Тёмный

Terengganu: Ride 7 Pantai | Morini X-Cape 650X | Beautiful Terengganu 

Adventure to Nature
Подписаться 196
Просмотров 1,9 тыс.
50% 1

TERENGGANU: RIDE 7 PANTAI
Negeri yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan pantainya. Dalam ride kali ini, aku berpeluang menyelusuri keindahan 7 pesisir pantai Terengganu, bermula dari Kijal ke Kuala Terengganu. Walau pun lebih 10 tahun aku bekerja di Terengganu, cuma kali ini aku dapat betul-betul menikmati keindahan pesisir pantai Terengganu dan menemui beberapa “permata tersembunyi”.
1. Kemasik- Memang sudah dikenali, jaringan akses yang mudah dan berdekatan dengan jalan utama. Pada traveller yang melalui route ni, boleh je singgah rehat sambil berkelah, menikmati pemandangan yang “stunning”. Uniknya Kawasan ni, jika menghala ke Kuala Terengganu, di sebelah kanan pantai dan laut, di sebelah kiri berbukit-bukit.
2. Kuala Kerteh- Juga tidak jauh dari jalan utama. Penggemar seafood dan ikan fresh, ini tempat anda. Banyak kedai-kedai makan dan ikan bakar kat sini. Pemandangan juga cantik, tak kalah dengan pantai-pantai yang lain.
3. Sanctuary Penyu, Kerteh- Tempat ni agak tersorok dan tidak popular seperti pantai-pantai yang lain. Kedudukannya di belakang bukit. Disebabkan agak tersorok dan kurang mendapat kunjungan, pantai kat sini ibarat “dara sunti” dengan pemandang yang sangat indah, bersih dan air laut yang jernih. Aku hampir “tergolek” kat sini kerana laluan berpasir.
4. Paka- Pesisir pantainya pun tak jauh dari laluan utama. Cantik dan redup dengan pokok-pokok Ru. Kalau dulu ada dua kedai ikan bakar yang best kat sini, Cuma ride kali ni aku tak perasan kewujudan kedai tersebut kerana aku betul-betul menikmati keindahan pantai untuk ride kali ni.
5. Dungun- Ini antara laluan pesisir pantai yang terpanjang. Bermula dari simpang UiTM Dungun sehingga ke Teluk Bidara. Menyelusuri laluan ini sangat-sangat memuaskan. Pemandangan aku dijamu dengan keindahan pantai, lanskap, bukit di muka kuala. Kedai-kedai makan memang banyak sepanjang laluan ni. Jika dulu ada kedai “tersohor” mee champa, tapi sekarang kedai tu dah pindah. Tapi masih lagi banyak pilihan kedai makan yang tersedia. Untuk melalui laluan ni, boleh masuk atau keluar antara simpang UiTM Dungun dan Tanjung Jara Beach Resort.
6. Teluk Bidara- Antara pantai yang terkenal suatu masa dulu, tapi agak kurang terkenal sekarang. Memang cantik sekarang ni dengan pantai yang putih, pemandang bukit di tepi pantai dan juga pantai yang berbatu. Lepak kat sini rasa macam nak lelap mata je.
7. Kuala Terengganu- Tempat yang makin terkenal selepas kewujudan “Draw Bridge”. Laluan kali ni menyelusuri Draw Bridge ke Seberang Takir, laluan pinggir lapangan terbang Sultan Mahmud, menyajikan pemandangan yang indah. Dan juga taman-taman permainan terdapat di laluan ini, memudahkan keluarga yang mengembara untuk berhenti beristirehat. Kedai-kedai makan pelbagai pilihan. Celup tepung antara menu yang popular di Kawasan ini.
Bagi aku, kebanyakan pantai Terengganu ni HIDUP. Hidup dengan suasana dan tarikan. Mungkin sebab tu Terengganu dan pantai sangat sinonim.
#adventure
#soloride #solorider #terengganu
2:06 Kemasik
6:06 Kuala Kerteh
10:00 Santuary Penyu Kerteh
16:19 Paka
20:19 Dungun
26:03 Teluk Bidara
28:52 Kuala Terengganu

Опубликовано:

 

18 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 11   
@user-fg7gy2zy6x
@user-fg7gy2zy6x Год назад
👍
@jaih1335
@jaih1335 Год назад
terbaik... ada dah utuber guna morini
@adventuretonature514
@adventuretonature514 Год назад
Suka2 je tuan, buat simpan kenangan😁
@maulanazainolabidin3039
@maulanazainolabidin3039 Год назад
Salam bang..duk mana..kedai Mana boleh test ride di johor..
@adventuretonature514
@adventuretonature514 Год назад
Wassalam bang. Sy dok klate.
@ahmadarsyadmohdsuhaimi1873
@ahmadarsyadmohdsuhaimi1873 Год назад
@@adventuretonature514ore klate kito ni😂klate alik mano bey??kb ko bacok ko
@lobakchannel4380
@lobakchannel4380 Год назад
Hotel apa tu boss
@taxiscapati7371
@taxiscapati7371 Год назад
Best tak bang Moto ni
@adventuretonature514
@adventuretonature514 Год назад
Definisi best tu subjektif, bergantung pada individu, apa yg rider mahu. Tak ada satu motor yang sempurna untuk semua kondisi dan riding style. Bagi saya, motor ni best jugak dalam kelasnya (middle weight engine, price, handling) untuk riding purpose - adventure dan touring
@mizidaud7504
@mizidaud7504 Год назад
Klu double rider selesa ke?
@adventuretonature514
@adventuretonature514 Год назад
Double rider mcm mana bang? Makaud dgn pillion ke? Ok je santai2
Далее
X CAPE MORINI 649
7:49
Просмотров 9 тыс.
Kembara Semenanjung Ep 5 - Terengganu ke Kelantan
33:42
Local Route Terengganu | Meraikan Moto Baru Mizan & Jie
26:56
Ride ke Muar makan Asam Pedas
10:32
Просмотров 462
KERUSI DJ NAZZ BERSAMA DATUK MISBUN SIDEK | MOLEK FM
1:00:27
Dr MAZA VS GISB
34:58
Просмотров 311 тыс.