Тёмный

Amalan2 Mudah & Ringkas Tetapi Besar Pahala dan Kelebihannya Menurut Hadith - Maulana Asri Yusoff 

Komuniti  Darulkautsar
Подписаться 13 тыс.
Просмотров 35 тыс.
50% 1

Beberapa Amalan Mudah dan Ringkas Tetapi Besar Pahala dan Kelebihannya Menurut Hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Maulana Muhd Asri Yusoff
Kota Bharu
25 Nov 2017
[NOTA KULIAH BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI - tinyurl.com/y7w... ]
1. UCAPKAN ZIKIR - “AKU REDHA ALLAH SEBAGAI RABB, ISLAM SEBAGAI AGAMA DAN MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL”
رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنَا، وَبِمُحَمَّدٍ - صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم - رَسُولًا
Maksud: Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul.
Antara kelebihannya:
(a) Rasulullah s.a.w bersabda:
عن ابي سعيد الخدري يقول: أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: من قال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد -صلى الله عليه وسلم- رسولا. وجبت له الجنة.
Maksudnya: Sesiapa mengucapkan, “Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul” pasti dia mendapat syurga. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’, Ibnu Majah dan lain-lain).
(b) At-Thabaraani meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
ما من عبد أو إنسان أو مسلم يقول حين يمسى وحين يصبح رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا إلا كان حقا على الله أن يرضيه يوم القيامة
Maksudnya: Tiada seorang pun hamba (Allah) atau manusia atau muslim mengucapkan di waktu pagi dan petang: “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, melainkan Allah jamin untuk memuaskan hatinya pada hari kiamat nanti.
(c) At-Thabaraani juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
من قال إذا أصبح: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، فأنا الزعيم لاخذ بيده حتى أدخله الجنة
Maksudnya: Sesiapa mengucapkan di waktu pagi: “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, aku jamin akan memegang tangannya hingga masuknya ke dalam syurga.
(d) Rasulullah s.a.w bersabda:
بحسب امرى من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا
Maksudnya: Cukup sebagai bukti telah beriman apabila seseorang mengucapkan: “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”.
2. DOA NABI YUNUS
Doa menjadi sangat mustajab apabila disertakan dengan doa Nabi Yunus yang diajar oleh Rasulullah s.aw kepada umatnya. Doa itu boleh juga dibaca untuk menolak bala yang menimpa. Ia adalah seperti berikut:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku dari orang-orang yang zalim.
Antara kelebihannya:
(a) Berikut adalah kelebihannya yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w.:
دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، إنه لم يدع بها مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له بها
Maksudnya: Doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.) ketika berada di dalam perut ikan: (لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين). Sesungguhnya tidak ada seorangpun orang Islam yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu. (Hadits riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, al-Bazaar, Abu Ya’la, an-Nasaa’i, Haakim, Baihaqi dan lain-lain).
(b) Di dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda begini tentang kelebihannya:
الا أخبركم بشىء إذا نزل برجل منكم كرب، أو بلاء من بلايا الدنيا دعا به يفرج عنه؟ فقيل له: بلى، فقال: “دعاء ذي النون: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين.
Maksudnya: “Tak mahukah kamu aku beritahu tentang satu doa yang apabila kamu ditimpa kesusahan atau apa-apa bencana dunia, lalu kamu berdoa dengannya, kamu terus terlepas dari kesusahan dan bencana yang menimpamu itu?”. Jawab para Sahabat. “Tentulah (kami) mahu”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Itulah doa Dzin Nun (Nabi Yunus a.s.): لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالين. (Hadith riwayat al-Haakim).
3. DOA MENYATAKAN KESYUKURAN
Sentiasa bersyukur kepada Allah. Doa di bawah ini sudah cukup untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah dalam sehari semalam:
اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي من نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُكْرُ
Maksudnya: Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya dariMu semata-mata. Tiada sekutu bagimu. BagiMu segala pujian dan bagiMu segala kesyukuran.
Antara kelebihannya:
(a) Nabi s.a.w. bersabda:
من قال حين يصبح: اللهم ما اصبح بي من نعمة فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر، فقد ادى شكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين يمسي فقد أذى شكر ليلته
Maksudnya: Sesiapa yang membaca doa ini di waktu pagi iaitu : “Ya Allah, apa-apa ni’mat yang aku dapat, semuanya darimu. Tiada sekutu bagimu. BagiMu segala pujian dan bagiMu segala kesyukuran”, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang harinya dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, bererti dia telah bersyukur untuk sepanjang malamnya.
(SAMBUNGAN ZIKIR/DOA DALAM RUANGAN KOMEN RU-vid)

Опубликовано:

 

16 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 58   
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 года назад
(SAMBUNGAN ZIKIR./DOA DARI RUANGAN DESCRIPTION RU-vid - BAHAGIAN 1 DARI 3 ) 4. MEMBACA SURAH AL-IKHAS. Berikut adalah Surah al-Ikhlas bersama terjemahannya: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4) Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya (4) (al-Ikhlas : 1-4) Antara kelebihannya: (a) Nabi s.a.w bersabda: إنها لتعدل ثلث القران Maksudnya: Sesungguhnya ia menyamai satu per tiga al-Qur’an. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain) (b) Rasulullah s.a.w juga pernah berkata kepada seorang Sahabat yang suka membaca Surah al-Ikhlas: إن حبها ادخلك الجنة Maksudnya: Sesungguhnya sukamu akannya membawa engkau masuk syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, Abu Ya’la, Haakim dan lain-lain). 5. DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN Bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w sebelum makan iaitu: بِسْمِ اللهِ وَبَرَكَةِ اللهِ Maksudnya: Dengan nama Allah dan dengan keberkatan (dari) Allah. Setelah kenyang dan selesai makan bacalah doa ini: الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَشْبَعَنَا وَأَرْوَانَا وَأَنْعَمَ وَأَفْضَلَ Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kita, menghilangkan dahaga kita, memberi ni’mat dan melimpahkan kurnianNya (kepada kita). Antara kelebihannya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: خبز ولحم وبسر وتمر ورطب ودمعت عيناه ثم قال هذا من النعيم الذي تسألون عنه يوم القيامة فكبر ذلك على أصحابه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أصبتم مثل هذا وضربتم بأيديكم فقولوا بسم الله وبركة الله فإذا شبعتم فقولوا الحمد لله الذي أشبعنا وأروانا وأنعم وأفضل فإن هذا كفاف بهذا Maksudnya: “Ini roti, daging, kurma muda, kurma masak, kurma mekar”, sambil air mata Baginda mengalir. Seterusnya Baginda bersabda: “Semuanya termasuk dalam ni’mat yang akan ditanya kamu tentangnya pada hari kiamat nanti”. Mendengar sabda Nabi s.a.w itu berasa sedihlah para Sahabat sekalian. Nabi s.a.w meneruskan lagi sabdanya: “Apabila kamu mendapat makanan seperti ini dan kamu hendak hulurkan tanganmu untuk menjamahnya, bacalah بسم الله وبركة الله dan setelah selesai makan, bacalah (pula) : الحمد لله الذي أشبعنا واروانا وأنعم وأفضل . Bacaan kamu itu akan membuatkan kamu tidak disoal nanti” 6. DOA BILA KELUAR DARI RUMAH Membaca doa ini bila keluar dari rumah: بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Antara kelebihannya: (a ) Rasulullah s.a.w bersabda: من قال - يغني إذا خرج من بيته - بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله، يقال له هديت وكفيت ووفيت. وتنحى عنه الشيطان Maksudnya: Sesiapa membaca - maksudnya bila keluar dari rumahnya - بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله, dikatakan kepadanya: “Engkau telah terpimpin, dicukupkan dan telah terpelihara. Syaitan menjauhkan diri daripadanya”. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaa’i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain). (b) Di dalam riwayat Abu Daud terdapat tambahan begini: ويقول شيطان اخر: كيف لك برجل هدي، وكفي، ووقي Maksudnya: Syaitan lain (pula) berkata: “Bagaimana engkau akan memperdaya seseorang yang telah terpimpin, telah dicukupkan dan telah terpelihara?” (SAMBUNGAN ZIKIR/DOA KE BAHAGIAN 2)
@norazfarazfar6965
@norazfarazfar6965 2 года назад
Aslmkm wrm wbt. Admin minta jasa baik kalau boleh diberi panduan bagaimana nak dapatkan naskah yang Ustaz Asri bacakan tu. Dengan kadar bayaran pun takpa. Boleh emelkan pun takpa.
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 года назад
@@norazfarazfar6965 Nota boleh dimuat turun, ada di ruangan description youtube...kalau ada masalah muat turun, boleh berikan email, kami akan hantar melalui email, insyaAllah
@skmobile1914
@skmobile1914 2 года назад
Salmkm ustah terima kaseh percerahan yg baik utk semua, mudahan allah berikan kebaikkan seperti air yg mengalir ,harap terus perjuang kerana allah yg benar amin
@skmobile1914
@skmobile1914 2 года назад
1/3 al quran surah akhlas hadiah plasu tapi kita tauhid kpd allah
@zahariyusof2764
@zahariyusof2764 2 года назад
@@komunitidarulkautsar9328 allan dullah semuga allah memberi kurnia pada saudaraku
@MrHamdan50
@MrHamdan50 2 месяца назад
jazalahukhairan
@ewfz70
@ewfz70 3 года назад
Alhamdulillah syukur..tkasih kpd Ustaz dan Admin...semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dan sentiasa di dalam Naungan RahmatNya.
@deluxedeluxe9386
@deluxedeluxe9386 3 года назад
Ulasan yang baik .
@deluxedeluxe9386
@deluxedeluxe9386 3 года назад
Jazakallahu Khair .
@AbdulRahim-vu4hj
@AbdulRahim-vu4hj Год назад
😅
@iskandre
@iskandre 6 лет назад
Terima Kasih Team Darul Kautsar berkongsi... ilmu bermunafaat
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 6 лет назад
Nota boleh di download - tinyurl.com/y7wg5ydt
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 6 лет назад
Kami amat alu-alukan...share sebanyak mungkin yer
@uhs2541
@uhs2541 3 года назад
Terima kasih admin 🤗🤗
@kekkek4840
@kekkek4840 4 года назад
Jutaan Terima kasih & jazakumullahukhoiran kpd maulana asri & team darul kautsar..
@daexcutioners
@daexcutioners 5 лет назад
Barakallahu feek Maulana Asri..
@thelunatics6598
@thelunatics6598 Год назад
alhamdulilah 👍👍
@mohamadnormatghani127
@mohamadnormatghani127 3 года назад
Jazaakalloohukhaironkasiiroo... جزاك الله خيرا كثيرا.
@ghaibman669
@ghaibman669 3 года назад
Alhamdulillah
@kakaroctpke1032
@kakaroctpke1032 6 лет назад
terbaik mmay
@ayobayob3792
@ayobayob3792 4 года назад
Jaxaqallahu khair .
@deluxedeluxe9386
@deluxedeluxe9386 Год назад
Ni
@riduanpakpahan5273
@riduanpakpahan5273 4 года назад
Mohon izin download dan mohon izin untuk diamalkan ! syukron jzakumullohu khoiron. sangat bermanfaat.
@firdaustalib2782
@firdaustalib2782 4 года назад
Terima kasih. Ilmu yang sangat berharga. Terima kasih tuan maulana . Semoga dirahmati tuhan.
@abdulramanbinbanunbanun1311
@abdulramanbinbanunbanun1311 3 года назад
Jazakkallahukhairo
@deluxedeluxe9386
@deluxedeluxe9386 3 года назад
Narakallahu fiik .
@nuronimohamed261
@nuronimohamed261 6 лет назад
Terima kasih team darul kautsar menyediakan juga nota yang dibaca mmay.
@mohdzabudin2568
@mohdzabudin2568 6 лет назад
QqqqqqqqqqQQQQQQQQQQ
@mohdzabudin2568
@mohdzabudin2568 6 лет назад
QqqqqqqqqqQQQQQQQQQQ
@deluxedeluxe9386
@deluxedeluxe9386 3 года назад
Group ust Halim Hasan . Narakallahu Khair .
@muhammadferris1375
@muhammadferris1375 5 лет назад
terima kasih Maulana, sgt sgt sgt suka, penuh dgn ilmu dan ringkas padat dgn manfaat serta shahih :-)
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 года назад
(SAMBUNGAN ZIKIR./DOA DARI RUANGAN DESCRIPTION RU-vid - BAHAGIAN 2 DARI 3 ) 7. MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SHALAT FARDHU اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) Maksudnya: Allah tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya): Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak berasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (al-Baqarah : 225) Antara kelebihannya: (a) Rasulullah s.a.w bersabda: من قرأ آية الكرسي في دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت Maksudnya: Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap shalat fardhu, niscaya tidak (ada sesuatu apa pun yang) menghalangnya daripada masuk syurga selain kematiannya. (Hadith riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa’i, Ibnu as-Sunni dan lain-lain). (b) Rasulullah s.a.w pernah bertanya Ubaiy bin Ka’ab: (( يا أبا المنذر أتدرى أى اية من كتاب الله معك أعظم )). قال قلت الله ورسوله أعلم. قال (( يا أيها المنذر أتدري أي اية من كتاب معك أعظم )). قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم. قال فضرب في صدري وقال والله لبهنك العلم أبا المنذر. Maksudnya: “Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada padamu yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih tahu”. Kata Baginda: ”Wahai Abu al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur’an (yang ada) padamu yang paling agung?”. Kata Ubaiy, aku menjawab: “ الله لا إله غلا هو الحي القيوم ” Kata Ubaiy : “Terus Baginda menepuk dadaku seraya bersabda: “Tahniahlah atas ilmumu wahai Abu al-Munzir!” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i dan lain-lain). (c) Syaitan berupa manusia pernah hendak mencuri makanan (milik kerajaan), tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal. Ia menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi. Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu: إذا أويت إلى فراشك فأقرأ اية الكرسي (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) حتى تختم الاية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح Bermaksud: Apabila engkau ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) hingga akhir ayat. Dengan membacanya akan terus ada pengawal daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga pagi. (Hadits riwayat al-Bukhari). 8. DOA MINTA PERLINDUNGAN DARI AZAB NERAKA Membaca doa di bawah ini sebanyak tujuh kali selepas setiap kali selesai bershalat Maghrib dan Subuh: اللَّهُمَّ أَجِرْنَي مِنَ النَّارِ Maksudnya: Ya Allah! Lindungilah daku dari azab neraka. Antara kelebihannya: (a) Rasulullah s.a.w pernah mengajar doa itu kepada seorang Sahabat bernama Muslim bin al-Haarits at-Tamimi. Kata Baginda kepadanya: إذا انصرفت من صلاة المغرب فقل: اللهم أجرني من النار، سبع مرات، فإنك إذا قلت ذلك، ثم مت في ليلتك كتب لك جوار منها، وإذا صليت الصبح، فقل كذلك، فإنك إن مت من يومك كتب لك جواز منها. Maksudnya: Apabila engkau selesai bersembahyang Maghrib, maka bacalah اللهم أجرنى من النار sebanyak tujuh kali, Jika telah membacanya, kemudian engkau mati pada malam itu, niscaya engkau akan dilindung daripadanya. Apabila engkau selesai bersembahyang Subuh juga bacalah begitu, kerana jika engkau mati pada hari itu, niscaya engkau akan dilindungi daripadanya. (Hadith riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan al-Baihaqi di dalam ad-Da’awaat al-Kabirnya) 9. Bertahlil dengan tahlil yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti di bawah ini: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيُّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Tiada sekutu bagiNya, kepunyaanNya segala kerajaan, kepunyaanNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan. Dia (Tuhan) Yang Maha Hidup, tidak akan mati, Di tanganNya segala kebaikan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Antara kelebihannya: (a) Rasulullah s.a.w bersabda: من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف حسنة ومخا عنه ألف الف سيئة ورفع له الف الف درجة وبنى له بيتا فى الجنة. Maksudnya: Sesiapa masuk ke pasar, lalu mengucapkan لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير, Allah akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapuskan daripadanya sejuta kejahatan dan mengangkat untuknya sejuta darjat dan Allah membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. (Hadith riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Bazaar, al-Haakim, at-Thabaraani dan lain-lain) 10. ZIKIR - سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ Salah satu zikir yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan dikatakan benar kelebihannya ialah zikir berikut: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ Maksudnya: Maha suci Allah dan dengan memujiNya. Antara kelebihannya: (a) Rasulullah s.a.w pernah bersabda: من قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة خطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر Maksudnya: Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده dalam satu hari sebanyak seratus kali akan digugurkan kesalahan-kesalahannya (dosa-dosanya), walaupun ia seperti buih di laut. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, al-Bazzaar, at-Thabaraani dan lain-lain). (b) Di dalam satu hadith yang lain Baginda bersabda begini: من قال حين يصبح وحين يمسى: سبحان الله وبحمده، مائة مرة. لم يأت أحد يوم القيامة بأفضل مما جاء به. إلا أحد قال مثل ما قال. أو زاد عليه. Maksudnya: Sesiapa mengucapkan pada waktu pagi dan petang سبحان الله وبحمده seratus kali. Niscaya tidak ada orang yang akan membawa sesuatu (pahala) yang lebih baik daripada apa yang dibawanya pada hari kiamat nanti, kecuali seseorang yang mengucapnya sebanyak yang diucapnya itu atau lebih lagi daripada yang diucapnya. (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Baihaqi dan lain-lain). (c) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w menyatakan kelebihannya begini: من قال سبحان الله وبحمده غرست له نخلة في الجنة Maksudnya: Sesiapa mengucapkan سبحان الله وبحمده akan ditanam untuknya sepohon kurma di dalam syurga. (Hadith riwayat ay-Tirmidzi, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan an-Nasaa’i di dalam Amalul Yaumi Wa al-Lailahnya). (SAMBUNGAN ZIKIR/DOA KE BAHAGIAN 3)
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 3 года назад
(SAMBUNGAN ZIKIR./DOA DARI RUANGAN DESCRIPTION RU-vid - BAHAGIAN 3 DARI 3 ) 11. SAIYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR) Amalkan Saiyyidul Istighfar. Lafaznya adalah seperti Berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، اغْفِرْلِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ Maksudnya: Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hambaMu. Aku berada dalam pengetahuan dan janjiMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Antara kelebihannya: (a) Nabi s.a.w bersabda: سيد الإستغفار ان تقول اللهم انت ربي، لا إله إلا أنت، خلقتنى وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء لك بذنبي, اغفر لى، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، قال: ومن قالها من النهار موقنا بها .فمات من يومه قبل أن يمسي، فهو من أهل الجنة، ومن قالها من الليل وهو موقن بها، فمات قبل أن يصبح، فهو من الجنة Maksudnya: Penghulu Istighfar ialah engkau mengucapkan: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan daku. Aku adalah hambaMu. Aku berada dalam pengetahuan dan JanjiMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui ni’mat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku. Ampunilah dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.” Rasulullah s.a.w bersabda seterusnya: “Sesiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh yakin dan dia mati pada hari itu sebelum petang, dia ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh yakin, lalu dia mati sebelum pagi, dia juga ahli syurga. (Hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ahmad, an-Nasaa’i, al-Bazaaar dan lain-lain). 12. Ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Maksudnya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Antara kelebihannya: (a) Nabi s.a.w berkata kepada beberapa orang Sahabatnya begini: ألا أدلك على كلمة من كنوز الجنة؟ قلت: بلى، يا رسول الله. قال: قل لا حول ولا قوة إلى بالله Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu ucapan yang merupakan perbendaharaan dan simpanan berharga di syurga?”. Jawab Sahabat: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلى بالله. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i dan Ibnu Majah). (b) Di dalam satu hadith yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda kepada Qais bin Sa’ad begini: الا أدلك على باب من ابواب الجنة؟ قلت: بلى يا رسول الله، قال: لا حول ولا قوة إلا بالله Maksudnya: “Tak mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?”. Kata Qais, aku menjawab: “Tentulah mahu, wahai Rasulullah”. Kata Baginda: “Ucapkan لا حول ولا قوة إلا بالله.” (Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, Haakim, Thabaraani dan Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman). (c) Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata: يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله. Maksudnya: Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?” Jawab Nabi Ibrahim: (Ucapan) (لا حول ولا قوة إلا بالله). (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam Syu’abul Iman).
@tukmegatjanggut9925
@tukmegatjanggut9925 6 лет назад
sekadar cadangan....mohon admin letak no ac darul kautsar...kot2 ada dermawan nk beri sumbangan....
@peguamabdullah
@peguamabdullah 2 года назад
ketiga2 amalan ini ada didalam Ratib Alhaddad.Ada lain 2 doa di sertakan dalam Ratib tersebut
@sharifabdaziz245
@sharifabdaziz245 3 года назад
Assalamualaikum wbt. Ustaz dan tuan-tuan yang boleh jawab. Pada masa kini ada lagi tidak, syaitan yang menjelma menjadi manusia. Untuk urusan dunia mereka sendiri. Kalau ada contoh. Terima kasih.
@abdhalimustafakedah4342
@abdhalimustafakedah4342 4 года назад
jayyid
@joesyam7345
@joesyam7345 3 года назад
Assalamualaikum..nak tanya yang doa sebelum makan tu apa status hadisnya dan riwayat dari imam mne?mohon sape2 yg tahu boleh bntu..syukran..
@rozalmanyusoff1326
@rozalmanyusoff1326 6 лет назад
salam baca surah al ikhlas 100 kali buleh ko......sbab takut buat bidaah....mintak pencerahan?
@monash1500
@monash1500 6 лет назад
Baca je la.. jnji ikhlas
@akihirofarhan8170
@akihirofarhan8170 5 лет назад
Tak salah untuk pengamalan sendiri.. Cuma jgn kita kata hat tu nabi suruh hat ni dikhususkan hat ni ada fadhilat tertentu.. So jika kita tak ada keyakinan begitu tak mengapa nak amal 1000 pun.
@azimdeen6269
@azimdeen6269 6 лет назад
Cukuplah al quran
@whateverlahbro8085
@whateverlahbro8085 6 лет назад
Antara tanda hati sakit ialh mengikuti firqah berakidah sesat seperti Salafi-wahabi - iaitu satu dari 73 firqah yang akan memasuki neraka.
@zulfaqaralias5447
@zulfaqaralias5447 6 лет назад
sesat pulak dah
@ofixdistro9558
@ofixdistro9558 6 лет назад
Nabi berpesan. Yang menuduh sesat itu adalah lebih sesat.
@ofixdistro9558
@ofixdistro9558 6 лет назад
Baca hadis sahih dikatakan sesat. Sekarang, siapa yg lebih sesat.
@shukordiibrahim127
@shukordiibrahim127 5 лет назад
hadis 73 golongan tu pun dipertikaikan oleh ulamak2 hadis akan kesahihannya
@mindnavigator
@mindnavigator 5 лет назад
Whatever Lahbro baru lepas baham ketum???
@rondamakan
@rondamakan Год назад
Terima kasih pada yg upload scribd nota ni drive.google.com/file/d/1SyhDUKvMCgu_b1VR_CnuZvUmsZsM_a9k/view?usp=sharing
Далее
Anak Cucu Nabi Yang Dilupa Dan Dipinggirkan
2:47:58
Просмотров 20 тыс.