Klip video ini adalah terbitan bersama Jabatan Warisan Negara dan Pusat Kebudayaan USIM dan menjadi rujukan kepada para peserta/pendendang Sempena sayembara dendangan syair 4 zon yang bakal berlangsung pada bulan September 2018.
Syair irama ini berasal dari Pesan Tok Kenali, kalian blh jumpa pesan tok kenali dlm kitab tulisan Beliau. Tok Kenali adalah Ulama Besar Dunia satu ketika dahulu...sehingga digelar AlKelantani. Jd dari cara beliau sempaikan pesannya itu diangkat menjadi Irama utk syair2 melayu. Syair diatas di tulis oleh seorg Sultan warak dari Riau , Raja Ali Haji...beliau juga menghasilkan bnyk gurindam yg dikenali dgn nama Gurindam Baris 12, gurindam ini ditembangkan utk anaknya dan kitab gurindam ini dijumpai dan dikaji...
dengarkam tuan ayahanda berperi kepada anakanda muda bestari jika benar kepada diri nasihat kebajikan ayahanda beri jika anakanda jadi menteri orang berilmu anakanda hampiri lawan mesyuarat lawan berperi supaya pekerjaan jadi ugahari jika anakanda menjadi besar tutur dan kata janganlah kasar jangan seperti orang yang sasar banyaklah orang menjadi gusar kesukaan orang anakanda cari supaya hatinya tidak lari masyhurlah anakanda di dalam negeri sebab kelakuan bijak bestari hendaklah anakanda jagakan nama mendirikan hak dengan saksama pekerjaan bidaah jangan diterima diterima walaupun kecil seperti hama maaf andai ada salah silap