Тёмный

7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR 

Uncle Andrew
Подписаться 18 тыс.
Просмотров 52 тыс.
50% 1

7 Langkah Bina Kabinet Dapur
Tahniah diucapkan buat anda yang baru sahaja menerima kunci rumah baru atau yang baru selesai renovation. Pastinya perkara pertama yang difikirkan adalah berkenaan dengan binaan dan tempahan kabinet dapur.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan 7 langkah utama yang perlu di buat untuk menghasilkan sebuah kabinet dapur yang menarik. Sebelum membuat tempahan binaan kabinet dapur, pastikan anda fahami 7 langkah utama. Langkah ini penting supaya kabinet siap di pasang selaras dengan apa yang anda impikan.
Teruskan menonton untuk memahami setiap langkah yang perlu dilakukan sehingga selesai pemasangan kabinet di rumah anda. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan diruangan komen.
Okey langkah pertama adalah mengukur. Langkah ini diperlukan jika anda tidak mempunyai sebarang perincian yang lengkap untuk pelan rumah. Jadi, ukuran ruang akan diambil untuk pemasangan kabinet terlebih dahulu untuk menilai saiz kabinet yang diperlukan.
Daripada pengukuran ini, sebut harga akan diberikan berpandukan saiz yang sudah diukur. Faktor utama harga sebuah kabinet adalah berpandukan saiz dan bahan yang dipilih.
Langkah kedua, perancangan. Untuk susun atur yang sempurna, zon memasak, ruang sinki dan peti sejuk hendaklah diletakkan ditempat yang sesuai mengikut segi tiga kerja dapur. Sebagai contoh, ruang sinki perlulah mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1 kaki dengan perkakas dapur atau elektrik. Zon penyimpanan barang atau peti sejuk pula tidak terlalu jauh dengan zon kerja-kerja di dapur.
Dalam perancangan ruang kabinet dapur, faktor utama yang perlu diambil kira adalah ruang pergerakan dan peredaran yang mencukupi. Anda perlu mendapat pandangan terlebih dahulu untuk saiz minimum dan maksimum setiap ruang yang diperlukan.
Pastikan anda minta pendapat dan pandangan dari yang pakar terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran dan dapat memanfaatkan ruangan sepenuhnya. Utamakan kedudukan point penting di dapur seperti sinki, dapur masak dan peti sejuk.
Langkah ketiga, reka bentuk. Reka bentuk susun atur dapur akan menentukan aliran dan pergerakan ruang dapur. Mengambil kira corak kerja untuk setiap fungsi ruang. Setiap bentuk yang dihasilkan adalah mempunyai fungsi yang tersendiri. Oleh itu, anda perlu tahu jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam setiap ruang kabinet untuk memudahkan reka bentuk kabinet dihasilkan.
Langkah keempat, lukisan Perincian 2D atau 3D akan diberikan sebelum tempahan cabinet dilakukan, lukisan terperinci 2D akan disiapkan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kedudukan dan ukuran setiap saiz kabinet. Pastikan sebelum sampai ke langkah ini, anda sudah pun mempunyai saiz peti sejuk, sinki, dapur masak, penyedut asap, oven, microwave dan semua perkakas elektrik yang ingin muatkan bersama di dalam kabinet dapur.
Langkah kelima, merancang material yang hendak digunakan. Setiap material mempunyai kesan rekaan yang berbeza. Sebagai contoh, di bahagian sinki lebih sesuai menggunakan bahan yang kalis air seperti Aluminium. Manakala di ruang yang tidak terdedah dengan air boleh menggunakan bahan daripada Melamine. Pilihan ini boleh menjimatkan kos berbanding anda menggunakan bahan 100% kalis air untuk kabinet dapur anda.
Untuk mengelakkan kesilapan pemilihan material, dapatkan nasihat dan rundingan daripada yang pakar. Apa yang penting adalah untuk meminimumkan kos dan memanjangkan jangka hayat kabinet dapur idaman anda.
Langkah keenam, sediakan ruang penyimpanan dalam keadaan yang teratur dan sistematik. Ruang penyimpanan yang kerap digunakan hendaklah di letakkan pada level yang mudah di capai untuk memberi kesan aliran yang sempurna. Sebaliknya untuk barang yang kurang di gunakan boleh di letakkan pada level yang tinggi. Jika mempunyai ruang kabinet dapur yang cukup, manfaaatkan aksesori kabinet dapur untuk setiap ruang.
Akhir sekali, langkah ketujuh adalah memberi ruang dapur anda sentuhan terakhir yang sempurna dengan kelengkapan kabinet yang betul. Tempoh tempahan atau pemasangan cabinet bergantung pada kuantiti saiz kabinet dapur rumah anda.
Membina dapur idaman bukan suatu perkara yang mudah bahkan ianya tidaklah sesusah yang dijangka. Jom kongsi pengalaman ada dalam menempah kabinet dapur dengan Uncle Andrew pada ruangan komen dibawah.

Опубликовано:

 

5 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 79   
@cwleon82
@cwleon82 3 года назад
Bagus! kalau boleh, Uncle Andrew buatlah langkah-langkah, nak install hood dulu ke cabinet dulu, kalau ada plaster ceiling.... suggestion terbaik untuk step yang baik!
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 3 года назад
tqvm
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 3 года назад
pemasangan hood dulu atau cabinet dulu? kita cadangkan pemasangan kedua-dua perlu dijalankan dalam ketinggian yang dirancang terlebih dahulu mengikut design. Hood mempunyai flaxible hoose yang agak besar dan kurang cantik.Kita perlu rancang terlebih dahulu ketinggian kabinet yang nak pasang dan ketinggian laluan hoose yang sesuai dan boleh ditutup atau terlindung dalam pelmet yang telah dirancang terlebih dahulu. Sama penting juga ketinggian lubang coring yang dibuat dalam ketinggian yang betul mengikut design kabinet. Jika nak buat kabinet kemudian ,dan sekarang nak pasang hood dahulu untuk kegunaan harian,maka Uncle Andrew cadangkan buat Design kabinet dahulu dan dapat ukuran yang betul untuk pamasangan hood, hoose dan coring serta end cap.Ini boleh mengelakkan dua kali kerja, selepas tu dapati salah ketinggian.Uncle Andrew jumpa ramai tuan rumah pasang hood dahulu, kemudian masa nak pasang kabinet baru perasan ketinggian bukan dalam keadaan yang betul.
@cwleon82
@cwleon82 3 года назад
@@UncleAndrew1111 Memang banyak membantu! trimas!
@roslinadun17
@roslinadun17 2 года назад
Good sharing
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Tqvm
@violetgrace4696
@violetgrace4696 3 года назад
Thank you for your advice
@hidupkeranaallahtaala9679
@hidupkeranaallahtaala9679 2 года назад
Tq uncle andrew share tips
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
You are most welcome 🙏
@rosliismail7297
@rosliismail7297 Год назад
Terbaik Infonya...jelas...👍🏻👍🏻👍🏻
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih 🙏
@afizzoo7086
@afizzoo7086 2 года назад
Mantap video, banyak membantu saya yang baru dapat kunci rumah pertama
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Terima kasih banyak ², juga tahniah dapat rumah baru.👏👏👏👍👍👍
@13nurisahbintigindouk90
@13nurisahbintigindouk90 Год назад
Thank you bro andrew..this is very good
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
You are most welcome 🙏 🤗
@kamaldaud1031
@kamaldaud1031 2 года назад
Thank you ,boss👍🏼👍🏼baru sy faham..
@kamizihamid4632
@kamizihamid4632 4 месяца назад
Salam Uncle Andrew. Buat video untuk cabinet dapur yang sesuai untuk rumah yang akan di sewakan , untuk kegunaan yang tahan lasak, penyewa yang jenis tidak reti jaga barang.
@neverbuyatretailprice2144
@neverbuyatretailprice2144 Месяц назад
Pakai mosaic tiles je kalau utk buat sewa
@nurhidayunie5413
@nurhidayunie5413 2 года назад
Uncle.. Kalau size dapur 10x10 kaki, adakah sempit untuk buat island kitchen
@nurhananiahmad7616
@nurhananiahmad7616 3 года назад
Thank you Uncle. Sedang renovate wet kitchen selepas 10 tahun. Ruang yang tidak besar jadi agak pening untuk tentukan design kabinet
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 3 года назад
Dapat kitchen planner yang berpengalaman.Bincang dan dapatkan hasil yang bersesuian dengan kesukaan kegunaan harian kita.
@sinumustafa7505
@sinumustafa7505 2 года назад
@@UncleAndrew1111 uncle saya nak buat renovate dapur boleh saya mintak no tel
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
@@sinumustafa7505 WHATSAPP api.whatsapp.com/send?phone=60129837577
@intanmasturabintiadammoe8371
@intanmasturabintiadammoe8371 3 года назад
tq uncle andrew , sangat bermanfaat untuk saya yang baru nak bina rumah
@wahidahhassan7490
@wahidahhassan7490 2 года назад
Terima kasih terbaik 👍👍👍
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Sama²
@rahmah2905
@rahmah2905 2 года назад
Hi uncle Andrew. Boleh bg cadangan tak material yg senang dijaga, tidak mudah nampak kotor dan tahan lasak.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Untuk material untuk table top: Quartz,Porcelin Slab dan Granite. Untuk material carcass: Aluminium, Melamine, Stainless Steel. Untuk Door & End panel: Aluminium+ Glass, Melamine
@amirahzzin
@amirahzzin 2 года назад
Thankyou uncle andrew untuk tips yang sangat berguna :)
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
👍👍👍
@sarinabintisabri2706
@sarinabintisabri2706 2 года назад
Saiz tinggi tabletop standard bpe inci uncle...saya nk buat guna mozek...
@hayleeya
@hayleeya Год назад
@uncle andrew … ada kedai ke? Nk datang tempah kitchen cabinet 😍
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
🏡 Showroom Location : Jyh Ming Sdn Bhd A-7974, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur Waze: waze.com/ul/hw29mz9m5z Google Map: goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66 ⏰ Business Hours Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm
@missSuzanna01
@missSuzanna01 2 года назад
Hi Uncle Andrew. Adakah sesuai utk meletakan oven built in di bawah gas stove?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Kebanyakan Built in Oven mempunyai ruangan pengudaraan di bahagian depan oven.Haba yang dilepaskan juga di bahagian depan. Selama ini tak ada masalah pemasangan Oven di bahagian stove.
@priyaalissandra7666
@priyaalissandra7666 Год назад
Uncle rumah saya tengah renovation perluke membuat table top sebelum buat kitchen cabinet
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Soalan ini atas tuan rumah. Table top yang di maksubkan sini meja concrete?Jika pilihan memang ada meja concrete,maka perlu buat meja concrete dahulu sebelum ukur cabinet. Tetapi pilihan dapur moden selalu tiada meja concrete.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-mEMt-NcIY-A.html
@bjvjg1
@bjvjg1 2 года назад
Hi Uncle,ada tak design/review utk floating base kitchen?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Maaf.Tiada lagi.🙏
@boyblaze1170
@boyblaze1170 Год назад
Pacah juga bah kau ni..
@noriatinoriatidaud8839
@noriatinoriatidaud8839 2 года назад
Uncle....brp ukuran lebar oven dan peti utk built in...atau kita ukur ikut saiz peti dan oven..
@Zamani_Hidayah
@Zamani_Hidayah 2 года назад
Uncle, nak tanya, mana yang perlu pasang dulu? Tiles dinding? backsplash? Atau cabinet dapur?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Selalu tiles dinding dipasang dahulu,lepas itu baru pasang kitchen Cabinet. Backsplash pula kena tengok material jenis apa dan juga ketinggiannya dari table top. Jika backplash tutup seluruh area antara base unit dan wall unit, material pula pakai tempered glass with spray paint finished atau stainless Steel dan lain lain , maka backplash dipasang selepas pemasangan kitchen cabinets.
@mudismail
@mudismail Год назад
👍
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Tqvm 🙏
@Izzat586
@Izzat586 2 года назад
Uncle, carcass di bahagian sinki sesuai juga ke pakai PVC Foam board?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Sesuai. Cuba dapatkan foam board yang qualiti baik.
@Ct-jc8oo
@Ct-jc8oo 2 года назад
New subscriber
@mohdsharinmdsalim2082
@mohdsharinmdsalim2082 3 года назад
uncle... nak tanye... sesuai tak tempat penyimpanan pinggan kaca di bawah dapur?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 3 года назад
kawasan bawah dapur selalu ada hoose gas yang salur ke tepi atau luar.Jika pinggan disimpan dalam pull out basket, berkemungkinan hoose gas akan ganggu.Jika diisi terus dalam carcass,tingkat bawah masih ok, pada shelve atas mungkin hadapi masalah yang sama.
@asomar9075
@asomar9075 2 года назад
Hi uncle..sy pernah baca yang tong gas perlu dletakkan di tempat terbuka. Bagaimana susun atur kabinet untuk simpanan tong gas?
@zulkhairi3613
@zulkhairi3613 2 года назад
hello bro andrew sy nak tanya boleh bagaimana aluminium kabinet tahan lama, kuat dan sesuai utk dapur org malaysia
@soar_higher
@soar_higher 6 месяцев назад
Uncle Andrew, ada email tak? Nak tanya soalan
@sariahokla3281
@sariahokla3281 2 года назад
hi luas dapur Saya 10*17 berapa kaki sesuai utk Saya buat table top Dan kabenet dapur
@noriatinoriatidaud8839
@noriatinoriatidaud8839 2 года назад
Uncle..kalu sy ada 2dpr..wet dan dry..peti ais dan frezer perlu letk di wet atau dry kitchn
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Setiap pengguna ada kesukaan memasak yang berbeza. Uncle Andrew nasihat dapur yang kerap digunakan untuk persediaan memasak lah patutlah ada freezer yang berdekatan.
@noriatinoriatidaud8839
@noriatinoriatidaud8839 2 года назад
@@UncleAndrew1111 tq uncle...
@pmgca82channel19
@pmgca82channel19 Год назад
Saya baru nak cari kabenat apa yg sesuai ye sebap rmh dapur sya taklah besar
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-7_TFgO8-7K4.html
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-7_TFgO8-7K4.html
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Sini ada link video mungkin ada info yang boss nak cari.
@syadd793
@syadd793 2 года назад
Website apa nak pakai untuk planner?
@muhamadhafiq45
@muhamadhafiq45 Год назад
Uncle berapa range harga kalau nak buat kitchen cabinet dengan uncle..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Saya perlu lembih input sebelum menjawab soalan Tuan. Ukuran,Jenis Material, design,appliances....semua unsur ini akan pengaruh harga.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
【WHATSAPP】 wa.me/60129837577
@2010aprilspring
@2010aprilspring 2 года назад
Hi uncle ! Saya nk buat kabinet dapur tapi takde panduan, boleh saya dptkan khidmat nasihat dari uncle andrew? Uncle beroperasi di mana ye?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Hi,boleh jer...yang mana dalam pengalaman boleh jer share😁😁😁
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Andrew beroperasi di area Kuantan. You are most welcome to visit our showroom 🏡 *Showroom Location :* Jyh Ming Sdn Bhd A-7974, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur *Waze:* waze.com/ul/hw29mz9m5z *Google Map:* goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66 ⏰ *Business Hours* Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm
@mohdfuzaiz
@mohdfuzaiz 2 года назад
@@UncleAndrew1111 boleh pasang di penang ke?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
@@mohdfuzaiz wa.me/60129837577
@13nurisahbintigindouk90
@13nurisahbintigindouk90 Год назад
Bro endrew..small kitchen how much?
@kejoraputih3313
@kejoraputih3313 Год назад
Uncle, selalu berapa ye kos untuk buat cabinet..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Ini terpulang kepada keperluan tuan rumah.Ada yang buat banyak dengan material yang lebih mahal.Ada juga yang lebih jimat.
@kejoraputih3313
@kejoraputih3313 Год назад
@@UncleAndrew1111 paling murah berapa
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
😅😅😅 atas tuan rumah. Saya pernah buat kabinat dapur cuma 3 kaki sahaja untuk tempat masak. Tempat basin sudah ada meja concrete pemaju dah bagi semasa beli rumah.
@madamyayachannel5439
@madamyayachannel5439 2 года назад
uncle, kalau guna table top granite, tahan panas dan tahan air ke?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Ya, granite tahan suhu tinggi Dan tahan air.
@level1selamat155
@level1selamat155 2 года назад
Hire interior designer
Далее
KONSEP KABINET DAPUR MODEN
6:14
Просмотров 38 тыс.
MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR
6:34
Просмотров 89 тыс.
8 Kitchen Design Regrets & Common Mistakes To Avoid
10:31
PETUA PENTING SEBELUM MEMBELI DOWNLIGHT
6:00
Просмотров 70 тыс.
Trend Terkini Warna Kabinet Dapur
4:29
Просмотров 31 тыс.
Jimat beribu kabinet dapur ni.. Buat sendiri je..
8:02
Porcelain Slab
7:25
Просмотров 14 тыс.
Jenis pintu kabinet dapur terkini tahun 2024
11:55
Просмотров 1,8 тыс.
Kesilapan Bina Dapur
8:41
Просмотров 10 тыс.