GAMELAN
Gamelan diambil daripada perkataan ‘gamel’ yang berasal dari Jawa. ‘Gamel’ bermaksud ‘pukul’ atau ‘tabuh’ yang diberikan bersempena peralatan muzik gamelanyang memerlukan pukulan. Gamelan telah dibawah ke Pahang semasa pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Kemudiannya, ia berkembang di Terengganu berikutan perkahwinan antara Tengku Ampuan Mariam dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang begitu meminati persembahan gamelan ini. Gamelan telah diklasifikasikan sebagai kesenian yang bertaraf tinggi dan menjadi hiburan kepada golongan bangsawan. Kebiasaannya, gamelan dimainkan secara langsung untuk mengiringi tarian yang dikenali sebagai Joget Gamelan.
Gamelan is derived from the word ‘gamel’ is Javanese. ‘Gamel’ means ‘hit’ or ‘beat’ as it is a musical instrument that needs to be ‘beaten’ upon to produce sound. The same goes for most of the instruments in a gamelan ensemble. Gamelan was brought to Pahang during the rule of Sultan Ahmad Muadzam shah. Later, it flourished in Terengganu due to the marriage between Tengku Ampuan Mariam and Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah who was very fond of performances of gamelan ensemble. Gamelan has been classified as a high culture performing arts and a form of entertainment among the nobles. Usually, the ensemble is performed live to accompany a dance known as ‘Joget Gamelan’.
JOGET GAMELAN GELIONG
Tarian ini menggambarkan situasi penukaran bayi menteri (pembesar istana) dengan bayi Raja/Sultan. Ia adalah muslihat menteri untuk memastikan bayinya kelak dapat menjadi Raja. Gerak tari yang dilakonkan menggambarkan dayang atau pengasuh yang sedang melakukan penukaran itu dengan arahan isteri menteri.
This dance portrays the situation when the baby of a noble is switched with the royal baby. The noble schemes to makes his child king. The dance moves depict how the palace maidens or inang (female attendants) make the switch as instructed by the noble’s wife.
13 окт 2024