Saya ada moment berada di suatu masa bersama datin Sofea Jane .ketika itu saya menjadi pengawal keselamatan di kondominium di mana datin tinggal .saya sempat melihat gelagat anak anak datin dan bagaimana datin masak makanan dan masakan maid datin akan hantar ke tempat kami pengawal berada .buat pengetahuan datin membawa sendiri kereta dan menghantar anak anak kesekolah walaupun keluarga datin mampu mempunyai pemandu sendirian.kehidupan datin amat sederhana tetapi di konteks org Kaya
Bahasa Melayu Datin Sofia sungguh tinggi inteleknya, tersusun rapi dan penuh intipati. Dari muda dia mcm ni dan dia ni anak kacukan tau, a Bangsarian girl, tp tutur kata dia sgt indah. Sofia mengambil alih takhta Primadona seketika sahaja di antara Noor Kumalasari dan kemudiannya beralih kepada Erra Fazira. Tetapi impaknya sgt kuat hingga kini. Sofia setanding dengan aura Primadona Latifah Omar dan Maria Menado.
Antara ramai-ramai, model & pelakon Pan-Asian yang pernah famous pada akhir tahun 1980-an & awal tahun 1990-an dulu, (Acik ni dah berumur 41 tahun laa ni). Datin Sofea Jane Hisham, Deanna Yussoff, Susan Lankester & Datuk Yasmin Yusoff adalah artis yang saya selalu look up to (bukan idola ye? 😂 tapi lebih kepada meminati). Kalau ada drama swasta TV atau filem diorang yang keluar atau masuk panggung, memang saya tak akan miss untuk tengok 😅. Disebabkan saya ni anak rojak jugak (malu nak cakap Pan Asian😅😅). Sebab arwah Bapak saya Melayu, mak saya pulak dari Leeds, North England; (mendiang atuk saya orang kulit hitam dari Kepulauan Carribbean & nenek saya pulak orang Inggeris yang memang lahir & dibesarkan di Leeds). Jadi saya pun dulu kononnya selalulah berangan jadi Pan-Asian ala-ala Sofea Jane, Deanna Yussoff, Susan Lankester & Yasmin Yussoff tu semua, WALAUPUN saya langsung tak cantik macam diorang berempat 😂😂😂😂 Terima kasih SIAR TV untuk menampilkan Datin Sofea untuk diinterview kali ni. Saya enjoyed nengok video ni✌️👍❤ Memang Datin Sofea seorang pelakon intelektual yang tahu seni & falsafah lakonan. Dia tahu siapakah beliau & apa sebenarnya yang beliau nakkan dalam menjadi watak lakonan dia. Bukan sekadar 'BERLAKON kosong-kosong' jadi watak dalam filem atau drama. Pelakon yang ada ilmu & pelakon yang 'graduate' dari aplikasi 'TikTok' ni JAUH BENO bezanya.... ❤️
sofea jane antara pelakon yg sangt dikenali pada zamannya,era 90an.Siapa saja tak kenal,dgn pelakon cantik si sofea jane...mmg meningkat naik namanya waktu itu.....sampai sekarang bila melihat lagi aktress sofea jane...terimbau kembali semua lakonan drama tv beliu... Aktres ini sangt pandai menyusun tutur bahasanya dlm memjawab setiap soalan yg di ajukan....sangt senang dgn keraktor beliau, ttp peramah dan merendah diri....
Sofea Jane layak utk digelar Seniwati. Tutur bahasa yg sgt sopan & intelektual. Tahniah. Tak seperti BBNU skarang yg acah² Pan Asian ckp slang mat saleh😏😏😏 & ckp tanpa pikir panjang.
Baru saya tahu sofia seorang yg intelektual thinking rupanya. Ini berdasarkan jawapan2 dan penerangan beliau tentang sesuatu perkara. Saya juga nampak ketegasan dlm kesopanan beliau. Tahniah sofia jane. 👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼
Tengok caption2 dalam posting ig dia pun boleh agak dah Sofia jane ni adalah real deal - artis sebenar. Tak kisah watak selekeh. Dalam pompuan, isteri dan.... pon dia gelapkan kulit kan nak bagi nampak Melayu tulen.
Pengalaman dan kata-kata Seniwati Sofea Jane amat beharga. Beliau lambang insan seni sejati intelektual tinggi. Setiap filemnya sangat memberi kesan hingga kini.
Kepada yang komen pengacara tidak intelektual...ketahuilah orang yang intelektual tidak sekali2 membogelkan intelektual orang lain...setiap manusia mempunyai seni pengucapan tersendiri ...
hebat nye sofea jane seorang lagenda,lahir di london tapi masyaallah fasih berbahasa melayu.ini orang kita lahir kat kokdiang koya nak speaking london puii...!.
Filem yg paling popular dari Sofia jane ialah Kekasih Awal dan Akhir dan Perempuan , isteri dan ......... Itulah yg meletop dan kalau kami Sofia jane ni kami gelar gelembung gelembung dari scene filem perempuan , isteri dan ......tuuu bagus filem tu sangat hebat
Sofia jane, siti nurhaliza, ziana zain antara nama artis besar malaysia yang membuatkan jejaka² malaysia patah hati apabila mendengar berita yg mereka ini akan berkahwin dengan jejaka pilihan masing² pada suatu masa dahulu 😂
Tahniah SIAR kerana berjaya menampilkan pelakon² era 80an, 90an ke studio. Generasi yang membesar dengan filem² lakonan mereka tentu teruja .. Teruskan.. Btw, nak tanya kat SIAR bila lagi nak masukkan filem Kekasih Awal dan Akhir ke dalam senarai untuk tontonan kami?
Sangat indah apa yang dituturkan Oleh actress Sofea Jane Hisham..hidup mati balik aku tetap letak lakonan beliau dalam perempuan isteri&...lakonan yang teragung dalam perjalanan seni karier beliau..beliau ni similar with actress Noorkumalasari..letak tepi jendela tanpa skrip pun 'brilliant'..terus kemercu sebutir bintang menyinar yang bernama Sofea Jane Hisham❤
mudah kerja host temubual kak sofia ni, trigger skit je soalan, tp dia cerita dari a sampai z 😅lain dgn M Nasir, host kena main peranan & kemudi wawancara utk dapatkn cerita penuh.. part tu saya suka temubual dj nazz dgn m nasir, dia pandai main angin m nasir dlm tu
Sofia jane ni jadi perempuan cantik jadi lelaki pun hensem ada cerita apa dah yg mcm tomboy dia pakai cap all time.. mmg unik kecantikan yg tiada taranya.. primadona terulung di zaman nya tq telah mewarnai kaca tv suatu masa dahulu.. living legend
Saya peminat Sofia dr thun 1993. Perempuan, isteri dot dot dot filem Melayu pertama sya tngok kt wayang. Perh memori betul. Panggung penuh. Panggung Odeon kt Chow Kit. Hehe..
Ye ke? Seingat saya filem PEREMPUAN, ISTERI DAN...? ditayangkan di pawagam COLISEUM dan FEDERAL 2 KL, bukannya ODEON.... Filem ini ditayangkan di Coliseum selama 49 hari bermula dari hari pembukaan 26.8.1993 sehingga 13.10.1993, manakala Federal 2 menayangkan selama 42 hari dari 26.8.1993 sehingga 6.10.1983.Manakala pawagam ODEON menayangkan filem ABANG 92 sepanjang Ogos 1993 dan filem BALADA bermula dari 30.9.1993 sehingga 20.10.1993 selama 21 hari.Ketika filem BALADA baru masuk panggung di Odeon, filem PEREMPUAN, ISTERI DAN...? masih ditayangkan di Coliseum dan Federal 2.Harap maklum.
bukan saja aktor yang bagus saya tk terfikir Sofea seorang pencerita yg baik.. beliau bawa pendengar kedalam perjalanan hidup dan organik karier perfileman beliau dgn jelas.. dari seorg yang kosong harini dlm siri ni membuktikan Sofea Jane sdh sampai titik mahir ttg filem,perfileman,lakonan, teknikal produksi dan pasaran.. good luck and all the best madam 🙌
Siar punya scripts tak berapa mencabar, ruginya. Bila masa dah rancak, tak nak pulak di sambut. Sofea jane datang dengan sangat bersedia. Apapun terima kasih bawakan sofea jane buat kami.
...baru skrg saya sedar ,...Sofea bukan hanya sekadar pelakon yg punyai aura yg bagus , tapi juga seorg intelek seni filem ,...& Ini juga telah membenarkan telahan saya selama ini & menafikan kritikan2 dari kwn2 saya dahulu ,..harapan saya ,.. bila nak berlakon bersama Dato Jamal Abdillah dlm filem genre " kasih " ,..yg sinopsisnya lebih kurg ,..pertemuan 2 kekasih setelah lama terpisah dgn haluan hidup masing2 ,..ada unsur2 jenayah mcm suratan kasih ,..melarat dll ,..insyaa Allah ,.
AKU SUKA DARI MULA SAMPAI AKHIR... YES DEKAT KITA BOLEH MEDENGAR LUAHAN NADA SUARA HATI DARI TEMU... TQ PENGACARA KAU MEMBUAT RANCANGAN INI MEWAH PENGACARA KAU TERBAIK TIDAK TERBURU BURU UNTUK MELAWAN SUARA DENGAN TETAMU.. LOVE YOU TEAM SIAR
Salah seorang aktres jelita yg sy minati sekitar era 90an.Sofea Jane masih kelihatan muda dan cantik hingga kini.Ternanti-nanti jg kemunculan semula Sofea Jane di kaca tv...
heroin zaman 90an kalau berlakon zaman sekarang ni memang watak mak mak lah dapat tapi hero zaman 90an masih lagi boleh pegAng watak utama bercinta dengan pelakon wanita zaman ni 😊
Minat sofea jane..filem2 beliau semua saya tgk.. interlude,Mira edora,harry boy,suratan kasih,perempuan isteri Dan ....cinta kita,sayang salmah,kekasih awal Dan akhir ,susuk,hanyut
Hi sofea u didnt mention me or Arman in the cinta kita Film i was actually Hoping u did…..anyway this is fawzi Krash kozz yang jadi watak remy in cinta kita the playboy that played u out!!! Hope u read this message n hoping cn keep in touch one day
Sungguh mempersonakan menonton cara Sofea Jane berintraksi dengan si wawancara. Her diction and articulation is superb; she reminds me of Shiela Majid, another smart celebrity who has a fantastic aura.
Sofea jane ni cakap dia straight piont lah. Setiap percakapan dia tu menarik lah. Jalan cerita dia baik macm bahasa NOVEL. Segi bercakap tahu dia bijak.
Seingat sy Sofea Jane juga bekas pelajar Assunta Girls Secondary School P.J.penghujung 80an dulu. Dari dulu hingga kini kerektor dan tuturkata beliau (diluar set) tetap sopan & brilliant walaupun ibunya seorang yg berbangsa Inggeris.
Mana2 artis Malaya yg acah2 berslang org puteh bila bercakap, eloklah tgk wawancara ini. Bahasa melayu mampu menympaikan maksud hingga ke tahap intelektual yg tinggi..
Awie punya bengang bila Sofea Jane tolak berlakon dlm Sembilu. Ada beberapa interview aku perasan bila Awie ckp pasal pelakon wanita tolak filem tu mmg dia x puashati btul haha..kalau x nama Sofea jane tertulis dlm sembilu. Tapi tulah, Sofea jane ni masa tu dia dh terdedah dgn arahan pengarah lain yg berbeza2. Sbb tu dia memilih sikit kot. Tapi itu jugalah penyebab nama Erra Fazira meletup.
Dia dh perasan diva masa tu mana nk blakon dgn pelakon2 baru.Tambahan pulak trend masa tu awal 90an pnyanyi jd pelakon.Sy ulanggg,dia dh perasan diva masa tu.
Pink Azwan memang pengacara yang baik, tetapi untuk rancangan hiburan. Dan saya percaya Ruang Temu SIAR ini lebih sekadar rancangan hiburan. Apatah lagi Sofia Jane seorang pelakon yang intelek dan banyak sisi genius daripada persembahan lakonan dan pengalamannya. Jadi saya percaya, pasti ada perantara yang lebih sesuai untuk mengendalikan segmen ini. Apa-apapun tahniah SIAR atas rancangan yang menarik ini. Love it!
Rasanya 1994 mereka sepatutnya digandingkan bersama dalam filem Sembilu, tetapi Sofia Jane menolak tawaran tersebut, lalu Erra Fazira menggantikan Sofia Jane untuk watak Wati
Di Pan-Asian ok. Hello pelakon baru Melayu totok. Yang perasan Hollywood... dengar tutur kata dia. No slang... cantik tutur kata. 'Kakak' tu tak sesuai la encik pengacara. Panggil dia Datin. Walaupun nanti dia akan membahasakan diri dia saya atau kakak. Walaupun bukan majlis formal.
sayang la...aku tak mampu nak habis kan video ni...sama nyan wawancara ngan M.nasir aritu....pengacara masa ngan astro ok je...kat sini mcm nak kontrol2 ayu lak....panggil kakak???.....hahaha...
geram dengan soalan si penyoal, macam takut nak menyoal dan masuk ke dalam persoalan isu/filem. Bagi saya, antara peluang yg terlepas ditanya ialah percubaan Sofea berlakon di pentas, khususnya berlakon dalam Malam ini Penyu Menangis tulisan SN Noordin Hassan dan filem Orang Itu kiranya elok diberi tumpuan juga.