Terima kasih kpd semua yg views sehingga 50k. Dengan ini saya membuka contest utk lelaki dan perempuan menunjukkan kata2 penghargaan kpd ibu2 tercinta. kata2 terbaik yang terpilih dari lelaki akan memenangi hadiah istimewa berupa UMRAH bersama UGO Travel. Dan kata2 terbaik yang terpilih dari kalangan wanita pula, akan memenangi hadiah berupa Ipad dan Telekung . selamat maju jaya kepada semua❤
Tiada kata yang mampu dibicarakan, Tiada daya yang dapat ku pamerkan, Seribu satu kebaikan yang ku lakukan, Tidak mampu membalas walau secebis kasihmu padaku, Kehadiranmu, melengkapi kekosongan hatiku, Senyumanmu, merupakan segalanya yang ku harapkan daripadamu, Insan yang bergelar ibu, yang ku titipkan dengan panggilan mama, Terima kasih mama. :) Daripada anakmu.
Infiniti syukur atas segala budi dan bakti ummi 🥺💝 Ummi yang mengorbankan impiannya demi kejayaan anak-anak. Ummi yang mendiamkan tangisannya demi kebahagiaan anak-anak. Ummi yang memberikan segala yang dipunya tanpa pernah berkira apa-apa. Sekarang aku sudah dewasa. Izinkan aku pula yang mengambil alih tugasmu. Biar aku yang menjaga segala keperluanmu sebagaimana kau telah memenuhi keperluanku selama ini. Terima kasih ummi! ❤🧡💛💚💙💜🤎🤍
Ibu, Kaulah wanita terbaik, Setia menemaniku di setiap saat, Dalam duka, derita, tangis, dan tawa. Ibu, Hadirmu dalam hidupku seumpama lilin, Membakar dirimu demi masa depan diriku, Bermula dariku lahir sehingga kini. Ibu, Terima kasih untuk baktimu, Tiada di sini daku tanpa doamu, Seindah dan sebaik ciptaan namamu, Indah lagi budi pekerti dan tatasusilamu. Ibu, Terima kasih buat segalanya, Dari insan bergelar seorang anak.
Umi... terima kasih krn lahirkan Na walau Na paling sakit mi mengandung. Skarang Na tau rasa mi sejak Na jd ibu. Sayang ibu kpd anak adalah melebihi syg anak pd ibu. Maaf umi.. semoga umi diberkati Allah selalu
Wehhhh aku tak sangka aku nak nangis... lagi lagi part umie furqan tu . Ya Allah sebak dia sampai sini.. tahniah abg furqan sbb menciptakan lagu yang menusuk kalbu.. terus terbayang nenek dan ibu aku 😢❤
Allah..Allah..Allah..x boleh tahan lg da air mata😭😭😭😭😭laju je mengalir..Allahu Akbar..pernah jd dlm hidup saya, abah kami meninggal ketika kami masih kck2 lg..adik bradik 9 org..mak pula dlm pantang saat tu..abang yg sulung baru umo 13tahun..bayangkan mak membesarkan kami 9 bradik..strugglenya mak kami..terima kasih mak menjaga n memberi kasih sayang yg tak terbalas oleh kami..mak mmg wanita terbaik n terhebat kami..syukur masih dapat bersama mak lg❤kini kami masing2 da punya keluarga sendiri dan cuba sedaya upaya membahagiakan mak..semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik buat mak dan panjang umo dlm keberkatannya..Semoga Syurga buatmu mak❤❤❤❤❤❤❤❤Aamiin Ya Rabb🤲
Ibu , beliau sering berlagak tenang , mendahulukan sang anak , tanpa rasa lelah . Hatinya tidak pernah sunyi dari pengharapan , tidak kosong dari pergantungan . Jarang menebak rasa ketidakpuasan . Walau hakikatnya ia sering kesakitan ❤️ #furqanfawwaz #ugotravel
Sedih part mak furqan dh takde😭 Igt part prmpuan kak jiha nyanyi sbb pnh dgr kak jiha selawat kat story dia merdu amat suaranya..😁 moga furqan & kak jiha bahagia ke jannah🤲
tahniah furqan ! sumpah mv ni mengalirkan air mata 😭 related sangat sangat and faham jalan cerita mv ni 😭 semoga terus maju jaya furqan fawwaz. hargai ibu , isteri dan kaum wanita 🤲🏻❤️ suka semua part and part isteri furqan masuk 🥹❤️
Arwah ibu saya adalah wanita terbaik yang Allah pinjamkan selama 33 tahun. Al fatihah utk malaikat tanpa sayap saya yg menemui Sang Pencipta pada 2/6/2023
Menjadi ibu adalah pekerjaan terberat di dunia. Pekerjaannya tidak ada hari cuti, tetapi dia tidak mengeluh apa-apa tentang itu. Pekerjaannya menggambarkan cinta tanpa syarat, tidak mementingkan diri sendiri, dan pengorbanan. Oleh karena itu, kali ini aku ingin ibuku bersantai dan menikmati hari ini, meski terkadang aku tidak cukup untuk menghormatimu sebagai ibu kami."😭🥹 Terima kasih Ustaz Furqan Fawwaz dan team atas lagu yang cukup indah ini❤️🤲🏻
Tersentuh , sebagai seorang ibu tunggal , lagu ni menjadi inspirasi untuk saya terus kuat dalam membesarkan anak saya . Tanpa membuatkan anakanda saya rasa kurang kasih dan sayang dan segala galanya saya usaha kan untuk anakanda saya. Mak saya juga inspirasi untuk saya jadi seorang wanita terbaik di sisi anak suatu hari nanti , in shaa Allah . Mak saya seorang cancer fighter . Doakan ya beliau sihat selalu .
Umi Ibu Mama Mak Mommy, Apa jua gelaran buat mu Engkaulah wanita terbaik Siapa pun dirimu Apa jua latar belakang mu Tetap engkaulah yang terbaik di dunia ini Hidupmu kau korbankan Bermula dari melahirkan sehingga menutup mata Demi seorang insan bergelar anak Berilah segala harta dan kenikmatan di dunia ini Tetap tiada yang dapat menggantikanmu .... Umi, Wanita Terbaikku💐✨
😭😭😭😭😭 lama menung fikir apa nak tulis..tp xkeluar satu perkataan pun..air mata je yg keluar berjurai²..ape pun, tahniah dik..teruskan berkarya..teruskan berjuang..teruskan buat kebaikan..❤️🌹
Dia , Sosok tubuh kurniaan Tuhan , Curahan kasih tanpa sempadan , Unggul terpatri dalam ingatan , Figura agung sepanjang zaman , Kasih tiada timbang tara , Cinta hakiki buat selamanya , Wanita terbaik , ibu ❤️ #furqanfawwaz #ugotravel
Mak adalah seorang insan yang patut kita kagumi setiap waktu kerana mak adalah seseorang yang mempunyai kekuatannya tersendiri yang tiada tandingnya dengan orang lain serta disebalik gelaran mak membawa seribu satu maksud tersirat yang perlu kita dalaminya. Adik sayang mak ❤ #furqanfawwaz #ugotravel
"Ibu adalah rumahku, ketika bersama ibu aku sentiasa nyaman, selamat dan aman. Ibu tiada dua, hanya dia ibu tercinta, setiap kalian yang menjadi ibu adalah anugerah terindah dari Allah. Tetaplah menjadi rumah terbahagia buat anak-anak."❤
Ini kisah aku tahun ini. Putus tunang terpaksa. Namun, ummi tak putus bangun tahajjud mendoakan aku. Jatuh bangun aku, sentiasa ummi ada. Kuatnya ummi. Kerna ummi wanita terbaik dan terhebat❤ #furqanfawwaz #ugotravel
Wanita bergelar ibu🌺 Buat mama, Sosok wanita yg kuat, Dihadapan suami dan anak-anak, Walau telah banyak diuji, Hanya senyuman yg terukir, Kesabaran yg menemani, Tiada kata keluhan, Demi melihat anak2 bahagia, Siapalah diri ini, Jika bukan kerana seorang wanita, Yang digelar, Wanita Terbaik, Mama Terima kasih mama♥️ #furqanfawwaz #wanitaterbaik #wanitaterbaik #UGOTravel
Hargai , sayangi & cintai ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini. Tulus kasih mereka hanya 1 dalam hidup kita. Pengorbanan mereka melebihi nyawa mereka sendiri. Kepada mereka yang kehilangan kasih ini , berdoalah seikhlas hati agar mereka sentiasa tenang di syurga abadi. Al-fatihah 🤍
Good Job Abg Furqan Fawwaz,Sedap lagu ni,Lagu ni berkisah tentang pengorbanan ibu yg tercinta insyallah kita sama sama doakan semoga ibu kita selalu diberikan kesihatan yg baik dan kita doakan semoga ibu kita sentiasa bahagia
Ibu adalah sekolah. Ibu adalah lembaga pendidikan pertama. Ibulah yang membekakan anak kepribadian, akhlak dan iman . Muliakanlah ibumu kerana doa ibu mampu menembus langit, sangat mustajab di hadapan Allah SWT. #furqanfawwaz #ugotravel
Mak saya bidadari saya, permaisuri saya, semangat saya. Terlalu besar pengorbanan mak pada kami adik beranak. Semoga Allah ganjari mak dengan syurga Allah. Aaamiin😭😭😭
Setiap perempuan yang bergelar ibu mempunyai cara yang berbeza dalam mendidik anak mereka.. bergantung kepada persekitaran mereka... Walaubagaimanapun, setiap ibu pasti ingin yang terbaik untuk membesarkan anak2 mereka. Dulu rasa tidak faham bila family saya tidak sama dengan orang lain.. kini, bila sudah mempunyai keluarga sendiri dan menjadi seorang ibu, barulah faham. Terima kasih mak... kenangan masa kecilku akan ku simpan sebagai kenangan terindah... miss and love u so much❤
Saya tak dibesarkan oleh seorang ibu tapi seorang nenek & atok. Dia besarkan saya,bagi saya makan pakai yg cukup,sakit pening saya dia yang rawat. Pendidikan yg cukup sampai saya masuk u. Emak & Nenek adalah wanita terbaik saya ❤️
Goodjob Ust Fawwaz for this song👍🏻sebak sy lagi2 part last mv..suci dan murninya cinta dan kasih sosok seorang ibu tidak ternilai, pengorbanan mereka paling tulus dan ikhlas demi melihat anaknya hidup senang didunia n akhirat😢 ibu lah yg memberikan kekuatan utk kita terus melangkah melakar impian dan insan mulia ini lah yg paling yakin dan percaya dengan kemampuan seorang bergelar ‘anak’. Sosok ni lah yg paling berlapang dada menerima kita apa adanya kita😢 beruntunglah mereka yg masih dikurnia peluang merasai doa ibu yg tiada hijabnya di jalur langit Tuhan😭 smg Allah merahmati ibu-ibu hebat kita❤ al-Fatihah buat yg telah tiada di mata namun delat di hati dan tak pernah lekang dek ingatan😭 sayang Mak, Ibu, Ummi, Mama, Mummy
MV Terbaik sbb ni MV pertama saya mengalirkan air mata😢. Mesej sangat sampai. MasyaAllah tabarakallah. Tahniah 👍🏻✨ Terima kasih Ibu terima kakak seadanya, membesarkan akak bagai menatang minyak yang penuh. Semoga syurga buat Ibu❤
ustazzz furqan! air mata sayaaa terjatuh tengok MV ustaz ni 😭 pandainyaaa kak asma berlakon, jalan cerita dia betul-betul sampaiii ke hati. amazing ah ustaz! 👏🏻
Menjadi ibu adalah kebahagiaan seorang wanita yang tidak dapat di luahkan dengan kata kata. Sayang mama ku wanita terhebat yang memikul amanah dan tanggungjawab mendidik amanah yang di titipkan Maha Esa. Terima kasih Ya Allah menghadirkan mama dalam hidup kami
Allahu Akbar..... Terima kasih ustaz naskhah yg amat menusuk kalbu.... Otomatik teringat arwah mak yg meninggal tahun 2016... Betapa besar pengorbanan wanita...huhuhu...
Teringat Mak saya. Sekarang umur sudah 78 tahun. Arwah abah saya meninggal 33 tahun lepas ketika Mak mengandungkan anak yang ke-11. Mak ibu tunggal yang kuat membesarkan kami semua dengan jayanya. Mak terbaik Mak. Sayang Mak lillahitaala. Siapa yang baca ini, tolong doakan ALlah bahagiakan Mak saya dunia dan akhirat.
IBU satu kata yang sukar diungkapkan. pengorbanan, kenangan, senyum tawa , tangis sendu. semuanya masih dapat dirasai selagi insan yang bernama ibu berada di sisi. Hargai keberadaan bersama ibunda selagi waktu masih tersisa. ❤️
Dengan satu jeritan, disitulah bermulanya pengorbanan seorang ibu. Nyawa dijadikan taruhan. Demi insan yang lahir dari rahimnya. Tiada galang ganti kerana nilainya yang menggunung tinggi. Hargailah kerana itu sang bidadari! ❤ #furqanfawwaz #ugotravel
Bismillah, Dimata ibu, anak yg dah dewasa tetap terlihat anak kecilnya.... Andai tiada kasih manusia pada kita, hanya kasih tanpa batas ibulah satu²nya yang ada... #furqanfawwaz & #ugotravel
Ya Allah..kau berikanlah Syurga buat Ummiku. Jadikam aku dan adik2ku anak2 yg soleh dan solehah buat Ummi..kau satukanlah kami lagi di syurga nnti😭🤲🏻 Terima Kasih ya Allah hadiahkan seorang Ummi yg terbaik buat kami.. semoga Allah membalas segala Kebaikan buat Ummi..Ummi adalah sahabat kami, guru kami, cinta pertama kami.. semoga Allah ampunkan segala dosa2 Ummi dan berikan kekuatan serta kebahagiaan buat Ummi yg Aisyah cintai dan sayangi kerana Allah 🥰🥺😭 Sarangeyeoo uri ommaa..Aisyah harap Ummi sentiasa ada disisi Aisyah melihat Aisyah bahagia bersama keluarga kecil Aisyah pulak suatu hari nanti.. Aisyah harap Ummi ada sentiasa waktu Aisyah happy n waktu Aisyah sedih..ya Allah..panjangkanlah umur Ummiku..sesungguhnya aku tak kuat untuk hidup tanpa Ummi.. maafkn segala kesalahan anakmu ini Ummi.. semoga kita dapat bersama di dunia dan diakhirat. Allahumma aamiin 🤲🏻
Aku cuba nak fhmkan drama dlm vedio nie..sedih juga lah part ustaz furqan peluk maknya..air mata aku pun mcm nak nangis😂..alhamdulillah ngam sangat lagu dan drama dlm vedio nie..insyaAllah hargai insan yg ada dismping kita isteri, terutama IBU kita..
sebak, berusaha menjadi umi mithali juga untuk dapat anak2 soleh solehah, semoga jadi amal jariah, asbab masuk syurgaNya amiiun Dan yerima kasih mak untuk segalanya.
Saya ingat lagu ni dari Indonesia. Selalu kalau lagu ciptaan Aiman Sidek cepat ja dapat tau. Patut vibes lagu ni macam Aiman Sidek punya lagu. Sedap lagu ni. lirik Yang sangat puitis. Tahniah penyanyi dan pencipta lagu
Jika bait lirik lagu ini mampu mengungkap kata sebagai sandaran diri ini, ingin sahaja ia berteriak mengatakan bahawa "terima kasih ibu, terima kasih wahai syurgaku" #furqanfawwaz #ugotravel
Dialah yang mengajar segala erti kehidupan. Setiap butir perkataan merupakan nasihat, setiap tingkah yang dilakukan merupakan kasih sayang dan setiap doa yang diberikan merupakan iringan untuk menjalani kehidupan. Dialah wanita terbaikku, Ibu. #furqanfawwaz & #ugotravel
Untukmu anak2ku. Mama berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik. Dari dalam kandungan lagi mama dah khatam AlQuran untukmu anak. Surah2 pilihan menjadi amalan. Tak jemu mendidik hingga dewasa. Semuga semua anak mama sentiasa dilindungi Illahi dan menjadi anak2 yang soleh yang akan mendoakan mama nanti. Aaminn
Mamai saya seorang wanita yang hebat💪💪..jika mama saya pergi tidak akan ada galang gantinya dgn baru..dye lah mama saya yang saya cintai dan sayangi dari kecil sehingga saya berjaya..tiada satu patah perkataan yang diungkapkan dari bibir yang kemerahan seperti delima yang hari2 sy dpt dgr dri beliau menguruskan hal2 dirumah..penat lelah seperti itu lah ibu kita membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna🤲..jika diberikan kesempatan utk memenangi contest yang dibuat oleh saudara @fawwaz dpt menjejakkan kaki di bumi suci mekkah akan saya hadiahkan ini kepada mama terbaik sy dan yang sy cintai❤️❤️..semoga mama dan abah saya dpt menjejakkan kaki ke tanah suci mekkah sebelum mereka pejam mata🤲🤲
Baru betul dan rasa sangat 'wanita terbaik' yang dimaksudkan tu siapa...last skali ada kak Jihah ..tengah nangis tiba2 tersenyum ! Gud luck Furqan Fawwaz ! 🎉
Terbaik Mv ni Ust Fawwaz! Tahniah!!! Memang mengalir air mata la.. lagi2 bab berkaitan Ibu kita.. MasyaAllah.. Semoga Ust Fawwaz dan seluruh keluarga diberkati oleh Allah swt . Aamiin❤❤❤
Andai dunia ini boleh dimiliki seluruhnya, Akan kuberikan dengan penuh cinta kepada insan mulia bergelar ibu dan bapa, Kerana mereka merupakan anugerah terbaik & terhebat dari Maha Pencipta, Dan kiriman Allah yang tidak terhitung nikmatnya. Alhamdulillah❤️ #furqanfawwaz #ugotravel
allahu sampai menitik air mata ni. sangat mendalam maksud lagu ni. Sebak sangat dengar. Terima kasih ustaz berjaya nyanyikan lagu ni dengan terbaik sekali 👍🏻
Bundaku Sayang Engkau selalu ada untukku… Menemaniku dalam suka dan duka.. Menemani hari-hari ceriaku…Bunda…… Engkau selalu membimbingku... Mengajariku untuk berakhlak mulia..dalam keseharianku….bunda …. Engkau bagai malaikat bagiku… Engkau juga sahabat bagiku… Ketulusan yang ada dalam dirimu…. Membuat aku bangga pada dirimu Bunda… Aku selalu menyayangimu Jasamu tak akan pernah bisa terbalas oleh ku… Namun aku akan berusaha menjadi anak kebanggaan mu….. Bunda dalam Cahaya Dia wanita bernama cahaya Hatinya memancar Tergurat dalam doa-doa Tangan kecilnya mengantar kami di gerbang cahaya Dia berjalan dengan cinta Dia berjalan menerjang luka Bahkan dia menempuh tanpa Batas rasa Dia lah Ibu dari segala cahaya Ibu dari semua luka kami Ibu dari Jejak yang terukir dalam tinta sejarah Ibuku Sang Penyabar Kau sering bangunkan ku ketika subuh Meski itu selalu tak membuat aku luluh Kau selalu memanjakanku di pagi hari Meski terkadang aku tak bersemangat Kau selalu memberi sapaan hangat Dengan senyum pagi, terbaiknya Kadang aku sesekali acuh kepadanya Namun ia selalu baik dalam bertutur kata Kadang aku sesekali melawan perintahnya Namun ia selalu sabar tiada batasnya Dialah si penyabar itu Dengan segala kekuranganku Ia selalu menutupi itu Aku sayang ibu Maafkan semua kesalahan anak mu bu. #furqanfawwaz #ugotravel
Gelaran wanita TERBAIK,TERHEBAT,MELENGKAPI AKU,MEYAKINIKU khas untuk mak,ibu,mama,mummy,ummi,bonda...Anugerah Terindah yg x akan ade gantinya🥲 Khas untuk MAK sy yg x garang macam ayah sy😁... Terima kasih mak untuk segala-galanya❤❤❤ Mak&ayah besarkan kami adik-beradik bukan senang🥰 Penat lelah mak dan ayah tiada gantinya😭... Moga satu hari nanti bila sy berjaya dlm hidup saya org pertama sekali sy nk bahagiakn mestilah MAK&AYAH saya🤗 We love you😘😘😘 Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur mak&ayah sy🥰 Korang yg masih ade mak dan ayah hargailah mereka dan bahagiakn lah mereka🫰
Ibu..manusia yg paling tinggi martabatnya. seburuk2 akhlak atau sebaik2 akhlak dia ttp seorg ibu hgga ke syurga.takkan ada pengganti.tnpanya kita takkan mengenal dunia dan akhirat.semoga syurga tempatmu buat semua ibu2 di dunia❤
Mama, Lagu ini dicipta amat tepat, Dengan apa yang adik rasa, Terhadap Mama, satu sosok Wanita yang Terbaik dan Terhebat, Tanpa Mama, abah Dan keluarga, adik tak sampai ke tahap kejayaan ini. #wanitaterbaik #furqanfawwaz #ugotravel ♥️
Setiap ibu mahukan hari menjadi laju dan perlahan pada masa yang sama . Sosok yg mahu berehat , akan tetapi sangat merindui anaknya ketika sedang berehat. Terasa hendak menangis kerana sangat kecewa tetapi tetap menangis gembira kerana anak sentiasa sihat.Ibu akan hilang percaya diri tetapi tetap percaya yang dirinya akan pulih untuk keluarganya . Dia juga tidak tahu apa yang dia sedang lakukan , akan tetapi dia sangat pasti apa yang dia sedang lakukan ini akan membahagiakan keluarga tercintanya meski harus mengorbankan masa dan kudrat diri nya .Jadi, nukilan untuk semua ibu dalam karya #WanitaTerbaik dari #furqanfawwaz ini adalah tanda penghargaan besar bagi insan yang bergelar Ibu . Wahai Ibu, terima kasih atas segalanya .
Buat umi ku❤ Terima kasih atas pengorbanan umi buat kami enam beradik.wahai umi kasih sayang mu tak dapat kami gantikan walaupun dengan seisi dunia ini.kerana kasih sayang seorang ibu itu terlalu besar❤ TERIMA kASIH Umi❤❤❤❤
Wanita terhebat itu akan menghebatkan anak-anaknya, hebatnya mereka untuk dipersembahkan kepada Tuhannya mereka nanti bukannya didunia ini. “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah At-Taghaabun ayat : 15).
wanita adalah yang trhebat...sebagai ibu, anak, istri, kakak, adik, guru dan sbagainya..tnpa wanita tak mungkin kita trwujud.hrgailah wanita xkira siapapun dia, lbh2 lg insan yg paling dekat dgn kita..❤
Teruntuk ibuku sayang yg nun jauh d sana (Sabah ) . Terima kasih kerana menjadi sosok yg senantiasa ku rindui ku sayangi dan cintai sama seperti ayah .Kamu adalah cinta pertama untuk seketul aini❤ Terima Kasih bnyk berkorban untuk anak" ibu 11 orang termasuk arwah kakak 🥺(alfatihah) Ibu , ibulah ratu hati kami dunia dan akhirat , ibu tulang belakng yg tidak pernah patah , tanpa ibu siapalah diri ini , Smoga sihat selalu da. berada dlam jagaan-Nya ibuku sayang @suharmin anak ibu yg tersayang diperantau , kakak❤❤❤
Setiap kali dengar lagu ni rasa nak menangis😢Terlalu banyak pengorbanan mama. Dia la mak dia la ayah. Takkan mampu untuk balas segala jasa mama. Semoga Allah balas ganjaran syurga tertinggi buat mama❤ kalau saya dapat ipad dgn telekung ni saya nak bgi mama saya. Mesti dia happy 😍
ibu, tidak pernah sekali pun kakak dengar perkataan penat keluar dari mulut ibu. ibu, kakak bangga ada ibu hebat seperti ibu. ibulah ayah kepada kakak. terima kasih dah bagi segalanya kepada kakak. kakak tahu kakak degil. percayalah, dalam diam kakak sedang berusaha nak balas segala jasa dan pengorbanan ibu. terima kasih kerana telah cuba untuk penuhi segala kekurangan kami. suatu hari nanti, kakak balas semua jasa ibu. kakak sayang ibu.
Saya rasa ibu saya adalah wanita terbaik dan terhebat sebab Sentiasa ada diwaktu susah anak2nya..kmi sbgai anak sedar adakalanya kmi xdpt sentiasa ada untuk dia tapi wallahi doa kmi utk ibu tak pernah lupa Maafkan kmi 9 anak mu ibu..mak..
Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dalam leburan pengorbanan seorang ibu, terpahatlah hikmah keagungan; ibu bagai sungai yang mengalirkan kebijaksanaan ke lautan kehidupan, mengukir jejak abadi di relung jiwa manusia. #furqanfawwas #ugotravel
Mak, adik takde ijazah macam adik beradik yg lain ada. adik takda harta nak bagi kat mak. Tapi, adik ada doa yg sentiasa iring mak hari hari sampai ke syurga. Moga mak dikurniakan syurga tanpa hisab ya 🌼🌻 kalau menang telekung, itu hadiah untuk mak 😚
Tidak pernah mengeluh , penat , lalai dalam mendidik , menjaga dan menyayangi. Mengandung amanah selama 9 bulan bahkan melahirkan. Sanggup buang segala keinginan demi keluarganya. Biar diri susah asalkan keluarganya baik2 saja. #furqanfawwaz #ugotravel #IBU
Ummi, seorang yang berjiwa besar sangat penyabar tidak kenal penat lelah dalam mendidik anak-anak. Kasih sayang, pengorbanan dan segala kebaikan tiada penghujung. Moga syurga tertinggi buat wanita terhebat, umi 🤍 #furqanfawwaz #ugotravel
Ibu adalah seorang insan yg telah melahirkan kita,x ckup untuk kita balas pengorbanan mereka ..jadilah seorang insan/anak yang sentiasa berbakti kepada ibu ayah kita.. #furqanfawwaz#ugotravel
Ibu adalah sosok yang mulia. Penatnya ibu tidak pernah mengerluh. Tugasnya menggambarkan cinta tanpa syarat, tidak mementingkan diri sendiri, dan pengorbanannya yang luar biasa. Itulah bidadari tanpa sayapku❤ #furqanfawwaz #ugotravel