Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berbesar hati untuk merealisasikan impian Jef dan keluarganya untuk tinggal di rumah milik mereka sendiri menerusi Program Inspirasiku MyHAUS YaPEIM.
Melalui pembinaan sebuah rumah di tanah miliknya sendiri di Segamat, Johor baru-baru ini, Jef tidak menyangka ‘secebis rayuannya’ sebelum ini didengari yang maha Esa.
Pun begitu Jef menganggap rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu seakan hikmah buat dirinya dan keluarga yang mana sebelum ini diuji dengan pemergian anak lelaki mereka akibat radang buah pinggang.
#YaPEIM
#TerusMelonjakMemacuKejayaan
#ingatkebajikaningatyapeim
#MyHAUS
21 мар 2023