Тёмный

[TERKINI] SATU CABARAN BESAR BUAT AMANAH! SIDANG MEDIA PARTI AMANAH BERSAMA DS MAT SABU! 

ORAITNOPO Channel
Подписаться 177 тыс.
Просмотров 3,5 тыс.
50% 1

Pakatan Harapan meletakkan harapan yang tinggi kepada AMANAH untuk meningkatkan usaha menarik kepercayaan Melayu Islam terhadap parti itu.
Bercakap kepada ahli sempena pelancaran Projek Transformasi AMANAH hari ini, Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kepercayaan Pakatan Harapan itu adalah satu cabaran besar yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Beliau menekankan parti itu supaya menampilkan imej lebih dekat dengan pengundi Melayu Islam dan menerangkan pendekatan Islam yang sederhana
“Cabaran kepada AMANAH dan PH adalah untuk menarik lebih ramai sokongan pengundi Melayu.
“Rakan-rakan kita dalam PH meletakkan harapan yang tinggi kepada AMANAH untuk kita meningkatkan usaha menarik kepercayaan Melayu terhadap AMANAH.
“Inilah salah satu cabaran yang perlu kita sambut dan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya hari ini.
Dalam ucapannya, Mohamad menyinggung berkenaan imej Islam yang semakin tercemar gara-gara perbuatan mencela dan memfitnah.
Beliau menegaskan agar ahli parti dapat melawan pendekatan takfiri dan ghuluw dalam kalangan kumpulan membawa nama Islam.
“AMANAH perlu menampilkan imej yang partinya dekat dengan pengundi Melayu. Kita tahu soal persepsi ini amat sukar (ditepis).
“(Ia) ditanam dalam pemikiran kononnya Cina akan ambil alih Malaysia. Saya yakin kejayaan (menyebar ketakutan) itu sementara kerana kita perlu berterusan memberi penerangan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, untuk memenangi hati rakyat, ahli AMANAH di setiap peringkat diseru Presidennya untuk mula mendampingi rakyat dengan merancang aktiviti berterusan bersama masyarakat setempat.
Mohamad memanjangkan harapan agar kali ini ahli meningkatkan kekuatan organisasi dan aktif bermesyuarat setiap bulan.
“Program masyarakat perlu disusun dengan lebih baik dan diperbanyakkan. Setiap pemimpin AMANAH di semua peringkat mesti bersama dengan masyarakat sama ada menyertai persatuan masyarakat atau adakan program yang memberikan khidmat kepada mereka.
“Alangkah baiknya jika setiap kawasan AMANAH aktif bermesyuarat bulanan untuk membincangkan aktiviti bersama masyarakat dan menjalankan program bersama.
“In shaa Allah dengan pendekatan begini AMANAH boleh menguasai lebih banyak sokongan Melayu dan bukan Melayu pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Sumber Video/Berita
FB Harapandaily
harapandaily.com/2024/06/29/a...
#dsmatsabu #partiamanahnegara #kerajaanperpaduan
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel

Опубликовано:

 

28 июн 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 11   
@semisleme3743
@semisleme3743 3 дня назад
Mohon cadang gabung dgn UMNO. Supaya melayu lebih kuat dan lebih islamik.
@jamilahabdhamid5225
@jamilahabdhamid5225 3 дня назад
TERBAIK AMANAH ❤️
@DSAI4PM10
@DSAI4PM10 3 дня назад
sokong amanah
@hashimismail-rp7xm
@hashimismail-rp7xm 2 дня назад
Tahniah Amanah. Buktikan yg AMANAH benar2 berada diatas landasan islam yg sebenarnya berbanding PAS. yg gagal mencermin & mewakili islam yg sebenarnya, islam yg tinggi dan syumul.
@loziaffm6977
@loziaffm6977 3 дня назад
Parti Islam Alternatif
@samsungdespite6764
@samsungdespite6764 3 дня назад
Terbwik amanah...bakal gantikan pas...yg hilang arah...tkde wawasan...go amanan..
@AbeWie-km1ey
@AbeWie-km1ey 3 дня назад
Orang Islam bergerak bersama parti politik yang ditubuhkan, adalah tidak salah... Yang salahnya ialah berkata Parti yang ditubuhkan itu adalah Islam, Parti itu Islam, Islam itu parti.... letak parti bersama Islam adalah salah,pemikiran yang sedemikian adalah menjadi Sesat sehingga kiamat. Agama Islam yakni Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu tidak kaitan dengan parti politik yang ditubuhkan, didaftarkan di Malaysia. Parti politik yang ditubuhkan itu adalah ciptaan manusia sahaja. Ianya tiada kaitan dengan Ugama Islam itu sendiri.
@norzlanyusof9975
@norzlanyusof9975 3 дня назад
Tanpa sokongan dan bantuan puak2 DAP AMANAH akan terkubur..😁
@tukiminramli8257
@tukiminramli8257 3 дня назад
pmmpin mlayu klu x jadi bLci dap mmg x sok la
@shafiemohamad8161
@shafiemohamad8161 3 дня назад
Apa masaalah kau dgn dap?
@mohdtajuddin7566
@mohdtajuddin7566 3 дня назад
Pas pun belaci dap juga melayu mudah lupa dap sahabat kita
Далее
THE POLICE TAKES ME! feat @PANDAGIRLOFFICIAL #shorts
00:31
Ceramah Penuh: Mat Sabu tepis dakwaan pembangkang
12:18