Тёмный

T15 & Subsidi RON95 

Rafizi Ramli
Подписаться 54 тыс.
Просмотров 7 тыс.
50% 1

Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke?
YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan.
Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok.
Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri:
1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan.
2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran.
Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan.
B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data.
Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi.
Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya.
Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.
Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku.
Eyh kenapa umum tak bincang dulu?
Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan.
Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.
Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat.
Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan?
Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan.
Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.
Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen.
Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.

Опубликовано:

 

21 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 112   
@syahmiazri4246
@syahmiazri4246 3 часа назад
Terima kasih YB Rafizi kerana memberi penjelasan. Soalan YB Muar valid kerana itulah kaedah yang diguna pakai untuk pemberian BUDI madani (subsidi diesel). Janganlah hentam pula YB Muar, beliau bersuara untuk kita semua kerana pembangkang PN tak bangkitkan pun isu ini.
@iamraimiradin
@iamraimiradin 4 часа назад
Subhanallah. Yg terakhir, kena beri pencerahan apa itu "belanjawan". Kami maklum dan tahu proses tersebut, tak sangka ada yang kabur dan tak tahu. Moga Allah SWT limpahkan rahmat ilmuNya.
@fitrahsuci
@fitrahsuci 3 часа назад
Terbaekkkk menteri madani! Klu explain clear gila! Walaoun je buat2 x paham, sb diorg ikut sanushit kebijakan tiruan😂😂😂
@xjoejambul
@xjoejambul 2 часа назад
Mmg hebat membelit 😂😂
@yuhanayaacob4021
@yuhanayaacob4021 3 часа назад
Terbaik YB Rafizi. Jelas dan faham....Terima kasih
@saripsalam-zp7bp
@saripsalam-zp7bp 4 часа назад
Terbaik yb
@zafriazranabdulmajid2647
@zafriazranabdulmajid2647 4 часа назад
terbaik YB RR penjelasan
@mohdhaizalyusoff4009
@mohdhaizalyusoff4009 2 часа назад
Terima kasih YB atas pencerahan.
@mdfaizal4673
@mdfaizal4673 3 часа назад
Thanks YB RR
@mohdrazakjalaludin4111
@mohdrazakjalaludin4111 2 часа назад
Pencerahan terbaik yb.BLM lagi dimuktamadkan dlm Dewan rakyat.bg peluang kerajaan merencanakan segala nya.in sya allah benda yg baik saya sokong.moga tidak membebankan golongan marhain.
@arywibowo8971
@arywibowo8971 3 часа назад
Golongan super rich T15 tak kisah pun pasal subsidi RON95. Diorang guna super car yang enjinnya lebih sesuai guna RON97. Diorang akan guna lebih banyak EV berbanding kereta berenjin petrol.
@nurulnurul-rb7sy
@nurulnurul-rb7sy 3 часа назад
Teruskan content Walaun fitnah
@AbdulRahman-nh7xh
@AbdulRahman-nh7xh Час назад
Hidup Rafizi semoga Allah bagi kekuatan dan permudahkan segala urusan.
@aren3130
@aren3130 3 часа назад
Terbaik YB....tak kira kami sekeluarga layak ke tidak kami akan tetap sokong usaha kerajaan ni.Itulah gunanya Padu.Siapa yg tak nak daftar padu jgn salahkan kerajaan pulak.
@Anjanghaji6179
@Anjanghaji6179 2 часа назад
Jelas.
@baharuddin443
@baharuddin443 2 часа назад
ALHAMDULILLAH ANUGERAH ALLAH... APA XNYA KUN MAKA JADILAH DSAI PM 10 DAN YB RR MENTERI EKONOMI DEMI UTK KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA
@xxyy457
@xxyy457 Час назад
Assalamualaikum YB, tolong hapus sekali subsidi minyak masak paket biar padam muka semua. Barang kawalan ni dah lama tak ada di pasaraya2, kedai2 runcit tempatan. Banyak keluar berita minyak masak paket di monopoli oleh perniaga warga asing. Warga asing ni mana boleh berniaga, macam mana ia boleh dibekalkan pada mereka, siapalah yg bekalkan. Ini mesti kes nak kaut untung.
@ZairulazlanZairulazlan
@ZairulazlanZairulazlan 3 часа назад
❤👍👍👍 0:25
@syamrin74
@syamrin74 Час назад
Terbaik... Mmg kena selalu update maklumat yg betul. Walaun mmg sialan, fitnah dulu,,
@anuaryusoff8333
@anuaryusoff8333 2 часа назад
Laju macam da cukup jomlah
@halizamshhamdan6439
@halizamshhamdan6439 Час назад
Terbaik pencerahan yb.. Ntah knapa smua walaun T15 skng ni😂.. Mse penyasaran diesel aritu, smua walaun pakai 4x4.. Smpikn kapcai pun dibubuhnye diesel😂😂
@AbdulRahman-nh7xh
@AbdulRahman-nh7xh Час назад
Taniah Rafizi bagi pencerahan semoga Rakyat akan faham, org yg hati busuk je buat2 tak faham , kerajaan byk dah bantu Rakyat miskin.
@sitiaishahsalleh9021
@sitiaishahsalleh9021 Час назад
Bantu apa tu....
@mdfaiz87
@mdfaiz87 4 часа назад
Noh amek sebiji sadiq segaraga
@abghani9740
@abghani9740 2 часа назад
setuju yb menteri pembangkang meme laju tapi bab komen lah tapi idea cara mana nak bantu rakyat total fail,..
@korchungtai7200
@korchungtai7200 2 часа назад
Kesian ............Kerana perkara asas sebegini perlu diterangkan dgn begitu panjang lebar............... 😂
@laloola
@laloola Час назад
Penggantungan kereta sebagai alat transport setiap hari dan activities harian Berlainan dari setiap keluarga. Macam mana kerajaan dapat mempastikan subsidy yang diberikan cukup untuk memenuhi setiap pergerakan keluarga tersebut??? Sudah pasti tak cukup dan akhirnya rakyat akan membiayai kos naik minyak Atau mencari alternatif mode transport yang lebih murah Kerjaaan kena naikkan taraf public transport supaya lebih convenient kepada rakyat terlebih dahulu. Jangan segelintir maha kaya yang kerajaan nak hapuskan subsidy manakala majority rakyat yang kena pulak. Data statistic hanya dlm permukaan kertas shj.. Tetapi pergerakan setiap rakyat atau manusia amat berbeza sekali. Kereta EV.. Yang maha kaya yang boleh berkuasa Kereta sport mahal.. Yang maha kaya boleh bayar Ron 97 atau Ron 95 Jadi berapa penjimatan Rm kerajaan boleh dapat kalau maha kaya tidak diberikan subsidy??? Mana relevant nya.?? Maha kaya tidak akan terasa kenaikan minyak Ron 97 95 Sebab mereka maha kaya Kerajaan tarik balik subsidy biar berperingkat peringkat Kami bukan tak sokong kerajaan dan faham setiap tindakan mesti ada halangan dari golongan rakyat Tapi Kami minta kerajaan prihatin dari setiap segi tindakan diambil. Kalau nak ubah Biar perubahan positive
@mohdamimothman4234
@mohdamimothman4234 2 часа назад
Muda sangat sampai tak cerdik
@siiwrad
@siiwrad 2 часа назад
YB, YB faham tak polisi yg complex, yg banyak faktor terpengaruh, banyak variable, susah untuk di implement. The more complicated you are making it be, the harder it is to enforce, the easier for people to abuse. Simplify things YB, jgn terlalu ghairah utk nampak bijak, polisi tu nnti tak boleh nak stabilise. Use the normal approach, kalau kena tarik subsidi tarik je semua, tak perlu blanket. Lepas tu pulangkan semula dlm bentuk STR atau BR1M. That was the intention of cash transfer in the first place.
@ghostJammerz
@ghostJammerz Час назад
Kalau betul T15 tu bukan isi rumah RM13k, kenapa sebut dlm pembentangan? Boleh saja sebut seperti yg disebut tadi, tiering system tu akan dikaji dgn ambil kira tanggungan lain.. ke dah terhantuk baru nak fikir, dah kena kecam baru nak spin? selain tu, “tone” semasa pembentangan tu, kenapa perlu mcm menghina org dgn term “mahakaya”? Sepatutnya kita galakkan rakyat memajukan ekonomi keluarga, tapi bukan nada menghukum bila mecapai sesuatu status ekonomi yg baik. Realitinya, generasi Malaysia kini masih generasi sandwich yg tanggung generasi seblum dan selepas. Ini reality kebanyakan org. Jadi pendapatan yg tggi tu tak reflect kami dah hidup senang. Desperate sgt tarik subsidi tapi bajet punya la besar diumumkan, bukannya nak berjimat pun
@aredi8955
@aredi8955 Час назад
YB, dulu mkn kt kedai siam, rata2 rege makanan dalam range RM5-7, skrg sejak diesel+barang keperluan naik, rege makanan dah jadi RM 7-9..kenapa mkn kt kedai, sbb kos beli brg basah lagi mahai dari mkn kt kedai..kalo petrol naik, makan sekali sehari jer la kot..boleh mai Ipoh kalo xcaye..😊
@FauziBapak_Official-ep7su
@FauziBapak_Official-ep7su 3 часа назад
kenapa Yb tak dapat gelaran dato... dato sri ke... Kj pun sama...
@kasimpatalon4648
@kasimpatalon4648 3 часа назад
Bila nak berguling2 di jalan raya?
@apmonksp649
@apmonksp649 2 часа назад
Oh kat padang merbok RUU 355 tu ka? Tu ko tanya eddy mereng.
@ahmadi70ant947
@ahmadi70ant947 3 часа назад
Cuma sy keliru 85 peratus itu mcm mne nk knl dan 15 peratus..jgn jd mcm subsidi diesel je ramai yg kecewa...ron 95 tk sama gn diesel pasti riuh klu tk jln system dengan baik...sekiranye ph tk lg kerajaan pru 16 kesian rakyat subsidi dh tarik tp rakyat tk terimah ape yg kerajaan janji...
@KamalZainuddin-ky7qv
@KamalZainuddin-ky7qv 3 часа назад
Biasa la yb... Orang pnpas ini Dari kepala sampai ekar..palui Dan terlalu paluiii
@paknjang477
@paknjang477 Час назад
Betoi tu Saudara Rafizi.pembangang asyik nak bangkang sebab tak cerdik @ bodoh ...shadow budget pong dok leh buek.😊
@wancoffeeprince5316
@wancoffeeprince5316 Час назад
Apa formula T 15 yg dikatakan 15 Peratus itu apakah termasuk para menteri. Tidakkah para menteri memperolehi keistimewaan secara percuma termasuk kenderaan dan minyak kenderaan
@Muhammad-c6u
@Muhammad-c6u Час назад
PELAKON *MENCECEH* *MENCECEH* *MENCECEH* SATU BENDA PUN TAK JADI KENYATAAN * BERFANTASi
@azman5812
@azman5812 2 часа назад
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉❤️🇲🇾💯💯💯💯💯💯💯💯👍👍👍👍👍👍👍👍
@sefaatslamat7993
@sefaatslamat7993 2 часа назад
Isu minyak ni dp zaman bn lagi nak buat rationalisation tapi yg sedang berckp nilah org yg paling kuat berkempen (masa tu pembangkang) dan menghasut rakyat termasuk lah ayat2 maut dp pmx,Hari ini menang esok minyak turun rm 1.50 sen dan sekarang dah jadi kerajaan lain pula cerita. Sejujurnya sy lebih suka subsidi tersasar utk rakyat semoga kerajaan pd waktu ini dpt melaksanakannya,walaupun sy guna minyak seminggu rm 5 sja selebihnya sy berjln kaki
@adnan8159
@adnan8159 3 часа назад
sejak jd yb ni hilang terus formula bernas yb
@aren3130
@aren3130 3 часа назад
Ini formula terbaik buat negara utk terus bersaing.Jgn asyik negatif saja.Macam nak jadi negara maju.Kami yg tak layak pun tak bising.
@adnan8159
@adnan8159 3 часа назад
@@aren3130 apa yg terjd pd subsidi diesel akan terjd pd subsidi petrol, adakah itu pandangan negatif??. sedangkn diesel pun nak mampu nak selesaikn lg masalah pemberian subsidi secara terurus dn bersasar, ni ada hati nak buat subsidi terurus pd petrol plk??🤣🤣 formula hanching
@nurzamliasharif6608
@nurzamliasharif6608 3 часа назад
​@@adnan8159.. knpa dgn.subsidi diesel?. Kamu ada mslh ke bila diesel x dpt diseleweng?.x dpt diseludup ke negara jiran? Semua formula akn melalui proses pelaksanaan.. msa tu psti akn timbul bbrp mslh.. dgn itu akn ada penambahbaikan.. be rational sedara..
@fitrahsuci
@fitrahsuci 3 часа назад
@@adnan8159🤣🤣🤣 dah berjaya la waloun, skrg waloun mcm ko je yg bising psl diesel tu; rakyat lain ok je. Standrd le walouen otak udang, pengikut raja formula curik wibawa rakyat din pdf anak beranak & pakar umum projek x jadik sanushit kebijakan tiruan & tua saka asal anak aku kaya🤣🤣🤣
@roslanroslan2233
@roslanroslan2233 2 часа назад
Ko tk layak sebab ko kaya bang...ang​@@aren3130
@syauqatfikri4908
@syauqatfikri4908 2 часа назад
Nanti jd mcm diesel.. Berterabur.. Rakyatvtwrseksa.. Atas cakap mcm hebat boleh laksana semua.. Tp d bwah jadi lain gak.. Sama je skrip nanti.. Entah2 smpai ke M40 pon dibantai nya takde subsidi.. Bukan sape tau kriteria dia ape.. Tau2 dh terjadi 'T15'
@apmonksp649
@apmonksp649 2 часа назад
Contoh walaun2 yg menang perlumbaan sebelum Pertandingan tamat.
@angahsg251
@angahsg251 4 часа назад
saya ulangggg... 😆😆😆
@betterman6772
@betterman6772 2 часа назад
Walaun detected.. 😂😂
@anonymed7898
@anonymed7898 2 часа назад
Sy ulang minyak Kene paket di rembattt..lagi hina kan?
@apmonksp649
@apmonksp649 2 часа назад
Ambo ulang chukop jumloh, chukop jumloh, chukop jumloh terlebih chukoppppp - eddy mereng.
@yokelanyap6025
@yokelanyap6025 3 часа назад
Sepatutnya kadar bg T10 perlu kpd isi rumah berpendapatan RM20k -RM30k sebulan. Bg isi rumah RM 13k tu tak seberapa sebenarnya kalau perlu bayar ansuran rumah, kereta, insuran, anak isteri lagi😂😂😂😂
@akauntaksahx
@akauntaksahx 30 минут назад
pusing lagi. tajuk dia kau nk sakau selagi boleh.
@Putra_Tv
@Putra_Tv 3 часа назад
Sape edit video ni.. Jangan tutup muka YB.. Buat la kt background ke....
@gorgesoros4137
@gorgesoros4137 3 часа назад
Inilah pormula yang pernah dicanang-canangkan waktu zaman bergolek atas jalan raya dulu
@axia-uq6ce
@axia-uq6ce 3 часа назад
Formula yg akan mengangkat semula sosio ekonomi rakyat...bukannya skim cepat kaya sebagaimana zaman PN
@hentamsajalahlabu227
@hentamsajalahlabu227 4 часа назад
Ji mekanisma dia pulak mcm mana.. sekali guna padu cash transfer...sekali guna my kad...mana satu ni ji.. pening ar..
@fitrahsuci
@fitrahsuci 3 часа назад
Walaoun mmg mudah penin…sb akal kurang😂😂😂
@hentamsajalahlabu227
@hentamsajalahlabu227 2 часа назад
@@fitrahsuci jd waliwät pulak memang wajib bangang...apa yg madanon buat kena angguk je😅
@ahmadkhairunizam9673
@ahmadkhairunizam9673 2 часа назад
Statistik dosm menunjukkan pendapatan isi rumah T15 sekitar RM13k.. tp yg tu belum diambil kira jumlah tanggungan golongan T15 tu mcm yg YB rafizi selalu katakan tu. Jd sekiranya diambil kira tanggungan golongan T15 tu pasti akan ada sebahagian yg layak dpt subsidi. Dari segi matematik sekiranya itu berlaku & kjaan masih nk hapus subsidi pd golong top 15% jd rakyat yg pendapatan kurang drp rm13k akan ada yg tak akn dpt subsidi sekiranya dia kurang tanggungan. Sejauh mana rakyat blh percaya dgn kjaan madanon ni? Sedangkan utk subsidi diesel rakyat yg berpendapatan atas RM100k setahun @ RM8k+ sebulan pn tak layak dpt budi madanon. Haha. Dgr blh la kjaan madanon ni sembang. Walanon je yg percaya. Haha.
@nazrimansor1112
@nazrimansor1112 2 часа назад
Podah Rafizi nie apa dia cakap dah tak boleh caya dah... Mana pegi database yg kau buat tu kos juta2 hasil pun Tarak, rakyat pun tak mau register to your database karut tu. Penipu nie next PRU kalah ler... Cakap lain, buat lain. Ekonomi pun sendu, rakyat masih ikat perut.
@apmonksp649
@apmonksp649 Час назад
Ekonomi sendu sampai berpuluh puluh ribu walaun2 ke thailand makan angin buat nenyemak highway menyusahkan orang yg ada kerja.
@nazrimansor1112
@nazrimansor1112 Час назад
@@apmonksp649 sbb dlm negara lebih mahal lah ngok marhaen kena pi siam. Nasi berlauk sepinggan Kat Danok THB 100 (RM8) kat Malaysia RM20... Yahoo Madani pun bersorak jilat.
@nazrimansor1112
@nazrimansor1112 Час назад
@@apmonksp649 nie contoh Madanon kuat jilat. Kau tau tak Nasi Berlauk sepinggan Kat Danok hanya THB 100 (RM8) manakala Kat Malaysia RM15. Nak tau sbb apa Siam murah? Sbb Rafizi takder sana. Marhaen pegi Siam sbb lebih murah drp sini. Yahoo! Apa Rafizi kelentong, Madanon jilat licin.
@nazrimansor1112
@nazrimansor1112 Час назад
@@apmonksp649 marhaen pi Siam sbb lagi murah dari Kat Malaysia nie. Kenapa Siam Murah? Sbb Rafizi takder sana.
@Bencilu
@Bencilu 3 часа назад
Hancing😂
@fitrahsuci
@fitrahsuci 3 часа назад
Waloun koyak😂 xdpt cekau duit negara lg😂
@haressshaheed1598
@haressshaheed1598 3 часа назад
​@@fitrahsuciWalaliwat bodoh kena kencing rafizi si kaki kencing 😂
@terrym558
@terrym558 2 часа назад
Bagi la perincian siapa T15… fail dlm terangkan siapa golongan ini..
@shamsham4611
@shamsham4611 2 часа назад
Isinrumah 7 K ke...Aku pun garu kepala....itu dah lebih 15 percen.....mmmmm
@shootbirdhero
@shootbirdhero 2 часа назад
3:12
@zakisahlani6101
@zakisahlani6101 2 часа назад
Spin lg yb
@affandydeey7081
@affandydeey7081 3 часа назад
Sembang padu Sara pun yilek😂😂😂😂
@fitrahsuci
@fitrahsuci 3 часа назад
Awk kata kt sanushit kebijankan tiruan umum x jadik ke… atu abah formula cekau wibawa; or tua saka asal ank aku kaya😂
@SandraMi-np4ud
@SandraMi-np4ud 2 часа назад
Kalau seorg bkn bumi mendpt gaji dlm lingkungan 7k dlm sebuah keluarga terdiri dr 4org dewasa. Segala bantuan tak dapat, anak nk msk IPTA pun gagal walaupun akademi bagus terpaksa htr ipts. Tak faham bagaimana madani mengukur pendapatan isi rumah?
@manusiaklon2164
@manusiaklon2164 2 часа назад
IPTA mana yg tak dpt masuk tu? UITM ke?😂
@SandraMi-np4ud
@SandraMi-np4ud 2 часа назад
@@manusiaklon2164 bkn melayu xada urusan dgn uitm, jgn tanya soalan songe
@lcc7647
@lcc7647 3 часа назад
Yg betul kaya boleh tukar ke EV, tak rasa kerajaan boleh dpt cukai tambahan drpd golongan ini, yg susah cuma yg sangkut pertengahan.. Bukankah PH utk semua rakyat why bahagi2 org.. 15℅ org ini tak undi PH ke?
@manusiaklon2164
@manusiaklon2164 2 часа назад
So betul lah langkah kerajaan utk xberi subsidi pada T15🤗 Kalau dah mereka boleh beralih ke EV
@lcc7647
@lcc7647 2 часа назад
​@@manusiaklon2164kalo dgn dorongan, mungkin dpt sokongan dgn hati terbuka... Kalo anda dlm 15℅ itu layak kata anda tak layak dpt .. Sy tak😅🙏 nanti mrk tak layak undi pula..
@rakyat2022
@rakyat2022 3 часа назад
Hahaha sotong2
@leehuilang616
@leehuilang616 2 часа назад
Menteri termuda rasuah 😂😂😂
@amirridhuan1476
@amirridhuan1476 3 часа назад
alamak dato...ckp swnang...matilah kami yg rakyat kerja ulang alik dari seremban ke kl hari2...walaupun gaji seisi keluarga 13k...tapi utang dan perbelanjaan dah tinggal beberapa...rasa2 dah tinggal gaji bawah b40....skrg makan pun bersekat...
@apmonksp649
@apmonksp649 Час назад
Sejak bila dia ada angkat dato.?
@arjunasetia9319
@arjunasetia9319 3 часа назад
boleh jamin kew golongan b40 macam saya nie x terbeban ,bukan itu akan menaikan harga barang selepas nie
@manusiaklon2164
@manusiaklon2164 2 часа назад
Anda terbeban mcm golongan T15? Kalau real T15 takkan rasa terkesan sikit pun xdpt subsidi😂
@rahmanar34
@rahmanar34 2 часа назад
Subisidi diesel pon x kemas lg. Harga sewa jentera semua naik terus. kata takde kenaikan pada kos. prepare dulu sistem sebelum laksanakan. umum dulu bincang kemudian buat caca marba sistem ni.
@manusiaklon2164
@manusiaklon2164 2 часа назад
Itu namanya peniaga ambil kesempatan😂
@rahmanar34
@rahmanar34 2 часа назад
@@manusiaklon2164 pemandu lori,sewa jentera berat tuan. mmg diesel naik sewa pon naik.
@isakamalmantak
@isakamalmantak Час назад
Formula apa pulak nih..hahah..komen pun menjilat
@kamarbasah8209
@kamarbasah8209 2 часа назад
Apa certa PADU.... Tiada pun bantuan
@anonymed7898
@anonymed7898 2 часа назад
Kau daftar dah belum? Ke x update?
@neutralizerneutral4885
@neutralizerneutral4885 2 часа назад
Masih duduk dlm gua ke?
@haressshaheed1598
@haressshaheed1598 3 часа назад
Diam-diam ubi berisi diam-diam kerajaan madani hapuskan subsidi 😂
@axia-uq6ce
@axia-uq6ce 3 часа назад
Subsidi utk org yg tak layak
@pandakanalbert2818
@pandakanalbert2818 2 часа назад
Selama ini org kaya dan orang asing yang menikmati subsidi di Malaysia.. dengan penyasaran semula subsidi, org yang benar-benar perlu yg dapat dan mengelakkan pembaziran.
@shamsham4611
@shamsham4611 2 часа назад
15 percen jer yng ..yng 85 percen Masih layak
@zzzidan3903
@zzzidan3903 2 часа назад
Terima kasih dato... Dgn formula dato. 😊😊.. Ini kali saja dato... Lain hr sorry lh... Menyesal i dato... Kalau tau, dr dulu lg saya bg dato jd PMx terus.. 😢
@neutralizerneutral4885
@neutralizerneutral4885 2 часа назад
Sori lh walaun..Dulu kini Dan selamanya jadi walaun🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
@SolihinSarjan
@SolihinSarjan 16 минут назад
Bangang rafizi.. camne kau nak urus minyak untuk untuk org kaya dan miskin jika naikkan harga minyak di stesen? Jawab
@Persempadanansemula2876
@Persempadanansemula2876 34 минуты назад
Idiot...bkn ke t15 trsebut undi ko msa pru15, ni hasil ko bg kt mreka..jgn print out hand out, guna electronic device, eco friendly..nk print out, msing2 bwa blik pen drive n print kt rumah part yg mreka minat nk bahas...360° brubah bila dpt jwatan...dlu bkn main sblm jd krjaan..skrg projek lcs apecer?
Далее
Kaunter Bergerak Bersama YB Rafizi Ramli
1:22:21
Просмотров 6 тыс.
Наши дети захватили кухню!
00:59
Просмотров 230 тыс.
Kaunter Bergerak Bersama YB Rafizi Ramli
3:54
SIAPA LIM SIAN SEE?
3:21
Просмотров 30 тыс.
SEMBANG SANTAI SOFI WAHAB  10.10 MLM  22 OKT 2024
1:27:12
Просмотров 1,6 тыс.