"Wahai kaum wanita bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar. Kerana aku melihat kamu yang paling banyak menjadi penghuni neraka.” Seorang wanita yang pintar di antara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah kenapa kami yang paling banyak menjadi penghuni neraka?” Rasulullah bersabda, “Kalian banyak mengutuk dan mengingkari (kebaikan) suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?” Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal ialah persaksian dua orang wanita sama dengan persaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka puasa pada bulan Ramadan (kerana haid), maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” HR Muslim & Bukhari