Тёмный

Trip Ke Kelantan Hari 1 

Syazwan Ramli Vlog
Подписаться 80
Просмотров 700
50% 1

Trip Ke Kelantan Hari 1
Ini video aku yang pertama, banyak kekurangan. Kalau ada komentar, cadangan, pendapat, boleh komen ^^
Perjalanan aku ke Kelantan mengambil masa kira-kira 6 jam lebih. Tapi aku berhenti di pertengahan, di Gua Musang untuk menikmati kehebatan Masjid Tengku Razaleigh. Memang sangat indah dan gah. Inspirasi masjid ini sudah tentu Masjidil Haram, Mekah. Alhamdulillah, aku dapat solat Jumaat disitu.
Kedua aku jalan sedikit ke Muse Eco Park untuk singgah makan dan melihat keunikan Masjid Buluh. Ya, ianya cantik dan unik. Masjid Buluh sudah tentu diperbuat dari buluh. Walaupun tidak segah Masjid Tengku Razaleigh tapi sangat unik!
Aku teruskan perjalanan ke Kota Bharu, dalam perjalanan aku terserempak dengan sebuah masjid yang bagi aku sangat cantik dan seni binanya unik berasaskan Eropah, Masjid Ayesha Kok Lanas. Serius cantik aku tak tipu. Tapi disebabkan aku kena cepat, aku tak sempat nak singgah lama dan masuk ke dalam masjid.
Akhirnya sampai di Kota Bharu, aku menginap di G Home Hotel Kota Bharu yang berhampiran Menara Peninjau. Aku rehat dan petang aku ke Padang Merdeka untuk menikmati suasana sunset atau matahari terbenam. Cantik!
Aku keluar makan malam di Suwarin Jinda Cafe, spesialnya disitu ialah Perut Lembu, anda mesti cuba! Dan penutup jalan-jalan Kelantan hari pertama aku, aku ke Wakaf Che Yeh. Aku beli 3 helai baju RM100, pertama kali makan aiskrim di Kelantan, sedap murah! Kuba Guling. Balik tidur.
Rakam Menggunakan :
Xiaomi 13T Pro

Опубликовано:

 

13 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 4   
@asyrafnukman1991
@asyrafnukman1991 2 месяца назад
Terima Kasih video
@SyazwanRamliVlog
@SyazwanRamliVlog 2 месяца назад
Terima kasih support channel saya ^^
@ezza.h6785
@ezza.h6785 Месяц назад
Terima kasih mari klate.. ada kwn cni ke tu
@SyazwanRamliVlog
@SyazwanRamliVlog Месяц назад
Sama².. Memang sejak sekolah lagi teringin nak ke Kelantan, haha, baru merasa. Terima kasih sudi tonton dan support.
Далее
GENIUS FOOD HACKS 🍰 #shorts
00:36
Просмотров 16 млн
4 Year Sibling Difference! 😭 #shorts
00:11
Просмотров 12 млн
Telefilem Puan Boss | Telefilem Malaysia Terbaru 2024
1:29:54