Standard laa kalau berkonvoi tu mesti pergi beraya 3-4 rumah sehari, makan-makan, jumpa saudara-mara. Tapi konvoi ni... bukan biasa-biasa punya! #KonvoiEpikFantastik #TNBraya2019
Betul samalah...aku carik balik iklan ni sbb rindu nak puasa,terawih raya pa sume mcm dulu²...sungguh aku rindu weyyyy..😭 Tahun ni belom tentu lagi boleh raya mcm dulu²..
Tahun 2020 ni xdpt raya balik kg konvoi mcm ni, makan kuih raya, bepeluh, bepanas, ramai2 makan ketupar rendang, makan sampai muntah,sob3x sedih =(. Saja la aku cri balik vdio nie..
@@syiqasakura weh sama hahahah abah aku pun polis tapi kami takut betul bila ibu ugut nak panggil polis. Tapi bila dah besar pandai menjawab "abah la polis tu" 😂
Aku berdoa. Agar kita raya mcm biasa and mcm dulu2 lagi tahun nie. Semua orang dapat balik ke kampung jumpa mak ayah dan saudara mara kalian. Semoga Allah makbulkan doa kita nie. Aamiin kan doa aku ini sahabat2 ku
Kan best iklan GEMBIRA. Ni asal raya sume iklan SEDIH. kasi chance la raya untuk gembira. Terbaik team iklan TNB. Jalan cerita simple, tapi sangat menarik.
Ok je ada yang sedih - ada yang gembira.. no problem, kalau semua gembira je kan xbaik juga, ingat juga org yang dah tiada, xpayah cndem2 lah.. semua buat kerja bagus hasil kan iklan raya yang baik
Jujur aku cakap..TNB buat iklan Terbaikkkk..lklan yang buat kita happy..ada sesetengah orang buat iklan mesti buat iklan sedih....ni kan time Raya..so kita happy...
Entah kenapa....aku nangis part last sebab dorang kumpul ramai ramai....betul betul sayu....harap tahun nie dapat lah balik kampun kumpul ramai ramai.....ya allah jadikan aidilfitri tahun ini menjadi raya yang indah dan bermakna.....aminnn💙
tengok lagi utk kali ke berapa ratus pun xtahu🤣 iklan tnb tak pernah mengecewakan, love love love sgtttt😍 harap tahun ni bleh konvoi raya ke sana sini🥺
aku datang sini sbb laura si budak tebing...hmm bila tgok video ni,adakah tahun ni kita akn dpt jumpa raya mcm ni..... # LENYAPKANLAH COVID19 DI MUKA BUMI NI.....AMINNN
2016~Din 2017~aida (pengenalan watak jero) 2018~arif (Planet jero panggil balik) 2019~nabila (Jero dah balik planet dia) Goodjob TNB... tak sangka aku baru hbes marathon iklan. 🤣🤣🤣
Since covid ada, iklan ni jadi legend utk raya sbb smua moment2 dlm iklan tu kita dh x blh nk buat🥺hope next2 year kita blh rasa blk moment 2 yg sgt berharga & dirindui dlm video ni😔
Dulu2 mak sikit2 cakap nak panggil polis. Buas dalam kereta, mak panggil polis. Tak mau tidoq, mak panggil polis. Kadang2 mak talipon polis habaq ada budak jahat suruh polis mai ambik 😄.
Iklan ni tetap dihati..ia adalah realiti..konvoi ramai2 mcm2 belaku...walaupun kenyang dan letih..tapi itulah raya...tiap2 thn keluarga aku buat konvoi ni...tp tahun ni...sambung tgk iklan kisah antara jendela la...
Sisi perlis yg semua orang taktahu😍😍.. + setakat skrg berbaloi tnb invest utk iklan raya.. Cuma rakyat tak berapa berbaloi bila tengok bil bulan2 hahahaah
Antara ayat ayat famous time raya 😂 "Hei nak mama panggil polis ke?" "Perut tak sedap noh" "Kak nak duit raya" "Ni anak sapa ni?" (Ni paling famous) "Pass minyak angin sat" "Salah rumah" "Lama tak jumpa" "Ada banyak rumah lagi ni" "Pengsannnn"
Part cucu dia kena redah batas sawah tu..teringat raya dulu dģn arwah pak ngah..kami jalan atas titi yg mmg nampak dah lama dan goyang..pak ngah boleh goyang2 kan titi tu..mak ngah sampai jalan merangkak atas titi..hahahahahah..dh hbs beraya tuan rumah ckp ada jalan yg kete boleh lalu..kami cammm whatttttttt...hahahahahahahah..rindu moment dgn arwah pak ngah..alfatihah buat pak ngah..semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman...nanti kita jumpa ye 😁😘💕
YA ALLAH rindunya nk raya....thun lps kitorang 11 kereta konvoi pergi spitang sabah jmpa family belah abah..dia punya jaln cerita sbijik mcm iklan ni..mk marah dalam krta,salah rumah...ada anak buah yang tak nak balik...leka tgok tv...paksa tarik masuk kereta....sebijik oiii...paling best...balik rumah semua 'terbongkang' di ruang tamu....pengsan daa....huahua....excited nak raya...bulan depan dah puasa..semangat!!! .
thank you so much TNB........ dari dulu sampai sekarang tak pernah gagal dan kecewa dalam iklan raya sepanjang raya yang ada dimalaysia.... TAHNIAH TNB.. cahaya di aidil fitri seterang mu TNB...
Teringat masa arwah nenek ad lagi, kami konvoi bgai nk rak ke umah sedara siang harinya. Malam dh kiok, siap bentang tilam siap2 nk tido dah. Tetiba org bag salam...ap lagi bertebaran ke dapur hidang lauk kuih raya, tilam main lipat campak dalam bilik. Alfatihah untuk arwah nenek. Teringat kan dia bila cari iklan lama ni walaupun raya lambat lagi.
Even tahun 2021 ni tgk vid ni masih kagum dgn the amount of details..mcm bila cross border ke Thai muzik jd ala Thai and masuk balik Malaysia muzik kompang. Nice touch..
the best best best ever advertisement... applicable to all races in malaysia.. rather than hugging phone and tv remote during festival, elders should guide them back to golden rule of festival.. hug relations not hps. greet them personally and not just liking their post in fb.. get to know our relations .. so so so touching.. reminiscing old memories..
Family ak tiap2 tahun konvoi cmtu tp...lps yew ayah ak mninggal, smua tgal kenangan😔😔.. Masing2 da xnak pg sbb nye segan..dlu2 pg braya sbb ayah jew sruh kenal n rapat dgn anak beranak n sedara mara... Al-fatihah ayah😭
Dulu thn 90an smpai ke awal 2000, asal iklan raya best2..iklan petronas r tu arahan Arwah Yasmin Ahmad.. now dh brganti dgn Tnb.. Good Job TNb.. kmbalikn kgemilangn musim raya mcm dulu².. 😊😊😊
@@moonhana00 boleh tengok mv baru sia forevermore. Promot perlih. Dia beranak kat loqstaq. Membesar kat perlis dgn selangor. Kerja kat US. Belajaq uitm merbok dulu nih.
Sama gila in real life how Malay people celebrating raya.. dari konvoi ramai ramai, raya rumah org sedara dr satu ke satu rumah yg lain, then how the jejak kasih, and when your mom marah dlm kereta (even the "nak mama call polis?" is the same one haha) and your dad diam je.. everything is on point. Dh sampai rumah penat, depa plak mai.. sama.. anyway Perlis cantik gila.. bestnya boleh singgah Thailand.. Rumah Dato' Wan Ahmad, Tasik Timah Tasoh, Kg Ujong Bukit, Wang Kelian, Kuala Perlis, Bukit Chabang, Bulatan Tengkolok, Istana Arau.. lawanya Perlis 😢 Edited: sometime ada rumah tgh cerita best or kuih best tp nk kena balik dh 😭
Iklan ni palinh best aku suke tnb buat iklan hope tahun depan lagi best sbb tahun ni x best raya kat umh hahahaa rindu fmly kan bila tgok iklan cm ni semangat nk balik kg.. humm hope tnb u all sehat
Akhirnyaa!! Hampir setiap tahun tunggu iklan Raya TNB ni, memang tak mengecewakan, tahniah TNB, teruskan! Dah jadi tradisi setiap raya mesti tggu iklan raya TNB ni
Memang bagus... Pemandangan yang cantik, lawak dan akhirnya, sambutan Hari Raya bersama-sama... Lebih kurang sama dengan Kaum Cina juga... Selamat Hari Raya untuk semua...
Rindunya suasana mcm ni... sekarang covid 19...tak boleh da mcm ni... #kitajagakita sapa tgk video ni 2021 like... nak tgk ramai tak... hehe... thx all
Antara dialog dialog evergreen. Tahniah TNB Mama : (nada marah ke anak2 buat bising dalam kereta) Hey! Nak mama panggil polis ke? Nabilah: Dah start jejak kasih…. Tuk Wan: Ni anak sape nih? …(masa bersalam) Adegan konvoi kena tinggal kat traffic light. Adegan tawaf kat roundabout jalanraya Adegan u turn, dek salah simpang, salah rumah lagi kahkahkahkah Adegan tv tak nak lepas memang betul betul evergreen dan WAJIB! Ayah Nabilah: “Walaupun kita dah pi beraya rumah depa, la ni.. depa mai bawa rezeki ke rumah kita” Selamat Hari Raya, guys - Dzuhri
Setiap tahun selalu tunggu iklan raya TNB, Walaupun saya orang Indonesia tapi Kampung halaman saya punya banyak kesamaan dengan cerita cerita Iklan Raya TNB yang merupakan kebiasaan orang melayu berhari raya. Iklan raya TNB tahun ini luar biasa, mengigatkan saya dengan kenangan masa kecil saya ber hari raya di kampung halaman. Terima kasih TNB Luar biasa. Sampai berjumpa di iklan raya tahun berikutnya :)