Тёмный

sejarah Syeik Daud al-Fathani ประวัติแชะห์ดาวูด อัลฟาตอนี ulamak teragung dari tanah Melayu 

Nana Supaphorn Channel
Подписаться 108 тыс.
Просмотров 182 тыс.
50% 1

Ziarah telaga Syeikh Daud al-Fathani dan mendengar sejarah secara ringkas tentang beliau แวะเยี่ยมบ่อน้ำแชะห์ดาวูด และฟังประวัติย่อของท่าน
.
.
.
ติดต่องาน โฆษณา ติดต่อ
📩 Paid / gift review contact W/S
🇲🇾 +60194465643 mimi
E-mail : mn.nanamarina@gmail.com
Donate untuk bantu/support channel di 7620789917 Umaimah abdul muhaimi
Cimb bank
แชร์และติดตามเพจ nana Supaphorn Channel
อย่าลืมติดตามช่องยูทูปด้วย ร่วมสนับสนุนช่องที่ 020319148522 ออมสิน สาขาสุไหงโก-ลก สุภาพร สาและ
.
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani
Latar belakang Sunting
Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fathani. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Tok Wan Faqih Ali dari jalur ibu dan ayahnya.
Dari jalur ibunya, Syeikh Daud bin Wan Fatimah bin Wan Salamah binti Tok Banda bin Tok Kaya Ratna Diraja bin Tok Wan Faqih Ali. Manakala sebelah ayahnya, Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak bin Tok Wan Faqih Ali. Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara. Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu).
Keluarga besar Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas tersebar di sekitar Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Manakala, keluarga Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang tersebar di Kg Hj. Kadir, Kg Pasir Panjang dan Kampung Bukit Tanah, Sungai Derhaka (Kuala Terengganu). Kampung Bukit Tanah pada masa kini didiami oleh anak cucu Eshah binti Jusoh dan suami beliau Sulaiman bin Salleh (cicit kepada Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang).
Kebanyakan kaum kerabat Syeikh Daud yang berada di Terengganu adalah pelarian yang lari dari buruan Kerajaan Siam selepas Kerajaan Patani kalah dalam Perang Siam-Patani pada tahun 1826. Mereka mendapat perlindungan daripada Sultan Baginda Omar (1806 - 11 April 1876), Sultan Terengganu yang ke 9.
Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H atau 1153 H dan tahun 1183 H.
Syeikh Daud al-Fathani dan kawan-kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani.
Syeikh Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahun kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat beliau wafat sekitar tahun 1847 masihi, juga ada yang menyebut tahun 1265 H.
Karya Beliau Sunting
Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan.
Antara Karya Beliau ialah ;
Kifayatul Mubtadi fi Ushuli I'tiqadil Mursydin.
Risalatu Ta'alluqi bi Kalimatil Iman.
Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim.
Sullamul Mubtadi fi Ma'rifatil Muhtadi.
Furu'ul Masail wa Wushulul Washail .
Bughyatul Tullab
Munyatul Musolli
Susur Galur Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani Sunting
Susur galur keturunan Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani bersambung sehingga Nabi Muhammad saw melalui cucu baginda iaitu Saidina Hussein. Keterangan lanjut seperti berikut:
Nabi Muhammad saw.
Saidatina Fatimah
Saidina Hussein
Saidina Ali Zainal Abidin
Saidina Muhammad Al-Baqir
Saidina Jaafar As-Sodiq
Ali Al-Uraidhi
Muhammad Al-Naqib
Isa Ar-Rumi
Ahmad Al-Muhajir
Abdullah@Ubaidillah
Alawi Awwal
Muhammad Sohibus Saumiah
Alawi At-Thani
Ali Kholi Qasam
Muhammad Sohib Mirbath
Alwi Ammil Faqih
Abdul Malik Al-Muhajir
Amir Abdullah Khan
Ahmad Syah Jalaluddin
Jamaluddin Akbar
Ali Nurul Alam
Sultan Abdullah Umdatuddin
Sultan Ahmad Muzaffar Waliyullah
Sultan Abdul Hamid Syah
Syeikh Wan Fakih Ali Al-Malbari
Wan Yusuf (Tok Kaya Ratna Diraja)
Wan Su (Tok Bandar)
Wan Salamah
Wan Fatimah
Syeikh Daud Al-Fathani
Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani adalah sepupu dengan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang kerana Wan Fatimah (Ibu Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani) beradik dengan Wan Abdullah (ayah Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang).
wikipedia

Опубликовано:

 

8 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 279   
Далее
Dropping In from the Clouds 🌁
00:17
Просмотров 669 тыс.
Berbual bual
16:17
Просмотров 17 тыс.
Telaga Sheikh Daud Al Fathoni, di Kg Parit Fathoni
6:24