SASMEC @IIUM MEGA HEALTH FIESTA 2023
Assalamualaikum w.b.t.
Sempena sambutan ulangtahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-40, Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) ingin menjemput semua warga Kuantan untuk memeriahkan 'SASMEC @IIUM Mega Health Fiesta', karnival kesihatan mega yang julung kali diadakan di bandaraya Kuantan!
Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang program ini termasuklah:
🔍 Pelbagai saringan kesihatan PERCUMA seperti pemeriksaan mata, gigi, pendengaran dan kesihatan mental
🚑 Demonstrasi bantuan kecemasan CPR
🕌 Demonstrasi tatacara Ibadah untuk Pesakit
👧🏻🧒🏻 Pertandingan mewarna dan pertandingan gigi cantik untuk kanak-kanak
🤡 Pertunjukan silap mata dan belon berbentuk
🎁 Dan Cabutan Bertuah - peluang anda untuk memenangi lebih 70 hadiah lumayan!
Layari laman kami untuk maklumat lanjut: megahealthfiesta.sasmec.edu.my
Temui kami di Aras G, Kuantan City Mall pada hari Selasa, 29 Ogos 2023 jam 10 pagi sehingga 6 petang. Jumpa anda di sana!
#SASMECIIUM
#HelpingHandsWithLovingHearts
26 авг 2023