Ikuti sedutan episod khas Keluar Sekejap sempena Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL Pod Fest 2024) yang dibawa khas oleh Mamee Chef berlangsung pada 4 Februari lalu.
Antara kelainan yang kami tampilkan pada persembahan itu termasuklah membawa penonton menelusuri sejarah Malaysia pada dekad-dekad yang signifikan, kuiz dan pemberian barangan KS kepada penonton.
Topik-topik yang dibincangkan pula merangkumi peluang PAS meletakkan calon Perdana Menteri; kepentingan Sabah dan Sarawak dalam senario politik negara; penarikan diri Malaysia daripada menganjurkan perlumbaan F1 serta harapan dan pandangan KS terhadap Perdana Menteri, YAB Anwar Ibrahim.
Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang telah menaja KL Podfest 2024!
27 авг 2024