Kemelut dan pergeseran antara pemain bass Lefthanded Yan telah diperjelaskan oleh pemain gitar utama kumpulan rock lagenda tersebut iaitu man kidal. Menurut beliau masaalah yang berlaku ini adalah seperti masaalah sebuah rumahtangga dan beliau juga menjelaskan bahawa isu ini terlalu sensitif untuk dibicarakan kerana menganggap ini adalah cerita dalaman keluarga Lefthanded sahaja.
Man kidal juga memberitahu kepada pemberita bahawa Lefthanded bersedia untuk berbincang dan beliau menegaskan kepada pihak-pihak yang mencampuri urusan dalaman Lefthanded agar tidak mengeruhkan keadaan.
Man Kidal ditemui ketika majlis doa kesyukuran sempena ulangtahun ke-40 penubuhan Lefthanded di Panggung Asia Gombak dan pada itu juga Datuk Nash selaku penyanyi utama memperkenalkan barisan Lefthanded 2020.
05:11 isu antara Yan dan Lefthanded
Video persembahan live Lefthanded
• Video
#Lefthanded #40thAnniversary #ProjectGILA
14 окт 2024