Terbaik bang lagu ni.. Suka dengar dr dulu lagi. Tak sangka pulak di sebalik minat, rupanya kisah hidup sy kini ada kaitan dngn lirik lagu ni. Baru ja td, jam 2:10 sy dengar kat radio klasik dlm rancangan MKI. Rabu 20.11.2019
Arwah S Mokhtar ni saya pernah berjumpa. Orangnya peramah dan senang di ajak berbual dan sporting saya pun pernah di ajar selok belok cara nak jadi seorang penyanyi yang bagus. Terima kasih S Mokhtar.Kini saya dah umur 60 tahun.
Saya meminati Allahyarham S.Mokhtar semasa beliau membuat persembahan di padang sekolah kebangsaan Kuala Nerang Kedah pada tahun 1976 dahulu selepas itu di pesta Pulau Pinang kalau tak silap saya Band Chandini ini dibawah pimpinan Hamid Khan yang banyak membawa lagu lagu berirama Hindustan pada zaman tersebut dan diminati ramai.Kalau tak silap saya anak S.Mokhtar ini iaitu saudara Firdaus menjadi pengulas dan laporan berita RTM dikawasan utara sebab iras wajahnya macam S.Mokhtar.kepada Allahyarham disedekahkan Al-Fatihah.amin.
Al Fatihah untuk arwah S.Mokhtar ....di mana Arwahlah bertanggungjawab memberi semangat untuk saya menjadi seorang DJ di majlis kenduri di Kg2 dan di mana saja .....Menunjuk ajar cara bercakap dimajlis2 ... Banyak kali juga saya berjumpa dengan arwah S.Mokhtar .. sehinggalah beliau menghembuskan nafas yg terakhir .. di Hospital P.Pinang ... Al Fatihah untuk arwah S.Mokhtar ...Idola saya.... Dari DJ Harmoni.
Penyanyi yg saya ingat Rohani Sofian.. jika tak salah..sebab masa tu umur saya kecik lagi..ingat sebab zaman tu solekkan Rohani Sofian paling terang. Funfair kat Kangar Perlis. Atau karnival juga. Ada dj dave, sharifah aini