Тёмный

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - NURUN NYAOK AI (MBK 2023 - JOHAN) 

PERKASA USM
Подписаться 1,5 тыс.
Просмотров 28 тыс.
50% 1

TAJUK: NURUN NYAOK AI
NAMA KUMPULAN: EMPERAJA DANCE TROUPE
KEJAYAAN: JOHAN KESELURUHAN, PENARI PEREMPUAN TERBAIK (FELICIA TIERA TING HUI JING)
MUZIK : AVIAN JOHANSSON & SINAR FITASSO (TARI NGORAM BORAS OLEH SANGGAR ADAU BEDAUNG)
BAHASA MELAYU:
Nurun Nyaok Ai merupakan satu tarian kreasi baru berlandaskan tarian Ngajat Nyaok Ai daripada suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini menonjolkan aktiviti mengambil air untuk kegunaan kehidupan seharian melalui gerak tari yang diolah daripada gerak tari ngajat. Pada asalnya, tarian ini hanyalah ditarikan oleh penari wanita sahaja. Namun setelah diberi nafas
baru, garapan tarian ini turut ditarikan oleh penari lelaki agar persembahan lebih meriah dan menarik. Pada masa yang sama, keseronokan dalam beraktiviti mengambil air telah mempertemukan si Bujang dan si Dara dan akhirnya kekal bersama. Dalam tarian ini, penggunaan prop tempayan
dan baldi adalah simbolik kepada buah genuk yang digunakan untuk mengambil dan menyimpan air.
ENGLISH:
Nurun Nyaok Ai is a new creation dance based on the “Ngajat Nyaok Ai” dance by the Iban tribe in Sarawak. This dance highlights the action of “Nyauk Ai” which means collecting water for storage that is usually for conventional purposes. Initially, it was accustomed for the female dancers. However, it has been recreated to be accompanied by male dancers which can add more dynamic and be more captivating. At the same time, while engaging in this fun activity, “Nyaok Ai” eventually brings the “Bujang” and “Dara” together and they live happily ever after. In this dance, the “Tempayan”
& “Baldi” symbolize the buah genuk which is being used to take and store water.

Опубликовано:

 

5 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 40   
@ilyasa98
@ilyasa98 Год назад
Sebelum kita memperbahaskan sama ada tarian yang dipersembah adalah kreatif atau kreasi baru, perlu ada dimaklumkan wujudnya perbezaan tarian kreatif dan kreasi baru, perlu diketahui bahawa terdapat satu garis halus yang memisahkan antara kreatif dan kreasi baru ini. TARIAN KREASI BARU Menurut Endang Caturwati (1996), tarian kreasi baru ialah sebuah karya tari yang mengalami pembaharuan iaitu merujuk kepada inovasi koreografer dalam daya cipta tarian baru dengan sentuhan dan cita rasa baharu. TARIAN KREATIF Menurut Anuar (2009), tarian kreatif adalah medium menyampaikan satu jalan cerita yang atau idea gerakan kreatif dengan iringan susunan muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang disusun mengikut jalan cerita tersendiri. Gerak tari juga adalah kreativiti yang dicipta oleh seseorang penari dan mempunyai koreografi yang tersendiri. PERBEZAAN KREASI BARU DAN KREATIF Sekiranya dilihat semula, wujud dua perbezaan antara kreasi baru dan kreatif bagi menunjukkan idea diskusi ini dapat diperbahaskan mengikut pendapat Soedarsono (1977). a) Gerak Tari Perbezaan ketara antara kreasi baru dan kreatif adalah gerak tari iaitu kreasi baru menekankan aspek kebebasan dalam penciptaan koreografi dengan mengacu pada tarian tradisional di sesetengah daerah dan juga mendapat inspirasi dari daerah yang lain serta melepaskan gerak tari tradisi biasa kepada gerak tari yang lebih moden namun tidak susah diikuti. Tarian kreatif pula merujuk gerak tari yang hasil ciptaan koreografer berdasarkan gerak tari yang tersendiri tanpa merujuk kepada tarian tradisional di daerah tertentu dengan hanya dipersembah pada suatu masa tertentu dan gerak tari pada kebiasaannya agak sukar diikuti kerana terikat pada muzik yang tersendiri dan pola lantai tersendiri. b) Silsilah Tari Perbezaan ketara yang kedua antara kreasi baru dan kreatif adalah berdasarkan keaslian tarian iaitu kreasi baru lebih merujuk kepada garapan seni tari tradisional yang telah diolah baharu oleh koreografer sesuai peredaran zaman dan pembaharuan yang diketengahkan tapi tidak menghilangkan seni tari tradisi Tarian kreatif adalah seni tari yang baharu tanpa melihat kepada gerakan tari tradisional dan merupakan ciptan koreografer tersendiri malahan terikat dengan susunan muzik dan pola lantai. HASIL PEMERHATIAN USM tidak menyalahi konsep kreasi baru seperti yang dilontarkan sesetengah pihak dan sekiranya USM telah melakukan tarian kreatif maka sudah tentu koreografi tarian ini tidak melihat kepada gerakan tari tradisional yang asal iaitu Ngajat Nyaok Ai. Berkenaan susunan muzik pula, USM tidak menghilangkan keaslian muzik yang dimiliki oleh masyarakat Iban itu sendiri kerana tempo dan nota muzik yang telah dirancakkan oleh koreografer memandangkan pertandingan tarian kreasi baru melihat kepada olahan baharu koreografi dan susunan muzik yang mempunyai cita rasa baharu tanpa meninggalkan seni muzik tradisi yang asal. KESIMPULAN Semoga perkongsian ini dapat membantu menjernihkan pemikiran dan seharusnya kita meraikan pendapat yang dinamik kerana itulah budaya ilmu yang patut kita ketengahkan bukan sekadar mencari titik percanggahan tetapi juga titik pertemuan yang meraikan pendapat bersama. Sekian, harap maklum.
@akuanakiban
@akuanakiban Год назад
Lagu dekat hujung tu bukan lagu gerak Iban lagi, rentak lagu asli Iban lain. Depan sahaja lagu Iban, namun dihujung rentaknya lari. Jikalau kamu mendengar Taboh Iban, kamu akan dapat membezakan bunyi muziknya. Saya ambi contoh UMP pada tahun 2020, itu baru rentak Iban, tidak lari muziknya. Rentak Gendang, Gong dan Canang adalah memainkan peranan penting dalam rentak Iban manakala Keromong adalah bebas dan boleh bervariasi mengikut tempat. Meskipun masih dirancakkan, rentak nya tidak hilang.
@ilyasa98
@ilyasa98 Год назад
@@akuanakiban Sebab itu pertandingan ini dinamakan tarian kreasi baru, jadi penggunaan muzik mahupun busana adalah mengikut cita rasa koreografer dan persembahan yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan, selagi ia tidak melanggar syarat pertandingan iaitu muzik hendaklah dikreasi baru maka tidak menjadi masalah. Justeru, sebagai seorang penari atau koreografer perlu memahami dinamik dan konflik dalam persembahan. Jika gagal berbuat demikian, maka itu menunjukkan kefahaman anda berkenaan skop yang diberikan adalah bersifat kurang memuaskan.
@akuanakiban
@akuanakiban Год назад
@@ilyasa98 bukankah tuan sendiri mengatakan yang USM tidak menghilangkan keaslian muzik kerana ianya mengikut cita rasa koreografer? Padahal memang sudah lari pun keaslian muzik dihujungnya. Merujuk komen saya di atas, keaslian di hujung muzik itu memang sudah hilang dan tuan menidakkannnya. Kemudian kini tuan memberi alasan ianya diperbolehkan oleh kerana ianya mengikut cita rasa koreografer? Menurut telinga saya memang jauh bunyi tarian Iban tu.😂😂
@ilyasa98
@ilyasa98 Год назад
@@akuanakiban Kenapa keaslian perlu dilihat 100% keaslian di sepanjang notasi dan susunan muzik itu sedangkan dalam industri muzik sendiri itu keragaman dalam muzik perlu diraikan? Walhal secara jelas pertandingan kreasi baru adalah hasil daya cipta koreografer dan komposer muzik ini digunakan untuk menampakkan dinamik tanpa menghilang keaslian sebenar. Jadi, memang betul USM tidak menyalahi syarat kerana susunan muzik masih mengekalkan keaslian muzik dan tidak menyalahi syarat yang dikenakan maka tidak menjadi masalah. Sebab itu pertandingan tarian kreasi baru bertujuan untuk melestarikan budaya sedia ada dengan jika ingin meletak keaslian secara 100% alangkah baik kalau pertandingan tarian ini dinamakan tarian etnik tradisional dan bukan tarian kreasi baru 😅 No wonder USM juara MBK2020 kerana kebijakan koreografer yang menekankan aspek kefahaman berkenaan dinamik dan konflik persembahan yang seharusnya diraikan. Nak mekarkan seni budaya bukan sekadar meletakkan keaslian 100% tetapi melestarikan budaya itu agar setara dengan peredaran zaman dan terus relevan juga memain peranan penting dan besar dalam industri seni hiburan. 🫶🏻
@akuanakiban
@akuanakiban Год назад
@@ilyasa98 Bukankah tuan sendiri mengatakan USM mengekalkan 100% keaslian muzik jika merujuk kepada kepada komen tuan yang diatas? Dan apabila saya menolak penjelasan keaslian muzik yang digunakan tuan pula memberi alasan bahawa keaslian muzik tidak perlu dikekalkan kerana mengikut kreativiti koreo. Mana satu yang betul?🤦 Keaslian yang saya maksudkan adalah rentaknya bukan isi muzik tersebut. Jika rentaknya sudah lari, ianya menjadi muzik kaum lain. Konsep tari Indonesia dan tari Malaysia tak sama. Saya pasti koreografer USM terkeliru antara konsep tarian kreasi di Indonesia dan tarian kreasi di Malaysia. Kerana saya tahu bahawa muzik pada akhir tarian adalah muzik daripada Kalimantan Barat. Konsep tarian kreasi di Indonesia itu sebenarnya konsep tarian kreatif di Malaysia. Jika kalau Malaysia memakai muzik tarian kreasi rentak Indonesia, maka tarian di Malaysia bukan lagi kreasi, melainkan kreatif. Berikut saya sertakan tarian dan muzik kreasi Iban yang sebenar dalam konteks kreasi Malaysia: ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-_h5959tm5ds.html ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-RRTe76KHufo.html ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-f2qSprxgPow.html ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-HX_JyXv4gqk.html ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-HOTxXbI4228.html
@albertsigansaliman5064
@albertsigansaliman5064 Год назад
Konflik kreasi dan kreatif Sarawak yang tiada titik noktah. Bahasan yang berlaku hanyalah retorik semata. Sesebuah pertandingan haruslah berlaku mengikut skema pemarkahan pertandingan tersebut dan bukannya mengikut penyelidikan andaian sendiri
@philemonmuling1539
@philemonmuling1539 Год назад
Suka dengan gubahan muzik & step tariannya sekali❤❤❤love sangat²
@easterutih7004
@easterutih7004 11 месяцев назад
The best lahhh USM 🎉gerakan yang SANGAT Bagus dan Lagu sesuai
@jongjonginai187
@jongjonginai187 Год назад
CANTIK! Muzik cantik. Step cantik. Pecahan lantai not bad Busana maveles! Penari² bagus Idea terbaik best 👍🏽 Semoga akan ada lagi karya2 hebat mcm ni drp jurutari dan pasukan. Tahniah!
@boyrambutan3835
@boyrambutan3835 Год назад
perfect..goosebump
@taufiqhh6999
@taufiqhh6999 Год назад
Sy sukaaaa !!!❤
@ilyasa98
@ilyasa98 Год назад
Such an astonishing performance ❤❤❤❤❤
@sisxu25
@sisxu25 Год назад
High quality performance!!!!
@alicematius3003
@alicematius3003 Год назад
Really excellent performance 🎉
@sylvesterranggie
@sylvesterranggie Год назад
Lurve USM❤❤
@rithiniewilliam1246
@rithiniewilliam1246 Год назад
❤️❤️❤️❤️❤️
@syraaraa1707
@syraaraa1707 Год назад
❤️❤️
@sisxu25
@sisxu25 10 месяцев назад
So good!!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉
@MUHAMMADISMAIL-kx6ws
@MUHAMMADISMAIL-kx6ws Год назад
MANTAPPPP
@sosokhitam356
@sosokhitam356 9 месяцев назад
Proud to be Iban
@moonblade2123
@moonblade2123 Год назад
lurveeeee USM
@winneygerry7435
@winneygerry7435 Год назад
Stedy my daughter rissa voice bejawai
@carrisaglo7628
@carrisaglo7628 8 месяцев назад
❤❤❤
@sesuakaeuphoria4912
@sesuakaeuphoria4912 Год назад
steady junior..Kami memimpin
@syahdadhadi5572
@syahdadhadi5572 Год назад
Ghoooseebumpp
@anonymously359
@anonymously359 Год назад
pembawaan penari sangat cantik akan tetapi tarian lebih ke arah kreatif pabila menuju ke penghujung persembahan. lagu tarian juga agak hilang keaslian bunyi lagu tradisi iban.. just my 2cents
@ilyasa98
@ilyasa98 Год назад
Sebelum kita memperbahaskan sama ada tarian yang dipersembah adalah kreatif atau kreasi baru, perlu ada dimaklumkan wujudnya perbezaan tarian kreatif dan kreasi baru, perlu diketahui bahawa terdapat satu garis halus yang memisahkan antara kreatif dan kreasi baru ini. TARIAN KREASI BARU Menurut Endang Caturwati (1996), tarian kreasi baru ialah sebuah karya tari yang mengalami pembaharuan iaitu merujuk kepada inovasi koreografer dalam daya cipta tarian baru dengan sentuhan dan cita rasa baharu. TARIAN KREATIF Menurut Anuar (2009), tarian kreatif adalah medium menyampaikan satu jalan cerita yang atau idea gerakan kreatif dengan iringan susunan muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang disusun mengikut jalan cerita tersendiri. Gerak tari juga adalah kreativiti yang dicipta oleh seseorang penari dan mempunyai koreografi yang tersendiri. PERBEZAAN KREASI BARU DAN KREATIF Sekiranya dilihat semula, wujud dua perbezaan antara kreasi baru dan kreatif bagi menunjukkan idea diskusi ini dapat diperbahaskan mengikut pendapat Soedarsono (1977). a) Gerak Tari Perbezaan ketara antara kreasi baru dan kreatif adalah gerak tari iaitu kreasi baru menekankan aspek kebebasan dalam penciptaan koreografi dengan mengacu pada tarian tradisional di sesetengah daerah dan juga mendapat inspirasi dari daerah yang lain serta melepaskan gerak tari tradisi biasa kepada gerak tari yang lebih moden namun tidak susah diikuti. Tarian kreatif pula merujuk gerak tari yang hasil ciptaan koreografer berdasarkan gerak tari yang tersendiri tanpa merujuk kepada tarian tradisional di daerah tertentu dengan hanya dipersembah pada suatu masa tertentu dan gerak tari pada kebiasaannya agak sukar diikuti kerana terikat pada muzik yang tersendiri dan pola lantai tersendiri. b) Silsilah Tari Perbezaan ketara yang kedua antara kreasi baru dan kreatif adalah berdasarkan keaslian tarian iaitu kreasi baru lebih merujuk kepada garapan seni tari tradisional yang telah diolah baharu oleh koreografer sesuai peredaran zaman dan pembaharuan yang diketengahkan tapi tidak menghilangkan seni tari tradisi Tarian kreatif adalah seni tari yang baharu tanpa melihat kepada gerakan tari tradisional dan merupakan ciptan koreografer tersendiri malahan terikat dengan susunan muzik dan pola lantai. HASIL PEMERHATIAN USM tidak menyalahi konsep kreasi baru seperti yang dilontarkan sesetengah pihak dan sekiranya USM telah melakukan tarian kreatif maka sudah tentu koreografi tarian ini tidak melihat kepada gerakan tari tradisional yang asal iaitu Ngajat Nyaok Ai. Berkenaan susunan muzik pula, USM tidak menghilangkan keaslian muzik yang dimiliki oleh masyarakat Iban itu sendiri kerana tempo dan nota muzik yang telah dirancakkan oleh koreografer memandangkan pertandingan tarian kreasi baru melihat kepada olahan baharu koreografi dan susunan muzik yang mempunyai cita rasa baharu tanpa meninggalkan seni muzik tradisi yang asal. KESIMPULAN Semoga perkongsian ini dapat membantu menjernihkan pemikiran dan seharusnya kita meraikan pendapat yang dinamik kerana itulah budaya ilmu yang patut kita ketengahkan bukan sekadar mencari titik percanggahan tetapi juga titik pertemuan yang meraikan pendapat bersama. Sekian, harap maklum.
@evelyntina9907
@evelyntina9907 8 месяцев назад
Saya pun prasan juga..hidup tarian dia org ni
@lenglingang7600
@lenglingang7600 4 месяца назад
Saya sungguh love gaya pentas mereka.. kreatif..walaupun tidak begitu asli.. Tapi ada keistimewaan tersendiri.. Proud of you all
@rlineg
@rlineg 4 месяца назад
​@@ilyasa98 Terima Kasih di atas pencerahan beza kreasi dan Kreatif. Ramai yg Masih belum tahu perbezaaan dan mengganggap tarian yg di cipta semuanya adalah kreatif tanpa menyedari ada juga yg kreasi.
@misau_wrld
@misau_wrld Год назад
No wonder they won. Its giving a whole new experience of story telling through their dance. 🤍
@emirezzri2185
@emirezzri2185 11 месяцев назад
boleh tanya lagu apa yg digunakan tu?
@hellerytitus1040
@hellerytitus1040 9 месяцев назад
Tau minta lagu iya bala menyadik
Далее
would you eat this? #shorts
00:13
Просмотров 470 тыс.
НЮША УСПОКОИЛА КОТЯТ#cat
00:43
Просмотров 781 тыс.
Ngajat Lesung (SARAWAK CULTURAL VILLAGE)
4:26
Просмотров 102 тыс.
would you eat this? #shorts
00:13
Просмотров 470 тыс.