Тёмный
No video :(

mancing siakap di pulau lanun | pulau kalumpang perak 

Azlan ishak Angler
Подписаться 4,5 тыс.
Просмотров 10 тыс.
50% 1

#mancing #fishing #mengai #mancingmania #mancingsungai #ikan #fish #siakap #kakapputih #barramundi #wild #wildfish #wildlife #boating #kerapu #mangrovejack #mj #fishinglife #fisherman #fishermanlife #caster #landbasecasting #udangseret #azlanishakangler #pulaukalumpang #castingsiakap #casting #alhamdulillah #freepalestine #pinjamseratus
setup joran
rod:- kuying battle song 5-14lb
reel:- Shimano stradic c3000xg
line:- asuka bravo x4 20lb
leader:- Seahawk noro 50lb
umpan:- udang hidup
teknik:- seret dasar
assalamualaikum..alhamdulillah terima kasih pada semua yang support saya sampai ke hari ini..semoga murah rezeki ampa dan dipermudahkan segala urusan..kepada yang teringin nak tau sejarah tentang pulau kalumpang ni ampa boleh baca di bawah atau google..Selamat membaca geng
SEJARAH PULAU KALUMPANG
Pulau Kalumpang terletak di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak, Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kuala Gula.
Pulau Kalumpang mula dikenali sejak 1988 sebagai tapak arkeologi bagi membuktikan bahawa manusia telah wujud ribuan tahun di kawasan hutan paya bakau. Hutan bakau merupakan kawasan pertemuan air laut Selat Melaka yang masin dengan air Sungai Selinsing yang tawar.
Manusia pra sejarah yang dikeluarkan ini merupakan rangka pra sejarah pertama di dunia yang tinggal di kawasan hutan bakau.
Tapak arkeologi
Pulau Kalumpang berdekatan dengan Pulau Buluh. Terdapat 7 buah pulau seluas 2 km persegi. Pulau Satu hingga Pulau 5 adalah kawasan arkeologi utama. Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan dengan Pulau Selinsing, Bagan Serai, Perak.
Pada 15 Julai 2007, tapak ini diwarta sebagai Kawasan Hutan Pemeliharaan Tinggi. Lebih baik tidak ada kajian arkeologi dilakukan daripada melakukan kajian arkeologi secara semberono sahaja.
Asal usul Melayu
Menerusi kajian arkeologi ini dapat dibuktikan siapakah penduduk pertama di Semenanjung Tanah Melayu dan dari manakah orang Melayu berasal dan apakah ciri-cirinya sama sejak dahulu atau tidak.
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, definasi seseorang Melayu itu cukup mudah sehingga sesiapapun boleh menjadi Melayu. Menurut Perlembagaan , orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Tetapi definasi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia / Melayu-Polinesia.
Manusia pra sejarah di hutan
Beberapa tempat di India, Kemboja dan Afrika terdapat manusia pra sejarah yang tinggal di hutan bakau. Biasanya manusia pra sejarah tinggal di kawasan gua seperti Gua Niah dan Gua Kain Hitam. Tetapi hanya Malaysia mempunyai kesan peninggalan penempatan prasejarah di hutan bakau.
Hasil penemuan
Kerja ekskavasi dijalankan pada 1987 - 1989 dan terbengkalai . Kemudian disambung semula sejak Mei 2008. Terdapat 11 rangka manusia pra sejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Mayat ditanam di bawah rumah kerana terdapat sisa makanan, tulang manusia dan gigi manusia yang hidup sekitar abad ke-2 sebelum masehi hingga 10 masehi.
Ada kemungkinan mereka terdiri daripada sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mereka juga mungkin keturunan India, Sumatera atau Orang Laut. Mereka berhubung dengan orang luar melalui laut dan lebih terbuka berbanding Melayu yang tingal di pedalaman. Gigi mereka ada kesan makanan sirih dan pinang. Serpihan manik dan tembikar membuktikan mereka pernah berhubung dengan dunia luar.
Anehnya banyak pokok buluh di kawasan hutan bakau ini. Biasanya pokok buluh tidak boleh hidup subur di kawasan pertemuan air masin dan air tawar. Tetapi pokok buluh yang mungkin dibawa dari luar telah ditanam . Buluh banyak digunakan untuk membuat rumah, senjata runcing, pancing, tiruk, belat dan sebagainya. Oleh itu pulau dinamakan Pulau Buluh.
Sisa makanan yang ditemui ialah kulit-kulit kerang sehingga dikenali sebagai Pulau kota Kerang.Terdapat lebih 50 jenis kerang telah ditemui di situ. Turut ditemui ialah tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk. Mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama . Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk menentukan kaitan mereka dengan orang Melayu di Kuala Sepetang, Kuala Gula dan Kuala Kurau.
Anehnya kumpulan manusia pra sejarah ini hilang lenyap begitu sahaja. Punca kepupusan dan kehilangan mereka amat menarik untuk dikaji. [1]
Kumpulan penyelidikan
Pakar arkeologi dari UKM, Bangi, Selangor , Prof Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman menjadi ketua penyelidikan di Pulau Kalumpang. Kumpulan penyelidik ini turut dibantu oleh pakar arkeologi dari USM.

Опубликовано:

 

16 ноя 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 55   
@asrulalhafiz2382
@asrulalhafiz2382 9 месяцев назад
First sipooo 😬 Paduuuuu !
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah terima kasih sipoooo smpi awai😁👍🏾🙏🏾
@barracudasan
@barracudasan 9 месяцев назад
Màntap sifu .kasar2.. terbaik
@zaarasyahadah3129
@zaarasyahadah3129 8 месяцев назад
Selamat datang ke Kota kulit kerang.selat sg.buluh.
@knensaifc6263
@knensaifc6263 8 месяцев назад
Terbaik geng
@genglanun9979
@genglanun9979 8 месяцев назад
Tu dia..rancak 👍 puas hati aih 👍
@AboyFishingManjung25
@AboyFishingManjung25 8 месяцев назад
Mantap sifu 👍
@AiC36
@AiC36 9 месяцев назад
mantap bang sipoo..banyak gak hasil tu...trip syok
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang sifu kita 🙏🏾
@fianfishingchannel9432
@fianfishingchannel9432 9 месяцев назад
Alhamdullillah..hujung2 br nk gasak..ok dh tu hasil sahabat 😁👍
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Tu la bang fian melilau cari dia..last2 kt kampung halaman gak dia ada... alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang fian 🙏🏾
@firdausyahaya2717
@firdausyahaya2717 9 месяцев назад
Pot cun tu tuan.sg buluh kota kulit kerang.selalu pi menunda dgn arwah abh layan mj.best2😂
@zaarasyahadah3129
@zaarasyahadah3129 8 месяцев назад
Batu bata tu.tapak gok kilang arang zaman Dulu dulu.20thn Dulu selat tu Luas cuma 4.5depa ja.gambar mengai zaman Dulu pun ada LAGI.pakai buluh ka mengai sekap.ha😅😅😅
@aminmin8841
@aminmin8841 9 месяцев назад
Mantap mantap sifu🎉👍😅
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang 🙏🏾
@shahbuddinabdulkarim
@shahbuddinabdulkarim 8 месяцев назад
Waalaikumsalam, Alhamdulillah strike mantap-mantap, padu-padu dan terbaikkk Tuan 👍👌🎣 selalunya komplot yang 'terkejut' membuahkan hasil manis-manis 😊
@jamalhunterchannel2726
@jamalhunterchannel2726 9 месяцев назад
Terbaik bang👍🎣
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang sifu kita 🙏🏾
@k.r.f.c2295
@k.r.f.c2295 8 месяцев назад
kemaih sipo lan chip potato❤❤❤
@ChannelKoyak
@ChannelKoyak 8 месяцев назад
ajak kechik caster dia tau spot² padu
@sharchannel1020
@sharchannel1020 9 месяцев назад
Hadir
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah terima kasih bang 🙏🏾
@ChannelKoyak
@ChannelKoyak 8 месяцев назад
muara sungai buloh ni
@anakfeldaofficial2544
@anakfeldaofficial2544 9 месяцев назад
terbaik sifu 👍👍
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah terima kasih sifu 🙏🏾
@aladdin8330
@aladdin8330 9 месяцев назад
Saje lgu tu,bila udang xdk, masa tu ikan mau mkn
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Tu la bang mmg selalu cm tu,tu klu p beli udang mmg bwk balik la udang tu 😁.. alhamdulillah terima kasih bang 🙏🏾
@sepoy79
@sepoy79 9 месяцев назад
Alhamdulillah banyak strikenya. Trip meriah. Semua ada strike. Mantap 👍🎣
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah semua semua tak kumpau..trip tong2 myk cam ni mmg syok lah santaiiii 😁... alhamdulillah terima kasih bang 🙏🏾
@bangaukumpaw5596
@bangaukumpaw5596 9 месяцев назад
waalaikummusalam sipo 💪😁🎣 banyak size good2 tu 🦈🐬
@sahaangler7908
@sahaangler7908 9 месяцев назад
Alhamdulillah mantap bang strikenya. Terbaik 👍👍🎣🎣🐟🐟
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang 🙏🏾
@mrjohnstella9363
@mrjohnstella9363 9 месяцев назад
Sungai buluh nama tempat tu... n bata2 tu dlunya dapur bakar arang... mcm yg ada di jalan gula tu... dlunya 2/3 tempat bakar arang tu di muara2 alur2 yg ada
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Oooooo baru tau ingtkan Bata apa la tu,Dan yg pelik kt situ, tengah2 hutan bakau ada pokok buloh nohh..terima kasih sifu saya bg info... alhamdulillah terima kasih sifu support saya 🙏🏾
@pawanglaut
@pawanglaut 9 месяцев назад
Panen strek mg dan siakap terbaik sifu🎣🎣
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih sifu 🙏🏾
@winpipefishing
@winpipefishing 9 месяцев назад
Alhamdulillah geng syukur berlauk tu mantap
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Alhamdulillah lauk manis2 l.. terima kasih bang 🙏🏾
@al-faqqar3162
@al-faqqar3162 5 месяцев назад
19:12 aq risau btl kaki letak cm tu...
@fadzilkhalil2897
@fadzilkhalil2897 9 месяцев назад
Mantapppp lan padu moga dipermudahkan segala urusan rezekimu sahabat amenn
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Aminnnnnn... alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang 🙏🏾 semoga murah rezeki Dan di permudahkan urusan kita semua bang
@GY_Fishing
@GY_Fishing 9 месяцев назад
Syok betul mancing dgn bot,gasak bang,alhamdulillah rezeki terbaik bang master❤👍👍💪
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Tu lah klu ada bot sendiri lg syok bang 😁.. alhamdulillah rezeki manis2 terima kasih bang sifu kita 🙏🏾
@GY_Fishing
@GY_Fishing 9 месяцев назад
@@azlanishakangler211 menebing pu dah padu bang,naik bot lg gasak tu.huhu.sama2 master🙏🙏
@mohamadyazid269
@mohamadyazid269 9 месяцев назад
casting seret ni memang saspen..apa2 bole ambik..dlm air tkbole agk..yg pasti sekap on trget🙂aku sntiasa tungu vdio hang😁
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Betoi bang mmg saspen...lagi2 klu bedukang yg amik..mmg sebijik cam sekap,bila fight Bru tau tu bukan sekap 😁.. alhamdulillah terima kasih bang sentiasa support saya...video ni lmbt sikit sbb bz sngt2 bang 🙏🏾
@shideyzone5287
@shideyzone5287 9 месяцев назад
Kelumpang tu belah mana. Setiawan ka belah mna
@parunaangler17
@parunaangler17 9 месяцев назад
Perak selinsing
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Belah selinsing cip... alhamdulillah terima kasih cip kita 🙏🏿
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
@@parunaangler17 alhamdulillah terima kasih bang 🙏🏾
@othman5053
@othman5053 9 месяцев назад
Nak pi ke jeti ni....ikut jln mana.....bolih share lokasi....brapa rm sewa bot
@azlanishakangler211
@azlanishakangler211 9 месяцев назад
Jeti yang saya naik ni jeti parit 30 kuala kurau perak bang...pastu tekong ni member,Dan dia tak buat trip,dia bwk member2 ja... alhamdulillah terima kasih bang support saya 🙏🏾
Далее
jigging di pulau jarak
49:18
Просмотров 13 тыс.
mancing siakap di sungai kuala kurau perak
15:20
Просмотров 3,3 тыс.
mancing di sangkar kuala kurau perak
38:24
Просмотров 13 тыс.
PORT KLANG BANYAK JENAHAK..
26:21
Просмотров 31 тыс.