" kau sendiri kata perkahwinan ini atas kerelaan mu sendiri tiada paksaan dari keluarga mu.....bapak mu lebih memilihi dia berkuturunan, beradat, kaya raya.....saya dibuang hina kotor di mata bapak mu.....siapa antara kita yang kejam hayati "
Orang2 tua cakap,orang minang memang boleh dipercayai Dan tak kan khianati sesuatu, sebabtu kebanyakan panglima kat kesultanan lama dulu kebanyakan nya org minang😉😉😉
Iye lah betul awak ckap tu, Di Indonesia ni 10 Orang Pejuang Kemerdekaan Indonesia Ni, 7 Orang MinangKabau, 3 lagi Orang Luar Minang. Dan banyak lagi sejarah pasal di Nusantara ni berkaitan dengan MinangKabau & Juga Kesultanan raja asa Minangkabau di Nusantara bahkn Membangun Kerajaan di Luar Minang.
Antara banyak2 Negeri dekat malaysia ni..N9 paling "complicated"..Dari belajar sejarah dulu sampai sekarang pun xpaham benda apa adat temengunglah, pepatihlah, buapaklah...Tp kalau pergi N9 masuk dalam2 sikit mcm kuala pilah ke apa mmg best..byk rumah2 traditional yg cantik2 yg xada dekat negeri lain..
Bukan hanya di Sumatera dan semenanjung saja,,, kesultanan sulu juga didirikan oleh orang minang,,,, raja manila(amanilah) dahulu ialah orang minang, yaitu raja Sulaiman,,, bahkan raja Brunei pun waktu Beliau berkunjung ke tanah datar, Beliau berkata, nenek moyang kami berasal dari sini...
Di google diceritakan yang kesultanan sulu didirikan oleh salah seorang kerabat kerajaan johor lama berasal dari semenanjung, tidak diceritakan org minang yang mengasaskannya…
Pendiri Kota Manila adalah Raja Sulaeman dari Minangkabau. Sedangkan kerajaan Sulu di Selatan Filipina didirikan Raja Bagindi juga dari Minangkabau. kecuali Pendiri kesultanan Sulu, yang nama aslinya adalah Sayyid Wal Syarif Abu Bakar Ibnu Ali Zainal Abidin Al-Hasyimi.
Di Malaysia, org lelaki suka utk gunakan adat temenggung, xsuka dgn adat pepatih. Manakala perempuan pula lagi suka gunakan adat pepatih, xsuka adat temenggung
@@stardenburdenhardennbart Sebelumnya maaf kepada saudaraku. Saya berasal dari Sulawesi, saya orang Bugis. Saya punya teman orang Minangkabau namanya Ilham Ababil. Saya tanya pada beliau, “Apa pendapatmu dengan sebuah negara yang mengakui budayamu?” Beliau jawab, “Saya tidak terima sebagai orang Indonesia. Kalau hanya dipakai sebagai adat asal leluhur tanpa mengakui, boleh saja. Seperti warga Tionghoa yang menampilkan barongsai di sini, tapi tidak mengakui barongsai sebagai budaya asli dan milik Indonesia.” Kami sebagai warga Indonesia yang diajar untuk cinta tanah air dari kecil, merasa sakit hati ketika ada sebuah negara mengakui bahwa budaya Minangkabau asal dari negara tersebut. Saya tidak membenci saudara-saudaraku di Malaysia. Lagu kebangsaan Malaysia saja saya hapal.
@@stardenburdenhardennbart Nampaknya saudara benci dengan Jawa. Padahal Batik, Reog, Kuda lumping asalnya dari Jawa. Sudahlah kita ini bersaudara. Lagi pula jika ada budaya asli Malaysia yang dibawa ke Indonesia, InsyaaAllah kami tidak mengakuinya. Salam sayang untuk saudaraku di sana.
Yang pakai sistem Matrilineal bukan Negeri Sembilan dan Naning Melaka je. Penganut matrilineal ada lain jugak , di Sumatera seperti ✓(Orang Minang di Sumatera Barat) ✓(Orang Semende di Muara Enim, Sumatera Selatan) ✓ (Enggano dan Muko-Muko di Bengkulu) ✓ (Orang Melayu seperti Kuantan, Kampar, dan Rokan di Riau) ✓ (Kerinci di Jambi) ✓(Anak Jamek, keturunan Minangkabau di Aceh Selatan) ✓ (Sibolga, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara).
Orang semende yg matrilineal diasaskan oleh pandekar ahmad raja pagaruyung makanya desa tempat pertemuan diabadikan jadi nama desa pagaruyung.kuantan dan kampar itu minangkabau asli nya!
Rendang dari Sumatera Barat. Istilah 'Indonesia' yang merujuk kepada negara bangsa wujud pada 1850, manakalan istilah 'Malaysia' yang merujuk kepada wilayah wujud pada 1826. Jadi, jika anda naik mesin masa ke abad ke 14 dan anda tanya perantau Minangkabau warga negara mereka, maka adakah mereka akan menjawab 'Indonesia'?
Kalau sekolah2 dasar di sumatera barat. Ada pelajaran BAM (Budaya Alam Minangkabau) mempelajari sejarah dan tradisi minangkabau, kuliner serta warisan budaya benda maupun tak benda
Ramai orang salah faham tentang ajaran datok perpatih ni sebab dia tak faham. MALU BERTANYA SESAT DI JALAN. Kalau seseorang tu dah tau dan faham mesti dia nak jugak macam tu. (Insyallah) ADAT BERSANDI SARAK SARAK BESANDI KITABULLAH. Orang non muslim tak boleh jadih orang minang. Kalau dia dah islam baru dia boleh jadih orang minang. 😊
Ya betul itu.. saya minat sejarah² keerajaan melayu.. terutama n9 keunikkan sistem beraja di n9 meembuatkan aku minat mendalami lagi tentant sejarah n9.. anyway nak tanya satu soalan, Buapak Kedudukkan dia apa sebenar? Adakah peranan Buapak n9 ni juga sebagai raja? Nak tahu dalam lagi tq
perdana menteri pertama Indonesia juga orang Minangkabau (Padang Panjang), perdana menteri ketiga Indonesia juga orang Minangkabau (Bukittinggi), perdana menteri keempat Indonesia juga orang Minangkabau (Bukittinggi), perdana menteri kelima Indonesia juga orang Minangkabau (Alahan Panjang), total ada 4 daripada 10 perdana menteri Indonesia adalah orang Minangkabau, 2 orang dari Medan, 3 orang dari Jawa dan 1 orang dari Sunda
@@naimzakariah tidak hanya Syafruddin, Asaat pun juga orang Minang. Sebenarnya ada dua orang Minang yang pernah jadi presiden di Indonesia. Kalau mengikuti garis keturunan Ibu, Megawati pun sebenarnya orang Minang. In total ada tiga orang Minang yang pernah jadi presiden di Indonesia.
Demikianlah perempuan dia hanya ingat kekejaman orang lain kepada dirinya tapi dia lupa kekejaman dirinya terhadap orang lain walaupun begitu besarnya.. Lupakah kamu siapa Diantara Kita yang kejam.
Rendang bukan dari indonesia ataupun malaysia.. Rendang berasal dari minangkabau,,, jangan sampai kita terpecah belah saudara ku yang di semenanjung.. Salam dari minangkabau
@@jefriafriyanto9674 bang minang ni melayu ke?? Sebab ada orang minang kata minang bukan melayu...dan di minang masih ada waris sultan ?? Boleh ceritakan situasi kesultanan minang ini bagaimana...masih wujud atau tidak...sekadar mahu menambah ilmu
rasanya rendang bukan hanya makanan orang minangkabau. Rendang adalah makanan warisan melayu.. semua melayu.. bukan hanya melayu minangkabau.. Orang melayu dah makan rendang sejak 1550, menurut Hikayat Amir Hamzah: “Buzurjumhur Hakim pun pergi pula ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata, “Beri apalah daging kambing rendang ini barang segumpal.” Sahut orang merendang itu, “Berilah harganya dahulu.”” sedap kah rendang minang? saya rasa rendang kelantan lebih sedap.
Sebelum cakap soal rendang Kau harus kena kaji dulu asal usul rendang itu darimane, baru cakap rendang Jangan nak banding² kan rendang minang dan kelantan pulak cakap pulak rendang kelantan lebih sedap Inilah ciri-ciri sifat tak baik yang suka membanding bandingkan, dan merasa apa yang ada di daerah kau lebih sedap dan lebih baik dari daerah lain nye Rendang, Silat, tu milik Minangkabau yang di bawa merantau ke seluruh Nusantara Bukan Rendang je Adat Perpatih, Adat Temenggong pun Asal dari pade Minangkabau
@@KenshinPaxley silat pun nak diklaim... minang ni macam jawa... banyak mengklaim... apa bukti rendang asal minang? ada catatan bertulis? ada bukti empirical? catatan bertulis pertama yang menyebut tentang rendah ialah Hikayat Amir Hamzah (abad ke 15-16), hikayat itu menunjukkan bahawa masyarakat di melaka di abad ke 15-16 sudah pun makan rendang. orang minang tak ada catatan bertulis. Tambon minangkabau itu pun baru muncul di abad ke 19. minang banyak mengklaim kebudayaan melayu tapi tak nak mengaku melayu.
maaf mencelah . dari ilmu yang saya dapat . kalau berkongsi mak atau bapak sama mak lain atau bapak lain ia tetap dikategorikan adik beradik . bukan tiri . thankyou . salam
Rendang tahan lama? Wah, kalau rendang kita berapa hari je dh basi😂 kalau rendang tahan lama, 2 minggu aku makan rendang je pon okay😆 Mungkin tuan speaker nanti boleh kupas pula adat ni dari sudut Islam macammana sebab nak tahu juga perspektif adat ini setelah kemunculan Islam seperti yg dikhabarkan td.
@@syahmi38jour aku pernah dengar jugak pasal ni. negeri sembilan dulu bawah empayar johor. kau carilah sendiri sejarah tu. xsilap mereka ni digelar biduanda.
@@khairellanuar173 Itu masa Kerajaan Johor Lama. Suku Biduanda dijadikan pembesar di Negeri Sembilan oleh Sultan Johor Lama. Kerajaan Johor Moden baru dikuasai/ diwarisi oleh Temenggung darah Bugis.
Kebanyakan org Melayu di Tanah Malaya skrg pendatang dr Indonesia. Tp claim 100% originated dr Malaya. Kalau bukan Majapahit dan Srivijaya siapa la kamu?
sekali sekali cobalah bahasa tentang minang sebelum masuk nya agama Islam. sepertinya bundo kanduang sangat menderita di peranggi di serang manjapahit sehingga tidak di Ketahui bundokanduang dangtuanku besrta anak2 nya entah kemana.di serang oleh Tantara Islam hancur lagi di Jajah oleh belanda tambah hancur lembur betapa sensarannya moyang kita bundo kanduang siapakah anak cucu beliau sekarang Yg peduli dgn nasib beliau jgn ceritakan Yg indah 2 saja sejarahkan juga yg pahit 2
Indonesia tu wujud bila ? Kepulauan hindia timur gelaran Belanda tu wujud bila ? Org melayu hanya ada di kawasan semenanjung ke ? Orang minang hanya ada di sumatera barat ke ? Falasi macam nilah yang org bukan bumiputera tuduh melayu tu pendatang. Sedangkan orang melayu, minang, jawa, bugis, banjar adalah orang sini. Konsep sempadan negara ni ada lepas perang dunia Kedua. Malaysia pun tak wujud lagi.
Mereka Tu orang minang bukan orang Indo.. Dari dulu lagi orang minang negeri2 mereka terletak di naning, negeri sembilan dan sumatera... Sama kes macam Siam Di Kedah..dengan melayu pulau dua Myanmar...mereka bukan imigran/ pendatang..dah memang tempat diorang..
family belah ayah aku amalkan adat perpatih, adik beradik ayah aku 4 laki 2 perempuan, memang yg perempuan beruntung dapat tanah, 4 beradik laki tak dapat, dan benda tu buatkan ak benci adat perpatih ni, ak nampak kenapa hukum islam tu sempurna, sebab yg lelaki tanggung keluarga, dan ada sebab kenapa islam tetapkan harta jatuh pada anak lelaki, dalam islam anak perempuan masih boleh dapat harta , yg adat perpatih lak cam **** . Adik beradik ayah aku yang lelaki sume bukan org senang, tapi alhamdulillah takde bergaduh ke apa, cuma ak sedih tgk pakcik2 aku, sume bukan org senang , dan byk tanggungan tapi.... sbbkan adat perpatih ni, eeeee... and cuma nasib baik, lepas nenek aku pergi, ada sedikit harta diletakkan atas nenek aku, jadi yg diletakkan atas nama nenek aku tu difaraidkan. so ayah n pakcik2 aku dpatla merasa sikit, so in conclusion, adat perpatih is CANCEL!
Kena faham sikit tentang dapat harta..setahu Aku lah harta Yang anak Perempuan minang dapat adalah harta pusaka turun temurun...ade hingga beratus tahun...ikut logik ar...nenek --> mak--> anak Perempuan --> keturunan Perempuan seterusnya, ape hal laki nak dpt bahagian?? kalau si lelaki berharta terpulanglah nk bagi ikut Cara Islam atau adat....Ustaz Abdul Somad pun ade pernah cakap pasal benda ni..jgn nk Cancelled sngat kalau tak faham...
@@3SukuStudio so sebab benda tu da berbuat beratus tahun kita kena ikut pulak tanpa kira hukum yang Allah dah tetapkan? Ko kena faham pemahaman nenek atuk aku ni, diorg ikut adat perpatih, adat perpatih bg pompuan, dah abih semua harta turun dekat anak perempuan, penama semua perempuan, semuanya ye, anak lelaki langsung xde dapat apa2, bukan tanah adat ye. Sbb otak diorg pikir adat perpatih kan, bg la anak pompuan. Bayangkan adat perpatih ni langsung x wujud, ko rasa anak laki akan dapat jugak x? Kemungkinan besar akan dapat, tapi sebab wujudnya hukum perpatih tanpa ada pemahaman yg betul sudahnya anak2 laki xde dapat tanah. Ko x rasa tempat ak senang cakap r
@@zaitunyahaya4422 so sekarang atuk & nenek ko lah yg Salah.. Knpe nk kne Salahkan Adat?Aku sendiri orang Minangkabau & Aku lelaki, Aku tak de masalah pulak dengan adat perpatih ni..ikut kan dalam Minangkabau Tu sendiri Ada namanya "Adat Basadi Sarak, Sarak basandi Kitabullah" Adat berlandaskan Agama Islam...jgn kata org Adat perpatih ni tak ikut Hukum Allah pulak...Dalam Adat perpatih ni jelas, Adat ni mengajar org lelaki untuk lebih bertanggungjawab, tak mengharapkan harta pusaka untuk hidup..& kalau lelaki jenis yg tak bertanggungjawab..dengan Adat Perpatih "Perempuan" tidak lah kebulur & mengemis hak mereka seperti Kebanyakan Yang terjadi sekarang..Adat Perpatih meletakkan Perempuan di tempat yg "Tertinggi"..so nak cancelled? Adat Kami dah cukup baik...Meletakkan Wanita Di taraf Tertinggi, & mengamalkan amalan demokrasi...kalau Nak ikut Hukum Allah biar ikut semua kekadang Kita yg Hina ni selalu munafik...
@@3SukuStudio Islam langsung tak lindung perempuan ke? kalau tak lindung kenapa ada hibah? Islam masih lagi memudahkan untuk kaum perempuan untuk dpaatkan harta. kalau adat perpatih? Parah anak laki, dengan tanggung anak bini lagi, yang adik perempuan senang lenang, yang lelaki hidup susah, tah pape.Dan disebabkan hukum islam ayah dan adik beradik ak masih dapat sikit harta peninggalan , aklau bukan sebab hukum islam... memang parah, dahla kau. aku tak kira adat ni wujud sebelum islam, yang aku tau Islam wujud sebelum adat ada kat dunia ni, dan islam dah berikan garis petunjuk yang sempurna utk manusia, tinggal manusia utk kaji dan follow. kalau bagus perpatih ni, dah kenapa ramai dah x follow? Sbb hukum islam lebih mudah dan jelas dan yang penting datang dari Allah
adat Minangkabau terkenal dengan prinsip adat bersendikan syarak (agama Islam), syarak bersendikan kitabullah (Al Quran), jadi Alhamdulillah setakat ni takde bertentangan dengan Islam. Malahan orang Minangkabau semestinya beragama Islam