa atau rasuah..
@jusohaini4225
@jusohaini4225 4 месяца назад
🎉🎉🎉🎉🎉
@nordinbinhassan1799
@nordinbinhassan1799 4 месяца назад
Jawapan2 pada semua soalan2 Menteri hanya la satu: Atok RCI akan dpt keputusan yg sama: Atok
@narmiothman9914
@narmiothman9914 4 месяца назад
Sokong Kerajaan Madani membongkar isu kedaulatan ini
@user-xt9jh2ev1p
@user-xt9jh2ev1p 4 месяца назад
Terbaik menteri undang2 jelaskan dgn nyata Dan betul bukan semata2 mata cari salah
@SaharuddinKassim-jg2xt
@SaharuddinKassim-jg2xt 4 месяца назад
Selamat oagi
@othmanismail1708
@othmanismail1708 4 месяца назад
Kalau nak baik , itu kerja AG ...
@najirayob1092
@najirayob1092 4 месяца назад
AtokTua Mahaiddin dan Lebai Hadi adalah Netanyahu Malaysia 🇲🇾 ♥️
@suhaimyahmadahmad9924
@suhaimyahmadahmad9924 4 месяца назад
jgn lupa terdapat juga pemimpin2 dap yg suka bawa isu cth pasal kg br cina, pajakan 999 tahun di perak juga jenis celaka netanyahu
@mzangaming9975
@mzangaming9975 4 месяца назад
Mulut jaga bro, sesuka hati ko gelar org .. bapak ko tk ajar adab ke? Aku tk side mana2 politik tp agak2 la.. org tgk video ni sbb nk amik maklum bukan nk mengata melampaui batas
@razaidahalangahmad2169
@razaidahalangahmad2169 4 месяца назад
Esok di akhirat ko cari orang yg ko hina
@sul.123
@sul.123 4 месяца назад
Apa yg kau cakap ni..jgn burukkan nama pemimpin² Tanah Melayu.Perlu hormat.
@najirayob1092
@najirayob1092 4 месяца назад
@@sul.123 nasib baik Allaahswt kurniakan UlulAmri bijaksana kpd negara kita ketimbang nak harap pemimpin rakyat dah lama terlinkup dibuatnya negara ini! Reformasi hidup rakyat ♥️
@mohdsukrysukry6440
@mohdsukrysukry6440 4 месяца назад
Ape hang buat tun m,singapore jauh dari batu putih,mlysia dkt tpi xdapat batu putih,,,,hahahah sanjung tun.m
@sul.123
@sul.123 4 месяца назад
Mahathir kena bertanggung jawab.
@transpormers
@transpormers 4 месяца назад
ini haya tebakan benar atau salah . yang di berdebatkan orang india . baik saya kasih anda ssmua , di negara banglades . dan jadikan mereka semuanya , umat islam. hampirlilah. atau datanglah.
@HadzreeHadzree
@HadzreeHadzree 4 месяца назад
Ni kja haprak atuk memali
@kadreekadz8914
@kadreekadz8914 4 месяца назад
tangkp je saka tua tuu talibarut negara
Далее
Conquering fears and slippery slops on two wheels!
00:18
Sidang media ADUN Baharu Sungai Bakap
10:09
Просмотров 11 тыс.
Sanusi bidas Fahmi cepat koyak, isu air di Pulau Pinang
39:01