Тёмный

Malaysia pernah ada 12 juara badminton remaja dunia tapi kenapa tak menjadi di pentas senior? 

Buck-T Channel
Подписаться 3 тыс.
Просмотров 11 тыс.
50% 1

Malaysia pernah melahirkan 12 juara remaja badminton dunia dari 1996 hingga 2018 dengan kebanyakannya daripada acara beregu lelaki iaitu tujuh kali. Pastinya kejayaan awal pemain-pemain ini memberi harapan besar agar mereka mampu cemerlang di peringkat senior. Sayangnya, permata-permata ini gagal menyinar di pentas senior. Walaupun masih ada yang agak konsisten di pentas antarabangsa untuk menjadi pemain yang disegani seperti Tan Boon Heong, impian menggapai gelaran dunia ataupun pingat emas Olimpik tetap terlalu jauh buat mereka. Malah, ada pemain yang terus tenggelam di pentas senior sehingga terus mengundurkan diri. Lebih parah, satu-satunya pemain negara yang menjuarai kategori perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli pada 2011, terpalit dengan isu mengatur perlawanan sehingga terpaksa menjalani penggantungan 20 tahun. Ketika ini, satu-satunya gelaran dunia di pentas senior yang berjaya dimiliki wakil negara adalah menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022. Namun mereka, bukan daripada kalangan yang pernah menjuarai kategori remaja dunia.
Jadi, dimanakah silapnya? Ikuti temubual dengan bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim mengenai isu ini.

Опубликовано:

 

29 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 38   
@topazz8653
@topazz8653 5 месяцев назад
kata² roslin jgn dipertikai. sbb dia legit. dia satu²nya player badminton melayu yg berjaya dpt title world no 1.
@holyknight4386
@holyknight4386 4 месяца назад
Jgn mandai2. Sblm roslin, rashid sidek da pernah rasa world no. 1
@kailan14
@kailan14 4 месяца назад
​@@holyknight4386 Takpe la dia terlepas info je. Ya Rashid sorg lg..
@leongweiseng2211
@leongweiseng2211 5 месяцев назад
Manja lah!!
@jinggobobo
@jinggobobo 4 месяца назад
Kena kental..
@faroukhbinothman2534
@faroukhbinothman2534 5 месяцев назад
Tukar pengurusan BAM. Full stop.
@callsigngajus
@callsigngajus 4 месяца назад
Tukar Type C dalam tu
@Muhdmzkr
@Muhdmzkr 4 месяца назад
Norza zakaria tu kena step down
@gamingfelar7445
@gamingfelar7445 4 месяца назад
Tukar dgn siapa
@goodos0927
@goodos0927 4 месяца назад
Dh lama sgt mnghabiskan duit negara.... lg stay lama dlm BAM...Lg byk abis...
@seongsoolee6895
@seongsoolee6895 4 месяца назад
@@callsigngajussaya type c sokong, Roslin sudah dibeli type c itu, dulu bukan main kutuk
@zanma8871
@zanma8871 4 месяца назад
Naikkan liga badminton / cup di Malaysia. Naikkan. Maksudnya buat mcm bola sepak / takraw. Ada masuk TV. Beza berlatih dgn partner dgn main di tournament walaupun local. Fan base badminton pun besar ape.. And bila ada liga local yg bagus, sponsor pun banyak.. Dpt lah tambah income utk pemain² baru ni.
@atok453
@atok453 5 месяцев назад
BAM punca segala masalah ni...tukaq pengurusan tu...lama sangat puak2 ni pegang...hancuq badminton malaysia...emmmhhhh
@Ari-hh4bw
@Ari-hh4bw 4 месяца назад
Selagi BAM management tidak dirombak atau tukar orang2 tertentu...jgn tnya la knapa player badminton yg bgus2 tak lepas
@hangkebun7271
@hangkebun7271 5 месяцев назад
Coaching kena improve. Ketua Pengarah kejurulatihan kena bijak, player yang berpotensi walau ranking rendah dan baru hantar pergi tournament. Ini tidak, balik-balik player sama hantar walaupun tak perform. Ambil contoh beregu Tee Kai Wun dgn partner dia, banyak kali hantar pergi tournament, tetap lakukan kesilapan yang sama. Ini pasangan muda tapi nampak akan stagnant. Masih gugup lagi walau dah main top level tournament. Alasan, tak tahan tekanan.
@bigblackGorila
@bigblackGorila 5 месяцев назад
Sekarang, nak ada world no 1 pun susah.. nak ada pemain seperti LCW, Hafiz, choong Hann, Roslin & bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkifli dah semakin susah..
@kamarudinbin6626
@kamarudinbin6626 5 месяцев назад
Bukan badminton sahaja..game lain pun serupa
@wanghost88
@wanghost88 4 месяца назад
Rules no 1 - discipline is everthings... 👍👍👍 Follow by the other things.. like usaha, berdoa and tawakal... For muslim.. ☝️
@dr9290
@dr9290 5 месяцев назад
Kategori wanita paling teruk.. Berpuluh tahun xde kemajuan. Negara Thai, jepun, india meningkat. Malaysia makin teruk
@emirhus1
@emirhus1 4 месяца назад
Tukar melayu pulak yg main. Asyik type C je tak kemana badminton Malaysia ni
@FoolRun23
@FoolRun23 4 месяца назад
Persoalannya adakah jurilatih junior melatih menggunakan sains sukan? Adakah pemain dilatih dengan cara yg betul ketika junior secara fizikal. Ramai pemain sudah mempunyai kekuatan fizikal yang kuat pada usia yg terlalu muda. Ya mereka boleh menang ketika peringkat junior. Kekuatan fizikal mereka akan mudah diatasi bila pemain yg dilatih dengan cara yg betul mengikut peringkat umur. Lihat berapa org pemain kita yg mengalami kecederaan serious pada usia bawah 20?
@Taji323
@Taji323 4 месяца назад
Tanya diri sendiri...Roslin ni bukan setara mana pun berbanding Rashid Sidek dan Dato LCW
@sukhrisukh5875
@sukhrisukh5875 5 месяцев назад
Psai politics dan duit ja
@ecofreaks8152
@ecofreaks8152 4 месяца назад
Bukan mentaliti juara dan nit hardworking
@chingwon7
@chingwon7 4 месяца назад
Ada kejayaan dahulu tidak bermakna ada kejayaan pada masa akan datang. Must be at the right time, in the right place and with the right people. Contohnya, Datuk LCW, walaupun prestasi baik, timing dia tak bagus sebab dia keseorangan bertemu dengan Lin Dan dan Chen Long dan handalan dari seluruh dunia.
@raja_yimo
@raja_yimo 4 месяца назад
Stop kawan,,, tidurMu terlalu miring.
@sekali.sekala_73
@sekali.sekala_73 5 месяцев назад
Silapnya kerana kita terlalu bergantung dan mengharapkan jurulatih2 dari luar.. tdk yakin dgn keupayaan coach2 tempatan.
@thehasbull
@thehasbull 5 месяцев назад
persoalannya mana 12 org tu pegi 😂
@louong93
@louong93 5 месяцев назад
Tengok macam dia nak tuding jari pada Lzj.
@mzachannel4513
@mzachannel4513 5 месяцев назад
LZJ xpernah jd juara remaja dunia
@yusrizayusof7099
@yusrizayusof7099 5 месяцев назад
General lah…
@mohdshawal1087
@mohdshawal1087 5 месяцев назад
Hahaha team lzj ker...?? Udah2 lerr...
@FizoAziz-wm6im
@FizoAziz-wm6im 5 месяцев назад
Satu je nak cakap..’koloni’
@Hsrta2412
@Hsrta2412 4 месяца назад
1:29 🤣
@siewkee6093
@siewkee6093 5 месяцев назад
SOP baru je....,
@roslanwira1284
@roslanwira1284 5 месяцев назад
pengurusan bam yang sentiasa dalam kebodohan dah x mampu untuk mrngurus bam...
Далее
#884 Saya Dipaksa Cerai Oleh Pimpinan GISB!
30:50
Просмотров 127 тыс.
Дикий Бармалей разозлил всех!
01:00
Why Malaysia's Panda Keeper Is Famous In China
6:02
Просмотров 524 тыс.
Dr MAZA VS GISB
34:58
Просмотров 412 тыс.
Sit Next To Me. NUR IZZUDDIN RUMSANI.
28:51
Просмотров 125 тыс.
How to win a argument
9:28
Просмотров 575 тыс.
KITA KONGSI | Anak Melayu Pertama Tawan All England
5:26
An Se Young Exposes the Dark Side of Korean Sports
8:51
Дикий Бармалей разозлил всех!
01:00