Тёмный

[PEMURNIAN] - IMAM ABU HANIFAH - Menelusuri Riwayat Pujian Dan Kritikan Terhadapnya - Maulana Asri 

Komuniti  Darulkautsar
Подписаться 13 тыс.
Просмотров 4 тыс.
50% 1

[PEMURNIAN] - IMAM ABU HANIFAH - Menelusuri Riwayat Pujian Dan Kritikan Terhadapnya
Maulana Muhd Asri Yusoff
Google Meet
25 Nov 2023
CATATAN DARI KULIAH - “IMAM ABU HANIFAH - MENELUSURI RIWAYAT PUJIAN DAN KRITIKAN TERHADAPNYA”
1.IMAM ABU HANIFAH - BIOGRAFI DAN PENDIDIKAN
- Nama : Nu’man bin Tsabit
- Gelaran : Al-Imam al-’Azham
- Beliau bukan berketurunan Arab tetapi keturunan Farsi
- Keluarganya tidak pernah menjadi hamba
- Dilahirkan pada tahun 80H
- Tsabit (Ayah kepada Imam Abu Hanifah) pernah menjadi murid kepada Saidina Ali r.a. dan mendapat doanya
- Ibnu Mas’ud adalah antara Sahabat yang menetap di Kufah
- Terdapat 1,500 orang Sahabat menetap di Kufah
- Beliau belajar hadith di awal usianya
- Belajar ilmu kalam untuk melawan ahli kalam
- Belajar Fiqh dengan guru utamanya Hammad Bin Sulaiman selama 18 tahun
- Belajar dengan ramai tabi’in. Dia juga adalah seorang tabi’in
- Mempunyai 4000 orang guru
- Beliau adalah seorang saudagar kain sutera dan berstatus “jutawan” tetapi hidup dengan penuh kezuhudan.
- SYAH Waliyullah mengatakan bahawa beliau adalah termasuk “Imam” dalam hadith dan antara manusia paling genius dalam dunia
- Beliau sempat bertemu dengan 26 orang Sahabat
- Maklumat tambahan:
Daraqutni - Imam Abu Hanifah sempat melihat Anas tanpa mengambil riwayat darinya
Ibnu Ma'in - Imam Abu Hanifah ambil riwayat daripada A’isyah bt ‘Ajran (Sahabiah)
- Wafat pada tahun 150H
2.KITAB YANG DIKARANG OLEH IMAM ABU HANIFAH
- Imam as-Syafie berkata - semua orang terhutang budi dengan Imam Abu Hanifah dalam bidang fiqh.
- As-Sayuthi berkata, kelebihan utama Imam Abu Hanifah ialah beliau adalah orang yang pertama membukukan tentang syariat. Kemudian diikuti oleh Imam Malik dengan gaya Abu Hanifah.
- Kitab hadith yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah ialah “Musnad Imam Abu Hanifah” yang dikumpul oleh Khwarizmi, anaknya Hammad, Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani dll.

- Kebanyakan hadithnya adalah riwayat “tsunaiyyat” dan ada juga “wuhdaniyyat”.
Maklumat tambahan:
- Imam Malik paling tinggi “tsunaiyyat”
- Jika ingin berijtihad ianya perlu bersandarkan kepada hadith
3.GURU-GURU IMAM ABU HANIFAH
- Guru-guru Imam Abu Hanifah adalah “Aimmah”, “fuqaha’ “ dan “muhadditsin”
Mereka adalah tokoh-tokoh besar yang ada hadithnya di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim
- Seramai125 orang guru beliau yang “tsiqat”
- Seramai 40 orang guru beliau yang dipertikaikan. Walaubagaimanapun begitu ianya tidak menjejaskan kedudukan Imam Abu Hanifah
4.MURID-MURID IMAM ABU HANIFAH
Murid-murid Imam Abu Hanifah adalah “kibar muhadditsin”, “huffaz” dan “tsiqat”
5.PUJIAN ULAMA’ TERHADAP IMAM ABU HANIFAH
- Yahya bin Ma’in menyatakan belaiu tidak pernah mendengar orang yang mendhaifkan Imam Abu Hanifah.
- Khatib Baghdadi mengatakan hadith-hadith Imam Abu Hanifah mempunyai sanad. Imam Abu Hanifah tidak meriwayatkan apa yang dia tidak ingat.
- Ahmad as-Solt - Imam Abu Hanifah adalah “tsiqatun tsiqah” dan jauh sekali dari berdusta.
- Sufyan ats-Tsauri berkata Imam Abu Hanifah adalah tsiqah dalam hadith dan fiqh.
- Abdullah Ibn Mubarak - Imam Abu Hanifah adalah tanda kebesaran Tuhan. Dia adalah manusia yang paling faqih (di zamannya - penyunting)
- Adapun kecaman-kecaman terhadap Imam Abu Hanifah adalah daripada orang-orang kemudian.
6.KRITIKAN DAN KECAMAN TERHADAP IMAM ABU HANIFAH
- Khatib Baghdadi - ada pujian dan kecaman. Kecaman atau kritikan itu boleh dipertikaikan ketepatannya.
- Biasanya penyakit ini (iaitu, mengecam ulama’-ulama’ besar yang diterima umat seperti Imam Abu Hanifah) mudah terkena kepada orang yang hendak mengikut salaf dan hadith. Mungkin mereka merasa sudah pandai dan layak untuk menilai sendiri. Perlu ada disiplin yang betul dalam mendalami ilmu-ilmu agama (khasnya kepada mereka yang hendak mengikut salaf dan hadith - penyunting). Perlu diingat, ulama’-ulama’ yang benar menerima baik tokoh kontroversi Imam Muhammad Ibnu Abdul Wahhab (yang dimomokkan sebagai pengasas “Wahabi” - penyunting) sedangkan banyak kitab yang ditulis untuk mengkritiknya. Kenapa tidak begitu sikap kita terhadap Imam Abu Hanifah? Hakikat nya, semua kritikan terhadap Imam Abu Hanifah sudah ada jawapannya dan kriritkan-kritikan tersebut semuanya bermasalah (dan tidak benar dan tidak tepat - penyunting)
7.KENAPA RIWAYAT IMAM ABU HANIFAH TIADA DALAM SAHIH AL-BUKHARI?
- Walaupun tiada riwayat dari Imam Abu Hanifah di dalam Sahih al-Bukhari terdapat banyak riwayat dari murid-murid kepada Imam Abu Hanifah terdapat di dalam kitab tersebut.
- Cuba perhatikan pula berapa banyak riwayat Imam as-Syafie yang ada dalam Sahih al-Bukhari?
- Imam Ahmad adalah guru kepada Imam al-Bukhari tetapi hanya satu riwayat dari Imam Ahmad ada di dalam Sahih al-Bukhari.
- Imam al-Bukhari adalah guru kepada Imam Muslim tetapi tiada satu pun riwayat Imam al-Bukhari dalam kiatb Sahih Muslim!
-Imam at-Tirmidzi mengambil satu sahaja riwayat dari gurunya Imam Muslim.
(SAMBUNGAN DI RUANGAN KOMEN)

Опубликовано:

 

18 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 25   
Далее
Sejarah Hidup Imam at-Tirmizi - Maulana Asri Yusoff
1:14:19
Sejarah Kemunculan Fremasoon | Ustaz Auni
45:21
Просмотров 30 тыс.