Тёмный

Sejarah Melayu Yang Diputarbelitkan 🔥 

MelayuTube
Подписаться 44 тыс.
Просмотров 19 тыс.
50% 1

[ 🌟Video Versi Dengan Iringan Musik🌟 ] Ada Di Sini ➡️➡️ • Henry The Black Adalah...
"Orang Melaka ni nanti kena bunuh dengan orang Portugis, jadi kita 'baptised' kan dia.. kita kata dia masuk kristian.. kita tukaq nama dia" - Selamat Menonton..
Pemuda yang diberi gelaran 'Henry The Black' ini merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia. Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan.
Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roman oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.
'Enrique' (Bahasa Sepanyol) yang bermaksud penguasa. Manakala dalam Bahasa Inggeris di sebut Henry. Warna kulitnya yang seakan kehitaman itu mendorongnya di gelar sebagai 'Henry The Black'. Namun begitu nama sebenar beliau tidak dapat ditemui dalam catatan sejarah. Manakala nama 'Panglima Awang' itu adalah nama yang diberi oleh penulis novel.
'Henry The Black' adalah seorang pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Pemuda ini adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, beliau bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.
Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba. Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.
Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.
Antonio Pigafetta menyatakan 'Henry The Black' adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Pemuda ini dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.
Ferdinand Magellan atau Fernando de Magalhaes merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyol pada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina.
Di Filipina, beliau telah terbunuh. Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.
Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Sabah / Kepulauan Sulu. Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.
Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.
Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda ini bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh beliau untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.
Di Kepulauan Cebu, Filipina, Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.
Raja Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.
Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang-pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.
Henry The Black turut cedera dalam serangan itu.

Опубликовано:

 

20 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 16   
@melayu
@melayu 3 года назад
[ Video Henry The Black ملايو 🌟 *Versi DENGAN Muzikal* 🌟 ] Klik pada Link ini ➡️➡️ ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-J9frgRuf-V4.html
@muhamadzulkiflimdzain6711
@muhamadzulkiflimdzain6711 3 года назад
Terbaik Melayu tube.... hebat orang-orang melayu ni... Alhamdulillah...kita dilahirkan sebagai seorang Melayu...👍🙏
@chekwan78
@chekwan78 3 года назад
Terimakasih diatas perkongsian tuan...
@temasek65
@temasek65 2 года назад
Singapura pun masih ada orang keturunan Orang Laut.
@mohamadshamsulhasan9844
@mohamadshamsulhasan9844 3 года назад
Sebab tu mereka cukup takut melayu bersatu padu..
@Persempadanansemula2876
@Persempadanansemula2876 2 года назад
X pelik...sbb kita tggl d kepulauan... kepulauan melayu...cri lah jati dri krn ia adalah motivasi..
@mrfq146
@mrfq146 3 года назад
Alhamdulillah , dilahirkan melayu❤
@cheratpiabdullah4806
@cheratpiabdullah4806 2 года назад
Ooo hebatnya melayu ! ....🤔👍🙏
@labulabi8618
@labulabi8618 3 года назад
Sejarah melayu sgt hebat sbb tu org barat tukar fakta sejrah melayu
@zaitonzaiton1561
@zaitonzaiton1561 3 года назад
Bangga krn aku keturunan Melayu .
@anasroyale3693
@anasroyale3693 2 года назад
Pada waktu ni "MEREKA" sedang mengkaji Siapakah Org Melayu ini..Dr mana asal nya...Apa ciri2 Org Melayu..Apa Kekuatan & Kepakaran Org Melayu ni..Kita sedang di kaji..
@meraniahmad7949
@meraniahmad7949 3 года назад
Tq info yg hebat
@mawarofficial7
@mawarofficial7 3 года назад
terbaik
@rosnahbujang4914
@rosnahbujang4914 3 года назад
Ramai yg taktau ni.. Org Melayu tidak malas
@suhairirohani3593
@suhairirohani3593 3 года назад
😍😍😍👍
@muzi0109
@muzi0109 3 года назад
👍👍🤙
Далее
Asal Usul Melayu - Prof Madya Dr Mat Rofa
1:09:16
Просмотров 921 тыс.
KRISIS PENSEJARAHAN MELAYU | PODCAST AJAR
1:04:55
Просмотров 205 тыс.
[ TERBONGKAR ] KEAGUNGAN BANGSA MELAYU
12:58
Просмотров 1,3 млн
Istoria Lumii In Putin Peste Doua Minute
2:54:20
Просмотров 2,1 млн
Sejarah Islam Alam Melayu ᴴᴰ | Prof. Dr. Mat Rofa
1:23:31
"Kembara Eropah" Lepat
1:25:02
Просмотров 387 тыс.