Тёмный

TEMUBUAL BERSAMA NEELOFA & HARIS DI MAJLIS BERBUKA PUASA HARIS & NEELOFA MARRIOT PUTRAJAYA 

Budiey Channel
Подписаться 628 тыс.
Просмотров 27 тыс.
50% 1

MENJELANG dua tahun usia perkahwinan, selebriti Neelofa dan suaminya yang jugak pendakwah Haris Ismail berkongsi pandangan tentang tips kebahagiaan rumah tangga.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, menyatakan harapan agar perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal diberkati selain turut mengharapkan doa daripada orang ramai.
“Setiap orang yang sudah berkahwin pasti mahu kekalkan hubungan perkahwinan sampai bila-bila.
“Jadi, saya mengharapkan doa orang ramai supaya perkahwinan kami diberkati, mencapai ketenangan dan bahagia selalu, dengan izin Allah.
“Saya percaya bahawa dalam setiap perkahwinan sememangnya ada cabaran dan ujian yang mendatang tetapi dengan wujudnya doa orang tak dikenali ia akan bantu menguatkan ikatan perkahwinan ini,” ujarnya.
Pelakon filem Pilot Cafe itu mengakui bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi usia perkahwinannya yang masih baharu.
“Walaupun perkahwinan saya ini baru setahun jagung, saya pasti banyak perkara yang saya dan suami masih perlu belajar.
“Saya banyan dapat ilmu rumah tangga selepas berkahwin.
“Jadi, apa yang saya boleh katakan adalah untuk sentiasa berusaha ‘improvise’ dan bertoleransi,” katanya kepada URTV.
Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi pendapat tentang kemanisan alam rumah tangga dan nasihat kepada mereka yang belum berkahwin.
“Usia perkahwinan saya baru sahaja mencecah dua tahun pada 27 Mac lalu. Jadi, saya merasakan baru lagi untuk saya berkongsi tips sebegini kerana ada lagi yang lebih layak dan lebih tahu daripada saya.
“Namun, apa yang saya boleh katakan adalah apabila kita berpasangan, semestinya kita berkongsi bahagia.
“Tambahan pula, dengan adanya anak untuk menyerikan keluarga serta saya lega dapat berkongsi masalah dengan suami, automatik segala kepenatan dan fikiran yang bercelaru dapat diubati.
“Untuk melangkah ke arah perkahwinan, kita perlu sama-sama belajar ilmu perkahwinan terutamanya hak-hak isteri atau suami dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih jelas.
“Terdapat banyak garis-garis islam perlu dipenuhi dalam alam perkahwinan, disebabkan itu akibat kekurangan ilmu, hilang hormat dan kurang rasa tanggungjawab,” ujarnya.
Mudah penat, kandungan masuk trimester kedua
Bercerita lanjut tentang aktiviti pada bulan Ramadan, bekas pengacara MeleTOP itu memilih fokus kepada perniagaan dan merehatkan diri di rumah memandangkan usia kandungannya sudah masuk trimester kedua.
“Saya tiada jemputan ceramah seperti suami saya, tetapi saya ‘more to business’ dan banyak berehat di rumah kerana saya sudah merasa kepenatan,” jelasnya.
Neelofa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Haris Ismail dan Neelofa yang diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu.
Dalam pada itu, mereka dikejutkan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua daripada pihak hotel tersebut dan menerima ‘macaron tower’ sebagai hadiah.
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada Januari 2022.
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: www.budiey.com
□ Instagram: / budiey
□ Twitter: / budiey
□ Facebook: / budieydotcom
□ RU-vid: / budieychannel
□ Podcast:: anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: cutt.ly/HnAOWsZ
❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ / budiey
MUSIC FOR RU-vid:
□ Music Epidermic: cutt.ly/ynFRaYe
EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
budiey.isma@gmail.com
MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: cutt.ly/9nAOnlc

Развлечения

Опубликовано:

 

31 мар 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 28   
@NANA-le7lm
@NANA-le7lm Год назад
Masya Allah, Alhamdulillah, keduanya sepadan, ramah, santai jawab soalan, bijak berbicara, semoga Allah SWT permudahkan segalanya, urusan kelahiran anak kedua, keluarga, busuness & segalanya, bahagia hingga ke Jannah 😍
@rubyb4764
@rubyb4764 Год назад
Semuga haris n lofa bahagia sampai ke jannah aamiin...
@Queen-xt7tq
@Queen-xt7tq Год назад
Masyallah....sejuk mata lihat Lofa n Ustaz Harris🥰 Semoga Allah swt rahmati mereka berdua insyallah🤲
@teizmasztrading5375
@teizmasztrading5375 Год назад
Kisah2 rumahtangga xperlu bercerita lebih. Pandai ustaz harris jaga benda tu👍dia xsuka share byk
@hatijahsalleh4144
@hatijahsalleh4144 3 месяца назад
Suka tengok . Alhamdulilah.
@aleeben7201
@aleeben7201 Месяц назад
NOOR NEELOFA لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
@rohanaabdghani5651
@rohanaabdghani5651 Год назад
MasyaAllah my fav couple till jannah insyaAllah♥️♥️♥️♥️♥️
@linalim5237
@linalim5237 Год назад
Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusannye 🙏 Abaikan geng Diana tu yang meroyan kepanasan komen kat sini 🤣 sakittt hati lah tu🤣🤣🤣
@avocadocheezy2663
@avocadocheezy2663 Год назад
Kesian ayat awak ni dari sblum posa copy paste jer kat mna2 smpi lh bulan2 ke bulan ramadhan yg penuh berkah ni dh nk masuk 10 akhir ramadhan dh, semoga di bulan mulia ini semoga awak dibersihkan hati dn fikiran yg lebih baik buang sifat yg tak baik, kita ni hari2 coba minta yg terbaik dn yg lebih baik semoga sbelum ajal maut tak ada dosa lgi minta bersih dihapuskn dri segala dn diampunkan segalanys dosa,tak tau lh awak ni mungkin auto robot atau machine mcm operator machine jwb talipon tu apabila kita buat pangilan, sila dail no yg anda tau, pangilan anda tidak dpt diterima, no anda dail tiada dlm perkhidmatan or atau awak yg sbenarnya si Diana iyaa dn kmu cuma memburuk2kan supaya nmpk tk friendly.btul lh ni awak yg DIANA pastu pura2,ekeke so kelakar🤔🤭😂🤣😂🤣😂
@wph7817
@wph7817 Год назад
Tahniah lofa n haris Ada yg mula meniru dah tu.. asyik tunjuk sweet wp fake😂😂😂 kesian Kahwin dah lama, tp try hard mcm baru kawin,, suami suam2 kuku .. org kisah nk ke laki tu
@linalim5237
@linalim5237 Год назад
@@wph7817 🤣
@norizanmohdnor5279
@norizanmohdnor5279 Год назад
Geng Diana ni memang ada je kt mana2 ek ..ni jenis benci tapi rindu..patutnya dh benci tu...main jauh2lh...kelakar..😅
@khalilandhika13
@khalilandhika13 Год назад
Terima kasih upload 🤝😊
@nursyam3889
@nursyam3889 Год назад
❤️
@shaniflokman4352
@shaniflokman4352 Год назад
1st comment
@sajauploadchannel289
@sajauploadchannel289 Год назад
bagus ustaz hariz x nk jwb lbh bab rumsh tngga
@norizanmohdnor5279
@norizanmohdnor5279 Год назад
Ustad ni nmpk je muda ek..tapi in control dlm bagi pandangan..otomatik in control dlm keluarga .bagus gitu..isteri pun rasa dilindungi ,bukan sebaliknya..
@teizmasztrading5375
@teizmasztrading5375 Год назад
Bagus ustaz harris si lofa ni ada sedikit nk pergi ke riak. Nasib baik suami pandai control. Alhamdulillah rezeki dpt suami yg pandai control perangai isteri
@wph7817
@wph7817 Год назад
Niat di hati Allah swt je tahu.. bersangka baik Pandang diri sendiri dulu sebelum mengecam orang lain
@linalim5237
@linalim5237 Год назад
kau riak ke😂😂😂 sibuk judge orang macam bagus lofa tu terbaik banyak menderma banyak berkongsi rezeki cantik original 👍 hidung mancung ORIGINAL tak fake tak perlu tiru2 orang jual tu jual ni dan tak perlu perli2 orang hanya nak kan perhatian dan tak drama 😂😂😂
@norizanmohdnor5279
@norizanmohdnor5279 Год назад
Bagus haris ni..matang ada pendirian wlupun muda..sesuai sebagai pemimpin keluarga...
@norizanmohdnor5279
@norizanmohdnor5279 Год назад
Nk pergi ke riak tu .Tak baik lh nk kata gitu ..sedangkn dia ditanya...perlu lh jawab dengan cara dia .betul tk..klu bab2 riak ni selalu lebih tepat digunakn dlm hal2 agama ...abih tu klu orang yg jenis suka mencanang Dan menunjuk ..camana ...😅
@melati8609
@melati8609 Год назад
Bulan puasa menahan lidah dari perbuatan keji,press tnye jwb seba sedikit,klw tk jwb nnt di kata kekwat plk... husnuzon
@norainilee986
@norainilee986 Год назад
😂😂78
@uthmanzakhal3185
@uthmanzakhal3185 Год назад
Wartawan kan. Kerja deorg.
@Naksu..
@Naksu.. Год назад
2 nd comment
Далее
Selamat Pengantin Baru! Aqief X Aina by Swarovski
21:37
Neelofa & Haris Ismail || Siapa Tepat Dia Masak 😉
3:23
Transisi Kehidupan (Neelofa) | WHI (30 Julai 2022)
24:10
Sweet Moment  fattah Amin Dan Neelofa
10:52
Просмотров 40 тыс.
KISAH CINTA NEELOFA DAN PU RIZ
5:50
Просмотров 256 тыс.
Детство злой тётки 😂 #shorts
0:31
Они нас подслушивают😁
0:52
Просмотров 4 млн
МИША ПЛИТОЧНИК
0:19
Просмотров 11 млн