Honor Watch GS Pro dilengkapi skrin 1.39-inch AMOLED, dijana cip Kirin A1 dan mengekalkan penggunaan sistem operasi LiteOS. Kelebihan jam tangan pintar ini ialah ia melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 801G. Sistem operasi dapat mengesan sekitar 100 jenis aktiviti sukan seperti berlari, berenang dan berbasikal secara automatik.
Ia mempunyai sensor pengesan nadi, kandungan oksigen dalam darah, menjejak pola tidur dan sokongan GPS/GLONASS. Bateri boleh bertahan sehingga 25 hari dalam mod asas atau sehingga 48 jam sekiranya GPS diaktifkan setiap masa.
27 сен 2020