Тёмный

WCE SKVE - KESAS | Seksyen 2 | 14 Jun 2024 

dontpushpush
Подписаться 10 тыс.
Просмотров 7 тыс.
50% 1

Perkembangan semasa bagi Highway E32 West Coast Expressway (Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat) daripada SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Video diambil pada 14 Jun 2024
Lebuhraya ini akan menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping di Perak. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014
WCE sepanjang 233 kilometer (km) mula dibina pada 25 Ogos 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak.
Tujuh pakej di Selangor meliputi laluan Banting ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 11 kilometer (km), SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (SAE) (7.2km) dan SAE ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)/Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) sejauh 10.1 km. Pakej seterusnya membabitkan laluan NKVE/FHR2 ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sepanjang 4.5km, NNKSB ke Kapar (9.7km), Kapar ke Assam Jawa (21.8km) dan Assam Jawa ke Tanjong Karang (29.5km)
Subscribe dan like channel ini. Biarpun takda specific tujuan bagi channel ini. huh.
========================
SPECIAL THANKS!!
Music in this Video:
GalaxyTones - Mystery | Chillstep
• GalaxyTones - Mystery ...
Music: Mystery by GalaxyTones
Stream/Download: shorturl.at/bfkKX
GalaxyTones - Feel It Now | Chillstep
• GalaxyTones - Feel It ...
Music: Feel It Now by GalaxyTones
Stream/Download: galaxytones.fanlink.tv/feelitnow

Опубликовано:

 

15 июн 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 69   
@Ahli_Nitezen
@Ahli_Nitezen 24 дня назад
Semoga pengguna SKVE - SAE lebih berhemah dan berhati-hati ketika memandu di jalan ini.
@yusofhusni7808
@yusofhusni7808 24 дня назад
Trmksh, trmksh, trmksh berkongsi video drone nya....! Tetap semangat berkarya Dan Jaga kesihatan diri, SALAM AIDIL ADHA , kami di selatan ni menunggu dilanjutkan WCE ini dari Banting sehingga ke pontian!!! Aminnn
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Sama sama tuan dan salam aidiladha buat tuan sekeluarga juga.
@husnymazlan8155
@husnymazlan8155 22 дня назад
Bagus juga dengan cadangan anda.
@g.sundarajaperumal8213
@g.sundarajaperumal8213 24 дня назад
Harap-harap WCE-S2 dapat dibuka pada 31/08/2024 sebagai hadiah Hari Merdeka.
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Hopefully.
@yusofhusni7808
@yusofhusni7808 17 дней назад
Trmksh, trmksh, trmksh... Tak sabar untuk pembukaan seksyen satu WCE ni ( khabarnya sebelum bulan Julai)! Tetap semangat berkarya dan jaga kesihatan diri
@rajaluqman2030
@rajaluqman2030 24 дня назад
Terbaik
@izzaniielachannel
@izzaniielachannel 23 дня назад
Terbaik min atas perkongsian
@ranjauajad
@ranjauajad 24 дня назад
terima kasih buat video, nice
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Tq tq
@mustafamohdsaid6704
@mustafamohdsaid6704 15 дней назад
Klu bnyk kenderaan ikut highway bagus juge jln biasa kurang kenderaan dan tak sesak... pemanduan selesa...
@jal78100
@jal78100 24 дня назад
WCE-SKVE integrate toll system ke, selalunya ada sempadan tol antara dua tol plaza
@khairuladha1611
@khairuladha1611 23 дня назад
Kan..macam SKVE-ELITE
@lurhaysruzun2468
@lurhaysruzun2468 22 дня назад
sekadar pendapat... saya rasa SKVE dengan WCE dibawah satu syarikat... sama macam Plus NKVE Elite dibawah satu syarikat...
@jal78100
@jal78100 22 дня назад
@@lurhaysruzun2468 mungkin juga kot
@afizi1213
@afizi1213 23 дня назад
1:22 saya inhgat lagi masa tu dia simpang mati xtau nape dia terbina simpang dua belas hm belasan tahun kemudian baru la ada wce
@FaizAris
@FaizAris 24 дня назад
❤️😊👍🏻
@far8journeyuniversal928
@far8journeyuniversal928 24 дня назад
Jejantas kt persimpangan KESAS akhirnya jd tugu...utk lintasan haiwan jauh sekali...hihihi alang2 hias buat pintu gerbang SELAMAT DATANG...buh lampu2 kelip2
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Mcm gerbang kota darul ehsan tu. Hehehe
@SyahirBasharuddinBlogspot
@SyahirBasharuddinBlogspot 23 дня назад
Exit rimbayu dah finalize ke? Skve atau WCE?.huhu
@zkamal1333
@zkamal1333 23 дня назад
Terbaiklah. Selamat hari raya Aidil Adha
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Terima kasih tuan dan salam aidil adha juga buat tuan sekeluarga.
@jesselogan92
@jesselogan92 24 дня назад
Nak tahu jugak mcm mana WCE akan integrate sistem tol dorg dengan SKVE since dekat Exit Tg 12 dgn Exit SKVE-WCE takde sebarang plaza tol... Adakah dua2 highway ni akan dimanage oleh konsesi yg sama mcm PLUS dgn ELITE sebagai contoh...
@Flybyhacker
@Flybyhacker 24 дня назад
Sebab SKVE jenis closed toll, WCE pun sama Closed toll, sama2 integrated walaupun dua konsesi yang berbeza.
@lurhaysruzun2468
@lurhaysruzun2468 22 дня назад
sekadar pendapat... kalau ikut teori closed tol maka sepatutnya kat hujung Changkat jering sana tak perlu saperate dua tol antara WCE dengan Plus... jadi kemungkinan teori komen asal diatas yang berkemungkinan sebab dibawah satu syarikat...
@Flybyhacker
@Flybyhacker 22 дня назад
@@lurhaysruzun2468 lebih kepada konsesi. Rasanya masalah kemudian hari sebab sepatutnya PLUS NSE ni tempoh konsesi dah tinggal beberapa tahun. WCE 50 tahun konsesi, kalau sambung terus PLUS, bila konsesi PLUS tamat, Kene bina toll untuk WCE. SKVE saya percaya akan dilanjutkan lagi tempoh konsesi.
@TheAmir259
@TheAmir259 19 дней назад
ni bukan kali pertama management berbeza berkongsi tol, LPT mula dulu. LPT1 bwh MTD->ANIH manakala LPT2 bwh PLUS, waktu LPT2 mula2 bukak, diorg kene letak tol sementara dkt Jabor sblom diorg dpt sekalikan sistem diorg
@farhanyusof4571
@farhanyusof4571 24 дня назад
Teruk sgt mendap ya seksyen ni
@husnymazlan8155
@husnymazlan8155 22 дня назад
Asssalamuaikum dan salam sejahtera Minit 0:55 saat : Persimpangan Bertingkat Tanjung Dua Belas (SKVE atau Lebuhraya Lembah Klang Selatan) Minit 1:45 saat : Had sempadan penyelenggaraan antara WCE (Lebuhraya Persisiran Pantai Barat) E32 dengan SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) E26 Mula dan Tamat atau sebaliknya Minit 2:22 : Persimpangan Bertingkat SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) E26 Minit 3:42 : Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Banting arah selatan masih dalam pembinaan yang sedang giat dijalankan Minit 4:41 saat : Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Banting arah utara pula juga masih dalam pembinaan yang sedang giat dijalankan Minit 7:00 saat : Persimpangan Bertingkat SAE/KESAS (Lebuhraya Shah Alam) E5 Minit 7:22 saat : Plaza Tol SAE/KESAS (Lebuhraya Shah Alam) E5. Sekian
@farididris7922
@farididris7922 24 дня назад
nak tanya...persimpangan tanjung dua belas tu memang takde tol ke?
@dontpushpush
@dontpushpush 24 дня назад
Tiada tuan.
@umarmahmood2266
@umarmahmood2266 24 дня назад
(SKVE Highway to Kesas Highway in July 2024)
@umarmahmood2266
@umarmahmood2266 24 дня назад
(west coast expressway)
@muhdisyraf8078
@muhdisyraf8078 23 дня назад
Setuju saya,dpt memendekkan jarak perjalanan dr Banting ke shah alam..33km kpd 23 kilo..dh letih mengadap jem setiap hari..
@tananthony-zl4jh
@tananthony-zl4jh 23 дня назад
@@muhdisyraf8078 itulah, memang teruk jam jalan ni dgn lampu isyarat and jln2 yg berlubang/ tak rata.
@farizshahshah4449
@farizshahshah4449 24 дня назад
assalamualaikum..sekadar ingin bertanya (terlepas pandang)dari exit tol Rawang Selatan melalui highway LATAR boleh tembus ke tol WCE ke?
@aierul94
@aierul94 24 дня назад
Boleh tp kna lalu bandar tanjung karang/k selangor dulu baru masuk wce hutan melintang,mmg jauh,tak pun ikut jln blkg lupa nama apa 😅😊😊
@mohdkhayatidris8263
@mohdkhayatidris8263 24 дня назад
Tol Rawang Selatan ikut LATAR akan bertemu WCE di exit Assam Jawa.
@azizdabro1975
@azizdabro1975 24 дня назад
Boleh...hujung LATAR naik flyover lurus terus jumpa plaza Tol WCE Assam Jawa..arah ke Klang..kalu susur ke Kiri ujung LATAR tu bawah ke ijok dan Kuala Selangor....WCE arah Tanjung karang X buka lagi sbb belum siap...kalu nk ke utara Taiping/Changkat jering kena lalu Kuala Selangor n Tanjung karang jln persekutuan terus ke sabak bernam hutan Melintang teluk intan Lekir Sitiawan Taiping (WCE)
@afizi1213
@afizi1213 23 дня назад
ohh habislaa org kaya dri kuala selangor semua lari ikut sini sampai bukit raja shah alam
@lurhaysruzun2468
@lurhaysruzun2468 22 дня назад
sekadar pendapat... SKVE ni dengan WCE dibawah satu syarikat yang sama ye...? sebab takde tol memisahkan susur kedua dua arah dua highway ni... berbeza dengan Plus highway kat tol Changkat jering (Plus) kena touch n go dan kat tol Taiping utara (WCE) kena touch n go lagi sekali...
@JamesOoi
@JamesOoi 21 день назад
bukan, tetapi SKVE & WCE akan buat sistem tol bersepadu (integrated), serupa dengan sistem tol PLUS & Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang). Ini bererti pengguna boleh masuk WCE dan keluar di SKVE & sebaliknya & kadar tol akan dikira berdasarkan plaza masuk & keluar di antara kedua-dua lebuhraya.
@arpain07
@arpain07 24 дня назад
3:46 Exit Persimpangan NKVE/FHR2 itu bukan nama dia persimpangan Bdr Bkt Raja (S) ke? Persimpangan Kapar pula bukankah nama dia persimpangan Bdr Bkt Raja (U)? Papan tanda keliru jugak nih
@dontpushpush
@dontpushpush 24 дня назад
Kaaaaaannnnnnn..... (macam amato) Pada pandangan pemandu WCE ke arah utara daripada Banting, Persimpangan NKVE/FHR2 tu ada di seksyen 3. belum buka lagi. Persimpangan Bdr Bukit Raja (S) tiada. (Situ cuma ada susur masuk ke arah utara daripada jalan meru) Persimpangan Kapar telah diubah nama ke Persimpangan Bukit Raja (U).
@farididris7922
@farididris7922 24 дня назад
3:46 mana persimpangan sri andalas?
@afizi1213
@afizi1213 23 дня назад
@@farididris7922 depan exit sae
@afizi1213
@afizi1213 23 дня назад
awat dekat sgt 25 km sampai kapar xlogik ni jarak lebih 30 km lepas klang
@arpain07
@arpain07 23 дня назад
@@farididris7922 cancel kot 🤣 kilang situ xroboh2 lagi
@rameliahmad8407
@rameliahmad8407 23 дня назад
bolehkah akses masuk ke SKVE dari WCE yg bermula di Olak lempit?
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Yup
@muhammadfaris7288
@muhammadfaris7288 24 дня назад
Seksyen 3 terus tuan alang²😁..
@vincenttan-xm4ji
@vincenttan-xm4ji 24 дня назад
sec 3 proses pengambilan tnh telah setel dgn pampasan yg amat tggi, kje2 pembersihan telah lancar dijlnkan.
@muhammadfaris7288
@muhammadfaris7288 24 дня назад
​@@vincenttan-xm4jiow setel jgak ye...fuhh..akhirnya..
@dontpushpush
@dontpushpush 24 дня назад
Esok esok. Huhu
@far8journeyuniversal928
@far8journeyuniversal928 24 дня назад
​@@vincenttan-xm4jimoga pulangan nya lebih lipat ganda untung utk kemaslahatan pengguna jalanraya yg lebih mampan...penting perancangan jalanraya 100 tahun kedepan...
@adambinjamaluddin438
@adambinjamaluddin438 22 дня назад
bahgie btol brother motor solo ride kt situ🏍
@dontpushpush
@dontpushpush 22 дня назад
Kaaaannn….
@tananthony-zl4jh
@tananthony-zl4jh 24 дня назад
Hari ni ada baca laporan sek. 1 dijangka buka hujung june, sek2 kena tunggu sampan bulan Ogos. Byk bhg yg tgh repair ni😢
@jesselogan92
@jesselogan92 24 дня назад
Tgk gaya S2 WCE ni bukak lg lambat dr bulan ogos.. Tu ada portion kena piling.. Area Jalan Kebun/ Sijangkang/ Johan Setia ni tanah gambut.. Sama mcm dekat area Sedenak ke Machap dekat Lebuhraya PLUS E2, highway dibina atas konkrit slab dan piling sbb struktur tanah gambut area situ..
@tananthony-zl4jh
@tananthony-zl4jh 24 дня назад
@@jesselogan92 itulah, estimate saja. Lebih baik dia org monitor dulu...
@muhammadfaris7288
@muhammadfaris7288 24 дня назад
Lmbt lagi ni nk bukak...iklan jawatan kosong pun tk keluar lagi..tapi ok la nmpk dh rupa hiway ni cmne nnti bila siap
@dontpushpush
@dontpushpush 24 дня назад
@muhammadfaris7288 ya betul. Nak tau hint akan dibuka dlm masa terdekat adalah bila ada keluar jawatan kosong.
@afizi1213
@afizi1213 23 дня назад
@@jesselogan92 tu yg dia letak byk gabus tu yaa bagi terapungkan tanah tar jalan
Далее
WCE KESAS - NKVE/FHR2 | Seksyen 3 | 14 Jun 2024
5:42
ШОКОЛАДКА МИСТЕРА БИСТА
00:44
Просмотров 644 тыс.
Dora does the Tyla Dance 😳 #shorts
00:16
Просмотров 1,5 млн
Realiti Kehidupan di India
31:43
Просмотров 179 тыс.
Perodua ALZA: Apa Dah Jadi? Review Selepas 24 Bulan !
15:44
Lebuhraya yang Dibina Dengan Sebahagian Jalan Lama
18:14
WCE Banting - SKVE | Seksyen 1 | 14 Jun 2024
7:34
Просмотров 9 тыс.
Sempadan WCE seksyen 3 dan seksyen 4 | Bukit Raja
5:53
ШОКОЛАДКА МИСТЕРА БИСТА
00:44
Просмотров 644 тыс.