rezeki nelayan TFA1043 didalam hujan gerimis ikan pisang makan tanpa henti sampai kehabisan umpan
Info Spesies:
Kenali ikan pisang-pisang
Ikan pisang-pisang atau lebih lebih popular dengan nama global, rainbow runner adalah spesies ikan yang mudah dikenali.
Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Berbentuk selinder bulat memanjang.
Kesempurnaan ciptaan ikan ini pula dilengkapi berekor tirus bercabang untuk pecutan maksimum.
Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Ikan yang diambil sempena nama buah ini adalah spesies yang memiliki sirip lembut dan tidak mempunyai gigi. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis.
Ia mampu membesar sehingga 180cm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg! Di perairan negara kita kebanyakan spesimen yang diperoleh sekitar 2kg hingga 10kg sahaja.
artikel penuh
Info Spesies: Kenali ikan pisang-pisang - Umpan www.umpan.com....
#nelayan #fisherman #lautdalam #laut #ocean #oceans #boat #woodenboats #dji
#rainbowrunner #pisang #handline #strike #handlinefishing #handlines #pancing #ngail #kualanerus #kualaterengganu #terengganu #malaysia
29 авг 2024