Aku miss dengan sketsa lawak arwah Pak Man Telo jadi pengulas sukan bolasepak Malaysia lawan Korea Selatan...."Malaysia menyerang, dapat kepada Mokhtar owww.... dapat dihalang oleh pemain Korea. Bola sekarang pada Kim Mong Soo.... Kim Mong Soo hantar kepada Jung Kuk. Balik kepada Mong Soo..Mong Soo kepada Joi Dok....Joi Dok kepada Cha Bung Keun...." Lebih kurang lar ulasan dia. Tapi lawak gila. Memang depa ni teraa. Aku tabik kat depa
Tak ada orang boleh tanding dia orang. Mereka menjadikan aku teringatkan arwah seorang sahabat aku yang baru meninggalkan kita 11 Mei 2021 lalu. Al-fatihah buat Non dan Mat magic
Salam Abang Jebat, Pembetulan - Nama Pak Man Telo ialah Md. Noor Osman, Gelaran - Non Cina, Zainal C, Pak Man Telo. Idris ialah salah seorang pasangan lawaknya peringkat awal dulu. Klip di atas Non sedang berlawak dengan Chik (pasangannya yang telah menjuarai JUARA di RTM tahun 80an dulu dgn nama Kumpulan Pak Man Telo. Non telah meninggal dunia di Kepala Batas. Chik kini tinggal di Telok Air Tawar Butterworth, berlawak dengan Chop (Pak Kojek) hingga kini.
Sayang semasa zaman kumpulan pelawak Pak Man Telo ini Astro belum wujud lagi. Jika tidak sekarang ni kumpulan Pak Man Telo sudah kaya dengan berbagai show di Astro. Lawak mereka bukan lawak bodoh. Lawak mereka lawak berisi. Muka pun selamba buat lawak tutur kata pun jelas dan tenang tidak perlu terjerit terlolong nak buat orang ketawa. Pak Man Telo adalah pelawak legend di Malaysia. kumpulan kumpulan pelawak dalam Maharaja lawak perlu jadikan lawak Pak Man Telo ini sebagai bahan rujukan.
Lawak penuh tertib. Masa kecik pernah tengok depa buat show di hotel area penang. Memang layan. Bukan senang nak dapat tengok live depan mata. Rtm patut siar semula sketsa depa untuk tatapan generasi muda
bestla lama xtgk lwk pak man telo..abg jebat kalu bleh boh lg video klip depa ni lg...lwk depa ni mmg xdk tandingan hingga la nie..al-fatihah wt kluarga pak man telo (non)
Tengok muka allahyarham dah tergelak dah .saya dok cari clip vedio yang arwah dan chik jadi juara tu yang terpijak semut gatai .Menari ala irama hindu.jikalau ada tlg muat kan
Abang Jebat,,, Kalau la buleh dapat klip Pak man telo ketika memenangi Rancangan JUARA di TV RTM.. memang bagueh la!!! Trima kaseh Abg Jebat!!!.. yang ni pon dah Kira sempoi dah laaaa...
dia bertanding rancangan rtm.. tahun 80an kalau tak salah nama pertandingan tu JUARA.final kalah dengan geng razak ahmad.. sebab geng razak ahmad suara sedap dan pandai nyanyi..
Sebenarnya ni la pak man telo...yg skim cepat kaya tu pak man radio.tp dah masa pak man tu naik sezaman dgn pak man telo, habih terpalit nama pak man telo
Tak ada kaitan langsung. Ni kumpulan lawak pak man telo, yang scammer tu orang taiping perguna nama pak man telo. Scammer tu kena tangkap n kena buang daerah di terengganu.
Kau salah orang lah bro. Ni Pak man telo penang (Pelawak) kau takde bukti jangan gampang buat fitnah. Tak tahu sejarah tak payah palautau sana sini. Ok?