hai guys, Hari Ini Kita berkongsi tentang seekor anak kucing yang baru kami selamatkan Dari sebuah longkang besar.
Orang buang hanya seekor tanpa Ibu Dan Adik beradik. seminggu juga saya mendengar tangisannya, sangat kesian tapi dia agak.liar dan susah untuk menangkapnya.
Semakin Hari semakin jauh dan lemah tangisannya,membuatkan aku bertambah risau Dan tidak boleh melelapkan mata. Banyak bahaya dalam longkang besar terutama bila hujan dan binatang bbisa.
Alhamdulillah selepas solat terawih aku Dan suami tekad mencari sebab suara dia semakin lemah..
Kami bagi nama Kuaci ( seed of sun flower ). biji bunga matahari ☀️sebab warnanya kuning keemasan ibaratkan bunga matahari yg berkembang 😍
4 окт 2024