Awal2 mmg murah, tapi just as a reminder to those yg nak bli keta berjenama, service maintenance pun kena pikir sama. Jgn komplen sdh laa bila nak pakai BMW 5-Series tapi hanya mampu bayar tayar harga Proton Iriz.
Example, Honda Accord baru lebih kurang RM 180 K lebih tapi Honda Accord second hand dalam Tahun 2017 harga dia RM 103K boleh dapat, tapi maintenance kereta mahal, lagi lagi kereta second hand dah 3 hingga 7 Tahun atau lebih, mesti ada sikit sikit problem, so maintenance mahal, tapi kita kenal pilih condition yang bagus,👍😎
Klau maintanance mmg sedia maklum lah.. brani pkai bmw/audi so mmg dh betul2 kne study psal kreta tu.. klau beli gitu je tk tau lngsung psal penjagaan mmg beli buat hiasan dpn rumah je la
Tips used car 1. Service record dengan service center 2. Dalam tempoh 5 tahun 1 owner sahaja. 3. Free accident (check full body dan under carriage) And list carry on.
Dulu saya cari Mitsubishi Lancer GT sebab saya memang minat dengan Evo 10. Tapi bersyukur sebab proton buat satu projek rebadging dengan Mitsubishi motors dengan mengeluarkan Proton Inspira yang serupa dengan Lancer GT/Evo 10 ni cuma berlainan logo dan bodykit shj. Saya beli Proton Inspira ni awal tahun lepas di used car. Sekarang masih lagi pakai Proton Inspira ni. Saya pakai inspira sebab saya tau duit poket saya cuma cukup untuk inspira shj. Bukan Lancer. Bayangkan, kualiti yang sama dengan Lancer tetapi dengan harga yang rendah (28-40k). Kualiti masih mantap sampai sekarang. Sangat berbaloi. Selamber je main long distance. Maintenance pun tak keras mana. Harga rakyat marhaen. Inspira tu saya beli dari used car. Apa yang saya nak bagitau ialah, kalau cari kereta 2nd hand, pastikan kita tau basic knowledge pasal kereta atau bawa member/fomen yg memang expert dengan kereta. Lagi satu nak inform, harga kereta dalam carlist tu, kebanyakkannya bukan harga termasuk otr. Dan apa yg kita perlu tau, used car ni interest dia lebih tinggi berbanding kereta baru. Selamat membeli kereta dengan bijaksana 👍🏻.
Bang nk tya klau sy fresh grad nk pkai keta inspira ni bole ke sbb sy xda ap2 hutang pun . Jdi ap pandangan boss . Sy nk pkai inspira 1.8 ja . Lgpun sy ad je 1 kereta kt rumah , family punya tpi sy ja yg pkai dan kereta tu pun da abis byr . Ap yg sy fikir skrg boleh ke sy tnggung kereta inspira 1.8 tu .
@@epulawang3381 boleh. kalau boleh bagi depo tinggi lagi bagus. bulan2 tak bayar mahal. duit minyak, maintenance semua kena ambik kira jugak. komitmen lain pun kena ambik kira jugak. raodtax 1.8 murah sikit berbanding 2.0.
@@siraminnur5716 ouh baiklah boss tq² . Nnty sy fikir² kan . Sbb sbelum ni pkai kancil ja jarak ulang alik kerja lingkungan 30km sehari . 6 hari keja . Myk dlm RM240 (24 hari) . So ap yg perlu sy fikir skrg myk akn berganda drpada 240 maybe RM480 sebulan . Utk maintenance pun akn berganda huhu . Insurans roadtax pun akn berganda . Fuhh kena fikir masak² ni hahah😂btw tq boss notice me👍
Tak sabar Dr .. saya tengok semua channel video Dr .. saya seorang anak muda baru lepasan degree .. maklumat Dr amat berguna untuk saya terus ke depan dengan ketidakstabilan ekonomi dan politik di Malaysia ..
Dr mungkin tidak tahu bahawa kereta baru BMW dan Mercedes adalah termasuk maintenance fee. Kalau secondhand tak termasuk. Sebab itu bos2 selalunya beli kereta mahal hanya 5 tahun ja, lepas tu jual trade in baru. Sbb maintenance fee hanya 5tahun ja kedai tanggung
Mercedes sebenarnya tahan lasak . Abg ipar saya guna Mercedes E230 keluaran tahun 90an . Enjin takde masalah, klau rosak spare part takde masalah . Bengkel specislist Mercedes pun banyak skrg .
@@mfar7179 semua takda masalah kalau ada duit. Beli range rover and bentley 2nd hand pun xda masalah. Orang repair bentley and range rover pun banyak..so senang kan ? 😆
Tips yg sngt berguna👍🏻 tp jangan lupa faktor lain yg sngt penting iaitu MAINTENANCE..jangan hanya survey harga kereta sahaja..kena survey harga maintenance juga.. lain kereta lain maintenance dia.. ni lah faktor yg ramai juga jual balik walau kereta second sebab xmampu tanggung maintenance.. faktor ni ramai yg terlepas pandang..sekian pendapat ana👍🏻
Jujur saya cakap, saya baru ja tengok video En Zubir dua minggu ni, saya amat tertarik dari segi penyampaian, idea, isi, dll. Mudah difahami. Jujur saya minat
Used car memang okay tapi untuk kereta perodua, proton, toyota, honda or kereta bawah 100k (harga asal). If kereta merc & bmw memang tidak berbaloi untuk long-term. Maintenance, insurance, interest bank etc dia dah berapa, unless kau orang kaya bolehlah. Memang tak faham dengan zaman sekarang gaji 4-5k dah pakai civic/city/vw.
BELAJAR FARDU AIN YE SEMUA! Ya Allah, kurniakn lh redaMu, reda Rasullullah SAW & syurga FirdausMu tanpa ditimbang, dihisab & diazab kami semua umat nabi Muhammad SAW
Sebabtu siapa yang gaji sama tinggi dengan harga breakpad tak payah beli dah tahu gaji taraf2 breakpad je nafsu tinggi kenapa? Rasanya kedai pun tak bagi angkat kalau gaji taraf2 breakpad kereta ni je. Pakai motor jela kalau taraf2 breakpad ni.
Terima kasih ye bg advice. Sy nak beli kereta 2nd komen anda amat membantu sy. So kalau sy beli 2nd toyota lebih baik hantar ke service centre toyota atau pun buat service keret di luar. Mana yg lebih baik???
@@lovedsky1114 nk tahan lebih lama servis la di toyota sc,,lgpn sc toyota antara yg terbaik...utamakan minyak gearbox dan minyak enjin di sc...sbb skng banyak brang tiruan...dari coolant toyota hingga ke minyak enjin...klu ade ilmu kereta bole buat part lain dluar..kalau tiada lansung buat saja semua di sc..
@@savenature7937 wahhhh cepatla reply. Banyak betul tips u bg. Betul ada jgak mekanik bgtahu beli smua myk enjin dsb dr brand toyota dan nissan. Terima kasih taw!
@@lovedsky1114 Pada tahun 2010, saya beli kereta 2nd hand toyota keluaran tahun 2004. Masih pakai hingga sekarang, 2021. Maintenance rendah. Hanya jaga minyak enjin n minyak gear.
Selepas kaji dan nilai. Ya, kita perlu ke sana. Ya, berbaloi. Masih tahan lasak. Masih kualiti. Boleh cari yang kita mampu beli. Guna teknologi. Terima kasih Doktor bagi banyak tip.
Harga disitu belum OTR, insurance dan processing fee used car ada used car tekan harga. Tak termasuk pusing meter dan sebagainya. Intrest bank untuk used pon lebih tinggi berbanding baru.
aku beli Polo Rm30k. dapat pula owner sebelum ni Lady user. memang cantik kereta tu di jaga..mileage pun masih rendah. Gearbox, Engine masih cantik tak kena abuse..
80k. tapi model lama bhai... 3 series baharu design lain. features lain. pendapat saya, beli kereta pre-own atau demo car. anda akan dapat discount contoh bmw 2 series RM10-20k utk model year sama, dan rate interest bank yang rendah seperti first hand.
pengalaman nak angkat toyota altis second, kereta tahun 2015. harga otr 60k+. tapi lepas kira kira, harga dia jadi mahal semula. lebih kurang kalau angkat vios baharu je. so disebabkan itu saya pilih untuk angkat vios baharu sebab dia ada safety feature. kereta second otr memang murah. tapi dia cuma berbaloi kalau kita nak beli cash. kalau loan bank hilang duit kat interest rate tinggi bank je. dan lagi satu kena fikir pasal maintainance juga
Sya hampir angkat altis 2014, walaupun saya bikin sendiri semua kereta down to engine teardown, pun tak sanggup berhadapan ngan kerosakan major terutama cvt, last2 vios jugak jadi pilihan sebab gearbox 4at yg durable. Tenang jiwa part pun murah. Labor cost= my precious time.
BMW used tak payahlah. Baik ambil merc. Tak banyak ragam. Lets say anda mampu, tapi sanggup ke nak keluar masuk bengkel sentiasa? Lbh banyak masuk bengkel dari balik kampung 😆
rasa mcm nak jumpa dokter jer ajak beli kereta. sbb bajet nak beli kereta bawah 60k, paling kereta perodua atau proton jer dapat. kalau dapat Honda 60k okey jugak. masih ada warranty. tapi sy tak tahu nak tengok condition kereta. pastu nak cek kat Honda mcm mana. skrg pon plan nak beli Myvi jer, kalau dapat Honda jazz atau city lagi best
Boleh byr bulanan x gerenti dpt byr mentenen keta conti ni Klau gaji 5K and below either playsafe beli toyota/Honda atau amek used tapi thn yg jauh lbh baru mcm Kia/Hyundai
Pendapat cabuk saya: Pembiayaan kereta baharu kadar keuntungan yang dikenakan lebih rendah. Manakala yang terpakai pula lebih tinggi. Jika perbezaan ansuran bulanan antara RM50 hingga RM150 lebih baik ambil yang baharu. Melainkan beli secara tunai.
Interest pinjaman beza antara kereta baru dgn used car. Jika kira2 balik, sebenarnya lebih kurang je. Used car mmg akan untung sikit, tapi warranty kurang tahun nya. Ada pro n con gak.
Advice penting beli kereta: kalau kamu mampu beli kereta tu satu biji ja bagus jangan beli, tapi beli bila suda mampu beli 3 biji kereta yg sama tanpa keraguan. Bapa sy lagi extreme, dia tdk akan beli sesebuah kereta kalau tdk dapat beli 10 biji. Sebab kalau mampu beli 1 biji ja, kalau rosak? Maintenance? Kalau ada persoalan, ‘eh minyak kereta ni pakai banyak la’ ‘maintenance dia mahal la’ itu mksd dia kamu belum mampu. Sorry d sabah tebiasa ckp satu biji kereta bukan satu buah kereta 🤣
aq prnh dgr org ckp maintenance mahal xpe sbb bukan setiap minggu nk kene buat maintenance.. lepastu aq tanya la kalau tetiba kereta rosak caner? dy pom jwb "bukan hari2 kereta tu rosak, sekali sekala xpe" so caner geng
dia mmg bukan sehari atau seminggu rosak. dia cuma kalau rosak memang banyak kos nak kena keluar 😅😅😅😅 sy pun masih berfikir lagi nih nak beli baru atau amik second jer. huhu
@@waitwhat1964 terbaikkk. Sy masih riki2 lagi nih. Sbb tak kenal pomen nak tolong g check kete 😅. Pastu sebab nak pilih beli kat kl jer. Kuantan ni risau sangat sebab setiap tahun banjir takut kena kete banjir.
Adakah kita terpaksa membayar harga tinggi jika membuat pinjaman bank untuk membeli kereta terpakai ? Disebabkan faedah lagi tinggi untuk kereta terpakai . Boleh Dr Adam terangkan ?
something to add ada kadang2 kdai letak processing fee yng x masuk akal... tu lagi la...mmg nmpk murah...ltk2 suma dah jadi harga tinggi ... plus kalo 2016 kebawah dah xleh apply 9 years loan...
Keta hat lma lani harga makin tggi. Contoh wira turbo.harga lani bleh tahan. Tmbah² hat titop. Klau keta jenis limited contoh supra dan seangkatan dengannya xpyh dok ckp laaa, memang harga tggi. Untung spa yg simpan
Yang 80k discount tu bmw generation sebelum bukan yang sama. Hybrid pula tu. Kalau nak lagi murah rupa camtu 328i 2012 je 80k. Kalau nak yg baru 2019 boleh la dpt jimat 50k beli dah used 1 thn
Sy T20 & sy suka beli kete sekehen sbb murah & boleh tukar setiap 2 tahun tanpa topup bank.. habis sy kena kecam dgn org kampung, pakcik makcik, jiran2, ngn mak bapak sendiri sbb konon takde class beli kete sekehen.. 🤣
Plg penting cek ada record accident ke x, ada record saman beribu-ribu ke x, kereta kena black list ke x, kereta clone ke x .... Bnyk benda kena cek ....
check jugak kereta pernah kena tahan dgn kastam ke tak. Sy serik. Bayar bulan potong dlm slip gaji tp gengster bank tarik kereta sy. Rupa2nya rekod kastam sangkut. Bank pulak tak update. Haruuu...
Takut nak beli used car sebab kalau rosak, kena bayar guna duit sendiri, takde manufacturers warranty. Tapi mcm mana ya, mostly org duduk di Europe dan US beli used car je
Penggunaan diorg. Traffic tak sesak, jalanraya cantik. Cuaca tak panas melampau.. tak rough environment for the car..org putih mungkin lebih berdisiplin bab servis? Parts tak byk clone/imitation. Sekadar telahan saya.. Perjalanan dgn kereta mereka sekali sekala, pendek2 dan ada yg highway use only. Byk guna public transport.. Jd 2nd hand car mantap2 lagi keadaan nye..
Tgk brand mcm volvo ada program prereg unit, dpt warranty manufacturer, pernah juga tgk bmw, merce, vw ada program yg sama. Kalau recon(reconditioned, imported used car), ada insurance utk cover warranty, major part, engine, gearbox, ecu, tcu dll.
330e battery ada 6+2 year warranty. Kalau rosak and tukar full set pun dekat 40k je bukan 100k. Tapi most of the time 1 module je yang rosak. Kos dekat 5k per battery module only.
possibly beli cash, kalau installment , rate interest used car sedikit tinggi berbanding kereta baru. cuba buat kira2 mana lagi berbaloi kalau nak buat installment. plus used car kalau nak buat loan harga dia akan jadi lagi mahal daripada yang advertised. contoh from mudah, harga kereta advertised RM30,000, bila tanya nak buat loan possible untuk naik ke RM35000-38000. betul2 kena cari trusted used car dealer macam carlist, carsome, perodua pov.
Tak kisah baru atau terpakai, kalau ikut pengiraan. Lebih murah/jimat beli cash. Tetapi jikalau loan, interest kereta terpakai tinggi sedikit dalam 1%+-. Jikalau mampu beli kereta RM150,000, pendapat saya buat lah loan kereta. Bayar 10% deposit kereta, selebihnya duit tu invest sekurang-kurangnya dalam ASB atau pun buat modal bisnes (kalau ada).
Blh pkai sgt kreta 2nd hand conti..tp pastikan ada pomen yg betul2 tau utk repair kreta yg anda pilih tu..ini slh 1 channel yg anda blh rujuk.. ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-qOGGk0OOJkQ.html
ko ingat ko sape? cuba u bawa chasis nombor pergi tanya honda center record diaorg nak jawab layan u? ckp senang je lah, mulut pakai temberang je xde kos pon nak tarik vedio view je 👎