Cara yang ditunjukkan ini merupakan cara yang termudah bagi murid menghantar tugasan mereka kepada guru di alam maya menggunakan Google Jamboard di Google Classroom. Dengan cara ini dapat memudahkan guru menyemak dan memberi markah kepada murid pula. Jadi, murid dan guru dapat berinteraksi secara dua hala walaupun secara dalam talian. Guru dapat memberi komen kepada murid-murid mereka sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan semasa latihan disiapkan. Murid juga dapat membuat pembetulan atas kesalahan yang telah ditunjukkan oleh guru. Adalah diharapkan video ini dapat membantu murid, ibu bapa dan juga guru dalam usaha memberi peluang kepada anak-anak mereka meneruskan pembelajaran mereka walaupun dari rumah.
#GoogleJamboard #GoogleClassroom #AkademiGuruMalaysia #Ayu #edidik
15 сен 2024