Pulang sebentar ke Permatang Pauh, Pulau Pinang sambil menyantuni rakyat pada Majlis Korban Perdana di Masjid Jamek Cerok Tokun Bawah sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Saya sempat bertegur sapa dengan komuniti dan masyarakat termasuk yang sedang melaksanakan ibadah korban sambil menyampaikan beberapa pesan seadanya.
Antara yang saya singgung dan jelaskan adalah berkaitan penyasaran subsidi diesel yang kini semakin jelas difahami.
Keputusan yang diambil ini penting untuk negara bagi menyelamatkan dana yang bocor dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Di sela kesibukan tugas, saya sempat menziarahi rumah pusaka dan kubur ahli keluarga sebelum bergerak ke program seterusnya.
#MalaysiaMADANI
19 июн 2024