Тёмный

(SIRI I) PEDANG CURA SI MANJA KINI | Malam Kemunculan Sang Sapurba di Bukit Si Guntang 

SULALATUS SALATIN
Подписаться 143 тыс.
Просмотров 94 тыс.
50% 1

Alat-alat kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan regalia yang paling unggul dan dihormati. Perak mewarisi alat-alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka yang di bawa dari Kampar, Sumatera oleh Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1528. Antaranya ialah Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu alat kebesaran purba yang hebat, berasal dari kisah 3 Putera Raja bersaudara dari Bukit Si Guntang
menurut naskhah Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin.

Untuk mengetahui asal-usul pemilik Pedang Cura Si Manjakini, kita tidak dapat lari dari memahami kisah kemunculan 3 Putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kisahnya bermula
di Bukit Si Guntang, Palembang.
“Alkisah, maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang Namanya. Nama Rajanya Demang Lebar Daun. Muara Tatang nama sungainya. Di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah di sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang. Di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan”.
Dengan takdir dan kuasa Allah S.W.T jua, ketiga-tiga Putera Raja bersaudara ini muncul di atas Bukit Si Guntang pada waktu malam berserta nyalaan seperti cahaya api. Ia disedari oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal berdekatan. Keesokan paginya mereka berdua memanjat puncak bukit tersebut dan menemui 3 orang lelaki muda yang memakai mahkota dan persalinan diRaja bertatahkan permata. Wan Malini dan Wan Empuk curiga dan bertanya; “Siapa tuan hamba bertiga ini?” Maka sahut Nila Pahlawan;
"Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa Indera. Bahawa kami ini adalah manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja Masyrik dan Maghrib. Pancar kami daripada Raja Sulaiman alaihis-salam”.
Putera Raja sulung, Nila Pahlawan yang dikenali sebagai Sang Si Perba membawa Curik Si Mandang Kini miliknya. Nila Utama, putera bongsu memiliki pedang Badram Belawa di samping senjata lain seperti kayu Cap Kerupa dan Lembing Lembuara yang dipercayai kepunyaan Krisyna Pandita. Berita tergempar tersebut diketahui oleh pemerintah Palembang, Demang Lebar Daun yang menyambut kemunculan 3 Putera Raja tersebut dengan hati gembira.
Syahadan, kisah ini menjadi mahsyur di seluruh Alam Melayu. Raja Minangkabau hadir ke Palembang memohon supaya salah seorang putera diangkat menjadi Raja. Maka, Sang Si Perba bersetuju dan berhijrah dengan alat kebesaran miliknya termasuk Curik Si Mandang kini untuk dirajakan di sana. Kerajaan Minangkabau dinamakan Pagar Ruyung kemudiannya. Pun begita, Putera Raja kedua, Krisyna Pandita dirajakan di Tanjung Pura setelah Rajanya dikhabarkan hilang. Maka, tinggallah Nila Utama yang kemudian ditabal sebagai Raja Palembang bergelar Seri Teri Buana.
Berbalik kepada kisah Curik Si Mandang Kini milik Sang Si Perba. Di Pagar Ruyung, terdapat seekor ular Sakti Mona (sesetengahnya menyebut naga) yang mengancam nyawa dan hasil tanaman penduduk. Sang Si Perba mengarahkan hulubalang Baginda, Permasku Bambang membunuh ular tersebut dengan mengunakan Curik Si Mandang Kini. Lalu ular tersebut dipenggal tiga dan mati, tetapi Curik Si Mandang Kini telah sumbing 190 menurut Sulalatus Salatin.
Terdapat percanggahan mengenai sosok Sang Si Perba dan Nilam Utama dalam versi A. Samad Ahmad, John Leyden dan William Shellabear. Versi pertama mengakhiri kisah Sang Si Perba dan Curik Si Mandang Kini di alam Minangkabau, sementara adik bongsunya Nila Utama dirajakan di Palembang dan kemudian membuka Singapura. Manakala, versi Leyden dan Shellabear pula menyebut Nila Utama adalah putera kepada Sang Si Perba. Tetapi kedua-dua versi tersebut bersetuju bahawa pemilik asal Curik Si Mandang Kini adalah Sang Si Perba.
Setelah 5 generasi berlalu, waris terakhir yang memiliki Curik Si Mandang Kini adalah Raja Iskandar Shah atau dikenali sebagai Parameswara. Baginda melarikan diri dari Singapura ketika serangan Majapahit, lalu mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400.
SUMBER:
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - A. Samad Ahmad (1979)
Malay Annals - John Leyden (1821)
Sejarah Melayu - Shellabear (1975)
MUSIC BACKGROUND:
Whitesand - Poseidon [Epic Cinematic]
Composed by Martynas Lau (Whitesand)
Release: 2018
Album: Monsters
Subscribe on RU-vid: goo.gl/au5GJK
Facebook: / martynlaur
Twitter: goo.gl/otEqJC
Instagram: goo.gl/JN3LUb (@martynas_lau)
Discord: / discord
Support My Work -
Patreon: / whitesand
Paypal Donation: www.paypal.me/Whitesand
#SulalatusSalatin #SangSapurba #Palembang

Развлечения

Опубликовано:

 

6 июн 2020

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 527   
@jarayahjais7178
@jarayahjais7178 4 года назад
Apabila divideokan memang menarik...Masa zaman Persekolahan dulu Tingkatan 6...memang menggunakan Sejarah Melayu Dalam pengajian Bahasa Melayu tetapi sukar difahami namun apabila dalam bentuk begini amat mudah difahami. Terima Kasih... Semoga generasi muda lebih ramai mengkaji Sejarah Melayu Purba Dan mempersembahkan dalam bentuk yang terkini.
@raudhatuljannah1290
@raudhatuljannah1290 4 года назад
pembelajaran dalam bentuk digital lebih menarik dan mudah difahami serta dihayati. berbeza dgn pembelajaran yg melihat buku teks semata, cepat bosan dan mengantuk. guru2 perlu lebih kreatif utk menarik minat anak2 murid di dalam kelas. menjadikan sekolah tempat yg menyeronokkan dan bukan membosankan.
@MendongakKeLangit
@MendongakKeLangit 4 года назад
Tau xpa, matilanak buat esei sejarah Form 6...
@norizawanchik6493
@norizawanchik6493 4 года назад
Saya bangga dengan generasi muda melayu..
@warriorredanggold9998
@warriorredanggold9998 3 года назад
Itu menunjukkan pulau Sumatera lebih dekat dgn semenanjung tanah Melayu termasuklah bahasa. Zaman dahulukala penduduk kedua wilayah ini seringkali berulang alik, kunjun mengunjungi
@anggarahmana8571
@anggarahmana8571 4 года назад
Sejarah melayu ni banyak dan luas, melayu ni bangsa besar, kita sebagai orang melayu harus bangga dengan peninggalan para sultan kita, kami sumatera semua melayu, aceh, padang, riau, jambi, palembang Saya dari melayu jambi sangat bangga dengan raja kami terdahulu rajo datuk paduko berhalo, rangkayo hitam, dan pahlawan kami sultan thaha Salam dari melayu jambi untuk malaysia, saudara serumpun
@yumita6980
@yumita6980 Год назад
@TOP MOVIE kami dimalaysia..melayu adalah bangsa ..bangsa yang besar dan dibawah bangsa melayu terdapat bermacam suku ...
@yumita6980
@yumita6980 Год назад
@TOP MOVIE betmakna tafsiran melayu malaysia adalah tepat dan benar
@info_diterima
@info_diterima 4 года назад
Ya Allah. Semoga pemegang akaun channel SULALATUS SALATIN dapat pahala kebaikan kerana telah memberi banyak ilmu kepada kami.
@musafirbisu3984
@musafirbisu3984 3 года назад
Sulalatus salatin byg tipu sejarah
@info_diterima
@info_diterima 3 года назад
@@musafirbisu3984 itu catatan tun sri lanang. Bukan channel ni
@info_diterima
@info_diterima 3 года назад
Channel ni terbaik
@dmxb8258
@dmxb8258 3 года назад
@@musafirbisu3984 dia tidak mengikut buku tu... Nama Channel sahaja Sulalatus Salatin
@risaltulniza4652
@risaltulniza4652 2 года назад
@@musafirbisu3984 awak pasti kaa..keseluruhan buku tu adalah bohong...sejarah perlu didengar..difahamkan...dianalisis..dicatat..didendangkan..dan dipanjangkan..supaya anak cucu dapt mengetahui kisah lampau dgn betul..mna yg baik diambil contoh...mna yg xelok..dijadi teladan supaya yg xelok..tidak terus diikut..
@danielanwar8677
@danielanwar8677 4 года назад
Kisah2 melayu purba mmg menarik sebenarnya.. ianya perlu di angkat ke dalam pendidikan masyarakat malaysia.. mungkin langkah pertama kisah2 ini harus dijadikan buku cerita kanak2, di peringkat sekolah juga dan kemudian siri tv atau filem.
@riyantv5222
@riyantv5222 4 года назад
betu tu di film kan pak cik salam dari siak
@majasatri
@majasatri 4 года назад
Kalau nak filemkan..biar buat betul2..cari pengarah dan penerbit yang handal..jgn nanti buat filem jd bhn jenaka plak
@i_fitry3702
@i_fitry3702 4 года назад
Betul..mendidik biar dari anak kecil,biar anak kecil tau serba sikit sejarah/lagenda bangsa melayu.lepas tu diangkat sikit ke animasi,drama tv dan filem..
@crazyname1462
@crazyname1462 4 года назад
Percaya tak .. Filem mat kilau arahan shamsul yusuf akan keluar nanti
@danielanwar8677
@danielanwar8677 4 года назад
@@crazyname1462 tau lama dah. Filem tu tggu tayangan je
@mzimmdi8489
@mzimmdi8489 4 года назад
Nak rosakkan tanaman, Hancurkan akarnya Nak rosakkan bangsa, Hancurkan sejarahnya
@streakzzchannel4429
@streakzzchannel4429 3 года назад
Slogan portugis
@PAK_SYIEKH
@PAK_SYIEKH 4 года назад
Sapa mau rujuk sejarah bangsa Melayu, Rujuk lah dengan prof.mu'ati
@Abu_Ubaidah88
@Abu_Ubaidah88 4 года назад
Prof Tatiana pun bes gak
@naimnazri1453
@naimnazri1453 4 года назад
Ad contact x?
@shamsungrahmat6559
@shamsungrahmat6559 4 года назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-R34gE805sY4.html
@info_diterima
@info_diterima 4 года назад
Saya suka Prof. Abdul Mu'ati
@sitiaisyahmusa7532
@sitiaisyahmusa7532 4 года назад
@@info_diterima saya pernah jadi student dia dulu. Prof. Abdul Muati ni memang best.
@riyantv5222
@riyantv5222 4 года назад
itu lah alat musik nobat sultan sultan di semanjung asal alat musik nobat kerajaan sriwijaya di palembang dan kampar riau tapi di sini udah tidak ada lagi main musik nobat kerna tidak ber sultan lagi tidak kan melayu hilang di dunia 🙏🏻🙏🏻. . .
@kairinase
@kairinase 4 года назад
Salam dari Perak. Kita ada persamaan... keturunan asal dan susur galur yang sama. Buktinya, ramai orang di Perak pantang memakan ikan Tapah. Diceritakan turun-temurun yang keturunan asal kami dari Riau. Kampar juga nama tempatnya. Walaupun tak bersultan, Melayu masih ada daulatnya! Keturunan kita kan asalnya dari susur-galur Nabi Sulaiman dan Iskandar Zulkarnain. Oleh sebab itu Melayu walaupun tidak digeruni, tapi masih dihormati oleh umat manusia di Dunia. Adat kita orang Melayu, "Di mana Bumi dipijak, di situ Langit dijunjung". Jika tiada Sultan... taatlah kepada pemerintah. Namun begitu, taat pada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik. Hidup Melayu!!!
@tuanbela85
@tuanbela85 4 года назад
@@kairinase ape yang di katekan tuan itu benar adanya. Salam melayu nusantara dari kepulauan riau.
@hugomalaya2055
@hugomalaya2055 4 года назад
Demang lebar daun ni org bertanggung jawab melantik raja Melayu. Kalau amk karomah 3 anak raja ni seorang pahlawan. Sbb tu la laksamana bentan kene daulat sultan Mahmud mangkat di julang. Dia Akhirnya menderita sakit Sbb bunuh sultan yg mempunyai keturunan susur galur luar biasa
@mohdfadli086
@mohdfadli086 4 года назад
Negeri Kedah Nobat asal. Nobat pertama yang dibawa masuk dari Parsi
@riyantv5222
@riyantv5222 4 года назад
yang main musik nobat itu orang kalur dari palembang dan kampar dan di bawa ke semanjug sultan malaka kedah
@hokap
@hokap 4 года назад
Gilo sejarah melayu ni power bangat boleh buat komik lebih hebat dari Dewata Raya dan Pedang Setiawan
@kairinase
@kairinase 4 года назад
Dewata Raya dan Pedang Setiawan banyak unsur fiksyen, walaupun ada sedikit sejarah dalamnya. Bagi aku, Sejarah Melayu patut buat cerita Manga macam 'Professor Munakata' (Munakata Kyouju Denkikou), yang membongkar ceria-cerita dongeng Jepun, dan membandingkannya dengan fakta sejarah sebenar... lalu, pertembungan kedua-duanya berjaya membuktikan apa yang dianggap dongeng tu, pernah berlaku pada masa dahulu. Bagi aku, Malaysia ni kena ada seorang watak seperti Professor Munakata, yang mengkaji sejarah Nusantara dari perspektif kisah mitos, lagenda dan dongeng. Dalam cerita Professor Munakata, dia juga bandingkan kisah Jepun, dengan kisah dari negara lain. Hasilnya, didapati banyak interaksi berlaku antara Jepun, dan tamadun lain pada masa kisah itu berlaku, dan integrasi budaya pun berlaku, dan menyebabkan banyak versi untuk kisah yang sama. Kalau teori itu dipakai oleh Sejarah Melayu... maka kita boleh kata, banyak cerita hikayat dan mitos kita dipengaruhi oleh India, China dan negara sekitar Nusantara. Berbincang tentang hal ini saja dah cukup seronok! Agaknya kalau ada garapan dari orang yang pandai berkomik, lagi hebat, ye!
@sharkwasangka5952
@sharkwasangka5952 4 года назад
dewata raya dan pedang setiawan. dah lama tak dengar nama komik ni. entah apa citer pelukis komik ni skrg. ada buat komik lain ke
@kairinase
@kairinase 4 года назад
@@sharkwasangka5952 Dah kaya raya dah mamat tu! Mana taknye, duit royalti cukup makan 7 keturunan. Orang buat game pakai karekter yang dia cipta, buat movie guna siri komik dia, belambak orang bayar duit! lagi dahsyat, kat China komik dia dalam 50 mukasurat satu isu... bila translate ke BM, 25 mukasurat je! harga pun lagi mahal. Bayar royalti untuk satu majalah, sampai sini jadi dua pulak! Kalau dia tak bersyukur kat Dewata dia, rugi betullah!
@hugomalaya2055
@hugomalaya2055 4 года назад
Kalau org ada keturunan susur galur 3 raja ni secara automatik akan dpt titisan leluhur 3 raja ni. Mungkn pandai berlawan amk karomah dari Allah 3 beradik raja ni. Jangan main2 sejarah Melayu tu xctr lagi ibu Melayu nama keturah..
@malhamahalqubra373
@malhamahalqubra373 3 года назад
@@kairinase jika dipelajari lebih dalam ianya bukanlah fiksyen. Semua itu wujud. Bangsa melayu adalah bangsa yang penuh mistik. Dan setiap ilmu ghaib yang tidak bersimpang dari agama islam dapat di amalkan. Tapi ilmu yang bersimpang dari ajaran islam dibuang. Bangsa melayu adalah bangsa dari keturunan nabi Ibrahim bersama isteri ketiga. Boleh dikatakan bangsa melayu adalah saudara kepada bangsa yahudi kerana dari salasilah nabi Ibrahim. Manakala bangsa yahudi dari isteri pertama nabi Ibrahim. Bangsa melayu bangsa akhir zaman. Disebabkan bangsa melayu hebat lah penjajah datang menjajah malah lebih dari 2 penjajah datang menjajah tanah melayu.
@muizismail4844
@muizismail4844 4 года назад
Channel ni terbaik, siap ada ilustrasi dan ini saya minat. Memang saya peminat sejarah melayu.
@mohdyus1147
@mohdyus1147 3 года назад
Alhamdulilah sejarah purba melayu ni yg menaikan smgt Nasionalisme sy zmn remaja.
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615 4 года назад
teringin tengok banyak movie melayu gini....
@jesselingard4033
@jesselingard4033 4 года назад
Aah teringin sangat.Apakah daya kita.Dunia perfileman di Malaysia tidak ingin menghasilkan filem berkaitan sejarah.
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615 4 года назад
@@jesselingard4033 tu la... asyik2 gengater gaduh2... 😅
@sipuntum6557
@sipuntum6557 4 года назад
Hahaha.. mmg susah la nak ada movie mcm nie..
@arx117
@arx117 4 года назад
Takkan jadinya, tengok filem merong mahawangsa dah cukup. Filem yang gagal sebab tak ikut 100%.
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615
@mohamadzulfadhlishahmibinm4615 4 года назад
@@arx117 filem terlampau banyak CGI pon tak sedap jugak nak tengok.. nampak fakenye..
@awekrockers
@awekrockers 4 года назад
Melayu mmg bangsa yg hebat berjunjungkan islam didalam jiwa...
@mohdnajib7049
@mohdnajib7049 4 года назад
minang, melayu dan borneo sah memang bersaudara sebenarnya...
@arx117
@arx117 4 года назад
Kat astro oasis cerita pasal hamka, diorang pergi minangkabau dan makcik minang kat sana cakap melayu dan minang ialah adik beradik, bezanya cuma adat sahaja minang dengan perpatih
@lobakputih202
@lobakputih202 2 года назад
Bangsa Melayu, beretnik Minangkabau.
@chesombtputih4688
@chesombtputih4688 2 года назад
Dunia Melayu itu luas..
@yumita6980
@yumita6980 Год назад
@@lobakputih202 betul,macam saya,bangsa melayu beretnik minang
@rizalmanmustapa-qq7hv
@rizalmanmustapa-qq7hv 2 месяца назад
​@@yumita6980Saya suku tiga Batu 50 kota luak johol anak waris atau biduanda,ada darah bendehara sekudai daulat tun jenal baginda paduka raja
@eddykaizen8768
@eddykaizen8768 4 года назад
Sy anak melayu kampar...dari pahang.. jaga lah adat2 ketimuran,bangsa & agama Kita..semoga jadi tatapan buat anak cucu kita..biar mereka bangga dgn kehebatan moyang Kita ..
@siaranytube6925
@siaranytube6925 2 года назад
semoga sejarah melayu terus di lindungi dan berjaya di sampaikan kepada generasi baru..
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
2 tahun cari Sungai Melayu di Sumtra, baru dapat jejak kaki di sana.
@ifarhan826
@ifarhan826 4 года назад
Mana?
@yamiaathira5636
@yamiaathira5636 3 года назад
@@ifarhan826 muara tatang
@dayak27
@dayak27 4 года назад
Bagi aku ne la chanel terbaik dalam sejarah mengenal melayu... Of
@grimsoul4708
@grimsoul4708 2 года назад
terus jaye chanel ini,sampai melayu di tanah kami palembang di ceritekan😍
@matbajang6923
@matbajang6923 4 года назад
Disebabkan nama pedang itulah (cura simanja kini) maka lahirlah darjah kebesaran Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM), Dato Paduka cura Simanja Kini (DPCM) yg membawa gelaran 'Dato Seri' & 'Dato' yg d kurniakn DYMM Sultan Perak shj. Sekian maklumat.
@israelamericabastard9572
@israelamericabastard9572 4 года назад
Mengarut
@matbajang6923
@matbajang6923 4 года назад
@@israelamericabastard9572 apa kau merepek ni BAJANG?? Salah alamat ke???
@v3rstyl3
@v3rstyl3 4 года назад
@@israelamericabastard9572 ketum ke?
@sipuntum6557
@sipuntum6557 3 года назад
Buat pala..
@GardeniaInc
@GardeniaInc 3 года назад
Lah betul la tu..mesti x pernah tengok list pembesar perak..😥google jew la bukan susah..aje jew nye..macam dia pulok orang perok.
@le-q2501
@le-q2501 4 года назад
Alhamdulillah makin byk channel yg membongkar sejarah melayu. Trskan usaha murni ini agar anak cucu kita kenal akan bangsanya yg sbnr...Kembali membina jati diri islam dn melayu
@zack-one3936
@zack-one3936 4 года назад
terbaik!!!! banggalah dgn asal usul mu wahai melayu
@amirashraf6422
@amirashraf6422 4 года назад
Berkenaan Raja Nusyirwan Adil dalam SS, ada seorang rasa empayar Parsi Sassanid, Anushirvan the Just (Anushirvan yg Adil) namanya. Ada juga nama beberapa rasa Sassanid lain dalan SS seperti Kobat Syahriar (Kavadh Shiroya), dll. Walaupun susunan garis masanya tak teratur, dapat difahami bahawa Tun Sri Lanang hanya compile nama2 tersebut berdasarkan naskhah yg dia ada. Selain itu, nama Parameswara/Permaisura (ڤرميسورا) hanya disebut oleh Tome Pires dalam Suma Oriental. Semua versi SS tak menyebutnya, seharusnya watak ini diragui, sementelah Suma Oriental mengatakan Parameswara straight dtg dari Palembang, Singapura, Muar dan akhirnya Melaka, sedangkan dalam semua versi SS mengatakan kerajaan Melaka hanya wujud setelah beberapa generasi raja2 kerajaan Singapura memerintah. Teruskan usaha tuan2. Terbaik.
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Salam Saudara, ada beberapa penemuan terkini membuktikan versi SS lebih tepat berbanding SO berikutan penemuan arkeologi di beberapa tempat di Singapura. InsyaAllah saya akan huraikan.
@idham9379
@idham9379 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN terbaik admin😘
@tuanbela85
@tuanbela85 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN terimakasih tuan dengan adanya channel ini sejarah bangsa melayu nusantara bisa diluruskan kembali.
@harry77998
@harry77998 2 года назад
Bermakna Zulkarnain yg di maksudkan adalah King Cyrus the great la kan , sebab Nobat pun berasal dari Parsi !
@TingTong2568
@TingTong2568 4 месяца назад
Bagaimana pula dengan sumber Ming Cina?
@jamizal4522
@jamizal4522 4 года назад
Menanti siri seterusnya.... Persatuan Rekreasi dan Alam Semulajadi Gerik
@mohdyus1147
@mohdyus1147 3 года назад
Teringat cikgu sulaiman cerita kisah Wan empuk Wan malini.. Dan demang lebar daun.. Terer cikgu BM boleh sembang pasal sejarah lama mcm ni secara santai je.. Hebat cikgu dulu2
@18muhammadhaziqaiman61
@18muhammadhaziqaiman61 4 года назад
Wahh sungguh epik sekali lagenda melayu
@nuriantato9440
@nuriantato9440 Год назад
Seronok tengok...asal usulraje2 melayu....rupanye raje2 dkt tanah melayu bersal dari bukit siguntang....palembang sumatra....terima kasih admin...
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN Год назад
Sama-sama Tuan, semoga bermanfaat untuk kita semua.. Aminn..
@alexklly
@alexklly 4 года назад
dari dulu sy tertanya2 dari Nabi mana asal usul bangsa Melayu ni,.lpas tgk ni terjawb dah persoalan sy,kita dari keturunan Raja Zukarnain n dari Nabi Sulaiman a.s,.terima kasih atas perkngsian ini
@pikoloreal2205
@pikoloreal2205 4 года назад
Keturunan nabi ibrahim lah melalau isteri baginda iaitu keturah..keturanan nabi sulaiman kat ethopia bkn nusantara
@jamilahfirdaus4337
@jamilahfirdaus4337 4 года назад
alexkily tgk ceramah ustaz auni ade menerangkan asal keturunan melayu secara detail... Singkatannya melayu asal dr nabi ibrahim melalui isteri bnama kenturah...
@hugomalaya2055
@hugomalaya2055 4 года назад
Keturah la ibu kau ibu org Melayu
@izzatzain4773
@izzatzain4773 4 года назад
Rasanya keturunan raja je yang ada hubungkait dengan raja Zulkarnain.
@rizukimura5409
@rizukimura5409 4 года назад
Pada umumnya bangsa melayu dari nabi Ibrahim..secara khususnya nabi sulaiman bagi yang berdarah raja
@IKRAM31390
@IKRAM31390 4 года назад
MELAYU mmg hebat dr dulu kala lg..bangsa MELAYU MMG hebat
@abdullahosman8545
@abdullahosman8545 4 года назад
Terbaik Chanel Sulalatus Salatin.....sy sentiasa menyokong Chanel kisah sejarah melayu.......
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Alhamdulillah terima kasigh Saudara, saya buat mana yang termampu, harap rakan2 share video ini untuk berkongsi ilmu.
@SangSapurba
@SangSapurba 3 года назад
Teruskan kajian anda hamba selalu di belakang anda
@syednasrullah938
@syednasrullah938 3 года назад
Harini aku baru tahu, kisah ni ada diadaptasi dalam bentuk lagu bertajuk Hati Kama. Nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Konon-konon macam Siti dan Kak Ani tu macam Wan Malini dan Wan Empuk la. Menarik. 😍 best!
@akuyus3663
@akuyus3663 3 года назад
3 diraja , yang tiba² datang dari bukit , masya Allah , orang orang lagenda 😍😍😍😍😍😍 emotion ....
@rockmoongaming6280
@rockmoongaming6280 Год назад
3 raja tsb masih memeluk hindu buddha blom masuk islam ngab
@hambatuhan5751
@hambatuhan5751 4 года назад
Sekongkong tanah minangkabau Selilit pulau perca Dilingkung ular saktimuna -Peranggan ini ad kaitan dgn logo silat gayung- -Mantera yg dibaca ketika sultan muzaffar sampai di kuala sungai perak.
@namroncham5161
@namroncham5161 4 года назад
Ibu sultan muzafar shah tu puteri onang kening anak raja kelantan
@no_name8363
@no_name8363 4 года назад
@@hastamanana5226 Kecuali d ajang sepak bola dan olahraga yg lainnya
@adityavarman6880
@adityavarman6880 Год назад
Silat gayung itu diajarkan putra raja pagaruyung yg mengawal sultan muzzafarsyah ke perak
@sarafiansalleh6200
@sarafiansalleh6200 4 года назад
Selepas 5 generasi = 5 Raja ? Terbaik. Terimakasih
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Sang Sapurba / Nila Utama > Paduka Sri Pikrama > Seri Rakna Wikrama > Paduka Seri Maharaja > Raja Iskandar Shah
@thenaifus1
@thenaifus1 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN tak silap saya admin Paduka Seri Maharaja ni lah iaitu bapa parameswara yang berlaku kisah Singapura dilanggar todak.minta pencerahan sedikit tq.
@lobakputih202
@lobakputih202 3 года назад
@@SULALATUSSALATIN aik... Nila Pahlawan kan Sang Sapurba...... Bukan Nila Utama
@pantainipah5606
@pantainipah5606 2 года назад
Tua sekali sejarah Minangkabau pantas pusat kerajaan pagaruyung dijuluki pusat mistis oleh thomas dias.
@meyceedz
@meyceedz 4 года назад
Background music dia dengan suara, meremang buluu
@abdulhadiabdullah1217
@abdulhadiabdullah1217 Год назад
allahumma salli ala sayidina muhammad, DAULAT TUANKU, takbir allahuakbar allahuakbar allahuakbar,al-fatihah kepada almarhum sultan yg telah kembali kerahmatullah ,pengorbanan dan kasih sultan pada rakyat jelata tidak mungkin dilupai selagi dibawah naungan baginda sultan PERAK DARUL RIDZUAN yg diwarisi .ya allah berkahi negeri perak dan kurniakan kesihatan dan mudahkan urusan ditahap yg terbaik sekali amin yarabbal alamin.allahuakbar
@idham9379
@idham9379 4 года назад
Terbaikk admin . Iloveyou voice . 😘 .
@nurainmohdyassin2532
@nurainmohdyassin2532 2 года назад
Kenangan pd bulan 0gos 2013 mlm Jumaat sy asal Sabah bsma dgn 2org asal dari Bagan Datoh Perak DR telah pergi ke Betin Beras Basah utk melihat lebih dekat dlm pejalanan balik sempat singah 1 pondok yg d namakn Panca Pesada d blkg nya ada sebuah perigi bila sy menjenguk ke dalam nye tetiba keluar haruman SERAI tapi hanya seketika hilang..kesimpulan nya Kesultanan Perak DR berdaulat mengikut penceritaan dari rakan2 setiap Sultan yg d tabal kn mst ke sana... AL Fatihah
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
Teringat 2 tahun di Pontianak, tinggal nama Universitas Tanjung Pura yg aku jumpa. ... Muzium yg ada pun macam tak di jaga.
@i_fitry3702
@i_fitry3702 4 года назад
Tak sabar nk tggu sambungan kisah ni..
@shahidfullahazizan
@shahidfullahazizan 3 года назад
Manuskrip ni adalah asas dalam Sejarah Tanah Melayu dan juga asas teks kesusasteraan Melayu. Selain manuskrip ini antara manuskrip lain yg wajib baca ialah Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis
@hasbullah878
@hasbullah878 4 года назад
Terbaik👍
@parkzard6494
@parkzard6494 4 года назад
Teringat plak pada cerita lang buana 🤣
@myoptikx8286
@myoptikx8286 4 года назад
Haha btl tu
@tanjakpusaka2291
@tanjakpusaka2291 Год назад
Wahh baekk jgk wan impuk gn wan malini
@bradergogo7163
@bradergogo7163 3 года назад
seronok juga ya melihat kisah penglipur lara melalui teknologi moden nih . .
@gemasri5954
@gemasri5954 4 года назад
saya orang perak...
@EngkuExplorer
@EngkuExplorer 4 года назад
sama
@zuki0097
@zuki0097 4 года назад
teman juga
@Fauzi_Ipoh_II
@Fauzi_Ipoh_II 4 года назад
Manjoi mari...
@rahmanmy4389
@rahmanmy4389 4 года назад
Awak pon sama chor
@ahmadalbabpunya1647
@ahmadalbabpunya1647 4 года назад
Perak dimana cho? Awok bota mari
@ainulbasyira6461
@ainulbasyira6461 3 года назад
Sepatutnya kementerian pendidikan da boleh buat penyampaian digital seperti chanel ni..terutama selibes2 yg jarang2 di dengar..mudah di fahami dan boleh di acces bila2 masa..
@jijjo_pakai_nektai
@jijjo_pakai_nektai 4 года назад
Kalau laah syamsul yusuf & skop production kluarkan filem2 tentang tema sejarah raja2 melayu awal ni..punya banyak siri raja boleh diangkat.. Kalau buat filem perihal riwayat setiap raja2 ni mau boleh kluar 100 filem.. Kalau lah syamsul yusuf dengr & brminat nak buat.. Bestnye lah.. Hmmm
@afdalfarhan8861
@afdalfarhan8861 4 года назад
Mereka dah start dgn filem mat kilau.... kalau ditayangkan nnt dan dpt sambutan... mungkin akan ade byk lg filem2 melayu lama.
@pakyuscempaka8023
@pakyuscempaka8023 4 года назад
Syamsul yusuf biase sibuk ngan filem sal trend skrg, org gila drift dia buat cter drift. Org nk jd gangster dia wt cter gangster. Cter rempit,
@alifaiman0821
@alifaiman0821 4 года назад
mat kilau akan keluar , mungkin akan berterusan dlm perfileman sejarah melayu , "kot"
@hasnizamhaliza8317
@hasnizamhaliza8317 4 года назад
Dgr cerita lagu siti nurhaliza anta permata ada kaitan dgn putera bukit siguntang
@mayamayapersona
@mayamayapersona 3 года назад
Lagu Hati Kama....cerita ttg wan empuk dan wan malini pertama kali bertemu sang sapurba di Bukit siguntang
@daddyraffles7083
@daddyraffles7083 4 года назад
terbaikkkk 👍👍👍👍👍
@no_name8363
@no_name8363 4 года назад
Baru tau rupanya Melayu yg ade skg ni asal usulnya dari Indonesia. Tq berbagi ilmu yg sgt bmanfaat
@udinsrero8231
@udinsrero8231 4 года назад
Melayu ada di seluruh Nusantara bkn asal dari Indonesia saja bro
@mayamayapersona
@mayamayapersona 3 года назад
Dulu Alam Melayu...mana ada nama Indonesia atau Malaysia....jgn sempitkan Sejarah dgn Sempadan Geografi skrg...
@nuruddinjaafar7926
@nuruddinjaafar7926 3 года назад
Demang lebar daun saudara kpd sultan brunei yg pertama awang alak betatar
@penyelamatkhazanahpurba
@penyelamatkhazanahpurba 2 года назад
Terbaik Dan mantap
@hambanya164
@hambanya164 4 года назад
Sulalatus salatin chanel terbaekkk...
@jijojijo7461
@jijojijo7461 4 года назад
Bagus buat video Mcm ni.. Menarik.. Ptut Dr dulu ..tp sejarah melayu dipdam ole Yehudi... Ptut kene bykan video Mcm ni
@mraachannel7218
@mraachannel7218 4 года назад
Tak sabar nak tunggu siri ke 2
@nurulizzah8917
@nurulizzah8917 3 года назад
Menarikkk
@sunnysky7577
@sunnysky7577 2 года назад
Masyaallah..
@zairudinzairudin873
@zairudinzairudin873 4 года назад
Rindu tengok muka Jason King before start video.
@mhwahyu6801
@mhwahyu6801 4 года назад
Tak sabar tungu Siri 2.
@malhamahalqubra373
@malhamahalqubra373 3 года назад
Ya Allah. Peliharalah bangsa ku melayu iaitu satu2 nya bangsa yang memiliki satu agama iaitu islam. Dan satu bangsa yang bertuhankan satu tuhan. Itu lah melayu. Kini engkau pertemukan kembali kehebatan bangsa ku melayu yang telah dipunahkan oleh penjajah. Mungkin ada hikmah nya supaya dunia tidak terlalu tahu tentang bangsa melayu iaitu bangsa akhir zaman.
@captainmattkassim6661
@captainmattkassim6661 4 года назад
Mantap lagenda👍
@AR11B
@AR11B 4 года назад
Minat sangat dengan video mcm nie..
@anassalim4881
@anassalim4881 4 года назад
Salam admin. Alangkah baiknya jikalau tuan admin membuat video mengenai asal usul kejadian negeri perak.
@megatzuhairihiothman6765
@megatzuhairihiothman6765 3 года назад
Nama asal sebenarnya "curapatram si pandittam mani" Pedang asal dari seorang pandit di india yg tersohor katanya pedang ini lagi tua kepunyaan nila tri buana... Ini lagi tepat. Sebab tu Pedang ni boleh bergerak2 bila di baca bait bait mantra sunskrit. Kerana ada pengaruh pemujaan terdahulu serta keterlibatan makhluk halus. Nama cula si manja kini telah di melayu kan. Supaya sedap di dengar. Sejarah pedang ni panjang sebelom sampai ke tangan raja raja melayu kat sini.. Melayu kita hebat satu masa dulu..
@amermucid6611
@amermucid6611 4 года назад
good
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
First!
@rohanaibrahim8747
@rohanaibrahim8747 4 года назад
HIASAN TIADA TERRR NILAI ...💖💖💖 ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI ... 💖🌕💖
@ikmalsyafiq8978
@ikmalsyafiq8978 3 года назад
Tetiba minat sejarah after tgk channel ni
@fikrimohamad9401
@fikrimohamad9401 4 года назад
Min nanti ulas pasal taming sari pulak
@nazrulfitri2386
@nazrulfitri2386 4 года назад
Next video tentang sejarah
@Fluppy534
@Fluppy534 4 года назад
Oii alhamdulillah asal mula pedang ini dibawa dari pada Kampar tempat raja Melaka terakhir, sehingga Kampar tersebut dalam sejarah. Putra Kampar
@jawasedoo2483
@jawasedoo2483 3 года назад
Hebat sejarah kiteni..
@baharuddinabdullah97
@baharuddinabdullah97 4 года назад
Assalamualaikum Tuan kalau boleh adakah dahulu Bangsa Melayu mempunyai Senjata Pedang... kalau lah sudah ada tolong cerita kan lah....Tuan Hamba sangat ingin mengetahui dan memahami sejarah
@info_diterima
@info_diterima 4 года назад
Pedang kita setaraf lain. Malah lebih lagi.
@baharuddinabdullah97
@baharuddinabdullah97 4 года назад
@@Androthegoth ya saya sudah tahu melayu dulu ada senjata api....
@baharuddinabdullah97
@baharuddinabdullah97 4 года назад
@@info_diterima betul tu pedang sangat sinonim pelbagai negara dan suku bangsa lain seperti pedang Zulfakar.. pedang Damascus... pedang al-ma'thur... Katana Jepun... pedang Arthur dan lain-lain
@samsah6447
@samsah6447 2 года назад
hadirrr,,,,,malaysia timur sabah♥️
@syam-ul4ov
@syam-ul4ov Год назад
Aamin melayu trbaik
@beyoung7925
@beyoung7925 4 года назад
Risau la bang Mat Salleh belajar lps tu dia guna utk Keganasan...Rahsia biarlah Rahsia...rungkai kan benda yg Basic...Aq pn terkejut Melayu sehebat itu...Tp Melayu skrg...
@jamilahfirdaus4337
@jamilahfirdaus4337 4 года назад
Ape yg nk dirisaukan....mat salleh dah lame tau...diselewengkan melalui orentalis...mcm2 dibranw...bnyk manuskrip dn buku2 melayu dulu diorg simpan...matsaleh bnyk ciplak teknologi melayu dulu hbt2 belaka...tengok jelah sape yg genius asal dri org2 islam...bkn matsaleh ciplak pastu claim diorg yg cipta
@shevagiggsy
@shevagiggsy 4 года назад
Sayangi sejarah kita.. Kita bangsa hebat.. 💪💪💪.. Sape dislike sorang tu.. 😏☹️
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
Aku pernah sampai di Sungai Melayu, Palembang
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Beruntunglah Saudara, saya dah lama pasang niat ke sana, tapi banyak pula aral melintang
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN saya & anak-anak peminat setia channel anda. Pernah bekerja di hampir seluruh pelusuk pendalaman Indonesia & Thailand. Sering terjupa tempat/situs sejarah Melayu lama.
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN Tuan boleh ke Jambi juga, Muaro Jambi, ada universiti Melayu Kuno. Sebelah sungai Batanghari kurang 1 jam dari Kota Jambi.
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN Boleh ke Muaro Sabak, Tanjung Jabung & Tembilahan lihat legasi peninggalan perang Johor-Jambi
@inovismillers8343
@inovismillers8343 4 года назад
Sungai Melayu masuk dari Simpang Gas, Bayung Lincir 10 jam dari Palembang, Jalan Lintas Sumtra. Very adventuring place..... Tak terbayang zaman dulu, sekarang masuk ke Sungai Melayu pun rasa patah pinggang.
@najmiaimanas-salaghory1528
@najmiaimanas-salaghory1528 4 года назад
Salam admin. Nanti buatkan video jihad di nusantara. Termasuk Perang Kastila Brunei 1578. Sbb pada amati saya. Perang ini antara perang yg menarik dimana orang Melayu berjaya menghalau penjajah barat sepanyol selepas kejatuhan Melaka.
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
InsyaAllah Saudara, baru pertama kali saya dengar Perang Kastila ni, pasti menarik.
@najmiaimanas-salaghory1528
@najmiaimanas-salaghory1528 4 года назад
@@SULALATUSSALATIN betul. Jika tuan admin baca kisah perang ini. Nasib Brunei hampir seperti Melaka. Dimana Kota Batu pusat pemerintahan Brunei waktu itu jatuh ketangan Sepanyol dan seluruh isi kota tersebut dihancurkan termasuklah masjid besar brunei, kubur sultan dan istana sultan. Namun brunei berjaya dapatkan kembali kota batu dan berjaya halau sepanyol sehingga di perbatasan Sabah.
@ayamisdelicious3600
@ayamisdelicious3600 4 года назад
👍👍👍👍👍
@sinar7257
@sinar7257 4 года назад
Kitajagakita🇲🇾
@projekorangkampung9279
@projekorangkampung9279 3 года назад
Pertahankan #institusidirajamelayu #daulattuanku #kesetiaankepadarajadannegara
@ichaicha7069
@ichaicha7069 4 года назад
Terbaik SS. Tumpang tanya. Video ttg Sultan Mahmud Shah jatuh gering selepas diangkat jadi Sultan Melaka & dijaga dgn rapi oleh Tun Perak & Hang Tuah dah takde ke? Sy search tapi dah tak jumpa.
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Salam, video telah diturunkan oleh RU-vid atas claim produksi PGL. Saya akan terbitkan sekali lagi dalam masa terdekat.
@orangkampung1162
@orangkampung1162 3 года назад
Allahuakhbar.... Daulat... Daulat.. Daulat
@Plk393
@Plk393 3 года назад
Silalatus salatin.. buku yang ditulis oleh tun seri lanang. Pengkianat bangsa melayu. Yang membantu portugis menawan melaka.
@hafezsakarno7003
@hafezsakarno7003 Год назад
Saya mohon share di tiktok. Terima Kasih.
@malayateam546
@malayateam546 4 года назад
selalu dengar manja kani rupanya manja kini
@lobakputih202
@lobakputih202 3 года назад
Manjakani tu nama herba.
@PadangBindu-jv9rg
@PadangBindu-jv9rg Год назад
Kato pusako minangkabau mengatakan: "Dari mano titiak palito, dibaliak telong nan batali, dari mano turun niniak moyang kito, dari lereng gunuang marapi bukik seguntang-guntang"
@jktingkir
@jktingkir 24 дня назад
Karena pengaruh kedatuan Malayo Jambi saat Srivijaya runtuh, Jambi bergerak sendiri menguasi sumbar maka kebudayaan Melayu tersebar di Sumbar. Penamaan Etnis Minangkabau itu muncul karena Singasari waktu mengambil alih sumbar dari Kedatuan Jambi yang saat itu bernama Malayupura. Etnis Minangkabau itu aslinya gak ada hubungan dengan orang Melayu karena etnis di sumbar satu rumpun dengan etnis yang punya marga seperti karo, gayo, batak dll. Sedangkan Melayu tidak
@thefoundation5537
@thefoundation5537 3 года назад
Keturunan dari Sang Nila Utama Tun Perak [Bendahara Melaka ke-5 1456-1498], Tun Perak "Bendahara Paduka Raja"[1426], *ibn* Bendahara Sri Wak Raja Tun Perpatih Sendang, "Seri Wak Raja 2 @ Seri Awadana"[1361 & 1421], *ibn* Bendahara Seri Wak Raja Tun Perpatih Permuka Vijaya,"Seri Wak Raja 1", Raden Bangkas @ Bagus ibni Raja Ahmad,"Prabu Purvisaso Bravijaya",[1329 & 1421], *ibn* Raja Ahmad ibni Sultan Megat Iskandar Shah, [1349 & 1395], *ibn* Sultan Megat Iskandar Shah [Sultan Melaka ke-2 1413 - 1423], Sultan Megat Iskandar Shah, "Paduka Sri Ratna Adivikrama di-Raja", "Seri Rama Adikerma Raja",[lahir: 1344], *ibn* Maharaja Parameswara (Raja Iskandar Shah),Maharaja Parameswara @ Raja Iskandar Shah Paduka Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja, Dharmaraja (The last sultanate of Temasik from Srivijaya clan), *ibn* Sri Ratna Wikrama [Raja Singapura ke-3 1386-1399], Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja "Paduka Seri Rana Wira Kerma" -Temasek,[Lahir:1279] *ibn* Sri Perkerma Wira Diraja(Raja Singapura/Temasik ke-2 1372-1386), Sri Bikrama Vira di-Raja [Pekerma Wira] -Temasek,[Lahir:1218], *ibn* Sri Tribraja Sang Nila Utama Parameswarahwana,Sang Nila Utama / Sang Sapurba / Sri Tri Buana Sang Sapurba Bichitram,"MahaRaja Sri Tribuana Raja Mauli Varma Dewa Sang Nila Utama Parameswara/ Raja singapore pertama",[1258],Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Maharaja Malayu II - Tribhuwanaraja (1286-1316),"Sang Si Perba", "Sangsapurba Trimarti Trib'Huvena", "Sri Mat Tri Bhuwana Raja Mauli Warma Dewa", "Sri Nila Pahlawan", "Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa",[1209], *ibn* Raja Langkasuka Sultan Suran,RAJA LANGKASUKA Raja Suran, Raja Tersi Perderas,Maharaja Malayu I - Trailokyaraja (1183-1286, "Suran Padshah", "DharmaWira IndraWarman(Brahma) (Malim dewa) maharaja imbang jaya", "Maharaja Imbang Jaya", "Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa",[1169],Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Raja Sulan Indrawarman, [1104], Kraton Indrawarman, Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Sri Maharaja Indrawarman, [1004], Demang Lebar Daun Mangkabumi of Andelas Palembang, Raja Demang Lebar Daun[1283], *ibn* Prince Raja Sang Aji Kala,[1248 and 1302] Singapore,[Temasik] (Brunei Darussalam) *ibn* SRI MAHARAJA SANG NILA UTAMA, Temasik
@kingkong5062
@kingkong5062 Год назад
THUNDERCATT....HOOOOOO....
@badrulazam1293
@badrulazam1293 4 года назад
Background music kuat sgt
@dolik5940
@dolik5940 3 года назад
aaahh yg betul Aja nich
@misterphotatoes7166
@misterphotatoes7166 4 года назад
teringat Form6...😭😭
@adityavarman6880
@adityavarman6880 2 года назад
Ssng sapurba adalah suri maharajo dirajo pertama di minangkabau,ia lah pemegang keris churak simandang giri dan teris tsb masih disimpan diistana pagaruyung darul.qorror.kesultanan2 melayu di semananjung sering2 lah tengok pagaruyung darul qorror karna disitulah peradapan modern melayu/minangkabau/aceh😃
@rockmoongaming6280
@rockmoongaming6280 Год назад
Hahahah mana pula Sangsa purba maharaja minangkabau, sejarah drimna??
@adityavarman6880
@adityavarman6880 Год назад
@@rockmoongaming6280 kamu slahsatu orang terkonyol di aku temui dinternet..
@adityavarman6880
@adityavarman6880 5 месяцев назад
​@@rockmoongaming6280telinga mu apa tak mendengar penjelasan di video ini?
@jktingkir
@jktingkir 24 дня назад
​@@adityavarman6880Sang Sapurba itu dari bukit Siguntang, kemudian mendirikan kerajaan di sumbar. Nama etnis Minangkabau dulu belum muncul masih etnis-etnis yang belum ada nama penyebutan. Aslinya etnis di sumbar itu satu rumpun dengan Gayo, Karo, Batak yang pada dasarnya menggunakan kebudayaan sosial silsilah keluarga seperti marga
@adityavarman6880
@adityavarman6880 24 дня назад
@@jktingkir marga2 di daerah yg kamu sebut itu mengklaim berasal dari Pagaruyung ibukotanya Minangkabau.
@braderbest3740
@braderbest3740 4 года назад
walau terdapat 3 jenis versi buku yang diterbitkan, aku lebih percaya pada hasil garapan A. Samad Ahmad dengan pengakhiran Sang Nila Utama di Singapura.
@tengkumuazbahizalsah8038
@tengkumuazbahizalsah8038 4 года назад
Mohon untuk lanjutkan Video untuk semua alatan kebesaran Di Raja perak
@SULALATUSSALATIN
@SULALATUSSALATIN 4 года назад
Ya, saya bercadang untuk bikin 3 siri, InsyaAllah.
@pisangseikat2997
@pisangseikat2997 4 года назад
Mohon tambahkan lagi juga peranan,asal usul Toh Seri Nara Diraja yg menabalkan 35 Sultan Perak ..
@tokakimoss6167
@tokakimoss6167 3 года назад
Ayuh Semua Kita Pertahankan Raja-Raja Melayu Kita , jika Kita tiada Raja2 Melayu/ Sultan maka kita bukan LA , Bangsa Melayu. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
@nikmustafa6171
@nikmustafa6171 4 года назад
Pernah belajar masa form six
@zahirariff6077
@zahirariff6077 3 года назад
Mudah jd Raja
@nuruddinjaafar7926
@nuruddinjaafar7926 3 года назад
Demang lebar daun adik kepada sultan brunei yg pertama awang alak betatar..baginda berhijrah ke sumatra..
@sammichannelhamzah1802
@sammichannelhamzah1802 3 года назад
Tersohor pulak negeri palembangku
@matsurfie8998
@matsurfie8998 2 года назад
Kat Palembang ade lagi ke orang guna nama " WAN" ?
Далее
ЭТОТ ПЕНЁК ИЗ PLANTS VS ZOMBIES - ИМБА!
00:48
Я КУПИЛ САМЫЙ МОЩНЫЙ МОТОЦИКЛ!
59:15
Kisah Rahsia Raja Suran yang Tersembunyi
13:24
Просмотров 7 тыс.
MISTERI!! KERAMAT TOK TEMONG
23:26
Просмотров 46 тыс.
TELE-ANIMASI PEJUANG | MAT KILAU
38:51
Просмотров 120 тыс.
Waris Ke 9 Keris Laksamana Bentan
7:54
Просмотров 26 тыс.
#фильм #кино #фильмы
0:58
Просмотров 2,3 млн