Тёмный

MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR 

Uncle Andrew
Подписаться 17 тыс.
Просмотров 86 тыс.
50% 1

Tahu tak pentingnya untuk kita tahu jenis material kabinet dapur sebelum pemasangan? Ramai yang sudahpun ada gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman. Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan?
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan 4 jenis material kabinet dapur yang selalu kita dengar dipasaran. Teruskan menonton untuk mengenali setiap jenis material yang ada. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan diruangan komen.
Selain daripada rupa kabinet dapur yang cantik anda turut perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti :
- Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang
- Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan
- Kekalisan kabinet dapur terhadap air
- Kehadiran serangga perosak seperti anai-anai
Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan sama ada 3G Glass, 4G glass, arcylic, melamine dan sebagainya. Jom kita tengok persatu pilihan yang ada dipasaran dan bergantung juga kepada budget anda.
Okey material pertama Melamine /ABS Melamine. Melamine diperbuat daripada serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan di mampatkan. Setelah itu, ia disalut dengan Laminated Melamine yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna. Antara kelebihan Melamine adalah:
1. Pilihan ekonomi / murah.
2. Tidak mudah untuk calar.
3. Tahan kelembapan
4. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari.
5. Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna.
6. Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potongan 45°, Hidden, Built-in Handle.
Permukaan Melamine tahan kepada air tetapi ia bukanlah 100% kalis air. Jika ia tidak dipasang dengan baik, air boleh masuk ke bahagian dalam kayu dan akan menyebabkan kayu mengembang.
Material kedua, 3G Glass Door. Jenis pintu seperti ini tidak menggunakan kayu tetapi glass dan aluminium sahaja. Mungkin ada juga yang terfikir adakah pemilihan penggunaan glass akan memberi kesan yang tidak selamat kepada anak-anak. Jawapannya adalah tidak kerana material glass yang biasa digunakan adalah yang bermutu tinggi dan bingkainya menggunakan built in handle. Antara kelebihan 3G Glass Door adalah:
1. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
2. Sememangnya kalis air
3. Tidak mudah calar.
4. Kemasan warna ada 2 variasi iaitu spray paint dan graphic sticker.
5. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden.
6. Kotoran di pintu kabinet dapur mudah dilap atau dicuci.
Antara kelemahan 3G Glass Door pula, aktiviti biasa didapur tidak akan memecahkan 3G Glass Door, tetapi bahagian tepi pintu ini mungkin akan sumbing akibat haus. Hinges yang kuat juga diperlukan untuk menapung berat pintu.
Material ketiga, 4G Glass Door. 4G Glass adalah urutan generasi daripada 3G Glass yang di tambah baik. Material 4G Glass diperbuat daripada kaca yang disembur cat dan kemudian ia ditambah baik dengan profil rangka aluminium yang tersembunyi. Ini menjadikan rangka aluminium pada bahagian sisi pintu kabinet tidak kelihatan. Harga 4G Glass lebih mahal berbanding pintu 3G Glass Door.
Antara kelebihannya adalah:
1. 100% kalis air
2. Kotoran tidak lekat sebagai contoh minyak dan kuyit.
3. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
4. Mudah dibersihkan
5. Tidak mudah calar.
6. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden Minimalis atau Scandinavian.
Material keempat, Acrylic. Berbeza dengan 3G / 4G Glass, Acrylic adalah bahan seperti kaca tetapi terbuat dari 'termoplastik lutsinar' dengan ketahanan yang kuat.. Bahkan, bahan ini juga mempamerkan sifatnya yang menyerupai kaca. Permukaan acrylic kelihatan lebih menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak. Terdapat dua jenis pintu acrylic iaitu, acrylic tebal dan acrylic nipis.
Kedua-dua acrylic tebal dan nipis dihasilkan dengan cara yang berbeza. Acrylic tebal dilekatkan pada sekeping kayu dan hasilnya mempunyai garis sambungan yang sangat jelas. Sementara itu, acrylic nipis dilaminate pada kayu melalui mesin tekanan tinggi dan hasil kemasan acrylic nipis lebih bagus dan kesan sambungannya tidak kelihatan dengan jelas.
Semoga dengan sedikit info ini dapat memberi ilham kepada anda yang ingin membuat tempahan kabinet dapur. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus kongsikan dengan Uncle Andrew diruangan komen.

Хобби

Опубликовано:

 

1 дек 2021

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 191   
@Norazinah1
@Norazinah1 Год назад
Good info. Fasih berbahasa kebangsaan. Tahniah Uncle Andrew. Terima kasih.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih banyak banyak 🙏🙏🙏
@MrKelifu
@MrKelifu 2 года назад
Tq for sharing, uncle andrew =)
@laiwana6039
@laiwana6039 2 года назад
Wow uncle tq for tips nya, dapur bahagian corner camana ya, bila dapur yg sempit tq
@espiegirl88
@espiegirl88 Год назад
Tq uncle..antara melamin dan blockboard spray paint mana lagi bagus dan kalis air
@2ra83
@2ra83 Месяц назад
Uncle... Boleh give information about costing for every type of it. Thank u... Like your video very much... So details and it helps me a lot
@KT-ph6pb
@KT-ph6pb 6 месяцев назад
uncle andrew..ape itu wpc dan adakah ketahanan nye lebih bagus dari solid plywood laminated kabinet?dan apekah kelemahan wpc kabinet
@syedhafiz8988
@syedhafiz8988 2 года назад
uncle, macam mana cara nak elak daripada anai2 ye?ada coating yg perlu kita sapu tak sebelum nak pasang kabinet supaya tak diserang anai anai? (saya pernah baca 1 tips di FB, dia kata sebelum pasang kabinet, simen belakang kabinet perlu dicampur dengan garam terlebih dahulu. betul ke?
@YumiNadz
@YumiNadz 2 года назад
Uncle , 3G atau 4G glass door, boleh kan di cat semula ?
@darusrazali5248
@darusrazali5248 2 года назад
Terbaik ....jelas
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Terima kasih banyak ²
@amyameen
@amyameen 2 года назад
terbaikkkk! uncle andrew 👏🏻👏🏻👍🏻👍🏻
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih banyak ²
@nagesvariseralathan4249
@nagesvariseralathan4249 Год назад
Terima kasih atas perkongsian
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Sama sama
@norrihaabdullah5347
@norrihaabdullah5347 Месяц назад
Uncle material Block board kalis air ke? Adakah block board berkualiti utk kabinet
@nurulhafiza8110
@nurulhafiza8110 Год назад
Tq uncle untuk info yang terbaik ni
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Tqvm
@Zerotwostudio
@Zerotwostudio 2 месяца назад
Terbaik, uncle
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 месяца назад
Terima kasih
@tatfazly1415
@tatfazly1415 2 года назад
Tq info...done subscribe
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Tqvm
@aquaguppy3962
@aquaguppy3962 5 месяцев назад
done subscribe
@hanahhajiahmad9434
@hanahhajiahmad9434 Год назад
Tq Uncle..sungguh bermanafaat.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
You are welcome 😊
@rees4448
@rees4448 Год назад
Tq uncle. Walaupun sy lewat tgk video tpi amat mmbntu. Moga uncle trus wat video
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
You are most welcome 🙏
@dygmash9562
@dygmash9562 7 месяцев назад
Tq uncle..dpt tips dri uncle 😊
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 7 месяцев назад
You are welcome
@akulahmohditu
@akulahmohditu 6 месяцев назад
Terbaik uncle. Auto subscribe
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 6 месяцев назад
Terima kasih
@raffzackk
@raffzackk 2 года назад
terima kasih atas perkongsian uncle ❤
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Sama sama🙏
@mika7288
@mika7288 2 года назад
Tq uncle for the video. sangat membantu
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Terima kasih banyak ²
@natashaamira338
@natashaamira338 2 года назад
Mcm mana dgn ciri2 solid wood ya?
@Arian_7112
@Arian_7112 Год назад
Tq uncle andrew informasi sangat jelas nenek suka
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih 🙏
@mohdrezalmohddesa7545
@mohdrezalmohddesa7545 2 года назад
thank you uncle. So much help form this informative video.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
You are most welcome
@hayatimohd1079
@hayatimohd1079 Год назад
Tq...info YG d berikn...amat jelas dgn Bahasa melayu yg sangt fasih 👍💞
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih banyak banyak. 🙏🙏🙏
@nasrinahijamudeen7301
@nasrinahijamudeen7301 2 года назад
Hi uncle. Cabinet blkg uncle guna material apa dan code warna apa uncle? Cantik sgt
@sitinazariah7590
@sitinazariah7590 Год назад
Bli kat mna kedai kitchen cabinet ke.
@maziahabdulhalim1824
@maziahabdulhalim1824 Год назад
Tuank yo uncle diatas pencerahan yg diberikan boleh teruskan info ini
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
You are welcome 😊
@kamilapoo_co3356
@kamilapoo_co3356 Год назад
Bagaimana pula dengan foamboard uncle?
@ratakacanteekkk7163
@ratakacanteekkk7163 5 месяцев назад
Kabinate yg terang boleh nsmpak dslam
@marhayuibrahim2922
@marhayuibrahim2922 2 года назад
Harga mengikut material, ketahanan pula bagaimana?
@syamimmustafa973
@syamimmustafa973 10 месяцев назад
So apa yg bagus untuk kita pilih ye? Haha Saya tgk glasses mcm ok
@amanshah2375
@amanshah2375 Год назад
Mcm ane sy nk contact unlce nie.ade spe2 tau
@prushothmanrathakrishnan5068
@prushothmanrathakrishnan5068 2 года назад
hi unlce andrew, can you explain the quality of the product in a accending order and explain about Formica wood . thank you.
@azimahmohamed5417
@azimahmohamed5417 2 года назад
Maklumat berguna. Terimakasih Uncle Andrew
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Sama sama
@manyuz22
@manyuz22 2 года назад
@@UncleAndrew1111 uncle,ada cawangan kat kl tak?
@johannteh9063
@johannteh9063 Год назад
Uncle Andrew, is plywood good material for kitchen cabinet? Also have you heard of squeezeboard from Honsenz kitchen Seremban.?
@deankhan7692
@deankhan7692 Год назад
Done sucscribe, terbaik la uncle. Thanks for info. Cuma for next time, lagi bagus kalau uncle tmbh sikit info dengn harga semsa barang. At least viewers blh buat budget bersesuaian. 😁
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Terima kasih 🙏
@xxxxtttttyyyy_
@xxxxtttttyyyy_ 2 года назад
Klu HDF?
@sellamelveerayam6196
@sellamelveerayam6196 Год назад
Can we paint nyato wood doors
@mohamadkhairibinkasim5923
@mohamadkhairibinkasim5923 24 дня назад
kelemahan setiap material?
@MrWisegallery
@MrWisegallery 2 года назад
Uncle, terima kasih atas sharing. sangat bermanfaat. apa beza pula dengan pintu 5G? Juga, di mana kilangnya di lembah klang untuk membuat tempahan untuk DIY cabinet rumah sendiri?
@fatmanazihah1816
@fatmanazihah1816 2 года назад
Uncle Kayu apa yg digunakan utk menyaluti acrylic tebal Dan nipis.Adakah Kayu kat dalam tu tahan lama
@norinimispin2858
@norinimispin2858 2 года назад
Terima kasih atas perkongsian dari Uncle Drew.., Oh ya, nak tanya harga kalau kabinet 3 G Glass door..., Dan yang lain2..!??
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Whatsapp wa.me/60129837577
@zulfadhlizainal7515
@zulfadhlizainal7515 2 года назад
Hai uncle. Terima kasih atas info yg berguna. Nama lain acrylic ialah HPL? Atau material berbeza sebenarnya antara acrylic dan HPL
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Hi, HPL ada short form untuk High Pressure Laminate. Biasa digunakan untuk buat table top. Manakala,Acrylic adalah materials yang selalu dipilih untuk buat pintu dan end panel kitchen cabinets.
@zalikhakhalid5912
@zalikhakhalid5912 2 года назад
Uncle Adrew, it's about time to open a branch in KL.. I would definitely be the first to visit.. Kuantan is so far away. You have friends in KL/Selangor area doing the same business as you that you can recommend?
@ilawatihas9393
@ilawatihas9393 Год назад
Hello uncle bagaimana dengan nyato kayunya tahan ke
@fit3z184
@fit3z184 7 месяцев назад
Harga boleh bgi x? Anggran mana yg mahal dan murah
@kasturidevi2759
@kasturidevi2759 2 года назад
Hello Uncle Andrew, need ur expertise.Im interested in 4G cabinet but mine is a dry kitchen so theres no cooking. I hv sink ,build in oven and washing machine.Cld you please advise if all of this fit in together? Its 870 square fit apartment.tq
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Before to start, need layout plan and site photos. Lagi best kalau ada site measurement. 😁
@narin3423
@narin3423 Год назад
Uncle tolong buat perbandingan table top konkrit vs kitchen cabinet.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-mEMt-NcIY-A.html
@nurishahaniakamarudin7417
@nurishahaniakamarudin7417 2 года назад
Info sangat bagus uncle. Tapi bagaimana pula untuk kita tahu materials digunakan untuk permukaan atas kabinet?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Terima kasih, Uncle Andrew ada videos lain yang ada penerangan mandalam tentang materials utk permukaan.
@nurishahaniakamarudin7417
@nurishahaniakamarudin7417 2 года назад
@@UncleAndrew1111 uncle jika dibanding kan cabinet aluminium dan plywood mana lagi okay?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
@@nurishahaniakamarudin7417 setiap material ada kelebihan Dan Kekurangan masing², Aluminium tak ada masalah dengan air tetapi harga lebih tinggi. Manakala plywood diperbuat daripada kayu,kandungan glue yang digunakan kebanyakan mempunyai kandungan Formaldehid yang tinggi, Gas ini sangat bertoksik dan akan mengancam kesihatan manusia. Tetapi harga dia jauh murah jika dibandingkan dengan aluminium.
@kuekmenglie8726
@kuekmenglie8726 2 года назад
Perkongsian yang amat informatif👍👍👍 Apa pandangan uncle terhadap aluminium composite panel untuk buat cabinet dapur? Ikut pandangan uncle,Kalau kabinet berwarna cream/beige sesuai dengan color tabletop apa ya?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Aluminium composite jika digunakan untuk side panel kiri kanan kabinet tidak ada masalah,jika pada shelf dan bottom panel,saya rasa terlalu lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan susun atur barang² berat seperti makanan tin,Pinggan Mangkuk kaca yang berat.Maka pilihan combinasi composite panel pada side panel dan Aluminium panel pada shelf dan bottom panel adalah salah satu penyelesaian.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Aluminium composite juga ada sedikit cabaran pada end panel dan infill semasa kita buat finishing.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Cabinet warna creamy senang matching dengan table top warna gelap seperti hitam, dark gray.Table top warna pitih juga salah Saturday pilihan,cuma perlukan penjagaan kebersihan yang rapi sebab kotoran mudah kelihatan.
@umiabi9278
@umiabi9278 2 года назад
Hello uncle...kdai kt mn
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
You are most welcome to visit our showroom 🏡 *Showroom Location :* Jyh Ming Sdn Bhd A-7974, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur *Waze:* waze.com/ul/hw29mz9m5z *Google Map:* goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66 ⏰ *Business Hours* Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm
@sitinazariah7590
@sitinazariah7590 Год назад
Hello stret t to the point. Pintu cabinet mna yg bagus.uncle.pening nk fikir
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Pintu atas kesukaan masing masing. Jika dapur dalam keadaan lebih pada hiasan dan keadaan penggunaan minimum, boleh pilih mana mana materials ikut kesukaan. Jika dapur dalam kegunaan yang maximum dan penjagaan yang minimum, maka pilihan materials yang tahan dan lasak digalakkan. Seperti: 3G & 4G glass. Jika baget adalah unsur utama yang dipertimbangkan,maka pilihan materials Melamine boleh diutamakan.
@sitinazariah7590
@sitinazariah7590 Год назад
Tq uncle andrew
@naziahsyakirah1528
@naziahsyakirah1528 2 года назад
Uncle andrew, saya pernah dapat nasihat untuk buat kabinet menggunakan material laminate. Boleh terangkan?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Laminate merupakan material yang agak cantik dan harga murah jika dibandingkan dengan material lain. Laminate sendiri merupakan material yang agak tahan terhadap air,calar,panas dll. Tetapi Laminate perlu ditampalkan atas kepingan kayu buatan seperti plywood, block board, Mdf board dll. Masalah yang timbul adalah pada glue yang digunakan tidak lekat dengan sempurna , selalu mudah terbuka dan terkopak. Papan buatan pula ada masalah kangungan Formaldehid yang mengancam kesihatan manusia. Melamine adalah lapisan coating yang dilekat pada papan buatan selalu kita jumpa dipasaran adalah ecoboard atau ada yang gelar chipboard. Papan buatan ini ada masalah kandungan Formaldehid juga. Namun pembeli boleh dapat information yang lebih semasa buat keputusan semasa tempahan. Gred yang berlainan ada di pasaran seperti yang ramai pilih adalah E2, Ia paling bertoksik dan tidak sesuai untuk kegunaan dalam rumah. Di Pasaran boleh kita jumpa gred seperti E1 , E0 , NAF , dll.
@nonirauf1908
@nonirauf1908 2 года назад
alamat mana
@primepatriotone2443
@primepatriotone2443 Год назад
Apa komen uncle mengenai bahan aluminium dan stainless steel.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Material Aluminium dan Stainless Steel ada ketahanan yang baik terhadap air dan ancaman anai anai.Kawasan dapur yang kegunaan maximum boleh kita pilih Material ini.Namun harga kadang kadang menjadi pertimbangan baget.
@nurfarahjanberi7798
@nurfarahjanberi7798 2 года назад
Uncle nak tayeplywood nyatoh dgn mdf .. mana satu lg ok ye..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Kalau dibandingkan dari segi ketahanan terhadap air...Nyatoh ply lebih baik daripada MDF. Material MDF sangat sensitive kepada air.Ia mudah meresap air,berkembang dan naik kulat walaupun dalam kelembapan tinggi sahaja. Nyatoh Ply juga akan rosak jika selalu terdedah kepada kelembapan tinggi. Material yang lebih tahan adalah solid Nyatoh. Namun,harga pula perlu dipertimbangkan.
@norbayahabdulghani3586
@norbayahabdulghani3586 Год назад
Hello Uncle. Adakah cawangan di Johor Bahru?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Maaf, belum lagi.🙏
@khadijahariffin7739
@khadijahariffin7739 2 года назад
Hallo uncle Andrew ..saya berminat nk buat penmbhan dapor moden yg sedia ada...blh dtg kermh saya di nilai impian ..nilai ..nk tunjuk pd uncle cabinet yg saya mksudkn ..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
wa.me/60129837577
@miya-wu3cx
@miya-wu3cx 2 года назад
hi uncle andrew, terima kasih utk perkongsian. sekiranya rumah adalah potensi kawasan banjir setiap tahun yg akan menenggelamkan sebahagian rumah. boleh cadangkan material kabinet dapur yg sesuai? terima kasih
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Boleh buat meja concrete, pintu pakai material aluminium dan composite panel, acrylic, kaca...semua materials atas ni tahan air.
@norhafizahabdhadi9699
@norhafizahabdhadi9699 Год назад
@@UncleAndrew1111 uncle, maksud di sini solid aluminium dan ACP ke?
@muhammadfarhanabubakar4835
@muhammadfarhanabubakar4835 2 года назад
Uncle, kalau dekat perak boleh supply tak... 😊😊
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Maaf setakat sekarang belum lagi.🙏🙏🙏
@saufansalleh7396
@saufansalleh7396 2 года назад
Hi sir..apa pandangan u tentang material alumimium? Dan apa pandangan u kalau tidak memasang cooker hood tetapi hanya mengguna ekzos fan sahaja? Adakah akan merosakkann kabinet dapur yang di bahagian atas dinding? Tq
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Material Aluminium 👍👍👍,tahan air,tak ada masalah anai anai juga ada 2nd hand value atau jual Aluminium scrap. Jika tidak pasang Cooker Hood,bukan sahaja asap dan Minyak terbang merata,tetapi juga suhu ruangan memasak akan meningkat mengikut masa memasak.Ekzos fan yang biasa cuma boleh sedut sebahagian udara sahaja dan tidak bergitu berkesan. Pengmasangan ketinggian dan kedudukan dari tempat memasak juga mempengaruhi hasil efisiansi. Wall cabinet alam rosak tak? Ini bergantung kepada ketinggian pemasangan dan juga cara penggunaan masing².
@saufansalleh7396
@saufansalleh7396 2 года назад
Kalau sy menggunakan cooker hood yg slim adakah ok?
@wahidahhassan7490
@wahidahhassan7490 2 года назад
Angkat meterai yang bagi digunak untuk dapur warna hitam dan kelabu sesuai tak
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Warna hitam & kelabu (gelap) untuk dapur sesuai je sebab senang jugak matching dengan kitchen electrical appliances yang kebanyakannye warna dark grey & hitam, dan kurang kelihatan kotor. Untuk dapur yang luas dengan penggunaan warna gelap akan beri effect elegant, untuk dapur ruang kecik masih okay, tapi perlu pencahayaan yang cukup dan menarik.
@orangkuatumno
@orangkuatumno Год назад
hai uncle. Boleh komen sikit tak kabinet yg guna kayu nyatoh. Ada org kata kelemahan design kayu nyatoh ni akan ada kesan crack pd smbungan selepas 6 hingga setahun pemasangan. Betul ke?
@WayanManis889
@WayanManis889 Год назад
Rumah2 saya semua kabinet nyatuh..tiada berlaku crack pada sambungan walaupun sudah berusia lebih 15 tahun
@shimcornelia9781
@shimcornelia9781 2 года назад
Hi Uncle Andrew, boleh tolong nasihat kalau material WPC sesuai untuk membuat kitchen cabinets?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Kelebihan WPC adalah is lebih tahan terhadap air jika dibandingkan papan buatan.Tetapi harga dia lebih.
@shimcornelia9781
@shimcornelia9781 2 года назад
TQ replying my question. @@UncleAndrew1111 maksudnya harga nya paling mahal di antara material yg anda sebut dlm video? Adakah material WPC available di pasaran utk pemasangan kabinet dapur?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
@@shimcornelia9781 selalu kita jumpa carcass yang pakai material Aluminium,Acp dan Stainless Steel untuk cabinets yang terdedah kepada air seperti carcass pada basin unit.Namun material WPC merupakan material yang agak mahal dan jarang digunakan dalam ini.
@sabrinaaziz7664
@sabrinaaziz7664 2 года назад
hi uncle , ada kabinet fully aluminium , ok ke mcm tu?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Material aluminum ada pelbagai cara finishing yang berlainan. Ada yang memang nampak ok. Sesetengah cara finishing nampak tepi ketebalan aluminum itu warna lain. Aluminium memang lagi than terhadap air, anai anai...juga mempunyai value scrab logam jika take nak pakai nanti. Terapi harga material aluminum juga lebih tinggi banding dengan yang lain.
@muniraamira8091
@muniraamira8091 Год назад
Hi uncle, appreciate for your sharing! Btw uncle, do you mind to share about solid wood laminate formica.. is it ok and kalis air ya uncle?one more, if ambil white color adakah difficult to maintain?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Solid wood selalu tidak buat secara laminate.Solid wood mempunyai urat kayu yang cantik dan tersendiri. Ia selalu apply dengan vanish.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Laminate "Formica" selalu dijalankan atas plywood atau block board.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Ya betul,Laminate kalis air tetapi papan plywood atau block board tidak.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Warna putih perlu penjagaan yang lebih🤭🤭🤭, tidak susah jika betul cara.
@muniraamira8091
@muniraamira8091 Год назад
@@UncleAndrew1111 thankyou so much uncle for your respond! Semoga uncle dapat buat more videos ya.. love your sharing 🤗
@nurulsyazwanydnp642
@nurulsyazwanydnp642 2 года назад
Hi uncle. Saya nk buat kitchen kabinet. Kontraktor mencadangkan mdf atau aluminium shaker. Mane satu lebih bagus?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Aluminium lebih bagus. Selain tahan air juga tak ada masalah dgn anai anai. MDF sangat peka dgn air atau kelembapan. Juga masalah Formaldehid yang tinggi.
@nurulsyazwanydnp642
@nurulsyazwanydnp642 2 года назад
@@UncleAndrew1111 oky. How about kayu nyatoh. Mane lebih bagus? Aluminium shaker atau nyatoh.
@nurulsyazwanydnp642
@nurulsyazwanydnp642 2 года назад
Uncle. Bole suggest table top yang bagus? Contractor suggest porcelin atau quartz. Tq uncle
@loosappa989
@loosappa989 Год назад
Hi uncle. Kitchen cabinets fully aluminium boleh tampung berat quartz atau marble table top tak? Jika carcass wall unit cabinet dibuat dari hollow galvanized steel, boleh ke tampung benda-benda berat seperti periuk belanga mangkuk besar-besar?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Kitchen Cabinet yang fully aluminium tiada masalah untuk menampung keberatan table top batu yang berat seperti Quartz Stone, Granite juga marble,Jika ia dipasang dengan cara yang betul. Carcass dibuat daripada holo steel jarang sekali kita jumpa di pasaran.Ikut logic ia patut lebih kuat dan mampu menampung berat.Tetapi atas juga cara pemasangan dan structure serta size yang ditentukan setiap Carcass.
@loosappa989
@loosappa989 Год назад
@@UncleAndrew1111Thanks for early reply. Jika cara pemasangannya guna french cleat dan bolted left & right every 2-door wall cabinet, adakah ianya boleh menampung berat tersebut? Saya risau takut wall cabinet tersebut jatuh
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Wall cabinet selalu kedalaman kabinet 300mm sahaja.Berat yang mungkin apply pada cabinet terhad.Cara kita pasang itu jika betul,Tak ada masalah. Boleh juga pasang tall unit yang boleh ikatkan sama wall unit yang gantung pada dinding.Ia jauh lebih kuat jika kita apply load yang tinggi.
@loosappa989
@loosappa989 Год назад
@@UncleAndrew1111 ok uncle thank you so much for your help. Your idea sangat2 membantu. Saya nak cuba DIY sendiri kitchen kabinet di rumah. Harapnya berjaya lah seperti yang dirancang.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Semoga berjaya 👍👍👍👏👏👏
@KillerRabbies
@KillerRabbies 2 года назад
Uncle, minta pendapat. Jenis material kabinet mana yg dapat bertahan lama sampai 20 tahun?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Material biasa boleh jer tahan lama. Ini semua atas cara kegunaan masing². Penjagaan dan penyelengaraan adalah perlu seperti plumbing work di kawasan basin terutamanya.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Material yang murah seperti table top HPL boleh jer tahan lama jika dijaga.
@khadijahariffin7739
@khadijahariffin7739 2 года назад
Uncle kdai dimana..klu dkt sng blh gi tenguk..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
You are most welcome to visit our showroom 🏡 *Showroom Location :* Jyh Ming Sdn Bhd A-7974, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur *Waze:* waze.com/ul/hw29mz9m5z *Google Map:* goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66 ⏰ *Business Hours* Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
wa.me/60129837577
@munirahmahadzir8601
@munirahmahadzir8601 Год назад
Uncle, lagi baik untuk letak aluminium ke untuk bawah sinki atau guna saja material yg sama dengan kabinet lain? Sbb pernah terbaca boleh bantu halang isu kabinet rosak kalau ada sinki bocor dan sebagainya.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Bahagian sinki ada tempat yang paling awal akan mengalami kerosakan disebabkan air atau kelembapan yang tinggi . Carcass Aluminium memang antara pilihan yang baik untuk mengantikan papan buatan daripada kayu. Cabinet kita tahan lama walaupun dalam Keadaan penjagaan minimum.
@clip012
@clip012 Год назад
4:49 acrylic sebenarnya 100% kalis air ke tak? Mana yg lagi mahal, acrylic atau 4G glass?
@lizaqaireen7879
@lizaqaireen7879 2 месяца назад
4G
@muthumani9700
@muthumani9700 2 года назад
Hi ...uncle Andrew...apakah maksud ACP panel??? Tq
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
ACP = Aluminium Composite Panel
@muthumani9700
@muthumani9700 2 года назад
Tqvm uncle Andrew
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
You are most welcome
@amyameen
@amyameen 2 года назад
solid nyatoh uncle?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Solid nyatoh merupakan material yang tahan ,Solid nyatoh juga salah 1 pilihan untuk pintu kabinet dapur di negara kita. Trand sekarang ramai juga suka pakai solid nyatoh shaker door yang menggunakan spray paint finishing. Solid nyatoh dah lama digunakan dan selalu membawa perasaan tema classic.
@workouttoday2851
@workouttoday2851 Год назад
Uncle kalau 4g glass bole tukar kaler? Tak boleh cat kan?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Tak boleh 🤭🤭🤭
@mailrashid7531
@mailrashid7531 Год назад
Hai uncle Andrew,sy hendak bertanya,bahagian dlm kitchen cabinet (carcass) selain dr aluminium, material apa yg tahan ya
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
PVC BOARD, ACP , STAINLESS STEEL
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Ramai yang pakai melamine juga tahan belasan tahun...atas kegunaan dan penjagaan masing²😁
@mailrashid7531
@mailrashid7531 Год назад
@@UncleAndrew1111 terima kasih uncle ats pencerahan
@secubitrasa
@secubitrasa Год назад
Hai saya nak tanya..kalau yang untuk rumah selalu banjir yang mana uncle blh suggest?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Pasang meja concrete dan pintu dan frame Aluminium.
@secubitrasa
@secubitrasa Год назад
@@UncleAndrew1111 tq so much
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
You are most welcome
@sitinazariah7590
@sitinazariah7590 Год назад
If 4G glass door adalah sesuai untuk dapur yg lasak. Bhagian pintu tepi tk akan haus seperti 3G ke
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Lasak tu,maksub saya selalu basah dan tak dang nak kemas dan keringkan.Bukannya ganas sangat tu.🤣
@sitinazariah7590
@sitinazariah7590 Год назад
😂tqvm
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
🤣🤣🤣
@hanyzf3965
@hanyzf3965 2 года назад
Hi uncle ,material formica kategori ape? Mana lebih baik melamine or formica laminate?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Formica adalah salah sejenis jenama Laminate. Laminate merupakan material yang agak cantik dan harga murah jika dibandingkan dengan material lain. Laminate sendiri merupakan material yang agak tahan terhadap air,calar,panas dll. Tetapi Laminate perlu ditampalkan atas kepingan kayu buatan seperti plywood, block board, Mdf board dll. Masalah yang timbul adalah pada glue yang digunakan tidak lekat dengan sempurna , selalu mudah terbuka dan terkopak. Papan buatan pula ada masalah kangungan Formaldehid yang mengancam kesihatan manusia. Melamine adalah lapisan coating yang dilekat pada papan buatan selalu kita jumpa dipasaran adalah ecoboard atau ada yang gelar chipboard. Papan buatan ini ada masalah kandungan Formaldehid juga. Namun pembeli boleh dapat information yang lebih semasa buat keputusan semasa tempahan. Gred yang berlainan ada di pasaran seperti yang ramai pilih adalah E2, Ia paling bertoksik dan tidak sesuai untuk kegunaan dalam rumah. Di Pasaran boleh kita jumpa gred seperti E1 , E0 , NAF , dll.
@arsyaddarwisyalif5142
@arsyaddarwisyalif5142 2 года назад
material apa ya paling bagus untuk kabinet dapur
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Selamat petang,Material ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Pilihan material atas kesukaan masing masing, juga penting untuk kita tahu cara penjagaan setiap material yang kita pilih. Susah nak kata mana material yang paling bagus. Ada yang mahal dan juga ada yang murah, yang murah tidak semestinya tak bagus...janji kita tahu cara penjagaannya.
@arsyaddarwisyalif5142
@arsyaddarwisyalif5142 2 года назад
Terima kasih kerana bagi info..kalau saya pilih nyatoh apa kekurangan ya.
@ZamirAizat
@ZamirAizat Год назад
Kalau material formica pula mcm mna?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Formica adalah salah satu jenama produk High Pressure Laminate. Kelebihan Laminate adalah kerja mudah dijalankan tanpa mesin² yang remit dan mahal.Permukaan laminate selalu mudah dijaga dan senang dibersihkan. Hasil panampilan Laminate adalah cantik dan pelbagai pilihan.warna dan texture selalu sangat stabil dan consistent. Kelemahan Laminate adalah ia mudah terkopak.Jika gam yang digunakan bermutu rendah, berkemungkinanan besar Laminate akan tertanggal keluar.Kerja Laminate ini sangat bergantung kepada hasil seni kerja tukang.
@AliAhmad-mw2to
@AliAhmad-mw2to Год назад
Uncle Andrew...berapa harga pintu 3g?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Harga cabinet dipengaruhi bukan sahaja material pintu,tetepi juga carcass, jumlah quantity dan size cabinet yang perlu, jenis peralatan logam keluri atau accessories yang digunakan. Maaf 🙏.Uncle Andrew lambat reply.
@madamyayachannel5439
@madamyayachannel5439 Год назад
uncle kat Kuantan ke? kedai nama apa?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Ya Madam.🏡 Showroom Location : Jyh Ming Sdn Bhd A-7974, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur Waze: waze.com/ul/hw29mz9m5z Google Map: goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66 ⏰ Business Hours Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm
@airtherieymorientes610
@airtherieymorientes610 2 года назад
uncle Andrew Ade WA no. ke?.. uncle buat wiring jugak tak ?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 года назад
Whatsapp wa.me/60129837577
@rosleelewaniz7574
@rosleelewaniz7574 Год назад
Uncle jika meterial yang dipilih oleh tukang adalah campuran formica dan melamine adakah baik untuk ketahanan
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
"Formica" =satu jenama laminate. Selalu laminate di tampalkan pada papan buatan seperti plywood, Blokboard. Kemasan dan ketahanan bergantung kepada gam yang digunakan dan kemahiran tukang. Manakala, Melamine selalu datang dengan kemasan ABS edging, mesin yang menjamin kekemasan hasil kerja. Ramai tuan rumah suka kemasan ini kerana ia tahan Dan mudah jaga.
@rosleelewaniz7574
@rosleelewaniz7574 Год назад
Jika untuk table top mengunakan kemasan batu granite ok dak untuk jangka masa panjang..
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Granite memang pilihan yang baik untuk table top.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Granite memang sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang.Granite juga sangat keras dan sekali dengan kecantikan semulajadi.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
*TABLE TOP VIDEO* *1. KONKRIT WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-mEMt-NcIY-A.html *2. QUARTZ WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-2If4W-ykRbY.html *3. GRANITE WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-u5yoLSFS8Lw.html *4. MARBLE WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-65tWKRfAzZ4.html *5. COMPOSITE MARBLE WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-bSNJNhwlhy8.html *6. PORCELAIN SLAB WORKTOP* ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-Xy2j92GFoZA.html
@LeeXuan88
@LeeXuan88 Год назад
Material UV High Gloss pula apa? Dia guna kayu MDF ke?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
UV High Gloss adalah sejenis penyelesaian yang digunakan dalam pembuatan pintu dan kabinet dapur. Ini adalah pilihan yang berkualiti tinggi, tahan lama, dan menarik yang memberikan penampilan yang licin dan moden. Mari kita pecahkan: UV: Ini merujuk kepada "ultraviolet". Ia merujuk kepada proses penyembuhan penyelesaian pada pintu dapur. Semasa proses ini, cahaya ultraviolet digunakan untuk mengeras dan menyembuhkan lapisan penyelesaian yang dikenakan pada permukaan pintu dapur. Ini menghasilkan penyelesaian yang sangat tahan lama dan tahan yang dapat menangani keadaan dapur biasa. Penyelesaian UV dikenali kerana tahanan mereka terhadap haba, calar, dan noda, yang menjadikan mereka pilihan yang baik untuk kawasan yang banyak digunakan. High Gloss: Ini merujuk kepada tahap kilauan atau pantulan pada permukaan pintu. Sebuah penyelesaian berkilau tinggi memiliki permukaan yang sangat berkilau dan pantulan, serupa dengan penampilan kaca atau lacquer. Ini mencipta tampilan yang licin dan moden yang dapat membuat dapur anda kelihatan lebih besar dan cerah. Namun, ia mungkin menunjukkan cap jari dan kotoran lebih mudah daripada penyelesaian matte atau semi-gloss. Pintu dapur UV high gloss sering dibuat dengan MDF (Medium-Density Fiberboard) sebagai bahan inti. MDF adalah sejenis kayu buatan yang dikenali dengan permukaan yang licin dan tahan lama. MDF dipotong menjadi bentuk pintu, dan kemudian lapisan penyelesaian berkilau tinggi dikenakan. Penyelesaian ini kemudian disembuhkan menggunakan cahaya ultraviolet untuk mencipta produk akhir yang tahan lama. Pintu dapur UV high gloss adalah pilihan yang popular untuk reka bentuk dapur moden dan kontemporari kerana penampilan mereka yang licin dan berkilau. Mereka juga menawarkan daya tahan tinggi, tahanan terhadap haba dan noda, dan mudah dibersihkan, menjadikan mereka pilihan yang praktikal juga.
@LeeXuan88
@LeeXuan88 Год назад
@@UncleAndrew1111 Terima kasih diatas penerangan!
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Sama sama
@sk20132014
@sk20132014 Год назад
Nyatoh bgaimna?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Solid Nyatoh satu masa dahulu memang sangat popular. Bagi owner yang sukakan design classic, nyatoh memang pilihan baik.
@tansokhiong1282
@tansokhiong1282 Год назад
Pm me . Tq
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Год назад
Uncle Andrew 0129837577
Далее
7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR
5:44
Просмотров 50 тыс.
QUARTZ 23JUN2021
4:50
Просмотров 36 тыс.
شربت كل الماء؟ 🤣
00:31
Просмотров 13 млн
Architect's TOP 10 Kitchen Design Mistakes
21:12
Просмотров 685 тыс.
ROJAK PASEMBUR PENANG, CHEF PECAH RAHSIA
21:49
Просмотров 16 тыс.
Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur
4:30
Просмотров 5 тыс.
Apa itu kabinet dapur fomica
5:36
Просмотров 10 тыс.
ADAKAH ANDA MEMILIH SAIZ SINKI YANG BETUL
5:18
Просмотров 33 тыс.
АРТ-ОБЪЕКТ СО СМЫСЛОМ
0:23
Просмотров 7 млн