#zikir #islamic #dakwah
Dengarkan Zikir Munajat - Idris Shamsuddin | Melembutkan Hati, Meredakan Resah & Amalan Terbaik Muslim sekarang.
Zikir merupakan sebuah amalan yang sangat dituntut sebagai seorang Muslim yang beriman. Zikir akan menjadi penguat diri tatkala hati menjadi tidak aman dan tenteram. Ianya menjadi satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang Maha Berkehendak terhadap sesuatu.
Berikut antara fadhilat mengamalkan zikir yang sudah semestinya menjadi terapi buat hamba yang hina ini :-
Penawar hati
Merawat stress, gangguan makhluk halus & sihir
Susah tidur & insomnia
Masalah kehidupan yang berpanjangan
Meluaskan rezeki
Mendidik sabar dan syukur
Masalah keluarga & peribadi
Firman Allah dalam Surah Ar Ra'd ayat ke 28 :
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ ٢٨
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram (tenang).”
Dalam hadis sahih yang lain riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Musa al-Ash'ari RA, Nabi bersabda:
“Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Follow US !!!
Facebook: / mvmproduction
Twitter: / mvmproduction
Instagram : / mvm_production
Subscribe to us at / mvmislamic
16 окт 2024