Allahuakhbar.....saya ikut kuliah2 ustaz dari rambut Ustaz Hitam dan sekarang hampir putih semuanya....kita semakin tua... semoga ustaz doakan kebaikan juga utk kami orang2 awam ni... dan kalau ustaz ada kelebihan diakhirat nanti jangan lupakan kami...
saya pun teringin sangat nak dengar ceramah ustaz Shamsuri depan mata sekali dalam hidup buleh saya tanya masjid mana yang selalu ustaz Shamsuri ceramah.. terimakasih sangat²
@@tupatpise1924 : masjid sultanah bahiyah aloq staq.. masjid abdullah fahim bertam kepala batas penang.. masjid taman brown penang.. moga bermanfaat tuan.
Terima kasih juga tidak ketinggalan diucapkan kepada Ustaz USM yang memberi guidence kepada kita semua dalam menghadapi bulan Bulan Ramadan xlama lagi. Saranan2nya baik belaka diharap dapat diamalkan demi agama yang suci murni ini Aamiinn. ❤
Juga tanda2 hari kiamat akan berlaku amat menakutkan. Ya Allah peliharalah iman kami. Bimbing lah kami dan berilah petunjuk kepada kami yang lemah ini Aamiinn.
Assalam wbt. Terima kasih atas kesungguhan pasukan kerja dan ilmuwan yang menyampaikan ilmu dengan rujukan ilmu yang benar. Semoga Allah swt merahmati dan mengurniakan syurga Firdaus, Alhamdulillah, amin. Allah Ya Haqqu.
Puaihhh, jelaihhh tuan guru ajaq..moga allah berkati dan rahmati umur tuan guru, diberi segala kebaikan utk tuan guru dan zon kuliah yg menyediakan rakaman siri pengajian ini..alhamdulillah
Tidak perlu hadir ke rumahnya permerhatian kami di sini dengan penyampaian ilmu oleh beliau kami percaya rumahnya dinaik taraf oleh Allah swt menjadi gedung ilmu. Alhamdulillah, amin. Allah Ya Waasi'.
Alhamdulillah moga sehat kesihatan Ustaz serta kami semuo hamba hamba Allah SWT untuk meneruskan dakwah Rasulullah saw di dalam hadis hadis serta Al Quran untuk pembelajaran semasa menjalani kehidupan seharian yang baik kita laksanakan dalam melakukan ibadah kehidupan serta meninggalkan perkara perkara yang bernama maksiat. InshaaAllah dapat membantu kita semua menjalani kehidupan yang baik.dan tinggal kan perkara maksiat.
Alhamdulillah ala kulli haal. Sollu'alaa saiyyidina muhammad. Terima kasih atas perkongsian ilmu tentang kaumx yang terdahulu yang derhaka kepada Allah swt Semoga ustad Dan keluarga dan kita semua diberi nikmat sihat Dan sentiasa mensyukuri nikmat yang beri oleh Allah swt.
Assalamualaikum semua. One of my fav ustaz. Thank you Allah beri kesihatan pada kami dan ustaz. Moga Allah berkati ustaz sentiasa. Pencerahan yg jelas, sebab tu saya suka dengar ceramah ustaz.
Ayat-ayat dari kaum dahulu yang mencabar Allah supaya turunkan balasan: 16:09 Terjemahan Surah 11 Hud ayat 32 Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar"." 18:36 Terjemahan Surah 7 Al-'Araf ayat 70 Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar"."
1:51 saya berminat dgn ayat2 dan penyampaian tn hj bab sedekah. Maafla jika tersalah cakap sb sy juga slalu ke masjid..😝👉🏼Sekadar info dan share saja. Kdg2 ada org x sempat nak beri sedekah sb org yg selalu beri pada dia..😝 Masuk kedai kopi ada yg dah bayar, sehingga nak beri sedekah pun payah kdg2 org yg jaga peti duit kat masjid pun bawa lari x bg org tersebut bersedekah...😝‼️ Akhirnya, hanya boleh berpesan agar org semua bersedekah..:😝 Macam pak arab... dah mati baru boleh bersedekah..‼️😝 Tp itulah TAKDIRNYA... murah rezeki...‼️😝
Assalamualaikum.disini saya nak jelaskan tentang 2 roh allah s.w.t yg duduk bersama anda iaitu: 1)malaikat yg akan membawa cahaya yg terang agar anda dapat berjalan lurus menuju kesyurgamu dengan keredhoaan allah s.w.t. 2)iblis yg akan membawa kegelapan agar anda tidak dapat melihat yg benar dan yg batil agar anda mengikutinya masok neraka allah s.w.t Kenalilah roh yg duduk bersama anda agar anda terlepas dari fitnah iblis dimuka bumi ini.fikir2kanlah
1:25 Terjemahan Surah 29 Al-'Ankabut ayat 39-40 Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah)." "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
Mungkin benar apa yg tuan kata ini. Tapi kita semua perlu muhasabah diri masing².. kita xperlu untuk salahkan siapa².. apa yg Allah turunkan ini sudah tertulis.. diwaktu sekarang kita perlu kuatkan iman masing².. kita umat terakhir dan tanda hnya tnggal sikit lagi