Qasidah ini digubah oleh al-Imam Syeikhul Islam al-Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad al-Haddad. Para ulama berpendapat bahwa beliau adalah mujaddid kurun ke-11 hijrah.
Lebih masyhur dipanggil "Imam al-Haddad". Semoga Allah ridha ke atas beliau.
Qasidah ini sangat agung, menyentuh hati dan sanubari pembacanya. Terkandung dalamnya aduan seorang hamba kepada Tuhannya. Tawakkal, ridha, dan sabar menjadi pakaian qasidah ini.
Dalam korus qasidah ini, dinyatakan bahawa Allah menjawab panggilan hamba-hamba-Nya, sesungguhnya Maha Suci Allah itu untuk menjawab dengan perkataan, Allah menjawab dengan takdirnya. Tafsiran daripada bait korus itu ialah bahawa Allah SWT sentiasa mengabulkan doa-doa hamba-Nya dan tidak membiarkan mereka berada dalam kesulitan. Itulah Tuhan kita, yang Maha Cepat memberikan pertolongan. Tidak ada insan atau makhluk yang mampu menandingi sifat kasih sayang Allah SWT.
#qoutes #qosidah #habib #syarifahofficial #islam #tausiyah
3 окт 2024