Тёмный

3 Resipi Serentak- Tapai Nasi, Apam Kuala Kangsar, Apam Mekar Setaman  

Chik Ah Chik Chop Channel
Подписаться 3,1 тыс.
Просмотров 10 тыс.
50% 1

3 Resepi Serentak - Tapai Nasi, Apam
Kuala Kangsar, Apam Mekar Se Taman yang Legen & Nostalgik ini teramat Sedap.
Apam Kuala Kangsar menjadi Buah Tangan apabila datang ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar kerana Ianya adalah Apam yang sangat Unik dan Tahan (tidak Cepat Basi) 3 hari tanpa di Simpan di dalam Peti Sejuk.
Ia tetap elok sehingga lebih 1 mingggu jika di simpan dalam Peti Sejuk di Bahagian "Chiller".
Kukus kembali apabila hendak memakannya. Rasanya tetap kekal seperti baru dimasak!!!.
Apam Kuala Kangsar juga sesuai dihidangkan di Hari Raya menggantikan Lemang atau Ketupat ataupun sebagai Juadah untuk Kenduri Kendara.
SUBTITLE dalam BAHASA INGGERIS disertakan dalam Video ini.
(1). Bahan- Bahan Untuk Tapai Nasi :
4 cawan Nasi Sejuk
1 sudu makan Gula Pasir
4 sudu makan Air Suam
1 biji Ragi
- Peram Adunan 48 jam.
- Resepi ini menghasilkan 3 cawan Tapai Nasi.
(2). Bahan-Bahan Untuk Apam Kuala Kangsar & Apam Mekar Se Taman adalah sama KECUALI
- ACUAN
- KEPANASAN API
- MASA MENGUKUS.
1 cawan Tapai Nasi
1 cawan Gula Pasir
2 cawan Air
3 cawan Tepung Beras
- Peram Semalaman
APAM KUALA KANGSAR :
- Loyang atau Mangkuk Kecil
- Daun Pisang (di Layur) secukupnya
- Sedikit Minyak Masak
- Teknik Kukus - guna Api Sederhana
- masa Mengukus 20 minit.
APAM MEKAR SE TAMAN :
- Acuan Lompang
- Sedikit Minyak Masak
- Teknik Kukus - guna Api Kuat
- masa Mengukus 15 minit.
#chikahchikchopchannel#apamkualakangsar#apammekarsetaman

Опубликовано:

 

20 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 34   
@mustafaosmanjabut6446
@mustafaosmanjabut6446 8 месяцев назад
Tahniah Yong,Teman akan cube buat...
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 8 месяцев назад
Terima Kasih Adik Mustafa. Selamat Mencuba & Berjaya!!!
@NurAinunAbdulwahab-pi8df
@NurAinunAbdulwahab-pi8df Месяц назад
Makanan asei org kuale..dulu2 masa kcik...slalu arwah opah buat..😢 minum pagi,minum petang ada je apam tapai nie...
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Месяц назад
Terima Kasih Adik NurAinun. Memang ya & selalunya Apam ini dihidangkan untuk Kenduri Kendara kannn 🥰
@norizarazli5830
@norizarazli5830 2 месяца назад
Terima kasih resepi moga dmurah kan rezki
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Месяц назад
Sama2x Adik Noriza. Moga Allah Kurniakan Rezeki yang Berkat & Berterusan yaaa ❤😊
@harizahbaharun3590
@harizahbaharun3590 11 месяцев назад
Tmksh puan.. Dah lama cari resepi apam lama mcm ni. Semuga Allah memberkahi amal jariah puan dunia dan akhirat❤
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 11 месяцев назад
Sama2x Adik Harizan. Semoga Adik berjaya membuat Apam ini ya.🥰
@azizahlazim8476
@azizahlazim8476 Год назад
Terima kasih Cik Ah atas perkongsian recipe apam dakap yg sedap di hidang waktu sarapan pg dan minum teh ptg🥰🥰🥰
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Sama2x Sis Zah ❤❤
@noorakmar9085
@noorakmar9085 Год назад
saya dah try....menjadi. Sedap dan lembut.
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Slm & Tahniah Adik Noorakmar kerana telah berjaya membuat Apam ini dengan jayanya 😊
@danishidham9085
@danishidham9085 10 месяцев назад
Minggu lepas pergi pinggiran sungai Kuala Kangsar ..ada beli apam ni..sedap gak😊
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 10 месяцев назад
Tqvm Adik danishidham Memang Sedap Apam Kuala ni kannn. Silalah Cuba buat ya! 😊
@tinasaad7228
@tinasaad7228 8 месяцев назад
Terima kasih kongsi resepi. Zaman kecik aruah maktok Kami rajin Buat waktu hari raya. Tak sempat nak tulis resepi Zaman drjah keja nak mkn dgn main je masa tu
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 8 месяцев назад
Sama2x Adik tinasaad. Silalah cuba buat yaaa. Insyallah Berjaya
@azirazira7465
@azirazira7465 Год назад
Selepas kita buat bancuhan. Kita kene peram lg sehari kan.
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Terima Kasih Adik azirazira . Betul Kita kena Peram Bancuhan semalaman ya! 😊
@bobbysharif
@bobbysharif Год назад
Asslmualaikum Tapai nasi td berapa lama boleh simpan dlm peti sejuk
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Wlkslm Adik bobbysharif. Tapai Nasi boleh tahan 1 bulan jika disimpan di Peti Sejuk. Terima Kasih ya
@razlinaazlan3207
@razlinaazlan3207 9 месяцев назад
Kalau tak ade ragi bole pakai yis tak puan...
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 9 месяцев назад
Terima Kasih Adik razlinaazlan Maaf, Chik Ah tak pernah guna Yeast kerana Tapai Nasi membuat Apam ini lebih LIUN (Kenyal) tak berderai & Bau Apam lebih Wangi dengan Rasa yang Lebih Enak.
@jahidahahmadpuad1866
@jahidahahmadpuad1866 Год назад
Perak nk letak dlm peti ais. Atau letak di luar shj. Sis
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Terima Kasih Adik Jahidah kerana sudi bertanya. Apa yg di maksudkan Perak tuuu ya
@urah88
@urah88 5 месяцев назад
Kalau tapai berair tapi tak manis sebab apa
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 5 месяцев назад
Slm Adik urah. (1). Kemungkinan RAGI yang digunakan jenis yg tidak manis. (2). Masa Pemerapan dilanjutkan sehingga 72 jam ya!!
@urah88
@urah88 5 месяцев назад
Kalau masih tak manis, masih boleh guna tak untuk apam?
@paanaz
@paanaz Год назад
kak.. 24jam je boleh ke? dah xsabar nk buat apam 😅😂
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Slm. Adik paanaz kalau 24 jam proses pemerapan Tapai belum sempurna. Rasa Tapai masih lagi masam. Lepas 48 jam Tapai rasanya manis meletin.... Terima Kasih Adik 😊
@paanaz
@paanaz Год назад
@@chikahchikchopchannel5306 baik terima kasih kak.. terima kasih sudi kongsi ilmu. semoga dimurahkan rezki amiinn..
@paanaz
@paanaz Год назад
kak.. tapai sy lepas dua hari tak manis leting pon.. ada masam2 sikit tapi tak la teruk sgt.. masalahnya dia xmanis.. masalah ragi ke ni kak?
@chikahchikchopchannel5306
@chikahchikchopchannel5306 Год назад
Adik Paanaz. (1). Pastikan Nasi tak panas semasa Ragi diayak (ditabur) di atas. (2). Ragi yang digunakan juga memainkan peranan (jangan guna Ragi yang berdebu debu dilapisan luar Ragi itu yaaa!
@paanaz
@paanaz Год назад
baik terima kasih kak.. sy cuba lagi
Далее
Apam Nasi Pandan, tips kembang mekar
8:03
Просмотров 145 тыс.
Apam Nasi | Lembut macam apam kampung dulu-dulu
8:36
Просмотров 698 тыс.
Apam Beras sukatan cawan pasti menjadi (tanpa eno)
7:03
Resepi Nasi Antah
9:24
Просмотров 2 тыс.