Pelbagai buah, barangan makanan & lain-lain boleh didapati di Tamu Limbang ini. Sekarang musim Durian & Dabai (Kembayau). Tamu Limbang ini setiap hari Khamis & Jumaat. Singgah-singgah lah ke Tamu Limbang gaiss..
Video ni diambil semalam 6hb Khamis. Hari ni 7hb Jumaat lagi banyak/bertambah peniaga bejual buah Durian & Dabai (kembayau). Sampai tidak cukup tempat/lot untuk berniaga..
Di pasar seperti ini, tentu sekali kita boleh mendapatkan hasil pertanian kampung yang segar dan berkhasiat. Oleh kerana, ia tidak melalui lapisan peraih, kita berpeluang membelinya dengan harga yang murah. Sebuah video yang mencuba mengetengahkan usaha dan hasil kampung. Bersama kita sokong peniaga-peniaga kecil seperti ini, supaya mereka beroleh kehidupan yang baik.