Тёмный

VLOG 13 | Birdhill Beach Campsite | ASMR Beach Camping | Tanjung Sedili | Naturehike | Sound of Wave 

Bukan Camping Vlog
Подписаться 736
Просмотров 4,3 тыс.
50% 1

Negeri Johor terkenal dengan perkhemahan tepi pantai yang mengasyikkan. Dari Pulau Lima yang jauh diselatan, sehingga ke Pulau Mawar yang jauh diutara, diantara 2 kawasan ini terdapat banyak campsite disepanjang persisiran pantai Johor yang menghadap kerakusan ombak dan angin Laut China Selatan, tetapi disajikan dengan satu permandangan yang sangat indah tatkala fajar menyinsing memberi salam kepada hari yang indah.
Dan salah satunya campsite terbaru di sepanjang pantai Laut China Selatan ini berada di Tanjung Sedili yang diberi nama "Birdhill Beach Campsite"
Hanya 5 minit daripada pekan Tanjung Sedili, campsite ini mempunyai kemudahan yang terbaik yang pernah saya kunjungi. Nak tahu selanjutnya?:-
📍Campsite Review
Birdhill Beach Campsite:-
Salah satu sebab mengapa diberikan nama Birdhill, campsite ini merupakan kediaman untuk seekor burung helang yang berlindung daripada angin monsoon Laut China Selatan.
Kadar sewa bayaran perhead atau keseluruhan tapak
- Dewasa RM20
- Kanak-kanak 12 tahun keatas RM10
- Kanak-kanak bawah 7 tahun FREE
Boleh call or whatsapp terus number ni
www.wasap.my/60178728776 JiaHui
Fasiliti yang termasuk harga sewa
Tapak ✅
Parking ✅
Toilet dan Shower macam resort, cantik dan bersih✅ (tapi jauh dari tapak)
Sinki & cermin ✅
Common area share dengan campers lain ✅
Kerusi dan meja ✅
Platform untuk tapak ✅ (bergantung)
Plugpoints ❌(Masih dalam pembinaan)
Laut ✅ Landai sejauh mata memandang
Sungai ✅ tapi bukan untuk mandi
Telco semua cemerlang✅
Chalet ❌ (Masih dalam pembinaan)
Cafe ❌ (Masih dalam pembinaan)
Sungai dan Laut:
Terdapat muara sungai dikiri dan kanan tapak perkhemahan tetapi hanya untuk memancing dan lain-lain. Tidak untuk mandi ya!
Untuk laut pula, campsite ini berada di teluk, jika air surut, sememangnya landai dan jauh dari kawasan perkhemahan. Air lautnya berlumpur dan keruh semasa musim moonsoon.
Keadaan Siang dan Malam:
Waktu siang redup berada dibawah pepohon ketapang dan rhu. Hampir kesemua tapak mempunyai pepohon yang memberikan pelindungan dari cahaya matahari. Malam yang dingin dan beserta deruan ombak yang tenang~
Keadaan Jalan:
Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa 1 jam 20min (95 km) dan dari lain-lain korang google maps sendiri ya. Jalan masuk ke kampung Tg Sedili ini elok dan sesuai dengan semua jenis kereta. Jalan tar sehingga ke main road campsite. Dan selepas itu gravel dan jalan berbatu merah. Tiada masalah ketika hujan lebat, dan sesuai utk semua kenderaan.
Bandar/Pekan Terdekat:
Lebih kurang 2 min sampai ke kedai runcit. Semuanya ada disini. Jika korang dah sampai sini, maksudnya kena berhenti lunch di beberapa kedai yang famous seperti Awang Nasi Dagang, Celup-celup 5A, Ikan Bakar Mala Anan dan banyak lagi! Harga boleh tahan, sedap dan memuaskan!
Overall experienced:
Harga untuk kami sekeluarga hanya RM40/night. Kiraan RM20x2 sahaja. Untuk keluarga kecik memang recommended, Tapi kalau keluarga yang ramai harga akan menjadi lebih mahal.
Tapak yang berpasir (mistake kami sebab terlalu dekat dengan tebing pantai), tandas 5 star (cukup semuanya dan bersih!!), laut yang menenangkan jiwa, dan kemudahan warong serta kedai runcit berdekatan. Mereka juga menyediakan sewaan barang camping.
The only downside of this campsite ialah common area dan toilet yang jauh. Kena rajin berjalan sikit, tetapi kalau ikutkan okay sahaja, sebab bukan 24 jam kita akan ke common area dan toilet kan?
Akhir kata dan juga disclaimer, semua ini based on pengalaman saya sekeluarga dan rakan-rakan. Apa yang korang rasa bila sampai kesini dan berbeza dengan apa yang dibaca disini anggaplah sebagai panduan sahaja. Setiap pengalaman tu berbeza, ada yang dapat lebih baik, dan ada yang tidak. Outdoor recreation adalah satu pengalaman yang berbeza utk setiap orang, jadikan setiap pengalaman itu sebagai pengajaran dan mendewasakan kita utk hari kelak.
#asmr #camping #campsitereview #familycamping #familycamping #naturehike #semulajadi #outdoor #soundofnature #anxietyrelief #tunneltent #naturehikemalaysia #familycampingjohor #familycampingmalaysia #campingasmr #campingvlogs #campinglife #campinggear #stanley #sonyzve10 #sonyalpha #lumafusion
Who we are? We are passionate outdoor goers who love learning culture and eating foods (Who doesnt!)
A devoted bald husband behind camera, athletic master trainer wife as subject and cute little explorer just being herself (our daugther)
This channel handled by the husband and all of editing as well.
Most shots are using Sony ZV-E10, kit lens, 7artisans 35mm 1.2, Sigma 30mm 1.4.
Based in Johor Bahru, Malaysia.

Опубликовано:

 

16 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 28   
@Avocado66666
@Avocado66666 5 месяцев назад
video quality baik sangat bang 👍👍 mantap 🤩
@ccccamp
@ccccamp 5 месяцев назад
Terima kasihhh!
@halfcutjourneys
@halfcutjourneys 6 месяцев назад
Shahduuu air soda herbs dlm stanley 2hari kekal sejuk...
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Sememangnya, tp airnya tahan 2 jam je bang lepastu habis 🤣
@halfcutjourneys
@halfcutjourneys 6 месяцев назад
Air sedap mesti laju habis 🤣@@ccccamp
@FMCAMP.
@FMCAMP. 6 месяцев назад
Hadir support syok layan angin pantai..
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Syok sgt sampai tak tidur malam bang 🤣
@FMCAMP.
@FMCAMP. 6 месяцев назад
​@@ccccamp😂 lumrah camping tepi pantai mcm tulah haha..
@samheab
@samheab 7 месяцев назад
syahduuuuuu
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Next wajib join cip! Mmg syahduuu
@Lietya
@Lietya 7 месяцев назад
Chill tepi pantai siap campfire mmg syokk
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Yesss memang best! Jomm
@Alya-td1tv
@Alya-td1tv 7 месяцев назад
Beautiful beach and thank you for bringing us your journey 🎉❤ cheers
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Thanks for your support!
@Driving_Somewhere
@Driving_Somewhere 4 месяца назад
Greetings from Singapore . . . . looks like awesome place! :)
@Driving_Somewhere
@Driving_Somewhere 4 месяца назад
And seriously cool wooden trunk cut out for the stove...Did u make that?
@ccccamp
@ccccamp 3 месяца назад
Thanks for dropping by! Yes awesome place for camping
@ccccamp
@ccccamp 3 месяца назад
Nah, bought at nearby camping shop for 10 dollar
@nhrsaaaa
@nhrsaaaa 7 месяцев назад
❤❤ beautiful moment
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Yes it is! ❤️❤️❤️
@anakaguh
@anakaguh 7 месяцев назад
Next plan menu ns Dagang 😂
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Mudah, dan Murah! Sedap pulak tuu
@camperluv7947
@camperluv7947 6 месяцев назад
Tgk air tu terliur plak 😅
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Kan, lagi2 kalau cuaca panas fuhh
@MyOked
@MyOked 7 месяцев назад
Ni macam grill ke goreng?
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Grill sis 🥰 thank you for dropping by
@othmanariffin1403
@othmanariffin1403 7 месяцев назад
Boss tanya bridhill beach ni dekat mana.cantik pantai ni.ada no yg boleh contect.
@ccccamp
@ccccamp 6 месяцев назад
Dekat description ada tuan, saya tulis situ. Lokasi dia dalam 5 minit dari Pekan Tg Sedili. Area Pantai Manis yang viral tu
Далее
How would you react?!😳
00:44
Просмотров 3,4 млн
Khemah Stoic Villa 13 mudah dipasang 30/08/2024
20:21
Просмотров 1,4 тыс.