Тёмный

UNIKNYA MASJID INI!!!! UKIRAN DAN KALIGRAFI YANG SANGAT CANTIK PADA DINDING ILHAM DARI UZBEKISTAN 

AZLEE ZULMAIDI
Подписаться 4,9 тыс.
Просмотров 399
50% 1

Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat | Untuk segmen jejak masjid kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Ar Rahman Mukim Kubang Batang yang berada di Tumpat Kelantan. Masjid ini menjadi tumpuan ramai kerana senibinanya yang sangat cantik dan mirip seperti batu marble yang ada di Masjidil Haram, Mekah.
Pertama kali nampak masjid ini secara langsung aku sangat teruja sebab dari jauh lagi boleh nampak betapa cantiknya masjid ini. Warna kubah berwarna biru dan bangunan yang dipenuhi dengan warna keemasan sangat menyerlah menarik mata kita untuk tengok Masjid Ar Rahman Kubang Batang.
Kalau tengok masjid ini dengan jarak yang lebih dekat, korang akan dapat melihat ukiran dan Kaligrafi yang sangat cantik pada dinding. Ianya menjadi tumpuan mereka yang datang untuk mengambil gambar kerana ianya berada di pintu utama sebelum masuk ke dalam masjid.
Ini baru bahagian pintu depan, belum lagi pintu masuk dibahagian tepi yang berdekatan dengan tempat mengambil wudhuk. Setiap sudut masjid memang sangat cantik. Kalau korang berpeluang untuk datang sendiri nanti bolehlah tengok secara langsung.
aku cuba untuk cari maklumat tentang masjid ini tetapi tak banyak yang aku jumpa. Apa yang aku boleh kongsikan dengan korang menerusi pembacaan secara online, Masjid Ar Rahman Kubang Batang mula direnovasi pada tahun 2016 dan dibuka kepada umum pada tahun 2021 dimana kos untuk menyiapkan masjid ini mencecah hampir 20 juta ringgit Malaysia.
Macam inilah bahagian dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan korang. Dalam gambar pun dah nampak cantik kan! Kalau korang tengok depan depan lagi cantik. Waktu ini aku tak berpeluang untuk naik ke tingkat atas sebab tutup. Tak tahulah kenapa dorang tutup. Mungkin sebab awal lagi atau memang tutup sepanjang hari.
Alhamdulillah semuanya okay dekat sini tetapi bila aku kongsikan video masjid ini di tiktok ramai yang mempersoalkan tentang parking kereta sebab kawasan parking di masjid ini agak terhad. Aku sendiri pun tak boleh nak menafikan hal ini sebab ianya memang betul. Aku harap dimasa hadapan parking boleh ditambah lagi untuk menampung mereka yang datang singgah ke masjid.
#azleezulmaidi
#saujanautama
#azleesenario
#masjid

Опубликовано:

 

17 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 4   
@BirdTV-ve1fk
@BirdTV-ve1fk 6 месяцев назад
Cantiknya Masjid ni..
@azsaujanastudio
@azsaujanastudio 6 месяцев назад
Antara masjid yang tercantik di negeri Kelantan dari segi tulisan kaligrafi
@hajichannel5454
@hajichannel5454 6 месяцев назад
Di Kelantan banyak masjid yang cantik cantik..Di tepi bulatan Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan tu pon cantik sangat masjid nya.. dah lupa nama masjid tu
@mad.4700
@mad.4700 6 месяцев назад
18 juta kosnya... memang menarik ukiran tu klu tengok kepada harganya
Далее
MASJID ANDALUSIA , KELANTAN
5:49
Просмотров 2,2 тыс.
Silent Hill 2 - Мульт Обзор
07:26
Просмотров 448 тыс.
Silent Hill 2 - Мульт Обзор
07:26
Просмотров 448 тыс.