#kuahrojakbuah
#kuah
#rojak
#rojakbuahmalaysia
#colek
#rojakbuah
🌹bahan bahannya:
1 kilo gula pasir
1/2 kilo gula merah
500 ml air kosong
1/2 sudu kecil asam jawa
10 gram serbuk cili kering
( jika suka pedas, boleh letak 20
gram / atau tambah cili api )
3/4 botol kicap manis
1/2 botol sos cili
1 bekas otak udang / petis udang
1 inci belacan
🌹 cara membuat kuah rojak:
1.. masukkan air
2.. masukkan gula pasir
3.. masukkan gula merah
4.. masukkan serbuk cili kering
5.. masukkan asam jawa
6.. masukkan belacan
7.. masukkan kicap manis
8.. masukkan sos cili
9.. masukkan otak udang
🌹 gaul rata sehingga sebati .dah sebati, baru masak di atas api..guna api yang perlahan dan sentiasa kacau..
🌹 pastikan kacau sampai ke bawah dasar periuk, supaya kuah tidak berkerak..boleh menyebabkan hangit, jika berkerak..dan juga boleh sebabkan kuah rojak menjadi pahit .
🌹 masak sehingga kuah betul betul mendidih, dan nampak pekat sedikit..
🌹 jika kuah untuk digunakan dalam jangka masa seminggu habis, boleh masak dalam jangkamasa 2 jam...tapi jika kita nak simpan kuah rojak, lebih dari seminggu, kawan kawan kena masak, dalam jangkamasa 3 jam..
🌹 jika kurang masa memasaknya, nanti gula pasir dan gula merah akan timbul dan menjadikan kuah rojak seperti berpasir dan berketul ketul halus ( kuah tidak licin dan tidak berkilat )
🌹kuah ini tidak dicampur dengan tepung jagung atau bahan pengawet..
jika sahabat nak tahan lama kuah ini, kawan kawan simpan di dalam peti ais .
🌹 semakin lama simpan dalam peti ais, semakin pekat kuah rojak ini, kawan kawan boleh campurkan sedikit air panas dan gaul kuah
rojak itu ( keluarkan setakat keperluan nak guna atau nak makan )
🌹 kacang tanah disangai dan ditumbuk / dikisar..biji bijan juga disangai terlebih dahulu..
🌹 selamat mencuba dan semoga berjaya..aamiin
14 окт 2024