Тёмный

5 PROSES PENUH PEMBELIAN KERETA~ ELAK KENA KELENTONG 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Подписаться 8 тыс.
Просмотров 64 тыс.
50% 1

Proses A-Z Pembelian kereta secara tunai dan dengan pinjaman (dibalik tabir).
Di Malaysia setiap tahun, hampir 2 juta kereta baru & terpakai dijual dan dalam 2 juta ni, tak berapa ramai yang sebenarnya tahu proses sepenuhnya pembelian dan penjualan kereta.
Dalam siri minggu ini, saya nak terangkan dan jelaskan secara makro, proses sepenuhnya dari A-Z; proses dari tempahan sehingga mendapat kereta.
Video ini disediakan sebagai panduan untuk mengelak salah faham diantara Pengedar, jurujual dan pembeli dan juga supaya pembeli faham prosedur sepenuhnya dan tidak hilang sabar kalau terdapat sedikit kelambatan. Kita juga boleh mengelak dari diberi alasan yang tidak munasabah oleh jurujual atau pengedar.
Topik ini pertama kali dimajukan oleh Saudara FAKHRUL ISKANDAR dalam komen video “Tip Membeli Kereta Untuk Jimat Duit, Buat Duit dan elak ditipu” bit.ly/2SuTl20.
Pembelian kereta samada kereta baru atau terpakai melibatkan 5 proses dan semua 5 proses ini akan diterangkan secara terperinci dalam video ini.
Tolong catatkan diruang komen jika perlu ulasan lanjut atau memerlukan panduan topik lain. Terima kasih kerana menonton dan untuk like, subscribe dan share.
Nota: Kalau nak beli kereta untuk Hari Raya Aidil Fitri nanti, tempah sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum hari raya... dah tak lama dah.
100% ORIGINALBLM FLX EXORA SAVVY ABSORBER MOUNTING PW861269N NEW (Proton) t.productlink.io/a2221i
Nexus Car Petronas Syntium 800 10W40 SN/CF Semi Synthetic (4L) Engine Oil (Petronas) t.productlink.io/a2221g
GO NS60 | 46B24R | 46B24RS (MF) - 45AH - Car Battery - TOYOTA Avanza, Vios yrs 2006 PROTON Saga BLM, Wira, Savvy, Iriz NISSAN c22 (Amaron) t.productlink.io/a2221j
Mizu 5W40 Fully Synthetic Engine Oil (4L) [Free Sticker] API Certified Insurance Cover ISO SGS petronas base oil viral (mizu lubricants) t.productlink.io/a2221h
Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya boleh menjadi panduan kepada awam.

Опубликовано:

 

21 фев 2020

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 649   
@zieramanab5933
@zieramanab5933 3 года назад
Assalamualaikum tuan, saya ada satu soalan tentang pembayaran downpayment. Adakah saya perlu bayar downpayment kepada akaun bank salesperson tersebut ? Tetapi bila ditanya kenapa tidak beri akaun company, saleperson cakap ia nak memudahkan saya. Betulkah cara tersebut tuan ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikummussalam Cik Ziera. Tolong jangan bayar ke akaun bank SA. Hanya bayar ke akaun Bank syarikat Pengedar (pastikan nama nama syarikat pengedar sama dengan nama syarikat dalam business card SA). Jangan sesekali bayar kepada Bank akaun SA. Itu dah salah dan SA boleh kena charge pecah amanah.
@zieramanab5933
@zieramanab5933 3 года назад
@@ARMINBANIAZ baik tuan, terima kasih atas jawapan yang pantas 😊👍 kebetulan jumpa video tuan dulu, sebelum ikut cakap SA .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@zieramanab5933 Sama-sama. Alhamdulillah saya dapat membantu.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@zieramanab5933 Sama-sama. Alhamdulillah saya dapat membantu.
@mohamedridwan5631
@mohamedridwan5631 3 года назад
@@ARMINBANIAZ saya pom kene macam ni bang, bru je jd , harini sy cuba nk mntk blik duit dpt ke x duit tu,mula2 dia mntk 300 deposit trnsfer ke acc peribadi dia, lps loan lulus dia mntk 1k untk proses agreement ,xp bulan terlalu tinggi dan xsama ape yg dikatakan saat sy nk submit loan dlu, sy tnye dia anggaran brp bulan2 dia ckp 500 lbh jd sy stuju untk submit loan trsebut xp bile dh lulus bulanan terlalu tinggi 700 lbh ,sy nk cncel loan trsebut xp salesmen tu ckp duit sy burn sbnyk 1.3k tu , adakah betol ape yg salesmen tu buat atau sy telah ditipu? Boleh kah sy mendapatkan balik duit trsebut?
@azmiabdullah8609
@azmiabdullah8609 5 месяцев назад
Terima kasih kerana bagi cara/syarat yg perlu kita lalui semasa pembelian kereta..sbb ramai yg tidak sabar/tidak tahu.
@vongolaxii1901
@vongolaxii1901 Год назад
Good content and useful info..
@azhar86khairil81
@azhar86khairil81 4 года назад
Thanks bro for sharing...ilmu yang sangat bagus dr org berpengalaman
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Alhamdulillah, Terima kasih bro
@muhammadtaufiqbinsanusikpm2402
@muhammadtaufiqbinsanusikpm2402 2 года назад
Perkongsian yang sangat lengap! Padat dengan info! Terima kasih tuan!
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Masya Allah 🙏🏻 Terima kasih diatas komen. Komen seperti ini memang menambah semangat kita sebagai RU-vidr 🙏🏻
@shahputra5638
@shahputra5638 3 года назад
Terima kasih..sangat bermanafaat, jgn sign vdo selagimana kita belum berpushati dengan proses pembelian tersebut.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Sama sama Shah. Ya begitulah rumusannya. Terima kasih diatas komen.
@carljuan
@carljuan 2 года назад
Thank you sifu! Sy slalu practice tips² tuan👍🏾
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
🙏🏻 sama-sama. Alhamdulillah dapat memberi manfaat
@izzatramzi4334
@izzatramzi4334 2 года назад
Terbaik explanation tuan, sy subscribe!
@fauzirossy6942
@fauzirossy6942 2 года назад
Terima kasih bang atas pencerahan tersebut sangat berharga.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Alhamdulillah dapat membantu. Sama sama Saudara Fauzi.
@RashidB-
@RashidB- 6 месяцев назад
Terima kasih atas penerangan yg sangat jelas & padu...👍👍 C U in the next video... LIKED & SUBSCRIBED...
@LukmanOthmans
@LukmanOthmans 3 года назад
tyvm for the good vid
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Jazakallah bro. Thank you
@airiazmi5336
@airiazmi5336 3 года назад
Terbaik En... Armin
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Jazakallah Bro. Sama-sama
@dainoljejakachannel8107
@dainoljejakachannel8107 Год назад
Sangat jelas
@afatujgaming9603
@afatujgaming9603 4 дня назад
Kalau beli kereta terpakai bayar tunai macam mana pulak?
@sarahaizumariffin1521
@sarahaizumariffin1521 4 года назад
Terbaik bro. tp tak de la terpikir nak beli kereta lagi hehe tak pa buat pengajaran untuk masa depan. Tk
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Sarahaizum ariffin terima kasih
@odinkabul1702
@odinkabul1702 2 года назад
Trma ksi tuan , trbaik , ⭐⭐⭐⭐⭐👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Sama sama Tuan. Terima kasih diatas sokongan
@liezakarim
@liezakarim 3 года назад
Sgt clear. Pttla sy tgu kereta agak mkn masa. Sll text salesmen tya loan lepas ke tak, kete bila leh dpt 😅😅 tq sgt2. Sm spt yg En. ckp. 2,3 bank call dah approve tgu lagi. Kt igt bila bank dah approve esk salesmen g register esk lusa dpt kete. Rupa2 ada byk proses. Now sy di proses yg ke 4. Tgu kete smp shj.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Ya betul. ada banyak proses sebelum kereta boleh didaftar. Alhamdulillah Cik Lieza faham dan tahniah dah sampai ke proses ke 4. tak lama lagi dah boleh bawa kereta baru.
@Kamarul1875
@Kamarul1875 3 года назад
done sub..trima kasih info
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Sama-sama Saudara ZuAzrin. Terima kasih kerana subscribe.
@jufriborhan
@jufriborhan 3 года назад
Terima kasih tuan. Perkongsian yang sangat jelas. Cuma harap video lebih ringkas dan padat.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Sama-sama bro. terima kasih diatas cadangan. Nanti saya cuba jadikan lebih bagi padat dan ringkas. SOrry terlambat reply. tak sedar komen.
@carolrinamaira7664
@carolrinamaira7664 3 года назад
Thank you Sir, video yang sangat bermanfaat 👍👍👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Sama-sama Cik. Feedback macam ni memberi saya lebih semangat untuk terus mengeluarkan lebih banyak video. Terima kasih
@princesssolace4337
@princesssolace4337 4 года назад
You need to educate the public on insurance policy. Bnyk jgk kena kelentong tetapi sbb ignorance dari kedua belah pihak.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
You are right. Motor insurance is mandatory for all cars and many took them because they had to without thoroughly understanding the policy. Thank you for the suggestion @Princess Solace.
@princesssolace4337
@princesssolace4337 4 года назад
@@ARMINBANIAZ ... I'm sorry if WE sound too crude as Princess Solace is an entity, NOT a single person.😉 Have a nice day sir.
@saifullahrusli8394
@saifullahrusli8394 2 года назад
as salam tuan, maaf nak bertanya. tuan xda mentioned pasal check puspakom. macam saya beli kerata second, car dealer ckp tunggu nak check keret di puspakom, berap lama masa sya boleh damat Kereta selepas check puspakom ya? terima kasih
@nmiramzubir5941
@nmiramzubir5941 3 года назад
Salam bang ada x video tentang ccris @ saa untuk loan approve.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikummussalam Cik @Nmira Mzubir. Saya belum buat video berkenaan dengan CCRIS lagi. Inn Sya Allah nanti kalau ada kelapangan masa, saya rekod dengan terperinci.
@nri9780
@nri9780 2 года назад
Salam tuan boleh sy tahu pakej2 yg ditawarkan esp untuk graduan/pelajar🙏
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa'alaikumussalam. Ya boleh tapi boleh beri saya sedikit masa untuk dapatkan maklumat terkini.
@jeffri7300
@jeffri7300 2 года назад
15:05 Tuan, mohon buat video topik ni.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
InnSya Allah Tuan. Nanti saya buat bila ada kelapangan masa. Minta maaf terlambat jawab
@FaithDJ
@FaithDJ 3 года назад
Hi Sir, i got a question, for example a mitsubishi dealer offer RM2k rebate, but another dealer offer RM4k rebate on the same model, after calculation everything the RM4k seems legit, but Mitsubishi official website shows only RM2K, rebate, may i know how is the dealer offer more than another one?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Hi Cleo, a dealer can offer a higher rebate from their dealers margin. It is quite common for dealers to offer higher rebate to compete in getting more customers. If you received the 4K rebate, my advice is: 1. check the on the road price (in your buyers order) is the same as what is listed by Mitsubishi official website; and 2. the rebate RM4k that was offered is written explicitly in your buyers order and can be deducted directly from the OTR price.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Sorry for the late reply. I hope it answer your concern and question
@FaithDJ
@FaithDJ 3 года назад
@@ARMINBANIAZ Thank you so much for the info and guide.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@FaithDJ it’s a pleasure Cleo
@masakmasak66
@masakmasak66 4 года назад
Salam bang amin.. Saya mahu tanya.. Kalau kita blm sign pjnjian dngn bank tapi mahu menukar jenis kereta ,boleh tak?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Wa'alaikummussalam. Maksud saudara, kalau kita dah buat tempahan kereta dan dalam proses memohon pinjaman (dan mungkin pinjaman dah lulus tetapi belum sign perjanjian pinjaman) dan saudara berhasrat nak tukar jenis kereta? Ituke soalan? Nak tukar jenis atau model kereta tak ada masalah cuma apabila harga kereta berbeza (contoh lebih mahal), saudara kena membuat permohonan pinjaman baru. Kelulusan atau permohonan pinjaman untuk jenis kereta sebelum ni dah tak boleh pakai dan hanya sah untuk model & jenis kereta seperti yang di pohon.
@arifzairi8990
@arifzairi8990 3 года назад
Assalamualaikum. Nak tanya, snatch care tu apa ye ? Mark up loan ada ke ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaukimussalam bro. maaf, terlepas pandang komen ni. Saya pun tak tahu Snatch Care tu apa. boleh terangkan?
@cubatry
@cubatry 3 года назад
assslam.. saya ada buat loan kereta bezza ... salesman xde buat follow up pun kt saya.. Loan dah lulus,, tapi aggrement x sign lagi.. Adakah kereta ada baru sign aggrement bank??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Ya bro, memang agreement hanya boleh sign bila kereta dah ada sebab dalam agreement perlu ditulis nombor casis dan nombor enjin kereta.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Minta maaf reply selepas 6 bulan .
@SafwanRahmanofficial
@SafwanRahmanofficial Год назад
Kereta liability, ada cash banyak tu masuk dalam ASB ke, guna dividen tu buat installment. Duit 100 ribu pun ada kereta pun ada.
@faizlallana8845
@faizlallana8845 3 года назад
Salam tuan , saya apply loan pastu dapat mesej loan dah lulus , dia akan contact dalam masa 2hari untuk sign document , tpi belum dpat call lagi dh seminggu dari bank..ke tunggu kereta sampai dulu bru sign..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikumussalam Saudara Faiz. 1. Bila pinjaman dah lulus, langkah seterusnya ialah untuk tandatangan perjanjian. 2. Biasanya, pengedar akan tunggu kereta sampai baru sign agreement kerana butir-butir kereta seperti nombor enjin dan nombor casis perlu di isi penuh dalam agreement. 3. Kemungkinan kereta saudara belum sampai, jadi pengedar tidak push untuk sign agreement. 4. Nasihat saya, tunggu sehingga dah dapat butir-butor kereta (No enjin dan no casis) dan pastikan butir-butir kereta lengkap dalam agreement baru sign. Jangan sign black agreement. Harap jawapan saya dapat membantu. Minta maaf terlambat reply.
@muhammadzharifkamaruddin5172
@muhammadzharifkamaruddin5172 2 года назад
tuan, mcm mne nk tau ya kalo sale advisor tu diiktiraf atau x ?
@harrisabdullah4239
@harrisabdullah4239 2 года назад
Slm tuan saya ada sedikit seolan mcn mna nk bli keteta lelong bank dan adakah bolh pindah hak milik
@nuruleiyza7139
@nuruleiyza7139 3 года назад
Boleh terangkan tak pasal toyota capital loan perodua?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Hi Nurul, Sorry tak terjawab soalan ni. Toyota Capital merupakan "Credit company" yang memberi pinjaman sewa beli seperti Bank tetapi ia bukan tergolong dibawah institusi kewangan. Ini bermakna ia bukan dibawah kawalan Bank Negara dan BAFIA. Ia dibawah kawalan KPDNKK. Ini juga bermakna, ia tidak strict macam kelulusan bank.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Toyota Capital sama seperti AEON finance, Courts Mammoth, Singer dan sebagainya yang bukan dari institusi kewangan tetapi menyediakan fasiliti sewa beli.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Minta maaf sekali lagi kerana teramat lambat jawab.
@badruladnan9285
@badruladnan9285 Год назад
Bang saya nk tnya tlg jwp ye..sy beli kereta myvi deposit sy byar dkat penjual kereta 5278 sekali insuran semua..dan kita xprlu byar apa2 dh kn..btul ke deposit tu kena byar dekat penjual kereta
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
Salam Dik. Semua wang tempahan dan deposit kereta perlu dibayar kepada syarikat (boleh online transfer sahaja atau guna cheque). Elak sama sekali dari membuat bayaran tunai kepada jurujual. 1. Kalau dah terbayar, adik huhungi syarikat pengedar, minta bercakap dengan pengurus dan minta resit rasmi syarikat. Pastikan resit rasmi tersebut dikeluarkan oleh syarikat. 2. Pengurus boleh membuat semakan pembayaran adik, dan jika tempahan itu ada dalam rekod syarikat bersamaan dengan jumlah bayaran, maka tempahan adik sah. 3. Berkenaan dengan jumlah bayaran, saya tak pasti berapa harga OTR untuk varian kereta tersebut dan jumlah pinjaman. Adik boleh rujuk ke dokumen buyers order. Harap saya dapat menjawab soalan adik, Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.
@badruladnan9285
@badruladnan9285 Год назад
Bang resit deposit saya dh dapat dari penjual bang..sy check dlm agremeent tak ada plak deposit dlm tu ke mcm mne bang
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
@@badruladnan9285 1. adik boleh buat semakan dengan Pengurus pengedar tersebut untuk memastikan resit tersebut sah. 2. Semua butir-butir kenderaan dan pembayaran perlu dimasukkan dalam perjanjian pinjaman sewa beli . Kalau tak lengkap, adik boleh buat laporan dengan KPDNKK, kementerian yang bee tanggung-jawab diatas Akta Sewa Beli.
@badruladnan9285
@badruladnan9285 Год назад
Terima kasih bang..last soalan sy nk tnya abg..sy wk loan dgn berjaya kredit chaliease ok tak bang
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
@@badruladnan9285 pinjam secara berhemat. Pastikan kita mampu untuk bayar pinjaman. Pinjaman dari Berjaya atau mana-mana syarikat kredit atau institusi kewangan tak jdi masalah. Cuma yang penting pinjam secara berhemat mengikut kemampuan. Yang Jadi masalah apabila peminjam tak boleh buat balik pinjaman bukan soal pinjaman dari syarikat kredit atau institusi kewangan Wallahu a’lam.
@nekuromanseru
@nekuromanseru 3 года назад
Salm Tuan, bole buat video penerangan x pasal kebaikan & keburukan beli KERTA BARU TEMPATAN dgn CASH. Bkn second hand tau, selalu orang buat info pasal kereta 2nd. Sbb mcm2 rumors orang bgtau kalo beli kereta baru ni. LHDN kejar laa, xde insurance la, insurance mahal la dan mcm2 lagi. Terima Kasih.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam Tuan. Inn Sya Allah Nanti saya buat. Ada beberapa viewer yang dah bertanya sebelum ni, tak tahu pula ada banyak rumours dan ramai yang salah faham.
@samsurihamid2543
@samsurihamid2543 3 года назад
Salam tuan, sy keja di KL..katakan sy book kereta di kampung (Kedah), boleh ke penghantaran kereta nnt di buat dgn treler dr kilang terus ke Shah Alam, dan bkn ke Kedah..utk mudahkan sy pick up kereta nnt?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikummussalam Saudara Samsuri. Ya boleh tetapi ia bukan SOP biasa. Maknanya, kena minta kerjasama pengedar untuk buat arrangement. Kalau kereta dah sampai ke kedah (Contohnya ready stock atau x-stock), susah sedikit untuk kereta itu di hantar ke KL dan mungkin ada Kia tambahan tetapi Kalau kereta belum sampai kedah, dealer boleh request untuk dihantar ke KL for delivery. Boleh faham ke? Kalau ada soalan lanjutan, boleh tinggalkan komen.
@rhmzainal1234
@rhmzainal1234 3 года назад
Assalamualaikum bang , saya ada loan kereta . Kereta lulus tapi loan dgn aeon tapi saya taknak dgn aeon so saya cancel last minit . Saya dah siap thumbprint dan bayar deposit untuk kereta . Persoalan saya kat sini , saya cancel last minit . So nama saya akan ada apa apa kena tindakan ? Macam blacklist ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam bro. Minta maaf terlambat reply. Kalau batalkan pembelian last minit atau batalkan pada bila-bila masa, nama tak akan di senaraihitam atau black listed atau diambil apa-apa tindakan. Pembelian atau pembatalan merupakan hak pembeli. Tiada masalah.
@pemburuudamai4998
@pemburuudamai4998 Год назад
salam tuan nk tnye kalau sy nk tukar deposit dripada 6 k ke 5 bole ke,, situasi sudah mengu kereta da 6 bulan, kereta sudah dpt no chasis ,and tgal utk agreement
@aimanzulhilmi3847
@aimanzulhilmi3847 3 года назад
Salam tuan armin . Jika proses untuk kereta recond pun sama mcm ni juga ke ? Maaf bertnya .. sbb skrg ni tengah survey recond car unregister . Mohon pencerahan proses .. terima kasih tuan .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaukummussalam Saudara @Aiman Zulhilmi. Proses untuk membeli kereta recond pun sama cuma ada beberapa langkah dan dokumen tambahan yang diperlukan. Nanti kalau sempat, saya buat satu video untuk kereta recond.
@hajjardarwis9522
@hajjardarwis9522 3 года назад
Salam saya nak bertanya. Saya dh sign agreement di bank. Tetapi grantor saya belum sign lagi. Dan bank masih belum call grantor saya untuk dia sign di bank. Booking kereta semua saya dh bayar. Agak2 pengeluar akan proses kereta tak untuk dihantar kepada pengedar? Dan SA cuma bg tahu kata perlu tunggu 4-6 minggu untuk dapatkan kereta.. tapi grantor saya belum tandatangan lagi di bank.. Mohon pencerahan..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikumussalam Cik @Hajjar Darwis. Untuk jawab soalan pertama: Pengedar akan sentiasa mendapat pengagihan kereta dari pengeluar setiap minggu (kadang-kadang beberapa kali seminggu). Pengagihan kereta kepada pengedar mengikut permintaan kereta oleh pengedar. Biasanya pengedar akan meminta kereta berdasarkan booking kereta oleh pelanggan dan juga mengikit market sentimen. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah permintaan kereta oleh pengedar dan salah satunya berdasarkan kelulusan pinjaman sebab kalau pinjaman belum lulus, pengedar jarang nak mengagih kereta kepada pelanggan kerana setiap kereta yang dipinta mesti dibayar kepada pengeluar tanpa kredit. Ada juga sesetengah pengedar akan hanya meminta kereta dari pengeluar hanya apabila perjanjian pinjaman ditandatangani untuk mengelak sebarang delay dari segi penghantaran. Tetapi ada juga dealer yang terus meminta kereta apabila duit booking telah dibayar walaupun pinjaman belum lulus dan/atau perjanjian pinjaman belum ditandatangani oleh pembeli/guarantor. Ini semua terpulang kepada SOP setiap pengedar. semua pengedar mengikut SOP tersendiri berpandukan cashflow, book order, market sentimen dan juga target jualan. Jadi untuk Cik Hajjar, saya cadangkan seperti berikut: 1. Hubungi Bank dan buat temujanji untuk guarantor tandatangan perjanjian. Boleh minta SA tolong tetapi kalau waktu menunggu masih lama, biasanya SA akan memberi tumpuan kepada pembeli lain. maknanya tiada urgency sebab kereta masih belum sampai. 2. Hubungi "Customer Careline" pengeluar (Seperti Proton Wecare dan Perodua), tanya careline (yang bersambung terus kepada Pengeluar/distributor) kalau booking Cik Hajjar dah di masukkan kedalam system (maknanya dah diproses), rekod Cik Hajjar boleh disemak melalui Careline. 3. MInta Customer Careline untuk mempercepatkan pengagihan kereta kepada your booking. Di Proton, banyak kali kereta diagihkan kepada pengedar secara terus dari HQ melalui komplen pelanggan kepada Proton Wecare. Harap soalan CIk Hajjar terjawab dan jawapan saya dapat sedikit sebanyak menolong.Kalau perlu apa-apa penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.
@fatinnorshafiqah9969
@fatinnorshafiqah9969 3 года назад
Salam, saya nak thu tentang toyota capital, sebab agent kereta dah submit loan dekat PBB tapi kene reject sbb tak kukuh. Lepas tu dpt call dr toyota capital. Sy ckp dekat agent sy tknk loan dgn toyota capital sbb interest tinggi. Sy suruh agent tu submit dekat bank lain. Lps tu dia cakap submit dulu dkt toyota capital if dh lulus dia akan submit dkt bank lain. Kalau ada bank lain yg lulus dia suruh saya pilih . Boleh ke mcm tu. mintak tuan bagi penjelasan . Sy first time nak beli kereta.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Cik Fatin. 1. Toyota Capital adalah sebuah syarikat kredit yang memberi pinjaman sewa-beli dan leasing kepada pembeli kereta toyota dan perodua. Ia bukan seperti Bank dan bukan dibawah pengawasan Bank Negara. Ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Biasanya kredit company lebih senang dapat kelulusan berbanding dengan Bank tetapi interest rate dia lebih tinggi berbanding Bank. 2. Bank tertakluk kepada guideline Responsible Lending bermakna, kalau kewangan pembeli tidak kukuh, Bank akan reject. Kredit company strict sangat. 3. Tak menjadi masalah untuk mencuba dapatkan kelulusan dari Toyota Capital kalau nak cuba. tapi kalau dah nekad tak nak ambil sebab interest dia memang lagi tinggi, tak perlu. 4. Ya boleh submit ke bank lain samada lepas satu bank reject atau apabila dah dapat kelulusan dari Toyota Capital. tak menjadi masalah. Harap jawapan saya dapat membantu. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.
@syazhamid5406
@syazhamid5406 2 года назад
Kiranya Downpayment Perlu di bayar bila dah dapat Chasis No Kereta la kan. Macam kes Saya, Loan dah Lulus & SA suruh Bayar Dulu Downpayment sbb katanya untuk Booking kereta. SA kata Kalau tak bayar, Macamna dia nak Booking Kereta. Padahal awal2 dah bayar 500 lebih untuk Booking fee&Downpayment. Downpayment yang selebihnya ni sbb loan tak Lulus Full Loan. & Bayar Dulu baru p Sign LOU. Tapi No Chasis belum dapat Macamna ya? 😅😬 Betul ka macamtu?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Proses pembelian sebenarnya amat mudah. Masa beli, bayar booking Fi. Dealer dibenarkan ambil booking fi maksima 1% harga kereta. Bayar booking fi dan tandatangan buyer’s order. Pastikan butir-butir model dan varian kereta betul tertulis dalam buyer’s order. Simpan salinan. 2. Dengan buyers order tersebut dan semua dokumen pelanggan, SA dah boleh proses permohonan pinjaman. Bila loan approve, sebenarnya belum boleh sign agreement sampai semua butir-butir kereta dah lengkap. 3. Ini kerana, mengikut akta sewa beli, menjadi kesalahan besar kalau pelanggan di minta tandatangan agreement loan tanpa semua butir butir lengkap tercatit dalam perjanjian seperti harga kereta, nombor casis, nombor engin dan lain lain. 4. Hanya bila kereta dah dapat, baru dealer biasanya keluarkan invoice untuk dapatkan full downpayment dari pelanggan, serah invoice kepada bank untuk dapatkan jumlah loan dan prepare proses pendaftaran kereta. 5. Kalau kereta belum sampai (tak ada nombor casis dan nombor enjin untuk kereta tuan), tak perlu lagi bayar downpayment. Yang saya terangkan ialah prosedur mengikut undang-undang khususnya akta sewa beli. Tuan boleh maklumkan kepada SA. Kalau Tuan ingin panjangkan lagi kes ni, boleh buat laporan kepada Kementerian perdagangan dalam negeri. Akta Sewa Beli dibawah bidang kuasa KPDNKK.
@jue8594
@jue8594 Год назад
Salam bang. Nak tanya kalu processing keta ne betul ke kna byr sampai 2k-3k?
@qayyim5551
@qayyim5551 4 года назад
bro armin, boleh terang apa itu insurans first party/third party. tak faham
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Selamat pagi bro. Dalam konteks insuran, First party tu merujuk kepada pihak yang mengambil perlindungan insuran. 3rd party tu pihak yang terbabit dalam kemalangan. Contohnya, you bawa beli kereta dan insuran (you dinamakan 1st party) kemudian you bawa kereta dan berlanggar dengan Ali (contoh). Ali ialah pihak ketiga. Kalau you ambil 3rd party insuran sahaja - insuran akan membayar tuntutan untuk Ali sahaja sebagai 3rd party. Kerosakan kereta you, you kena tanggung sendiri. Boleh faham ke bro?
@qayyim5551
@qayyim5551 4 года назад
@@ARMINBANIAZ maksudnya kat sini kalau ambil insurans first party, bila terlibat kemalangan. pihak insurans akan cover kenderaan saya dan kenderaan orang yang terlibat kemalangan sekali ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
i am qayy ya betul. Tapi you tengok dulu, kalau salah dia, claim insuran dia. Nanti rugi NCD.
@princesssolace4337
@princesssolace4337 4 года назад
@@ARMINBANIAZ ... Kita punya policy dah patut over haul. High risk vehicle dan owner konsep dah patut adaptive. Tahun bila last review pun tak tahu, yg dia tahu, mintak je bayar itu, ini .... Insurance agent pun bnyk yg kelaut, taknak belajar, ego tak bertempat.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
@Princess Solace., ya betul tu. hopefully we will move to a more flexible scheme. Kebelakangan ni memang dah ada perubahan sedikit dari segi premium tapi masih jauh berbandingkan dengan negara eropah. Kalau di UK contohnya, insuran untuk pemandu muda berumur 21 tahun memang lagi tinggi dari seseorang yang berumur >40 ++ sebab pengalaman dan cara pemanduan berbeza tapi di Malaysia. Semua bayar sama.
@ezorasilver6459
@ezorasilver6459 3 года назад
Tuan sekiranya stock kereta tak ada selama 3 bulan lebih sedangkan loan dah lulus adakah loan tadi terbatal atau perlu mohon loan yg baru
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Selamat pagi Exora, 1. LOU atau letter of undertaking ada tarikh pulut. Ianya hanya sah untuk 30 hari atau sebulan tetapi SA boleh renewkan sebelum tarikh tersebut luput. 2. Selepas 3 bulan, Bank mungkin akan minta bank statement terbaru.
@publicenemy0000
@publicenemy0000 2 года назад
Salam tuan. Saya nak tanya. Okey firstly, Gaji basic saya 2k. Tapi saya ada aeon credit bulanan RM 227 setiap bulan juga. Dah tolak sekali epf socso, tinggal 1582. Boleh ke saya nak apply proton saga standard tapi tanpa penjamin dengan berbekalkan downpayment sekali? Soalan kedua pula, kalau contohnya bank dah approve loan kereta saya untuk bulan ni tapi saya decide untuk bayar downpayment bulan depan, maksudnya saya lambat bayar downpayment, ada effect tak kat loan bank saya? Bank akan reject loan ke?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikumussalam Tuan, minta maaf. Saya terlepas pandang komen Tuan. 1. Untuk kelulusan pinjaman, bank juga akan lihat rekod pembayaran balik pinjaman. Contohnya, Kalau rekod pembayaran untuk AEON kredit tiada tunggakan dan tiada rekod bayar lambat, kredit scoring tuan akan membantu permohonan tuan untuk permohonan pinjaman baru. Kalau ada rekod pembayaran lambat atau ada tunggakan dalam rekod AEON kredit, ia akan menjejas permohonan tuan. Bank juga akan melihat kemampuan tuan untuk membayar balik pinjaman baru. Sebagai contoh, Kalau dalam statement bulanan bank tuan sentiasa ada income (Contohnya RM2000) dan setiap bulan ada baki RM600, dan ansuran kereta saga standard adalah RM500 sebulan, bank mungkin boleh meluluskan pinjaman tanpa penjamin. 2. Kelulusan pinjaman ada tarikh luput. Biasanya 30 hari. Kalau dah lebih sebulan, pengedar perlu renew kelulusan. Prosesnya senang sahaja cuma Kalau lebih 60 hari (setengah bank tetapkan > 90 hari), bank akan minta untuk submit permohonan baru. Maaf sekali lagi Tuan Sebab terlepas pandang dan jawab lambat. Harap saya dapat membantu.
@masniraabuhanifah5419
@masniraabuhanifah5419 Год назад
5&5556565h5
@khairolrazi87
@khairolrazi87 3 года назад
Salam en mcm mne ye klau jurujual janji sebulan blh dpt kereta perodua bezza 2020, bila dah sebulan msih lum dpt byg lgi atau kabar dari jurujual call khidmat plnggan perodua pun lum de kereta kuar atas nama saya diorg suggest tnye pusat jualan yg kita order untuk thu waiting list.adakah ini sistem yg btl?waiting list di kilang atau di pusat jualan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara Khairol. Minta maaf kerana lambat jawab. Saya terlepas tengok komen ni. Biasanya ada 2 waiting list untuk kereta tempahan. Waiting list utama ialah dari segi pengeluaran kereta. Bila kereta keluar dari kilang ia akan diagihkan kepada semua pengedar mengikut laporan dan permintaan pengedar. Waiting list ke 2, apabila kereta telah diagihkan kepada pengedar, pengedar sendiri ada waiting list untuk pembelian. jadi pertamanya, kena tunggu agihan kereta dari kilang dan kemudiannya, kena tunggu kereta mengikut senarai waiting list pengedar. Minta maaf diatas kelambatan jawapan. Kungkin saudara Khairol pun dah dapat kereta. Kereta dah dapat?
@ruzaimahjhamil9069
@ruzaimahjhamil9069 Год назад
salam saya ada 2 soalan 1. sy nak tanya baru kereta sy dah keluar . sy loan kereta baru dgn depo 10k . seblm dtg ambil kereta sa ckp hanya bayar depo 10k , tapi bila dha kt tempat ambik kereta sa ckp sy kena tambah rm1170 utk insuran dan bayaran kereta utk bulan yg sy ambik kereta tu . sy ambik kereta bulan 6 . dan sa ckp sy perlu bayar bulan 8 . tp bila sy tgk kat bank bulan 7 sy kena bayar . sbb dia ada bg due date pembayaran . betul kaa apa yg Sa tu terangkan kpd sy ??? 2. semasa ambil kereta sa hanya mengambil duit 10k tanpa ada sign apa2 borang ? dan sy tidak menerima satu pun borang salinan mengenai pembelian kereta . sekiranya sa tu telah menipu sy apa yg perlu sy lakukan ??
@shahrinbunyamin6301
@shahrinbunyamin6301 7 месяцев назад
Salam sya dri sabah.Nk bli kereta second tapi takut kena tipu stres
@adlanaderi8418
@adlanaderi8418 2 года назад
Tuan, macam mana proses kita sendiri yang jual kereta kepada individu lain.
@azhanfikryy7527
@azhanfikryy7527 3 года назад
Bang selalunya berapa lama bank akan contact kita balik Kalau dah lulus loan ? And macam mana Kita nak tahu kalau loan kita tak lulus ? Sebab 1st time beli kereta terpakai, 4 hari dah tunggu lulus ke tak .
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Biasanya bank akan bagitau permohonan lulus, lulus bersyarat, ditolak atau perlukan dokumen tambahan dalam masa 2 hari hingga 5 hari bekerja. Kalau dokumen kuat dan tak ada dokumen tambahan diperlukan, biasanya dalam 48 jam. Tetapi ia juga bergantung kepada prosessing officer dan SA yang submit kepada bank.
@rosleamin4989
@rosleamin4989 2 года назад
Assalamualaikum..tuan de stu soalan..nk sain agreement luar wakty bekerja..maksud bkn dbank..ada kh itu ok atau tidak?
@Spider_Ireng170
@Spider_Ireng170 3 года назад
salam bos..bagaimana pula kalau yb atau datuk nak beli kereta?step2 dia sama jugak ka dgn mcm org biasa?boleh bagi pencerahan..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam Rizal. Proses dan prosedur untuk YB, Datuk atau VIP sama sahaja. Cuma layanan yang diberi mungkin berbeza.
@nzrlsyfx545
@nzrlsyfx545 2 года назад
Salam boss . Saya nak tnya . Saya ada masalah ccris . Tapi bank dah luluskan loan saya . Harga kereta 24K tapi lulus 22k . So saya kena tambah dlm 2k+ untuk insurans dan roadtax . Kereta terpakai mmg owner lama boleh ambik no plate kereta tersebut dan saya sebagai owner baru kereta tu mmg kena daftar no plate baru ke mcm mne ye ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa'alaikumussalam. 1. Nombor pendaftaran baru owner lama yang akan buat cuma kalau bro nak tempah nombor, bro kena buat sendiri lah. 2. Bila owner lama ambil nombor kereta lama, kereta tu akan ikut running number JPJ. 3. Kos untuk pendaftaran nombor baru, plat nombor baru - ditanggung oleh pemilik lama kecuali kalau pemilik lama memang dah bagitahu dari awal. Cik kena tengok dalam buyers order samada kos tersebut dah termasuk pendaftaran atau tidak.
@zakibonki9096
@zakibonki9096 Год назад
Salam tuan..nak tnya saya ada submit loan untuk beli kereta terpakai yg harga 39k dan down payment 3.5k..sekarang loan dah lulus dealer ckap loan approved 38k..dealer still nak down payment 3.5k..kalau di kira balik dah lebih dari harga kereta asal..bila di tnya balik dia cakap yg harga kereta 39k sbelum ni tidak termasuk road tax insurance..apa patut saya buat tuan..harap dapat penjelasan dari tuan..sbb saya belom sign agreement lagi
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
Wa'alaikumussalam bro. Yang penting, Zaki perlu tengok kepada bill of sale ataupun surat jual kereta. 1. Berapa jumlah bill of sale/Buyers order/surat jual? Biasanya akan ada dua dokumen. satu untuk bank dan satu lagi yang ditandatangani oleh pelanggan.Seperti yang saya maklumkan dalam semua video-video saya, semasa tandatangan dokumen, kena pastikan semua butir-butir caj di senaraikan dan harga jual penuh dipamerkan. Sebab caj-caj tersembunmyi yang selalu menjadi masalah. Memang benar sesetengah dealer tidak memasukkan jumlah insuran dalam harga sebab kemungkinan, pembeli ada NCD dan jumlah insuran akan berbeza. 2. Kalau Zaki dah tandatangan dokumen harga penuh RM39,000 dan downpayment yang di minta RM3,500. Jadi loan yang dipohon sepatutnya berjumlah RM35,500. Rujuk kepada dokumen bill of sale atau buyers order untuk memastikan harga beli. 3. Kalau harga beli dah berubah, dan tiba-tiba pengedar minta duit lebih, saudara ada 2 pilihan.(a) batalkan sahaja pembelian dan minta refund (Pengedar perlu kembalikan duit pendahuluan termasuk duit booking). (b) boleh fail komplen kepada KPDNKK- Tribunal Pelanggan. 4. Pastikan dahulu dokumen pembelian yang saudara setuju semasa pohon pinjaman dan bertiindak berdasarkan dokumen. 5. Kalau perlu penjelasan lanjut, tinggalkan komen. Minta maaf, terlambat balas. Semoga dapat membantu
@ellyomei9629
@ellyomei9629 3 года назад
jelaskan cara2 utk dptkan kelulusan pinjaman dr bank bagi ctos ctriss
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Good morning @Elly Omei. Maaf saya kurang faham soalan. You nak tahu kriteria kelulusan pinjaman dari segi ctos dan ccris ke atau macam mana nak dapatkan pinjaman kalau ada masalah ctos dan ccris?
@iskandarhaikal215
@iskandarhaikal215 3 года назад
Assalamualaikum . . Selepas dapat kol interview dari bank , berapa lama lagi kena tunggu jawapan dari bank approve or tak tuan ?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikumussalam Saudara Iskandar, 1. Kebiasaannya apabila Bank dah call untuk interview, status permohonan akan dimaklumkan dalam masa 48 jam. samada lulus, atau tak lulus atau memerlukan dokumen tambahan. 2. Bila pegawai Bank call, tolong catat nama beliau dan contact number. 3. Bro, Minta maaf diatas kelewatan reply komen.
@hasta_zzz
@hasta_zzz 4 года назад
kalau different bank ada different interest rate ? boleh kita choose bank utk loan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Good morning Arvind. Yes you can. Which bank you choose for financing, is your choice. You can also apply direct to whichever bank you prefers.
@abepidotap8713
@abepidotap8713 3 года назад
Asalammualikum, nak bertnya lah, if loan Kita sudah lulus, tapi Kita tidak jadi untuk ambil kereta, so apa Kita patut buat ye?....
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikummussalam Saudara Muhammad. Kalau tak jadi ambil kereta, boleh hubungi Bank untuk batalkan pinjaman yang telah diluluskan. Tak perlu bayar apa-apa penalti.
@liyanasobbri2419
@liyanasobbri2419 3 года назад
Assalamualaikum tuan.. ade pertanyaan.. boleh jadi ke kereta yg baru yg telah di tempah last minute customer cancelled sbb nk tukar kereta lain? Padahal kereta dh siap tggal nk ambil je? So ada masalah tak jika kte beli kereta yg baru yg telah ada no plat tersebut??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikumussalam Saudari. 1. Ye memang pernah terjadi beberapa kes customer cancel selepas sudah didaftarkan. Ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebab yang biasa seperti customer ada tempah nombor pendaftaran tapi SA daftar nombor lain. Ada juga customer yang 'bad luck' dengan nombor 4 contohnya dan SA daftar pakai nombor 4. Ada juga kes, customer cancel sebab ada kecacatan pada kereta. Ada juga yang cancel sebab waktu tempoh yang dijanji untuk didaftarkan melebih tempoh janji 2. Cik Liyana kena tanya kereta dah didaftarkan atau belum. Kalau kereta telah didaftarkan, ianya dah termasuk dalam kategori terpakai. Jadi hari kereta terpakai lebih murah dari harga kereta baru. Makna kereta dah berdaftar ialah apabila kereta dah ada nombor pendaftaran (no plat) & cukai jalan. 3. Kalau Cik Liyana nak beli kereta terpakai, tak jadi masalah tetapi harga kena lagi murah dari harga kereta baru. 4. Cik Liyana juga kena check betul betul keadaan kereta (tiada modifikasi) dan kalau kereta masih dibawah warranty. Harap saya dapat menjawab soalan Cik Liyana. Kalau perlu penjelasan lebih lanjut, boleh tinggalkan pesanan. Terima kasih.
@liyanasobbri2419
@liyanasobbri2419 3 года назад
@@ARMINBANIAZ trime kasih atas fully explaination tuan.. tp kalau kata customer cancelled sbb kecacatan, boleh ke SA jual kereta tersebut? Then.. kalau harganye still sama dgn kereta baru tp ade diskaun so kira takde masalah la kn tuan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@liyanasobbri2419 Kalau pembeli sebelum ini batalkan pembelian sebab kecacatan, kereta tersebut masih boleh dijual tetapi dengan syarat segala kecacatan mesti di tunjuk kepada pembeli baru (kalau ada). 2. Ini menjadi salah satu kriteria dalam pindaan Akta Sewa Beli yang memaklumkan penjual harus menyenarai status kenderaan dan pembeli mesti menerima kenderaan dalam bentuk yang dipersetujui. Kalau kecacatan tersebut tidak di maklumkan, pembeli boleh bawa penjual ke mahkamah. Tetapi ini menyusahkan pembeli, jadi nasihat saya untuk inspect kereta tersebut betul-betul sebelum beli. Kalau boleh bawa mekanik sekali. 3. berkenaan dengan harga dan diskaun, kereta yang dah berdaftar walaupun tiada kecacatan masih dianggap kereta terpakai dan harga kereta terpakai tidak akan sama dengan harga kereta baru (kecuali kalau pendaftaran kereta tersebut hanya beberapa minggu atau paling lama 3 bulan- Bank mungkin masih boleh tawarkan jumlah pinjaman seperti kereta baru). Jadi boleh bincang dengan pengedar untuk dapatkan diskaun yang secukupnya sebab bila Cik nak jual nanti, harga kereta pun menjadi lebih murah kerana telah menjadi pemilik kedua. Harap dapat membantu. kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.
@muhdsyarif64
@muhdsyarif64 3 года назад
Salam abg klau aply loan untuk kereta terpakai tpi tiada lesen boleh ke?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam Saudara Shariff. Lesen Memandu tidak menjadi syarat kelayakan untuk pinjaman. Tak ada lesen tak menjadi masalah untuk apply loan.
@ezrin9254
@ezrin9254 3 года назад
Assalamualaikum tuan armin. Mcm mana pulak bila introducer fee tu tak dibayar even selepas dapat kereta? Sebab SA janji selepas kereta dapat ke tangan customer tapi sebaliknya yang jadi? Mohon pencerahan tuan armin 🙏🙏🙏
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara Ezrin. 1. Biasanya saya cadangkan untuk buat arrangement dengan Pengurus keatas (seelok-eloknya dengan Pengarah) untuk Introducer fee untuk mengelak SA tidak menunaikan janji. 2. Tetapi kalau dah buat arrangement dengan SA, cuba berjumpa dengan Pengurus dan maklumkan kepada Pengurus perjanjian yang saudara Ezrin dah buat dengan SA. 3. Kalau Pengurus tidak mengambil tindakan, hubungi Pengarah syarikat. 4. Kebiasaannya Pengurus akan masuk campur sebab ia memerlukan dan mempunyai sales target dan Pengarah akan cuba elak sebarang negative comment dari public. 5. Kalau masih gagal, viralkan perkhidmatan yang tidak memuaskan dari SA dan Pengedar tersebut supaya orang ramai tidak ditipu lagi. Saya harap Saudara Ezrin dapat introducer fee yang dijanjikan. All the best bro.
@ezrin9254
@ezrin9254 3 года назад
@@ARMINBANIAZ Terima kasih tuan armin 👍👍
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@ezrin9254 Sama-sama bro. Semoga semua selamat Inn Sya Allah
@amirakmal8458
@amirakmal8458 Год назад
salam tuan saya beli kereta fd thun 2007 harga kereta tu 38k deposit saya 7k tpi saleman bagithu saya bila bank call suruh jawab harga kereta 44k deposit 4k adakah sya kena tipu dengan saleman atau mmg mcm tu tips dia..mohon jawab tuan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
Wa’alaikumussalam Amir. Biasanya salesman akan submit loan tinggi untuk dapat jumlah pinjaman yang tinggi tapi Amir dah bayar downpayment tinggi sebanyak 7kz Jadi tak perlu markup harga kereta. Nasihat saya, Kalau bank call, bagitahu bank Amir nak loan RM31k sahaja dan maklumkan jumlah deposit dah bayar 7k.
@amirakmal8458
@amirakmal8458 Год назад
@@ARMINBANIAZ ok terima ksih bnyk ii tuan , tpi salesman tu kta jwb mcm tu tkut plk kalau jawab lain nnti ...adakah sya perlu jwb mcm tuan ckp
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
@@amirakmal8458 boleh maklumkan kepada Salesman kata you nak perjanjian pinjaman kereta dengan bank untuk pamerkan harga kereta yang sebenar termasuk dengan jumlah deposit yang Amir bayar sebab Amir sebab Amir nak jumlah pinjaman yang rendah cukup dengan deposit 7000’yanh dibayar.
@iwatching107years6
@iwatching107years6 3 года назад
salam semua.. mintak tlg pencerahan.. sy nk beli kete baru tapi kluaran kereta bulan 12 tahun 2019 dan kereta tu saller ckp dah ada no plat (dah didaftar) tapi saller ckp kereta tu baru xde owner.. ini normal ke? atau kereta tu 2nd or recon? atau itu mmg law JPJ? harap sgt ade yg sudi jelaskan.. tq all
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara. Maaf, terlepas pandang komen ni dan terlambat reply. 1. Keluaran kereta bermakna tahun diperbuat. Tahun kereta diperbuat boleh berbeza dengan tahun didaftar. Contohnya, saudara beli kereta baru tahun ini tetapi tahun diperbuat (kereta dikeluarkan dari kilang) pada tahun 2019. Kereta tetap baru tetapi nilai kereta akan mengikut tahun kereta diperbuat. 2. Kalau dah ada nombor plate, ini bermakna kereta telah di daftar dan telah masuk kategori kereta terpakai. Nilai dan jumlah pinjaman akan mengikut kategori kereta terpakai. 3. Kalau kereta dah berdaftar dengan nombor plate bermakna, kereta telah didaftar diatas nama pemilik dan telah mempunyai pemilik. Mustahil kereta didaftar tanpa pemilik. Untuk pendaftaran, JPJ memerlukan butir-butir pemilik. 4. Kereta recond bermakna kereta terpakai yang di import masuk ke Malaysia. Kalau kereta recond, ia juga perlu didaftarkan di Malaysia untuk memiliki nombor plat (rujuk kepada no 3 diatas). 5. Kereta 2nd hand atau kereta terpakai bermakna kereta telah di daftar di Malaysia. Kereta baru bermakna kereta yang belum didaftar di Malaysia. Harap jawapan saya dapat membantu Saudara. jika perlu apa-apa maklumat tambahan, boleh tinggalkan pesanan. Terima kasih dan maaf sekali lagi kerana terlambat jawab. Salam
@iwatching107years6
@iwatching107years6 3 года назад
@@ARMINBANIAZ terime kasih atas penjelasan.. sgt2 jelas dan faham.. terime kasih encik
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@iwatching107years6 Sama-sama Saudara. Semoga dipermudahkans segala urusan.
@carljuan
@carljuan 2 года назад
Sekarang Sst & GST termasuk tak dlm used car?
@cikti2204
@cikti2204 4 года назад
Terima kasih tuan..very details explanation..saya ada soalan, cthnya kalau gaji melalui bank A..duit keluar masuk pun kat bank A dan ada saving di bank B..perlu ka untuk saya submit statement bank B juga?..thank you in advance.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
siti hairuz, Salam Cik Siti. Kalau baki dan deposit setiap bulan di Bank A mencukupi untuk pembayaran bulanan pinjaman yang dipohon, tak perlu memberi statement untuk saving account di Bank B. Tetapi kalau baki dalam akaun setiap bulan kurang dari expected bayaran bulanan pinjaman yang dipohon, lebih elok untuk bagi sekali statement saving akaun di Bank B untuk menyokong kuat permohonan pinjaman.
@cikti2204
@cikti2204 4 года назад
@@ARMINBANIAZ Ohhh..faham²..ok terima kasih tuan utk jawapan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Sama-sama. Semoga berjaya mendapat pinjaman untuk beli kereta. Salam
@nurhayatihussin2355
@nurhayatihussin2355 3 года назад
Hai .. nak tanya kalau nak tukar kereta sebelum tandatangan loan boleh ke tak ya...
@munzirazizi6695
@munzirazizi6695 2 года назад
Assalamualaikum..saya nak beli kereta baru tapi bank reject loan sebab takde rekod hutang wlhal gaji saya lebih dari 3k..Memang sy tak buat hutang pun tp pernah beli kereta 12 tahun lepas. Macam mana nak selesai masalah ini ya?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikumussalam. Ya betul. Ramai juga yang ada masalah ni. Bank kredit skoring memberi penekanan terhadap trend dan sejarah pembayaran. Saya cadangkan Saudara appeal kepada Bank. Biasanya bank akan pertimbangkan.
@mr.m9535
@mr.m9535 3 года назад
Assalamualaikum tuan.. Berikut soalan sy:- 1. Untuk proses transfers ncd siapa yg perlu buat sebenarnya? Sy disuruh oleh SA utk pergi sendiri ke syarikat insurans sblum ini utk membuat withdrawal. Adakah kos ini ditanggung oleh sy atau pengedar? Katanya lg jika nak SA buat, pembeli kena byr wang tambahan. 2. SA juga meminta sy pergi sendiri ke pejabat sale n purchase utk tandatangan aggrement. Sy merasakan mengapa proses membeli kereta ni mcm susah shj. 3. SA juga memberitahu harga insurans mahal sedikit berbanding market value. Bukankah insurans sepatutnya mengikut harga terkini dan sy agak tidak bersetuju.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara. berikut sedikit penjelasan. 1. Kebiasaannya kalau insurance diambil bersama dealer, dealer akan membuat semua proses berkenaan dengan insuran termasuk mendapatkan NCD. Prosesnya senang sahaja dan tidak membabitkan apa-apa kos. Mana-mana ejen insuran boleh memeriksa syarikat insuran yang melindungi kereta saudara (kalau saudara terlupa atau tidak tahu). 2. Untuk menandatangani perjanjian pinjaman dengan Bank, saudara memang kena hadir sendiri (dipejabat Bank) untuk pengesahan thumbprint MyKad. SA yang berpengalaman akan membawa saudara ke bank tersebut. Juga pernah terjadi pegawai bank yang pergi bertemu pelanggan untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Walaupun tidak dibenarkan Akta Sewa-Beli tapi saya juga tahu sesetengah Bank membenarkan pengedar (dan pengedar membenarkan SA) untuk mendapatkan perjanjian pinjaman dari Bank untuk ditandatangani oleh pelanggan dirumah/pejabat pelanggan atau di tempat pengedar (tetapi sebenarnya ini salah dari segi prosedur). 3. Harga premium insuran kereta baru bergantung kepada jumlah pinjaman (bukan kepada market value). Kalau pinjaman tinggi (contoh markup harga untuk loan tinggi), premium insuran menjadi lebih mahal. Kalau Saudara nak premium yang lebih murah (lebih kurang 10% perbezaan, saudara boleh berunding terus dengan syarikat insuran dan tak perlu ambil dengan pengedar atau ejen). Pengedar atau SA tidak boleh memaksa SA untuk mengambil insuran dari pengedar (ini menyalahi Akta Persaingan (Competition Act). tetapi kalau ambil insuran sendiri, jumlah pinjaman dari Bank akan menjadi kurang kerana harga kereta ditolak dengan harga insuran.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@MrMachoman Blasty, saya harap penjelasan saya dapat menjawab soalan saudara. kalau perlukan apa-apa penjelasan lanjut, boleh tinggalkan pesanan.
@mr.m9535
@mr.m9535 3 года назад
@@ARMINBANIAZ terima kasih tuan.. Bg soalan 2 sy dah jelas. Soalan lanjutan bagi soalan 1. SA memberitahu sy bahawa kos withdrawal ini pernah dibuat olehnya utk customer lain tp tiba2 customer tak jd beli so dia tidak mahu perkara itu terjadi pdnya sekali lg. Adakah benar situasi ini? Lanjutan soalan 3, maknanya customer boleh pilih insurans sendiri? Tp bagaimana pula dokumen yg diperlukan sedangkan segala dokumen ada pd SA dan jika SA tidak bersetuju (kerana mungkin dia x dpt komisen) bagaimana mana pula. Tq tuan
@mr.m9535
@mr.m9535 3 года назад
1 lg tuan.. Sy ada meminta wife sy utk recommended sy beli kereta berkenaan dan meminta komisen dr SA dan SA memberitahu bahawa wife sy akan menerima sejumlah. Adakah disebabkan itu, layanan SA tersebut seolah2 tidak bagus dan cuba utk mencari keuntungan yg lain seperti situasi di atas. Tq.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@mr.m9535 , 1. Untuk mendapatkan NCD, tiada membabitkan apa-apa kos dan kenyataan SA tu tak berapa professional. Ianya boleh dibuat secara online atau semakan melalui system oleh ejen insuran. 2. Soalan lanjutan untuk no 3 - ya pelanggan boleh memilih insuran tersendiri. Hanya perlu butir-butir model, jenis, no casis dan no enjin sahaja untuk (kalau kereta baru) untuk mendapatkan insurance. SA atau pengedar tidak boleh tak setuju. ini hak pelanggan. Kalau dia masih berdegil, boleh buat laporan dengan KPDNKK, pihak bank dan juga Malaysia Competition Commission (MyCC). Nanti kalau ada kelapangan masa saya buat satu video cara untuk membuat laporan kepada pihak-pihak tertentu.
@naqibimranruslan7726
@naqibimranruslan7726 4 года назад
Salam tuan. Saya nak tanya, 1) untuk beli used car adakah memang perlu downpayment 10% atau boleh untuk full loan? Or adakah "full loan" itu mark up loan dr company used car tersebut. Saya ada tanya kereta yg berharga RM27k cash, loan RM29k. Tp bila tambah² kononnya jadi RM36k sebab tanya untuk full loan. 2) adakah boleh kita sebagai pembeli membeli kereta dari company used car tp menjalankan proses loan dgn bank sendiri? Untuk mengelakkan caj² tambahan yg tak masuk akal dr dealer used car. TQ in advance
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara Naqib. Saya ada sediakan satu youtube video untuk pembelian kereta tanpa deposit/downpayment (full loan dan harga mark-up) di sini -> ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-THR2KfAfBh0.html Semua soalan saudara terjawab dalam video tu secara terperinci termasuk dengan rujukan akta. Secara ringkasnya, jawapan saudara saya rumuskan seperti dibawah. 1. Mengikut undang-undang kalau kita pohon pinjaman, memang pembeli kena bayar downpayment minima sebanyak 10% . Used car akan membuat jumlah harga palsu iaitu harga mark-up, supaya mendapat pinjaman tinggi bersamaan dengan harga jual kereta. Sesetengah penjual kereta mengenakan caj tambahan untuk membuat mark up loan dan ini sebenarnya adalah satu penipuan sebab proses untuk memohon pinjaman samada 90% atas harga jual atau 90% atas harga palsu (harga mark-up) adalah sama. Harga RM36k tu mungkin harga palsu yang di gunakan untuk memohon pinjaman tapi tak bermakna used car tersebut menjual kereta dengan harga tersebut. Saudara boleh meminta used car untuk menjelaskan harga jualan sebenar dan untuk memohon pinjaman diatas harga jual kereta (bermakna full loan). 2. ya boleh, saudara boleh memohon pinjaman sendiri tanpa melalui used car. Minta Buyer's Order dari syarikat used car tersebut dan pohon terus dari kenalan Bank atau mana-mana bank. Kalau used car tak setuju (kemungkinan kerana used car tidak ada fasiliti bank dengan bank yang bukan panel), cari used car lain. Kebiasaannya, used car ada PBT fasiliti dengan bank dan jika pembeli menggunakan bank yang bukan panel used car, used car tersebut akan mengalami masalah cashflow jadi dia tidak membenarkan pembeli membuat permohonan sendiri. 3. Caj-caj tambahan boleh dirunding dengan used car. Nasihat saya, runding betul-betul dengan used car dan jangan terdesak dan terburu-buru untuk membeli kereta. Kalau terma saudara tidak diterima atau tidak boleh dirunding, cari used car lain. Banyak kereta di pasaran. Sekarang ni Pasaran Pembeli. Kuasa pembeli ditangan pembeli. Semoga selamat membeli kereta baru. Dah beli nanti, jangan lupa kongsi pengalaman. Terima Kasih.
@naqibimranruslan7726
@naqibimranruslan7726 4 года назад
@@ARMINBANIAZ terima kasih tuan. Saya dalam proses membeli kereta. Untuk beli kereta baru dr proton/perodua mungkin tak lepas dgn gaji basic 2k. So saya opted untuk beli used car. Jika dah beli saya akan kongsikan disini. Untuk soalan ni saya minat dgn suprima s dr satu used car dealer. Harga diberi 36k siap semua. Harga cash 28k. Tp bila ditanya bulan² dlm RM470 yg mana saya rasa agak tinggi. Bila saya bandingkan dgn interest rate normal loan kereta proton agak tak munasabah. Mungkin boleh jadi rujukan golongan² muda yg baru hendak membeli kereta pertama.
@Amir-yd5jx
@Amir-yd5jx 4 года назад
@@naqibimranruslan7726 macam mana bro dah keluar kereta ke
@serbanputih86
@serbanputih86 3 года назад
slm tuan tq sbb buat video ni soalan sy bank bru reject loan sy utk ambil kreta 2nd sbb sy tiada komitment tiada rekod pembayaran,mmg btul sbb sy mmg tiada apa2 pnjaman bank, adakh itu mnjadi msalah utk buat pnjaman bank ,dokumen smua lngkap gaji bersih tnggi...sy pn x fham apa yg bnk nak sbnarnya
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam @mr alakazambo. Ya salah satu kriteria rating kredit skoring dari bank ialah untuk melihat rekod dan sejarah pembayaran pinjaman. Seseorang yang tiada rekod pembayaran pinjaman dianggap high risk (sebab tiada rekodd an tiada sejarah komitment pembayaran). Nasihat saya, walaupun tidak perlu, ambil sahaja kredit kad (yang tiada caj tahunan) untuk menunjukkan disipline penggunaan kredit. Tetapi tidak semua bank akan reject terus seseorang yang tiada rekod pinjaman. boleh cuba pohon pinjaman kereta di bank lain.
@anieqsuhaimi4037
@anieqsuhaimi4037 3 года назад
saya pun kena mcm tu, x faham saya.
@wankamalstory
@wankamalstory 4 года назад
Selamat sejahtera tuan.. Mcm mana ye kalo kita dah mohon nak beli kereta dekat kredit, lepas tu ia diluluskan tinggal nak sign aje tapi tiba2 kita ubah fikiran nak cancelkan boleh tak? Macam mane tu,Apa akan jadi ye?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
KILLJOY77 , tak ada masalah dan tak perlu bayar apa-apa Fi atau penalty kalau perjanjian dengan bank belum ditandatangani. Boleh cancel. Tak perlu risau.
@CarLSaranG
@CarLSaranG 3 года назад
Tapi kalau dah sign borang kat used car & tumb print macam mana tuan? ada masalah tak kalau nak batalkan?
@sadarnahasan1605
@sadarnahasan1605 2 года назад
Salam . Boleh jadi ke pengedar bagi kereta yg dah terpakai pada hal yg kita nak kereta baru dari kilang.
@umarhakimautismboychannel9454
@umarhakimautismboychannel9454 2 года назад
Tuan armin ..saya dh sain arregment dari toyota capital tp penjamin ..bank saya xlps kena grantor..interest 4.6% otr 43,981. Loan 42,300 =1681gear up 150=depo 1831.00-rm600(saya dh bayar)=baki 1231.00. Soalan berapa kah bulanan sebenar yg perlu saya bayar?soalan2)saya rasa interest sgt tinggi dan bagaimana nk kurangkan amount?saya ada personal loan aeon credit dan nk wat early settelment bln ni..soalan)klu saya settle personal loan saya bole x saya buat arregment baru supaya saya bole dapat interest rendah tuk kereta?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Salam Bro. 1. Loan RM42,300 @ 4.6% Berapa lama tempoh pinjaman? 2. Interest dengan syarikat kredit memang lebih tjnggi dari Institusi Bank. Toyota Capital ialah syarikat kredit. 3. Untuk kurangkan interest, Tuan boleh selesaikan dahulu pinjaman dengan AEON credit kemudian pohon untuk dapatkan pinjman sewa beli dengan bank. 4. Seelok-eloknya settlekan pinjaman dengan AEON credit dan tunggu 3 bulan sebelum pohon pinjaman dengan Bank dan pastikan baki dalam akaun setiap bulan tinggi. Segala pembayaran bill atau perbelanjaan, tunggu awal bulan supaya sentiasa ada baki dalam bank statement 👌🏻 Harap jawapan dapat membantu.
@umarhakimautismboychannel9454
@umarhakimautismboychannel9454 2 года назад
@@ARMINBANIAZ 9tahun tuan..td baru je saya bayar depo payment baki rm1231 pada dealer..adakah saya kena bayar lagi lain2 caj semasa kereta diterima?saya perempuan tuan..saya buat loan tuk bezza x1.3
@umarhakimautismboychannel9454
@umarhakimautismboychannel9454 2 года назад
Lagi satu soalan tuan..rebate ni terletak pada promotion ke atau sekarang mmg kerajaan yg sendiri beri rebate..
@faizaziz7009
@faizaziz7009 2 года назад
Salam tuan, saya hendak bertanya, 1) harga kereta sy beli 60k, nk pinjam loan 40k dan deposit sy 20k, tpi dlm LOU atau aggremt kereta sy bernilai 66. Bkn kah jika sudah ada deposit tak perlu markup loan?? 2) loan yg sy buat ialah ambank, sa kata loan ambank wajib ambik auto insurance@mrta. Adakah mrta itu termasuk atau tidak termasuk dlam loan??
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikumussalam Saudara Faiz, 1. Kemungkinan harga kereta RM66k tetapi ada overtrade diskaun atau ada promosi. Cik kena rujuk dengan brochure kereta dan pastikan model variant sama seperti dalam perjanjian. 2. HPRTA tak wajib tapi saya galakkan ambil sebab apa-apa boleh terjadi kepada kita samada kemalangan atau Covid. Jadi keluarga kita tak dibebankan dengan hutang kita. Biasanya Kalau dah pilih pinjaman dengan HPRTA ianya dikira sekali semasa permohonan pinjaman sama seperti MRTA. Tapi ada juga Bank/syarikat insuran yang minta bayaran asing untuk HPRTA. Kalau tak nak, tolak je. Bank tak boleh paksa 👌🏻
@miaraffy7798
@miaraffy7798 3 года назад
Assalamualaikum nk tye. Klu nk byr downpayment kita kena mintak no casis kereta atau tak perlu yer? Sebab takut scammer
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam. Soalan yang bagus. 1. Kalau salesman dah minta bayar baki down payment, bermakna kereta dah ada. Jadi lebih selamat Kalau buyer minta nombor casis sebagai bukti kereta memang dah ada. 2. Kalau kereta tak ada, booking fi sudah memadai sebagai confirmation tempahan. 3. Meminta nombor casis ni bukan SOP dan terpulang kepada pembeli untuk minta atau tidak. 4. Nasihat saya, pembeli patut diberi butir-butir nombor enjin dan casis semasa meminta prmbayaran baki downpayment.
@maarofrazif2287
@maarofrazif2287 2 года назад
Nk tnye semasa allocated kite boleh mnta number chasis ye
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Bila kereta dah ada & dah allocate kereta, boleh minta. Dah allocate, maknanya dah ada kereta 👍🏻
@yuzhongsoldier6563
@yuzhongsoldier6563 Год назад
bang saya just nk tahu,betul ke cara saya byr downpayment,saya ada submit loan kereta baru proton saga dekat amir auto mobile,saya bayar cash downpayment dekat dia 15k dan loan sudah lulus,skrng dah 7bulan kereta belum dpt lagi,betul ke cara saya bayar down payment tu???mintak jasa abg tlg jawab t,kasih bang
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
1. Amir auto mobile bukan pengedar sah Proton Edar kalu tak silap. Adik ada pergi ke showroom dia tak? 2. Downpayment tak perlu bayar kalah kereta belum dapat. Untuk tempahan, bayar booking fee sahaja. Maksima yang dealer boleh kutip, hanya 1% harga kereta. 3. Downpayment biasanya dibayar bila kereta dah sampai. Bukan bila loan lulus. 4. Adik boleh minta balik refund untuk pembayaran yang dah dibuat. RM15k banyak tu dan tak perlu dibayar sebelum ada kereta. Harap KWAP am saya dapat membantu.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ Год назад
Maaf Dik, Abang terlambat reply.
@tonggas3211
@tonggas3211 2 года назад
Assalamualaikum tuan. Sya nk tanya. Sya dh sign Lo. Sekiranyaa keta tu sya dapat dlm contohnya 3 @ 4 bulan lewat, boleh ke kalau syaa cancelkn agreement tu? Perlu bayar apa2 caj ke sbb cancel?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikummussalam. Tak ada masalah untuk batalkan tempahan dan semua pembayaran perlu di kembalikan.
@tonggas3211
@tonggas3211 2 года назад
@@ARMINBANIAZ ouh. maknanyaa sekiranya sya bgtau untuk cancel agreement yg saya dah sign, saya tak kena apa2 tindakan la kan sama ada di blacklist ke apa ke
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
@@tonggas3211 ya bro. Tak ada rekod senarai-hitam dan tak ada masalah. Tak perlu bayar apa-apa Tapi pengedar boleh kenakan sedikit caj dari duit booking. Tak banyak.Kalau tak silap dalam 10-15% dari duit booking. Duit booking yang dibenarkan kutip pun tak banyak. Dalam video ada saya perincikan dengan rujukan akta.
@standieshawn8227
@standieshawn8227 3 года назад
Nak tanya klu mcm saya da buat loan kereta tu dekat bank lepas tu saya nak cancel mcm mna yer saya da bagi tahu dekat owner kedai tu saya nak cancel tapi dia cakap ok2 tapi tak tahu la dekat Bank tu bole cancel ke tak and saya belum sign agreement lagi 😅😅
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Hi @Standie Shawn, loan tu dah lulus ke belum? Kalau loan dah lulus dan LOU dah keluar, LOU tu sah laku untuk 30 hari sahaja. lepas tu kena renew. Kalau kereta tak didaftarkan dalam jangkamasa tu LOU tu kena diperbaharui atau terus luput. Jadi tak menimbulkan masalah. Kalau loan belum lulus dan/atau dah lulus,, tak perlu apa-apa tindakan untuk batalkan.
@muhdalif1872
@muhdalif1872 2 года назад
Hi harap dapat reply saya cepat ye terimakasih sangat, saya apply full loan beli kereta honda city baru dan dah diluluskan loan, dan esok dah kena datang utk sign agreement di bank, adakah saya perlu keluarkan apa2 kos/duit dalam tempoh sebelum saya dapat kereta saya tu? Tq😊
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Full loan bermakna harga loan sama atau kebun harga Beli kereta. Saya tak pasti Berapa jumlah loan yang Alif dapat kelulusan dan Berapa harga kereta. Tapi Kalau dah a dapat full loan, bermakna dah tak perlu bayar apa-apa bayaran. Sign agreement & dokumen, lepas daftar, dah boleh ambil kereta 👌🏻
@ashraffakri5302
@ashraffakri5302 4 года назад
Tuan ada masalah ke kalau beri kereta cash amount above 100K. in term of tax etc.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Tak menjadi masalah untuk membeli kereta berharga lebih RM100k ke atas, secara tunai. Membeli kereta mewah secara tunai menjadi satu kepercayan mitos yang LHDN akan menyiasat punca pendapatan seseorang apabila seseorang mendaftar kereta mewah yang dibeli tunai.
@sabariyahsakana775
@sabariyahsakana775 3 года назад
Slm tuan,sy mau tanya duit fee atau booking sekiranya kereta telah datang ke tangan sy adakah duit fee tu akandkembalikan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikumussalam saudari Sabariyah. Saya kurang faham soalan. 1. Booking fee biasanya dibayar sebagai tempahan dan jumlah yang dibayar itu akan ditolak dari harga beli kereta. 2. Jadi jumlah booking fee + down payment + Jumlah pinjaman = Harga jual kereta seperti yang diiklankan. Adakah itu soalan Saudari?
@wilfredwilfred9260
@wilfredwilfred9260 2 года назад
👍👍👍 info ✨👍👍👍👍✨👍✨
@eapulxofficial5145
@eapulxofficial5145 2 года назад
kalau bank dh interview kita.. ada kah peratus untuk lulus tu tinggi
@gsaucewclee8943
@gsaucewclee8943 2 года назад
Tuan, nak tanya, process pendaftaran ni , dealer kena bawa kereta ke jpj sekali? Dealer saya cakap dia nak buat pendaftaran dan suruh saya pergi ke dealer untuk settle baki downpayment. Tapi dia kata kereta akan sampai 1-2 minggu
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Selamat pagi Tuan, 1. pendaftaran dibuat secara online sekarang. Kereta tak perlu di bawa ke JPJ. Kalau perlu buat interchange number, kena bawa ke puspakom Bukan JPJ. 2. Kalau perlu bayar baki downpayment, bermakna kereta dah ada. Tuan boleh minta nombor casis dan nombor enjin kereta Tuan. Kereta mungkin belum sampai tapi nombor casis dan nombor enjin mesti dah ada. Kalau tak ada nombor casis, tak perlu bayar baki downpayment. 3. Bila buat bayaran, elak baye cash. Bayar secara online payment kepada BANK AKAUN PENGEDAR. Mesti atas nama syarikat Pengedar. Rujuk pada dokumen buyers order untuk tahu nama penuh syarikat. Harap jawapan saya dapat membantu. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.
@mohdshafiq9448
@mohdshafiq9448 2 года назад
Salam tuan sy nak tnya utk proses ke 4 boleh ke dri situ kita runding harga kereta dgn seller utk used car? And second question jika loan dah approved and customer rse tak berkenan boleh ke tukar kereta lain. Thanks in advance
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikummussalam. Bro, 1. Kalau nak runding harga seelok-eloknya, runding sebelum used car mulakan proses permohonan pinjaman. Used car tak macam OEM, tenaga kerja terhad. Bila mereka dah buat kerja, susah sikit nak runding harga. 2. Untuk used car, semasa pernohonan pinjaman di proses dengan institusi kewangan, kereta yang dijual memang dah siap dan ready. Sesetengah bank akan inspect kereta dahulu sebelum meluluskan pinjaman berbeza dengan kereta baru di mana pinjaman diluluskan walaupun stock kereta belum ada. 3. Bila loan dah lulus, pembelian boleh dibatalkan Kalau kita mengikut kepada akta. Kalau bayaran pendahuluan dan down payment dealer tak kembalikan, pelanggan boleh buat laporan ke tribunal pengguna. Tetapi untuk tukar model kereta terpakai yang lain, ini bergantung kepada budi bicara used car dealer sebab proses permohonan untuk pinjaman kereta terpakai ia khusus untuk sesebuah kereta terpakai yang dijual. Ini bermakna, proses pembelian Kena start balik dari mula termasuk permohonan untuk pinjaman. 4. Disebabkan proses dan kerja lebih dan double kalau pelanggan nak tukar kereta, used car dealer mungkin akan mengenakan bayaran tambahan. Tapi ini terpulang kepada budi bicara bersama used car dealer. Harap jawapan saya dapat menjawab soalan tuan. Kalau perlukan penjelasan tambahan, boleh tinggalkan komen.
@mohdshafiq9448
@mohdshafiq9448 2 года назад
@@ARMINBANIAZ terima kasih tuan atas penjelasan
@rafraffaill9032
@rafraffaill9032 3 года назад
Salam tuan..nak tanya saya beli kereta second.. Loan lulus..tapi tak boleh register sebab pkp. So harini SA cakap dah boleh register..SA suruh sain dulu agrement .kereta pulak tak boleh ambil..katanya..kena awal sehari dari bank..memang macam tu ke prosedur beli kereta second..bukan ke bila sign agrement terus boleh ambil kereta..minta pencerahan..takut kena lipak dengan SA.
@naraqilzid1594
@naraqilzid1594 2 года назад
Hey bro, any update?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa'alaikumussalam Saudara Raf. Sorry saya tak nampak komen ni. Baru terbaca. 1. Nak tandatangan hire-purchase agreement dari Bank tak ada masalah sebab dalam agreement tu ada diperincikan butir-butir kenderaan dan harga jual serta pembayaran terhadap kereta. 2. BIla dah sign agreement dengan bank, Bank akan keluarkan e-hakmilik tuntutan keatas kereta tersebut dan apabila kereta dah tukar nama dan tuntutan bank dah dibuat, baru penjual dapat bayaran dari Bank (untuk jumlah loan). 3. Penghantaran kereta terpulang kepada budi bicara penjual. Sebenarnya tak ada masalah nak bagi kereta bila dah sign perjanjian tetapi kadang kadang ada masalah yang timbul sebelum semasa atau sebelum proses tukar hak milik dan penjual mungkin perlu berhubung dengan pelanggan samada untuk menandatangani apa-apa dokumen tambahan dan sebaliknya. 4. Jadi setengah penjual lebih selesa untuk release kereta bila semua proses dah selesai. 5. Ini semua diatas budi bicara pelanggan dan penjual. 6. Pastikan dokumen penyerahan kereta tidak ditandatangani dan di tandatangan hanya selepas mendapat kereta. Dokumen ini, dokumen terakhir yang perlu dikemukakan kepada Bank sebelum mendapat bayaran dari bank. Harap jawapan saya dapat membantu. Minta maaf terlewat jawab.
@isshayat4684
@isshayat4684 2 года назад
Assalammualaikum tuan sy ada prtnyaan mngenai loan yg dipohon.. hrga kereta otr minus deposit tulaa jumlah loan kita pd bank kn?? sekiranya loan lebih dr hrga otr slepas tolak deposit knpe ye ? mohon penerangan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa’alaikumussalam Cik. Ya betul. Harga OTR (termasuk road tax & insuran) tolak deposit = jumlah pinjaman yang di pohon. Bila jumlah pinjaman lebih dari harga OTR, ini dah Jadi full loan. Tanpa booking fi dan deposit. Kalau tolak jumlah pinjaman dengan OTR, ada baki yang perlu di bayar balik kepada pembeli.
@jefrialid5633
@jefrialid5633 3 года назад
Assalamualaikum..maaf mengganggu..nak tnye, klu kita beli kereta full loan, top insuran dan GearUp package perlu di bayar ke..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa’alaikummussalam Saudara Jefri. Kalau ambil full loan, premium insurance kena ikut jumlah loan. Apa maksud Saudara dengan Gear Up package ? Semua aksesori & insuran termasuk dalam harga jual kereta dan boleh dipohon bersama pinjaman.
@jefrialid5633
@jefrialid5633 3 года назад
@@ARMINBANIAZ sy beli kereta baru full loan tp si penjual minta sy bayarkan top insuran dan gearup package, sy ada tnya apa benda tu, katanya setiap membelian mmang mcm tu dan utk memudahkan kerja sy katanya...
@nursakinah4552
@nursakinah4552 3 года назад
Assalamualaikum tuan, kalau saya buat loan affin taklepas sebab nama guarantor tak okay kalau dia suruh masuk toyota capital tapi saya nk buat loan bank tukar guarantor lain boleh tak?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Boleh Cik. Tak menjadi masalah untuk tukar guarantor. Cik hanya perlu maklumkan kepada Bank untuk tukar guarantor dan bagi dokument guarantor baru.
@nursakinah4552
@nursakinah4552 3 года назад
@@ARMINBANIAZ Terima kasih tuan . Maaf tuan satu lagi saya nk tanya kalau saya tukar guarantor yg lain pulak tetapi guarantor tu lepas nanti 5 bulan akan datang dia akan buat loan bank jugak untuk dia akan sangkut tak tuan?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@nursakinah4552 Tak ada masalah untuk guarantor memohon pinjaman kecuali kalau you ada tunggakan pembayaran yang agak lama.
@kandhanjeeva4620
@kandhanjeeva4620 2 года назад
Tuan sy nak tahu pasal credit loan? pasal sy ada blacklist sy masik blh dpt loan dari pd credit company dia suruh sy bagi deposit rm 20k untk kereta sy.sy pun dsh bayar kpd credit company. Tlng tuan jelas akan About the credit loan
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Urus tadbir Credit company berlainan sedikit dari Institusi Kewangan. Ia tidak dipantau ketat oleh Bank Negara dibawah akta yang berbeza. Biasanya Credit company akan caj interest rate lebih tinggi.
@tiktokcompilationsvideos6659
@tiktokcompilationsvideos6659 3 года назад
Kalau proses beli kereta terpakai scara cash pulak mcm mna???
@princerashwan
@princerashwan 3 года назад
Boleh rujuk di sini : ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-vJbAbZ0NydE.html
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Kalau beli kereta secara tunai, prosesnya sama cuma boleh skip yang berkenaan dengan pinjaman. Kalau beli cash, pengedar akan minta jelaskan semua pembayaran kereta seblum proses tukar nama.
@tiktokcompilationsvideos6659
@tiktokcompilationsvideos6659 2 года назад
@@ARMINBANIAZ brp lma proses tu klau beli scara cash???
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
@@tiktokcompilationsvideos6659 Kalau beli cash, lagi cepat kalau ada stock. Sebab tak perlu tunggu kelulusan Bank untuk pinjaman dan e-hakmilik
@ggiantxxx8515
@ggiantxxx8515 Год назад
Sy ada apply loan kereta.. masa deal tu interest SA kata dlm 3.1% shaja paling tinggi.. bila dh loan lulus.. tiba2 interest 7.12% dgn bank.. second car.. adakah itu interest rate pada tahun 2022 ni.. dan knapa interest dia naik? Sy tgok kat laman bank tersebut rate dlm 3%-4% . Bole bantu sy utk penjelasan .. sbb x faham cara pemberian interest ni. Ni first loan sy
@deatline5963
@deatline5963 Год назад
Samala harga mula 26k bila lulus loan jd 47k
@akimabdullah9353
@akimabdullah9353 3 года назад
salam bro armin. saya nak tanya harap bro dpt membantu. ok first, apa pendapat bro kalau saya ambik kereta second dgn kredit tapi bukan bank. maklum la bank ni susah sikit. saga fl 2011. anggaran bawah 20k sekali otr. lagi satu saya risau bila dealer cuba try submit dekat kredit. takut takut kredit tu ah long ke. tk membahayakan kan ke ? dan point yg paling penting apa pendapat bro untuk kami yang first time nak ambik kereta ni.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikumussalam Saudara @Akim Abdullah. Memang ada banyak syarikat kewangan yang memberi pinjaman (yang berlesen dan juga yang haram). Pendapat saya, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pinjaman dari Institusi kewangan Bank. Semua Bank dipantau ketat oleh Bank Negara dan kalau ada apa-apa masalah atau komplen berkenaan dengan Bank, senang nak rujuk dengan Bank Negara. Kalau tak dapat kelulusan dari satu cawangan, cuba cawangan lain. Kalau tak dapat kelulusan dari satu bank, cuba bank lain. Setiap Bank mempunyai KPI dan SOP nya tersendiri dan interest rate di credit company lebih tinggi dari bank. Bro boleh request untuk dealer submit hanya kepada bank dan bagitau tak nak ambil pinjaman dari syarikat Kredit. Syarikat kredit yang berlesen bukan ahlong contoh AOEN Credit. Semasa saya bersama Proton dahulu, AEON memang baru nak start bagi pinjaman. interest rate memang lagi tinggi (berbanding dengan Bank) tetapi pinjaman senang sedikit untuk lulus. Cuba pohon dengan Bank, kalau tak lulus - ada sebab dia. Mungkin disposable income atau kredit skoring belum cukup. kalau tak cukup, cari kereta yang lebih murah. kena ingat ya bro... pinjaman untuk kereta ni satu beban yang akan dipikul untuk jangkamasa yang lama.
@akimabdullah9353
@akimabdullah9353 3 года назад
@@ARMINBANIAZ terima kasih
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@akimabdullah9353 Sama sama bro
@mohddaus8358
@mohddaus8358 2 года назад
Assalamualaikum tuan,saya ada buat loan kereta..loan saya dh lulus downpayment saya dh bagi dh ke acc SA utk handling fees sebelum nak register..start dari bln 7 thn lepas dh kerata masih belum register dan sekarang ni SA tu minta pulak downpayment utk insurans hp life n terms n conds.SA tu cakap dia terlepas pandang semasa sign agreement.betulkh macam tu tuan
@thevapingcat6525
@thevapingcat6525 2 года назад
Kereta apa tu boss lama sgt?.. dp bayar masa dpt chassis number atau bila keter da smpai branch. Handling fees yg 600 tu tak perlu bayar.. itu duit bank bagy ke dealer
@husbandwife9858
@husbandwife9858 4 года назад
Assalamualaikum uncle, sy nak mintak tolong uncle dalam 1 issue yg sy sedang hadapi, berkenaan #projectloan. Suami sy ingin membeli kereta untuk tujuan bwat Grab, tapi beliau telah Di offer untuk membuat #projectloan, sy takut sekiranya tertipu, kalau uncle boleh whatsapp sy, sy akan explain A-Z segala apa yg dioffer pada suami sy, suami sy setuju dgn dealer, tapi sy takut dia teraniaya sebab procede smpai 3 bijik kereta atas nama dia, if betul sy x ada masalah, mnx tlg sgt2 sebelum niat suami mncari rezeki yg halal diambil kesempatan mereka2 yg kejam, As soon as possible because dalam minggu ni husband akan di paggil untuk sign agreement
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Wa'alaikummussalam Adik @Wahyu Hidayah. Kalau dia offer untuk mengambil pinjaman atas nama Suami untuk mengeluarkan 3 biji kereta, saya minta tolong adik nasihatkan dia untuk tolak dengan segera. Dah ada banyak kes seperti ini berlaku. Kes seperti ini juga adalah dibawah pemantuan Bank Negara dan KPDNKK. Bukan beberapa tetapi dah beribu pembeli kereta skim ini tertipu. Nama dia juga nanti disenaraihitam oleh Bank.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
Saya berharap, Adik Wahyu boleh berkongsi butir-butir dan pengalaman di sini supaya boleh dijadikan rujukan kepada viewer lain.
@husbandwife9858
@husbandwife9858 4 года назад
@@ARMINBANIAZ project loan dia offer sebijik kete dan duit, kereta 4x4 dua bijik, saga 1, dia akan bwat continue loan 4x4, bagi spruh duit jualan dekat suami, saga untuk buat grab, sy x tahu tentang loan ni, suami tidak pernah buat loan seumur hidup beliau, duit yg akan dibayar sbnyk 30k, 4x4 dismbil company untuk continue loan, apa prlu sy buat, maaf sy tidak dpt beritahu siapa penjual takut jadi apa2 pada suami, sy akan nasihatkan suami, trima kasih uncle
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 4 года назад
husband wife , ya scheme macam ni memang pernah saya jumpa. Semasa saya seorang pengedar kereta dulu, saya punya staff pun ikut buat scheme ni. Syarikat saya termasuk, jurujual dan pelanggan semua kena senarai hitam oleh bank sehingga kes selesai. Kes berlarutan sehingga beberapa ribu kereta dikeluarkan (melalui beberapa dealer) melalui skim seperti ini sampai jadi kes jenayah. Adik boleh google ‘kereta pajak AGR”. Semua ada dalam surat khabar dan media.
@norazrulll1435
@norazrulll1435 3 года назад
Salam tuan,sy ada beli kereta tahun 2003 direct owner cash.selepas buat proses tukar nama,puspakom semua dan dpt gran atas nama sy..so adekah kereta tu sudah 100% milik sy? Selepas hampir setahun sy pakai ada beberapa org macam penarik kereta slalu mengekori sy dan sy disamun kereta di bawa lari,alhamdulillah lepas beberapa hari kereta sy jumpa balik dan balai dah serahkan balik kepada sy.adekah sy masih boleh trus pakai kereta tu atau insuran dah clime tanpa pengetahuan sy? Sy cuma was² takut owner lama sebelum tu ada buat loan credit tanpa pengetahuan sy.. Maaf sebab sy tak tahu apa² tentang beli kereta direct owner ni tuan.
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Wa'alaikummussalam Saudara Nor Azrulll, 1. Kalau proses tukar hak milik dah selesai dan nama pemilik diatas geran kereta (atau dikenali sebagai VOC) telah berdaftar diatas nama Saudara, maka kereta tersebut telah menjadi kereta saudara secara rasmi. 2 Kalau saudara beli kereta tersebut secara tunai, ini bermakna tiada hak-milik-dituntut oleh mana-mana bank. Untuk mendapat kepastian, Saudara boleh pergi ke JPJ dan minta JPJ semak samada hak milik kereta tersebut ada dituntut oleh mana-mana Bank. Biasanya ia akan tercetak diatas geran kereta tetapi untuk kepastian, saudara boleh pergi ke mana-mana JPJ untuk semak tuntutan hak milik. 3. Kemungkinan 'penarik kereta' yang mengekori saudara mungkin penyamun yang hendak mencuri kereta dan bukan penarik kereta. Saudara harus menyemak di JPJ kalau ada tuntutan hak milik oleh mana-mana bank. 4. Bila kereta dah dijumpai, Saudara perlu memaklumkan kepada pihak insuran yang kereta telah dijumpa. Insuran claim untuk kehilangan kereta memakan masa diantara 1 bulan sehingga 6 bulan. Kalau hanya beberapa hari, insurance tidak akan membayar tuntutan. 5. Ya saudara boleh terus pakai kereta ni. tak ada masalah. 6. Kalau di atas geran kereta, nama saudara telah tercetak sebagai pemilik, owner lama tak boleh membuat sebarang cagaran kredit ke atas kereta ini. Saudara tak perlu risau kalau nama saudara telah tercetak sebagai pemilik berdaftar di atas geran kereta & tiada apa-apa tuntutan hak milik oleh institutsi kewangan. . Minta maaf kelambatan reply. Harap jawapan saya dapat memberi sedikit kelegaan. Kalau Saudara perlu apa-apa maklumat lanjutan, boleh tinggalkan pesanan, InnSya Allah saya cuba bantu.
@norazrulll1435
@norazrulll1435 3 года назад
@@ARMINBANIAZ terima kasih tuan kerana membantu..alhamdulillah tanda tanya sy selama ni terjawab dan menenangkan hati sy yang masih trauma samun bersenjata tempohari.. Semoga tuan dan keluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan amin..
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
@@norazrulll1435 Ameen ya rabbal alamin. Terima kasih Saudara & Alhamdulillah saya dapat membantu.
@syimaabdullah5039
@syimaabdullah5039 3 года назад
Boleh saya tahu ttg auto life insurance?
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 3 года назад
Hi Shima. Auto life insurance sama fungsi seperti MRTA. Ia memberi jaminan pembayaran kalau apa-apa terjadi kepada peminjam pinjaman, contoh kalau kematian, insurance akan membayar baki pinjaman tanpa membebankan keluarga.
@darrentom.aloysiusaloysius8358
@darrentom.aloysiusaloysius8358 2 года назад
TuAn mcm nak mohon auto life insurance
@nurliyanayana5801
@nurliyanayana5801 2 года назад
Salam tuan. Kereta tangah booking. Mggu lepas dh pergi sign agreement dngn rhb. Bole lagi ke nk cancel agreement tu
@manmohamad7104
@manmohamad7104 2 года назад
sign aggrement tuu perlu bayar penuh kaa
@ARMINBANIAZ
@ARMINBANIAZ 2 года назад
Wa'alaikumussalam. 1. Cik Yana boleh cancel walaupun dah sign agreement dengan Bank. 2. Bila dah sign agreement, bermakna kereta dah ada & sedia untuk didaftar. Jadi pengedar biasanya akan minta buat bayaran baki downpayment. 3. Semua pembayaran, pastikan dibayar ke akaun syarikata dan bukan akaun sales man. Maaf Cik, saya terlambat reply.
Далее
D.I.Y AMBIENT LIGHT | MYVI 2018
22:30
Просмотров 111 тыс.
НОВАЯ ПАСХАЛКА В ЯНДЕКСЕ
00:20
Просмотров 1,4 млн
Jangan Sampai Kena Tipu: 7 Proses Beli kereta
15:00
Просмотров 798 тыс.
6 TIPS ELAK KENA TIPU BELI KERETA TERPAKAI
16:47
Просмотров 101 тыс.
Che Din Bongkar 6 Taktik Salesman Kereta Penipu!
10:57
Просмотров 130 тыс.