Ride ke Hua Hin Thailand bersama Belut TV.
10 /10 - 15/10/2024.
Day 2
Checkout hotel awal pagi dan menuju ke destinasi seterusnya di Chumphon. Dalam perjalanan singgah di beberapa tempat untuk berehat , isi minyak , makan dan bergambar.
Sarapan di 7E PTT Station Ko Khan, Nakhon Si Thammarat.
Top up minyak di Esso Bangchak Surat Thani.
Motor Ajib mengalami masaalah dan Kapt mengarahkan kami tunggu di PTT ber hampiran. Sejukkan badan di Cape Amazon Ban Na San District, Surat Thani.
Dalam perjalanan Kapt bawa kami menikmati kelapa Jelly yang banyak gerai di tepi jalan sepanjang Tha Chang District , Surat Thani. Mengikut cerita kelapa jelly terbaik datangnya dari Surat Thani.
Mengisi minyak , alas perut dan berehat sementara menuggu team bersama Ajib. Rehat di PTT LPG Kangaroo. Biasa tengok gambar kali ni depan mata kita. Wow! Ada patung Kanggaroo besar dan bangunan ala ala British.
Perjalanan di teruskan ke Khao Matsee View Point di Chumphon. Memang mencabar naik bukit. Kalau ada dron tentu lagi menarik.
Check in Tanisa Resort di Chumpon. Resort agak kedalam sikit tapi selesa. Malam naik tuk tuk ke Chumphon walking street sebab kedai muslim yang kami nak makan tutup pada hari Jumaat. Ada juga peniaga Muslim di gerai walking street.
21 окт 2024