Тёмный

10 Filem Terbaik P Ramlee 

Bangau Tube
Подписаться 65 тыс.
Просмотров 44 тыс.
50% 1

#pramlee#bujanglapok#senimanagung
1. Panggilan Pulau (1954)
Ini antara filem Melayu klasik bercorak pengembaraan yang menarik lakonan P Ramlee, Normadiah, Latifah Omar dan Yusof Latiff. Berkisar mengenai seorang penjaga kuda yang berazam mengubah taraf hidupnya kerana dihina golongan berada.
Dia akhirnya menjadi kelasi kapal dan berjaya menjumpai harta karun yang tersorok di Pulau Kazambo. Lagu evergreen daripada filem ini termasuk Bulan Dan Juga Angin, Dengarlah Gemala Hati dan Mengapa Pilu Saja.
2. Hang Tuah (1956)
Arahan Phani Majumdar, Hang Tuah filem Melayu pertama terbitan Studio Jalan Ampas dalam format warna-warni Eastman Colour.
Selain P Ramlee, filem epik ini juga dilakonkan Saadiah, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Nordin Ahmad, Saamah, S Kadarisman dan Siti Tanjung Perak.
Filem ini membolot trofi Skor Muzik Terbaik pada Festival Filem Asia 1956 di Hong Kong selain menyertai Festival Filem Berlin Ketujuh tahun yang sama dan menerima pencalonan Golden Bear. Antara lagu merdu dalam filem ini adalah Berkorban Apa Saja dan Joget Pahang.
3. Anakku Sazali (1956)
P Ramlee dianggap pencetus terawal ‘dual role’ atau dwiwatak dalam sejarah filem Melayu. Dengan kehebatan lakonannya serentak sebagai seorang ayah penyayang dan anak derhaka, P Ramlee akhirnya menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia 1957 di Tokyo.
Anakku Sazali yang juga arahan Phani Majumdar turut dibintangi Zaiton, Nordin Ahmad, Hashimah Yon dan Rosnani Jamil. Lagu merdu dalam filem ini adalah Itulah Sayang, Joget Si Pinang Muda dan Istana Cinta.
4. Semerah Padi (1956)
Satu-satunya filem klasik Melayu arahan P Ramlee yang mengetengahkan hukum hudud dan tema cukup Islamik. P Ramlee memegang watak sebagai Aduka, Saadiah (Dara) dan Nordin Ahmad (Taruna).
Bahasa filem Semerah Padi dianggap ada pengaruh filem klasik Jepun, Rashomon arahan Akira Kurosawa. Babak paling mendebarkan ialah Galak (Normadiah), isteri orang yang dihukum disula kerana berzina.
Antara lagu menarik termasuk Sekapur Sireh Seulas Pinang, Semerah Padi dan Lenggang Kangkung.
5. Sergeant Hassan (1958)
Dengan plot bertumpu kepada penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada era Perang Dunia Kedua, Sergeant Hassan diarah dengan cemerlang oleh P Ramlee bersama Lamberto Avellana.
Turut membintangi filem ini ialah Saadiah, Salleh Kamil dan Jins Shamsuddin. Filem iini dianggap satu penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu Diraja. Lagu merdu daripada filem ini tidak lain daripada Tunggu Sekejap.
6. Pendekar Bujang Lapok (1959)
Ini adalah filem kedua dalam siri Bujang Lapok lakonan trio P Ramlee, Aziz Satar dan S Shamsudin. Pendekar Bujang Lapok mengisahkan tiga bujang terlajak - Ramli, Ajis dan Sudin pergi berguru seni silat dengan Wak Mustarjo sambil cuba memikat anak gadisnya, Rosmah.
Dengan genre lucunya, Pendekar Bujang Lapok menggondol anugerah Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1959 di Kuala Lumpur. Lagu popular dalam filem ini adalah Malam Bulan Di Pagar Bintang, Maafkan Kami dan Pok Pok Pok Bujang Lapok.
7. Nujum Pak Belalang (1959)
Pastinya lakonan Bat Latiff sebagai budak kampung cerdik (Belalang) yang mahu menyelamatkan nyawa ayahnya, seorang tok nujum palsu (P Ramlee), sentiasa diingat penonton.
Ia juga karya unggul kerana meraih trofi Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1960 di Tokyo. Filem ini dimantapkan dengan lakonan humor Hashimah Yon, Habsah Buang, Ahmad Nesfu dan Shariff Dol.
8. Antara Dua Darjat (1960)
Kritikan sosial bahawa darah itu sama warnanya menjadi tema Antara Dua Darjat lakonan P Ramlee (Ghazali) dan Saadiah (Ungku Zaleha). Filem ini bukan sahaja menonjolkan lakonan berkesan oleh pasangan sepadan itu malah bintang lain seperti S Kadarisman, Yusof Latiff, Kuswadinata, Ahmad Nesfu dan Rahimah Alias. Lagu evergreen yang menghantui filem ini tentunya Getaran Jiwa dan Alunan Biola.
9. Ibu Mertuaku (1962)
Siapa boleh menidakkan kehebatan cinta Kassim Selamat dan Sabariah Mansor? Siapa pula boleh menafikan hipokrasi Nyonya Mansor terhadap anak menantunya sendiri? Ibu Mertuaku seharusnya menjadi antara filem terbaik P Ramlee, Sarimah, Mak Dara, Zaiton, Ahmad Mahmud dan Zainon Fiji.
Babak paling sadis tidak lain daripada tusukan garfu oleh Kassim ke matanya sendiri dek tidak tertahan melihat sandiwara palsu manusia di sekelilingnya. Filem ini diperindahkan lagi dengan lagu Jeritan Batinku, Jangan Tinggal Daku dan Di Manakan Ku Cari Ganti. Hasil kerjanya, P Ramlee dianugerahkan The Most Versatile Talent pada Festival Filem Asia di Tokyo pada 1963 menerusi filem ini.
10. Madu Tiga (1964)
Kekecohan tiga madu, Latifah (Zaharah Agus), Hasnah (Jah Mahadi) dan Rohani (Sarimah) menjadi tulang cerita bagi karya popular arahan serta lakonan P Ramlee ini.
www.google.com...
Music used
Memories by Jonny Easton
Link: • Sentimental Piano Musi...
Check out his channel
Link: / jonnyeaston .

Опубликовано:

 

14 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 77   
@GondohingSabahan
@GondohingSabahan Год назад
Seniman bujang lapuk juga best
@bangautube3681
@bangautube3681 Год назад
Best of the best.
@izaherimohamadmokhtar3098
@izaherimohamadmokhtar3098 6 месяцев назад
Kenapa filem klasik zaman awal P Ramlee tak best?
@muhammadfitryyusub2827
@muhammadfitryyusub2827 2 года назад
👌🌟🌟
@mrfiqzzx8713
@mrfiqzzx8713 3 года назад
Filem P Ramlee paling seronok bagi saya Seniman Bujang Lapok sampai skrg teringat2 dialog dalam filem tu
@nurbayahassan2735
@nurbayahassan2735 3 года назад
Saya pun suka cerita tu
@nurbayahassan2735
@nurbayahassan2735 3 года назад
Saya suka part yang nak pergi cari kerja
@nurbayahassan2735
@nurbayahassan2735 3 года назад
Sudin cakap [ ramli kalau dah jumpa perempuan ahaeheahaeha manyampah!]
@Daniel_Mike
@Daniel_Mike 3 года назад
semua film ni p ramlee buat dkt singapore bagus2. tapi bila p ramlee pindah ke kl. film p ramlee makin sendu dan tak dapat anugerah ketika di studio ampas.
@jelokimpian1139
@jelokimpian1139 4 года назад
Al fatihah
@norzibujangbujang601
@norzibujangbujang601 4 года назад
Pilihan masing-masing nk letak top 10 filem2 Allahyarham Tan Sri P Ramlee
@emirimtiyaz4752
@emirimtiyaz4752 4 года назад
Best!
@khairulrodriguez4842
@khairulrodriguez4842 4 года назад
Filem doremi tk best ke sampai tk masuk dlm senarai filem terbaik p ramlee?
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
best.. ikt pilihan masing2 sahabat..
@halimshamsuddin70
@halimshamsuddin70 4 года назад
"Sumpah org minyak"sepatutnya disenaraikan sekali
@mahligaiseni200
@mahligaiseni200 4 года назад
Filem terbaik P Ramlee bagi saya, Ibu Mertuaku.
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
fuhhh.. baik juga cerita tu sahabt... ada menang award
@mahligaiseni200
@mahligaiseni200 4 года назад
@@bangautube3681 Betul tu. Seninya tinggi. Dialognya mantap.
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
@@mahligaiseni200 kan... lg watak mak mertua tu. hehe gweram..
@mahligaiseni200
@mahligaiseni200 4 года назад
@@bangautube3681 Betul tu. Setuju.
@halimshamsuddin70
@halimshamsuddin70 4 года назад
Bagi aku... No.1 Semerah Padi No.2 Antara 2 darjat No.3.Ibu mertuaku No.4 Madu 3 No.5 Nujum pak belalang
@taufiqgodzilla
@taufiqgodzilla 4 года назад
Singapura: shaw brothers Malaysia: merdeka studio
@saifulzahari1733
@saifulzahari1733 4 года назад
Terlupa ada1lagi studio d.Singapura iaitu Cathay Keris Prod.
@ainunifi5410
@ainunifi5410 4 года назад
Kalau boleh nak tahu siapa adik beradik p Ramlee.
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
payah tu nk dptkn.. hehe
@kamaldin1791
@kamaldin1791 4 года назад
Cantik.... Satu soalan yang terlepas pandang. . INGIN TAHU JUGA.
@zuhamzah9433
@zuhamzah9433 4 года назад
P.Ramlee ada 2 beradik tapi berlainan bapa kalau tak Salah saya P.Ramlee adalah adik
@HAhmad-kw2hy
@HAhmad-kw2hy 4 года назад
Majority film P Ramlee bermutu tinggi Dan berkualiti.. x macam film skrg dah x Ada Mutu sebuk cerita cinta cintan yg melalaikan pemuda pemudi remaja Bangsa Kita hingga hnyut kelembah masalah sosial.. P Ramlee seniman agung Dan seorng yg tinggi patriotisme seperti dalam JATA MALAYSIA, Bersekutu Bertambah Mutu.. P Ramlee ialah Wali seni yg sukar dicari ganti.. Al fatihah kpda P Ramlee Dan pejuang seni MALAYSIA AMIN 😇😘 Filem yg PALING aq suka Hang Tuah😇👍 #Pramleewaliseni
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
Al fatihah..
@Smile-hk7vd
@Smile-hk7vd 8 месяцев назад
Bujang Lapok Anak Bapak Do Re Mi Anakku Sazali Nasib Do Re Mi Madu Tiga Masam Masam Manis 3 Abdul Seniman Bujang Lapok Pendekar Bujang Lapok Laksamana Do Re Mi Keluarga 69 Antara Dua Darjat Sumpah Orang Minyak Ali Baba Bujang Lapok Ibu Mertuaku Nujum Pak Belalang Ahmad Albab
@riyantv5222
@riyantv5222 4 года назад
itu lah orang melayu hebat sampa sekarang👨🏻‍💼👨🏻‍💼
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
hebat sbb filem ia kan..
@riyantv5222
@riyantv5222 4 года назад
@@bangautube3681 betul tu kite bangkit kan budaya melayu kita seni film
@tejasireh3614
@tejasireh3614 4 года назад
Abg Ram🌷🌷🌷💚💚💚
@joel.9485
@joel.9485 3 года назад
Hahahahahaha.
@joylove2755
@joylove2755 4 года назад
P Ramlee trsilap membuat pilihan kerana join merdeka studio sekiranya dia kekal dlm Shaw bros pasti lebih bnyk filem yg br quality dpt dihasil kn..
@normazlan6284
@normazlan6284 4 года назад
Shaw Brothers tutup kedai la! Ramai pelakon hilang kerja dan terpaksa mencari kerja lain atau berhijrah ke Kuala Lumpur.....
@venomrunsdeep7654
@venomrunsdeep7654 3 года назад
Joy love kau kena tgk sejarah jatuh bangun P ramlee. Taip je kat youtube.. Fahamkan betul² kisahnya..baru blh buat ulasan begitu.
@zamzuritajri3697
@zamzuritajri3697 4 года назад
Sbb video ni la aku subscribe
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
trima ksh
@khaideenabdwahid4888
@khaideenabdwahid4888 4 года назад
Ya btul menarik nak taw cerita Di sblik yg tidak di ketahui
@halimshamsuddin70
@halimshamsuddin70 4 года назад
Mcm tak kena je..kenapa kedudukan Antara 2 darjat, Ibu mertuaku dan Madu 3 dikedudukan 8,9 & 10
@izudinbinahmad1492
@izudinbinahmad1492 4 года назад
Mane filem penarik beca bukan ke filem pertama arahan beliau..salah sebuah filem box office ..dimane skrip tersebut ..tidak diterima oley pengarah2 yg bertugas dishaw brothers..dan ia nye diarahkan oleh p.ramlee sendiri ternyata beliau hebat pertama kali diberi peluang mengarah..dan dapat diberi kepercayaan dari shaw ..padahal p.ramlee banyak perabis modal untuk menghasilkan skrip itu dan modal material serta modal lesen besar dari shaw kerana memberi pluang pada beliau pada asalnya skrip dan kebolehan untuk mengarah tidak diterima oley ..shaw brother ..kemudian bermulah detik kegemilang tan sri p.ramlee dengan tambahnye tittle pada diri nye dari seorang penyanyi.. penulis lagu..pemuzik .pelakon..pelawak..dan paling tinggi tahap pencapaiannye ialah pengarah filem merangkap pelukis n seterusnye ade 2..3 tittle p lagi..iaitu penyair..penulis skrip..dan penerbit cume beliau telah pergi sebelum menerbitkan sebuah filem dari syarikat nye sendiri iaitu rumpun melayu ..belia pergi sebelum waktu nye mngadap illahi..alfatihah..
@doctordead4506
@doctordead4506 4 года назад
2:02 Anugerah golden bear(beruang) atau anugerah golden beer(bir) mambang mabuk minum brandi🤭
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
heee sory sahabat
@batman2nd823
@batman2nd823 4 года назад
Al-fatihah
@kamaldin1791
@kamaldin1791 4 года назад
Cuba kita fikirkan..... APA SEBABNYA.... Mengapa kebanyakan hasil karya Lagu.... Lakonan...dan Filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih...... TIADA TARIKH LUPUT NYA. Wallahuaqlam....
@bangautube3681
@bangautube3681 4 года назад
Wallahuualamm mm
@izzaidahaziz9404
@izzaidahaziz9404 4 года назад
Sebab kena tengok banyak kali baru paham
@izzaidahaziz9404
@izzaidahaziz9404 4 года назад
Yg no 1-4 sume aku xtengok sebab nampak tak best🤣
@Ya_salam00
@Ya_salam00 3 года назад
Rugi tak tengok cerita anakku Sazali
@izzaidahaziz9404
@izzaidahaziz9404 3 года назад
@@Ya_salam00 Ya baru2 ni baru saya tengok cerita anakku sazali dan semerah padi. Besttt
@sumalizasulaiman8957
@sumalizasulaiman8957 2 года назад
@@Ya_salam00 99999⁹888⁸⁸88
@officialtrucuk176
@officialtrucuk176 4 года назад
Teuku Zakaria ben teuku nyak puteh itu orang aceh
@Mr.Apapuntakbleh
@Mr.Apapuntakbleh 4 года назад
Dan dan😁..
@alyssa3501
@alyssa3501 4 года назад
@@Mr.Apapuntakbleh nak claim la tu
@kamaldin1791
@kamaldin1791 4 года назад
Silap.... cuma Arwah Ayahnya orang Aceh. Arwah Ibunya orang Seberang Prai, Pulau Pinang.
@officialtrucuk176
@officialtrucuk176 4 года назад
@@kamaldin1791 klau ayah nya aceh pasti anak nya ikut ayah nya
@officialtrucuk176
@officialtrucuk176 4 года назад
@@kamaldin1791 ayah ibu nya dari aceh bro klau pasti dia berdarah aceh
Далее
Mintak Nombor Ekor (Deleted Scene) Ragam P  Ramlee
24:06
Part 5. Roblox trend☠️
00:13
Просмотров 2,7 млн
PUBG Mobile СТАЛ ПЛАТНЫМ! 😳
00:31
Просмотров 108 тыс.
M Zain - Urat Dawai Tulang Besi
11:24
Просмотров 231 тыс.
TOP 10 Seniwati Zaman Hitam Putih PALING CUN
12:46
Просмотров 988 тыс.
PELAWAK MALAYSIA Terkini Mat Sentol
6:35
Просмотров 3,8 тыс.
A Galak - Sarjen Misai
14:16
Просмотров 179 тыс.
TEMURAMAH ARTIS VETERAN (Part 1)
4:55
Просмотров 782 тыс.
Malam Pesta Muda Mudi   Pak Maun Twist
4:07
Просмотров 864 тыс.
P Ramlee - Kisah Hidup Seniman Agung Negara
22:07
Просмотров 690 тыс.
Babak Paling Lawak Dalam Cerita P.RAMLEE😂 Part 2
24:09
Wahid Satay - Badang Malaya
12:53
Просмотров 117 тыс.
Part 5. Roblox trend☠️
00:13
Просмотров 2,7 млн