Hi TD, thanks for your recipe. Sy dah try buat, alhamdulillah sedap & soft je. Cuma tekstur kek tu mudah berderai jd susah nk potong 😅. Knp ya jd gitu?
Salam nak tnya..klo lpas bakar, kek tu ade lubang2 kecil tmbul kat permukaan sbb ape ehh?? Ade gelembung ek dlm adunan..kena hentak2 ke..tp dh hentak..masih lubang2 gk..
Sis boleh share tak bape suhu y btl btl utk kek ni if pakai oven industrial cos sy pun pakai ovrn industrial gak until now still learn nk sesuaikan suhu
Asnaliza Asnawi Tak sama Cik. Tepung gandum Superfine ni jenis tepung gandum yang kualitinya bagus. Kalau self raising flour pulak untuk kek yang perlu naik kembang. Dalam resepi ni kita dah ada special ovalette untuk naikkan dan gebukan kek. Guna superfine wheat flour saja ya.😃
Aishah Norizan Tips dia, jangan panaskan oven terlalu awal. Bila oven terlalu panas, adunan kek tu masuk je terus terkejut. Jadi corak tu lari ke tengah. Cara paling selamat, dah siap mencorak, baru panaskan oven dalam 5 minit. Tak apa kalau oven tu tak panas lagi. Masukkan je dalam oven. Biar kek masak perlahan ya. 😃
Kalau kita tak ambil masa yang lama untuk mencorak, boleh panaskan oven waktu ni. Tapi kalau rasa macam nak ambil masa lama untuk mencorak, sebaiknya, panaskan bila dah selesai mencorak. Lebih selamat. 😃 adunan kek ni memang tak boleh terkejut panas.
Norasikin Binti Ismail Ikin Hi sis. Assalamualaikum. Biasanya saya akan guna high speed. Untuk tempoh masa putaran tu, maaf ya. Saya tak pernah pulak check berapa minit. Jadi tak sure. Cuma kena putarlah sehingga adunan kembang dan kental. Bila angkat beater tu, adunan akan lambat jatuh. 😃