Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► linktr.ee/aphd...
Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
► / @aphdchannel
Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.
Sebarang pertanyaan boleh email kami di hello@aphdchannel.com.my
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--
Bagaimana Pulau Natuna Menjadi Milik Indonesia
Laut China Selatan sehingga kini menjadi kawasan isu pertikaian antarabangsa yang melibatkan beberapa negara Asia Tenggara termasuk negara China. Dianggap sebagai kawasan perairan yang paling banyak berlakunya tuntutan sempadan, salah satu kes unik melibatkan kawasan Laut China Selatan, berkait dengan sebuah gugusan kepulauan yang digelarkan di peringkat antarabangsa, sebagai Kepulauan Natuna.
Apa yang menarik mengenai kepulauan ini ialah kedudukan sebenarnya terletak dalam garisan geografi Malaysia, tetapi ia diisyhtiharkan sebagai salah satu jajahan Kerajaan Indonesia. Ia boleh diibaratkan, sekiranya satu garisan lurus dilukis di atas peta dari Terengganu ke Sarawak, garis itu pastinya akan melintasi Kepulauan Natuna. Inilah yang menimbulkan banyak persoalan, bagaimana pulau itu diserahkan kepada negara Indonesia.
Kepulauan Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan, yang memisahkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450 km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.
Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’.
Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat bagaimana Kepulauan Natuna boleh menjadi milik Indonesia. Teruskan menonton.
25 сен 2024