Dato' Sudirman bin Haji Arshad merupakan penyanyi lagenda yang cukup disayangi rakyat Malaysia dan pernah merangkul gelaran penghibur No.1 Asia.
Beliau cukup terkenal sebagai artis serba boleh dan selalu muncul dengan pelbagai gimik persembahan.
Pada tanggal 22 Februari 1992, Sudirman mengejutkan Industri hiburan tanah air apabila dilaporkan meninggal dunia pada tanggal 22 Februari 1992 akibat radang paru-paru.
Sebelum pemergiannya, Sudirman sempat mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam milik Datuk Haron Din. Menurut ustaz perawatnya, semasa rawatan itu, Sudirman tidak boleh bercakap dan matanya sentiasa terbuka. Apabila dibaca doa, Sudirman berupaya bergerak dan menerangkan sesuatu dengan bahasa Siam.
Rakan Sudirman, Saodah Ismail yang menulis buku ‘Sudirman Yang Ku Kenali’ juga percaya kematian bintang itu disebabkan sihir dan radang paru-paru.
Manakala, kakak Sudirman, Datin Rodziah mendedahkan berjumpa dengan benda-benda aneh di keliling rumahnya semasa menjaga Sudirman yang sedang sakit antaranya tiga batu sungai, kertas yang dikoyak kecil-kecil keliling pagar rumah, tikus putih kira-kira 10 inci dengan perut terburai namun setelah dibakar badannya tidak dimakan api berhari-hari, duit RM1 berlipat dengan syiling 20 sen yang tidak basah walaupun semalam hari hujan dan macam-macam lagi.
Walaupun tiada kajian saintifik boleh membuktikan hal sihir itu namun hanya Sudirman sahaja yang tahu betapa perih dan jerihnya kesakitan yang dialami berbulan-bulan lamanya.
Benarkah sihir itu wujud? Hatta Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang Maksum juga diuji dengan sihir dihantar oleh Yahudi bernama Labid bin Aksam sehingga tenat selama 40 hari.
Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman...
Bagi anda yang baru jumpa Tahukah Anda, bantu kami untuk Subscribe & Tekan Loceng!
19 сен 2021